Chapter 03 : The Feels
Irina yang sedari tadi membebel disamping nya itu tidak di endahkan, malah dia makin galak menginjak pedal gas.
" Kau nak mati ke Rith! Kalau ya pun, janganlah bawa-bawa aku! " Marah Irina lagi. Gerun juga dia melihat Harith begitu. Tiba-tiba saja meradang.
" Rith! "
" Shut up Rina! Kau boleh tak, jangan asyik membebel aje kerja " Harith bersuara geram. Pemanduannya kini dibuat menjadi perlahan.
" Macam mana aku tak membebel! Kau habiskan ribu-ribu duit kau untuk benda yang aku langsung tak pakai! "
" Simpan ajelah, susah sangat kenapa " Balas Harith lagi. Malas.
Irina menghembuskan nafasnya perlahan. Tak ada gunanya bertekak dengan lelaki itu. Kadangkala, sepatah kau bagi, seribu patah kata dia balas.
Terkadang naik gatal juga tangannya mahu mencekik manusia di sampingnya itu bila berperangai menyebalkan begitu. Tapi entahlah, tenaga dia ni boleh ke support, badan lelaki itu bukanlah kecil.
" Bawa semua barang-barang kau dan keluar dari kereta aku " Ujar Harith dingin selepas keretanya sudah berhenti betul-betul di depan rumah Irina dan Gisella.
Tengok, sekejap aje mood lelaki itu bertukar. Kalau datang sifat baiknya, baik tersangatlah baik. Kalau datang sifat jahanamnya, sampai kaki pun gatal mahu hadiahkan tendangan pada muka Harith.
Dengan muka geramnya, Irina keluar dari kereta lelaki itu. Tidak lupa semua barang-barang yang di hadiahkan oleh Harith turut sama dibawa keluar. Inilah yang di maksud beribu-ribu duit lelaki itu habis. Kenapa dia terima juga? Sebab lelaki itu ancam akan buang saja kalau dia tak ambil.
Selepas keluar, pintu kereta di tutup menggunakan kakinya, pedulikan tatapan helang Harith menatapnya kala itu. Dia turut sama menghadiahkan jelingan tajam pada Harith sebelum kereta lelaki itu mula meninggalkan perkarangan rumah nya.
Baru dia hendak melangkah memasuki rumahnya, matanya sudah lebih dulu terpandang kereta milik teman lelakinya yang terparkir tidak jauh dari perkarangan rumah.
Dahi berkerut hairan, apa pula Yuda buat petang-petang macam ini dekat sini. Kepalanya menoleh kiri ke kanan mencari kelibat sang kekasih.
" Keluar dengan Harith lagi? " Garau suara Yuda mengejutkan Irina. Beg belanja yang hampir terlepas dari genggaman Irina itu kembali di pegang kuat.
" Awak buat apa kat sini? Kata nak ambil saya malam nanti " Irina menyoal, kini matanya terarah pada sesosok Yuda yang sedang duduk di gazebo kayu rumahnya sambil memasang riak datar itu.
" Kenapa tak bagitahu saya awak nak keluar dengan Harith " Yuda bangkit dari duduknya seraya berjalan mendekati Irina. Matanya pula tertancap pada beberapa beg kertas yang di pegang oleh kekasihnya itu.
" Mana dapat duit beli semua ni? Barang branded pula tu " Tambah Yuda lagi tanpa memperdulikan pertanyaan dari Irina. Kini matanya merenung anak mata Irina dalam.
Irina tidak membalas. Dia memalingkan mukanya kearah lain. Takut mahu beradu pandangan dengan seorang Yuda. Lelaki itu, kalau serius begini cukup menakutkan.
" Saya tanya ni, mana dapat duit beli barang-barang mewah semua ni " Desak Yuda. Kini dia betul-betul berdiri di hadapan Irina. Kepalanya tertunduk sedikit untuk melihat kekasih nya yang mungil itu.
" Harith.. Harith bagi " Jawabnya dengan tergagap-gagap. Kepala tertunduk memandang tanah.
" Sayang, dah berapa kali saya pesan. Kalau awak nak apa-apa minta dekat saya! Bukan lelaki lain! "
" Awak ada saya! Awak boleh harap saya untuk penuhi keperluan awak! Kenapa mesti datang dekat Harith! " Ditekan tiap bait katanya dek kegeraman.
Dia tahulah Irina hidup sebatang kara, tiada siapa tempat gadis itu meminta, tapi dia ada, as a boyfriend! Kenapa perlu bergantung pada Harith!
" Saya tak datang pada dia, Yuda... " Lemah suara Irina membalas. Sakit juga hatinya dikata begitu. Seolah dia datang mengemis pada Harith.
" Sudahlah, awak pergi masuk, dalam dua jam lagi saya datang jemput awak " Tanpa berlengah Yuda terus meninggalkan Irina yang masih berdiri mematung di situ.
Tak sampai hati juga mahu memarahi gadis itu lama-lama. Dan dia tahu, gadis itu tak mungkin juga datang pada Harith untuk meminta sesuatu. Irina bukan wanita seperti itu.
" Kayu aku mana " Dingin Harith menyoal, matanya menatap tajam kearah anak buahnya. Akim.
Akim terus tergopoh-gapah berlari mahu mendapatkan kayu besbol milik bos nya setelah diminta.
Kini kayu besbol itu bertukar tangan. Lama Harith memerhatikan manusia yang tergeletak di lantai depannya itu sebelum kembali bersuara.
" Aku sudahlah sibuk tadi. Lepastu kau call cuma buat bagi bagian budak ni. Akim, kau tak boleh urus semua ni sendiri ke "
" Dah berapa tahun kau kerja dengan aku, kenapa masih tak pandai bantu aku urus benda-benda macam ni. Kenapa, kau takut nak buat? Tak sampai hati? "
Usai berkata, dia kembali berdiri lalu mendekati Akim, anak buahnya.
Akim apa lagi, bagai mahu terkencing bila dia kini menjadi pusat perhatian bosnya. Kepala tertunduk kebawah, dia hanya melihat kaki Harith yang berjalan mondar-mandir di hadapannya itu sambil menyeret kayu besbol.
" Sa..saya minta maaf.. saya tak bermaksud nak kacau tu..tuan " Ucapnya tergagap-gagap. Matanya membulat tatkala melihat kaki bosnya sudah berdiri betul-betul di hadapannya.
Harith menutup rapat matanya. Nafas dihembus keluar. Ikutkan hati nak saja dia kenakan cukup-cukup anak buahnya satu ini. Menyusahkan.
Dia bukan tak bagitahu Akim yang dia keluar dengan Irina, kenapa masih nak kacau! Itu yang buat dia berang semasa balik tadi. Sampai Irina pun terkena tempias amarahnya.
Tanpa kata, Harith terus menghulurkan kayu besbol itu kembali pada Akim. Kening di jongketkan apabila Akim memandangnya dengan riak muka yang blur.
" Tu..tuan nak saya? " Ayat dibiar tergantung tatkala mendapat anggukan dari Harith. Lelaki itu lalu menyeringai kecil kearah Akim yang sudah kelihatan cuak.
Dia tahu, Akim tidak akan sampai hati. Salah siapa kerja dengan dia. Lagipun lelaki itu sudah lama kerja dengannya, takkan masih takut mahu buat benda begitu?
Akim menyambut huluran Harith itu, matanya kini terarah pada sekujur tubuh manusia yang sedang di tutup mata dan mulutnya. Kedua tangan dan kaki lelaki itu juga sudah diikat ketat-ketat oleh Akim sendiri sebelum Harith datang.
" Percaya cakap aku, feel dia... Macam kau nak buat lagi dan lagi " Harith memberitahu dengan sengihan kecil. Betullah, perasaan selepas melakukan itu, ialah sebuah candu baginya. Nikmat yang amat!
Akim menelan liur perit. Seram melihat Harith yang seperti itu. Pandangan lelaki itu juga sudah mula berubah. Biasanya Harith yang begitu akan muncul bila para peminjam nya tidak membayar hutang.
Makin lebar senyuman pada bibir Harith bila melihat anak buahnya melangkah setapak demi setapak mendekati sekujur tubuh manusia di lantai itu.
Akim berhenti melangkah betul-betul di depan tubuh lelaki itu. Kepala menoleh kearah Harith sebentar. Selepas dapat anggukan kecil dari Harith, terus dia melayangkan satu pukul keras kearah belakang badan lelaki itu.
Sekali pukulan dia berhenti, nafas kasar dihembus berkali-kali. Rasa serba salah dan kasihan pula menghampiri.
" Teruskan " Harith menjerit kecil seraya mengambil tempat duduk pada sofa yang terdapat di hujung ruangan nya itu. Kaki disilang naik ke kaki satunya seraya tersenyum bangga pada Akim.
Itulah yang dia nanti-nantikan selama empat tahun dia merekrut Akim sebagai anak buahnya. Rupanya dengan hanya melihat, dia juga sudah cukup puas dari dia buat sendiri.
Akim mengangguk sekali sebelum kembali menghantam bertubi-tubi pada sekujur tubuh lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu. Kedengaran suara Akim keluar dari mulut tatkala kayu besbol menyentuh tubuh lelaki itu.
Tanpa dia sedar mulutnya juga sudah mengukir senyuman puas. Semakin laju pula pergerakan tangannya. Peluh di dahi dibiar menitis ke lantai yang juga sudah dilumuri oleh cecair merah pekat.
Sepasang mata Harith juga masih memerhati dengan seksama sambil menggigit bibir bawahnya. Kening berkerut-kerut penuh nikmat menyaksikan Akim yang makin menggila itu.
Inilah perasaan yang dia mahukan dan cari-cari selama ini! Kenapalah tidak dari dulu saja dia paksa Akim untuk buat begitu.
To Be Continue...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro