Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 01 : Love Language


" Sayang. Ada nampak telefon saya tak? "

" Tak silap saya, saya ada letak atas ni, mana pulak hilangnya " Hairan Yuda. Tengkuk digaru sambil matanya melilau mencari telefon bimbit nya disekitar meja ruang tamu. Seingatnya dia letak disitu area situ saja.

Irina yang sibuk mengelap helmet kesayangannya itu terbantut. Perasan tadi dia macam ada juga ternampak telefon teman lelaki nya itu. Tapi lupa kat mana.

" Sayang? " Yuda memanggil lagi selepas tidak mendengar balasan dari teman wanitanya. Matanya kini dialihkan kearah Irina dengan kening ternaik.

" Sabar sayang, saya tengah cuba ingat-ingat ni " Helmet di letak ketepi sebelum bangkit dari duduknya lalu berjalan kearah Yuda.

Mata melihat sekeliling sambil otak mula memutar kembali kotak ingatannya.

" Ha! Dekat sini! " Irina menjerit kecil seraya berlari untuk mendapatkan telefon Yuda dengan penuh bersemangat.

Baru saja dia hendak mencapai telefon lelaki itu, tapi sudah terlebih dahulu diambil oleh Yuda. Fuh, laju saja!

Dilihat wajah Yuda hairan, dah kenapa pasang muka panik begitu?

" Kenapa ni? " Irina bertanya, hairan dengan sikap Yuda itu, seolah sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

Yuda menggeleng sambil tersenyum kekok. Ha sudah, Irina tanya pula. Ketara sangat kah? Cepat-cepat dia mengalihkan perhatian gadis itu dengan memuji-muji Irina.

" Sayang saya, terima kasih sebab dah tolong saya cari. Tanpa awak, saya tak boleh apa-apa. I love you " Ucap Yuda lembut. Tangannya juga naik membelai rambut ikal mayang Irina.

Irina semerta tersenyum lebar. Itulah dia, love language seorang Irina ialah word of affirmation. Jadi, puji sikit sudah melayang di awang-awangan dan melupakan segalanya setelah di puji begitu.

" Oh ya, saya kena keluar. Ada kerja sikit, awak tak apa kan duduk sini sorang? "

Irina mengangguk.

" Ya tak apa, lagipun kejap lagi sella nak datang " Giliran Yuda pula mengangguk faham.

Memang sudah jadi kebiasaan sella untuk datang ke rumahnya ini menemani Irina bila dia tiada di rumah. Sama seperti Irina, setiap pagi gadis itu akan datang kerumahnya untuk menyiapkan sarapan dan tolong kemaskan rumah.

Bukan dia yang minta, tapi gadis itulah yang berkeras. Diapun tak menolak, dah ada orang nak bantu, dia terima sajalah. Lagipun jimat sikit duit bulanan nya dari bayar pembantu.

" Ini... Awak tak buka kan, telefon saya " Yuda menyoal. Dia hanya mahu memastikan yang gadis itu sama sekali tidak membuka telefonnya.

" Ya, saya tak buka pun " Balas Irina. Kepala juga tergeleng kecil tanda dia betul-betul berkata jujur. Susah kalau Yuda tak percayakannya.

" Good girl. Tengah harini saya bawa awak lunch dekat luar ya, sayang " Sambil berkata pipi gadis itu di belai lembut.

" Aye-aye captain! " Tangan kanan naik ke dahi tanda hormat lalu dijatuhkan pula pada tangan Yuda yang masih membelai pipinya itu. Tangan lelaki itu di genggam lembut.

" Oh ya, saya dah lambat ni, jumpa awak tengah hari nanti sayang " Tangan ditarik lalu dengan tergesa-gesa berlari kecil keluar dari rumah itu.

Irina turut mengekori Yuda sampai ke pintu utama, matanya masih melekat pada lelaki itu sehinggalah sosok itu masuk kedalam kereta Honda Accord milik lelaki itu.

Selepas kereta lelaki itu sudah pergi, dia kembali masuk kedalam rumah untuk menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi.

Helmet Shoei yang dihadiahkan oleh Harith dicapai lalu di lap dengan penuh lemah lembut dan berhati-hati. Takut calar, mahal tu!

Sedang dia ralit mengelap helmet nya, kedengaran dari luar satu suara yang sedang menjerit-jerit memanggil namanya.

" Irina! " Sekali lagi nama itu memanggil nyaring. Irina mengeluh perlahan, sudah jadi makanan nya sehari-hari mendengar kawannya itu menjerit setiap pagi.

" Aku dah kata kan. Jangan suka memekik dekat sini! Ini bukan macam perumahan kita! Kalau jiran-jiran report dekat tuan tanah and usir Yuda macam mana! Kau ni " Irina membebel. Matanya tajam menjeling Gisella.

Gadis itu hanya tersengih macam kerang busuk sebelum mengambil tempat duduk disebelah Irina. Sempat juga dia mencuit tepi perut gadis itu.

" Aku lupa, sorry " Usai berkata, tangannya naik mencubit lembut pipi Irina. Geram!

" Hari-hari lupa " Irina mencebik. Yalah, takkanlah hari-hari gadis itu lupa tentang itu.

Dia tak masalah pun sebenarnya kalau jiran-jiran perumahan teman lelakinya itu tidak begitu sensitif macam jiran di kawasan perumahan mereka.

Kalau kat sini, bunyi derapan kaki sikit saja mahu di jeling sampai tembus kepala. Pernah sekali dia tak sengaja terlanggar pasu bunga dekat luar sampai terjatuh, sebab nak elak dari lipas terbang punya pasal. terus di pandang macam mahu di makannya. Bukan satu orang saja, kiri kanan sampai kedepan manusia disitu menatap nya. Seram.

" Tengah harini Harith ajak lunch kat luar, pergi jom "

Irina menghela nafasnya. Sudah, kenapa mesti harini. Tengah hari nanti pun dia ada janji dengan Yuda

" Aku tak bolehlah, dah janji dengan Yuda nak lunch sama " Beritahu Irina dengan nada sedih.

Gisella mengangguk faham. Apa boleh buat? Dah kawannya tak boleh pergi, dia tak boleh paksa.

Mereka saling diam membisu. Gisella memerhati saja perbuatan Irina yang masih ligat mengelap visor helmet gadis itu. Ini kalau lalat singgah ni confirm terseliuh.

" Aizack dengan Kai bagi apa? " Gisella membuka bicara. Dipandang penuh menanti wajah Irina.

Tertanya-tanya juga dia, apa yang dua lelaki itu bagi sempena hari kelahiran Irina kelmarin. Irina memalingkan mukanya melihat Gisella sambil tersenyum manis.

" Adalah. Rahasia " Balasnya dengan gedik. Gisella mencebik, bebola mata dijulingkan keatas tanda menyampah.

" Cepatlah! Aku nak tahu ni. Yelah, diaorang kan suka kau, manalah tahu diaorang sanggup beli benda mahal-mahal macam Harith semata nak tunjukkan perasaan diaorang " Gisella mula menyakat.

Bukan dia tak tahu Irina tahu, yang tiga lelaki yang di sebut tadi ada perasaan dekat kawannya itu. Diapun kalau jadi lelaki, confirm kejar si Irina ni.

" Hisy! kau ni! " Bahu Gisella dipukul geram. Sudah banyak kali dia cakap, jangan ungkit fasal itu lagi!

" Yalah, sorry. Tak ungkit lagi " Usai berkata mulut dikemam sambil menayangkan jari kelingking nya tanda berjanji.

" Jadi, diaorang bagi apa? " Gisella masih ingin tahu. Irina menggeleng kecil sebelum membuka mulut.

" Kan aku kata, rahasia " Gisella kembali mencebik. Itulah Irina, sekali dia kata taknak, sampai matilah dia taknak.

" Yuda, Yuda bagi apa? "

" Rahasia juga " Tidak lagi mencebik, Gisella dengan ringan tangan terus menampar kasar bahu Irina. Siapa suruh buang tabiat sangat! Nak berahasia bagai!

" Ok lah, ni ha... Yuda bagi ni " Selepas puas menyakat si kawan, Irina terus menayangkan cincin emas yang diberikan oleh Yuda semalam.

Indah saja emas itu melingkar di jari telunjuk Irina. Dengan satu permata indah melekat padanya.

Semerta mata Gisella membulat tak percaya.

" Weh! Dia lamar kau ke! " Sambil dia berkata dengan separa terkejut. Tangan Irina di ambil lalu di belek-belek nya penuh teruja.

" Eh kau ni, mana adalah! Kitaorang tak sejauh itu lagi " Irina terus menarik tangannya dari terus jadi mangsa Gisella.

" Ingatkan.. "

" By the way kau ada masak apa? Aku lapar lah " Seraya itu, Gisella bangkit dari duduknya sambil mengelus perut yang sedari tadi berkeroncong hebat itu.

Selama Irina asyik datang rumah Yuda, gadis itu tidak pernah lagi masak sarapan di rumah mereka. Dan dia pun terpaksa sarapan dengan lewat disebabkan dia sendiri tak pandai nak masak.

" Pergi tengok kat dapur " Balas Irina lalu kembali membuat kerjanya yang tergendala tadi.











To be continue...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro