H-01
Kedengaran derapan kasut tumitnya bergema di koridor. Sesiapa sahaja yang akan berselisih dengannya secara automatik akan menunduk hormat pada si gadis itu kerana pangkatnya begitu tinggi di dalam hospital itu. Tertera nama Won Bitna pada kot putih yang disarungnya. Pintu kaca dikuak dan terpaparlah beberapa orang yang sedang berdiri sopan.
"Orang baru?" Soal Bitna pada salah seorang doktor disitu.
"Nae" Bitna hanya mengangguk kecil.
"Annyeonghaseyo, Park Gildong imnida!" Semangat lelaki itu berkata sambil menunduk hormat pada Bitna. Namun Bitna langsung tidak memandang wajah lelaki itu malah bayangannya sekalipun. Terus dia beredar sambil menghirup kopi ditangannya.
"Kenapa sombong sangat ish" Ujar Gildong dengan nada tidak dikawalnya.
Terus lengannya dicubit kuat oleh doktor seniornya.
"Jaga sikit mulut. Dia anak puan pengerusi"
Membuntang kedua biji mata mereka. Mereka memandang sesama sendiri lalu melemparkan pandangan kearah Gildong. Mungkin Bitna mendengarnya kerana Gildong tidak mengawal nada suaranya ketika bercakap sebentar tadi. Nampaknya dia sudah buat masalah terbesar bagi hidupnya. Baru beberapa minit masuk dah buat hal.
"Habislah kau"
━─━────༺༻────━─━
Satu ketukan mula kedengaran. Pintu ditutup rapat lalu dengan selamba Bitna melabuhkan punggungnya di sofa kulit. Dia mensisip sedikit kopi sambil memandang wajah seorang wanita separuh abad yang sedang kusyuk meneliti fail-fail pesakit.
"Waeyo?"
Keadaan di dalam pejabat itu hening seketika sebelum wanita separuh abad itu bergerak menuju ke sofa bersebelahan Bitna. Sekeping kad jemputan diletak di atas meja.
"Omma nak kamu ikut omma"
"Eodiya?" Soal Bitna. sambil mensisip lagi kopinya. Kad jemputan itu diambil lalu dibaca dengan penuh teliti. Senyuman senget mula diukir di wajah tenang wanita itu. Kad tersebut dilempar dengan kasar terus dia menyandarkan tubuhnya.
"Sekeras mana omma pujuk, Bitna takkan pergi" Ujarnya dengan nada datar. Dia tidak begitu suka dengan majlis perjumpaan sebegini kerana baginya ia amat mengjengkelkan dirinya. Puan Won terus menghela nafasnya kerana sikap anaknya.
"Sampai bila kamu nak macam ni? Perkara tu dah lama berlalu. Kamu kena hadapi benda ni"
Kedua iris milik Bitna kini bertukar menjadi pandangan yang sukar ditafisir. Kelihatan rahangnya bergerak dek kerana menahan amarahnya. Cukup pantang sekali apabila seseorang cuba mengungkit kisah lama yang cukup dibencinya walaupun beliau merupakan darah kandungnya sendiri. Puan Won sekadar memandang sahaja wajah Bitna sebelum dia kembali bersuara.
"Omma tahu kamu nakkan tempat tu bukan? Omma cabar kamu untuk ambil kerusi tu dengan syarat kamu kena lawan perasaan takut kamu"
"Anniya, omma salah. Bitna tak takut pada sesiapa"
Puan Won tersenyum lebar lalu dia mendekatkan wajahnya ke arah wajah Bitna. Kedua iris milik Bitna direnung.
"Geurae? Tunjukkan"
Gadis itu membalas tatapan dari sang ibunya. Senyuman palsu cuba dilempar mengawal kemarahan yang secara tiba-tiba ingin meledak. Won Bitna cukup terkenal dengan sikap baran dan juga angkuh meskipun dengan ommanya sendiri. Dia bingkas bangun lalu menghayunkan kakinya meninggalkan tempat itu.
Kedua tapak tangan dikepal menjadi penumbuk. Buat pertama kalinya dia dicabar oleh puan Won. Sapaan dari orang bawahannya tidak dihirau si gadis itu. Sedang dia berjalan, seorang lelaki mula muncul dihadapan Bitna secara mengejut sehinggakan dia memberhentikan lamgkah-langkahnya. Lelaki itu menunduk sedikit lalu menghulur tin berisi jus buah kepada Bitna.
"P-puan, ambillah"
Bitna tidak memandang langsung wajah lelaki itu malah dia hanya memandang kosong ke arah tin tersebut.
"Maafkan-"
Gildong terpaku seketika apabila bayangan Bitna tidak lagi kelihatan di hadapannya. Dia mengalihkan pandangannya ke belakang dimana Bitna sudah jauh darinya. Lalu satu keluhan dilepaskan.
"Habislah aku"
Secara tiba-tiba bahunya dirangkul oleh gerangan yang tidak dikenalinya.
"Kau budak baru bukan?" Ujar lelaki itu. Gildong hanya mengangguk kecil.
"Kau kalau nak ambil hati doktor Won tak ada gunanya" Ujarnya lagi. Terus Gildong memandang wajah lelaki yang agak tinggi lampai itu.
"Waeyo?"
Lelaki itu berdecit lalu kembali berucap.
"Dia takkan berinteraksi mana-mana orang. Lagi-lagi macam kita" Pandangan Gildong terus jatuh ke arah kot putih lelaki itu.
'Kim Mingyu, anestesiologi'
"Air ni bagi aku" Belum sempat Gildong ingin bersuara lantas Mingyu mencapai tin jus buah itu lalu diteguk laju. Amboi baru jadi cameo kejap budak ni dah pandai eh.
━─━────༺༻────━─━
Setitik demi setitik keringat mulai membasahi dahinya. Mata yang dipejam rapat cuba dibukanya namun entah kenapa dia berasa berat. Dadanya pula kelihatan turun naik.
"A-andwae.." Perlahan Jisoo berucap. Terus kedua kelopak matanya dibuka secara mengejut. Suasana disitu kendengaran hening melainkan bunyi nafasnya yang tercungap-cungap. Siling yang berwarna putih ditatap jejaka itu sebelum melepaskan nafasnya.
Jisol mula bangun dari pembaringannya lalu meraup wajahnya sekilas sebelum melemparkan pandangannya ke arah luar jendela. Hujan lebat yang membasahi bumi mulai reda. Dia melangkah menuju ke meja lalu melabuhkan punggungnya dia kerusi. Pen digital dicapai lalu dia mula melukis sesuatu di skrin yang agak besar itu. Sekali sekala tangannya laju memadam hasil yang dilukisnya. Tidak menjadi mungkin. Pen itu dicampak ke atas meja dengan kasar. Dia bangun lalu menapak menuju ke dapur ingin mengisi tekaknya yang haus.
Hujan yang masih renyai di luar jendela ditatap dengan penuh kekosongan sambil menyisip sedikit teh hangat di dalam cawan. Mata dipejam rapat ingin menikmati setitik demi setitik air hujan diluar. Namun pendengarannya sedikit terganggu akibat bunyi telefon miliknya yang berdering.
"Jisoo? Tadi ahjumma dah letakkan makanan dalam peti sejuk kamu. Kamu makanlah eo"
Jisoo sekadar mendiamkan dirinya. Puan Hong yang seperti sudah biasa dengan sikap Jisoo mula melanjutkan perbicaraannya di dalam talian.
"Jangan lupa makan geurigo hidupkan alat pemanas kamu tu kalau tak nanti kamu sejuk"
"Geurae" Terus panggilan dimatikan oleh Jisoo. Dia kembali memandang ke arah luar.
━─━────༺༻────━─━
Alunan muzik klasik yang dimainkan oleh para pemuzik klasik telah mengisi suasana mewah di dalam sebuah dewan yang dipenuhi dengan ramai orang. Langkah-langkahnya dihenti seketika. Air liur ditelan perit si gadis itu.
"Bitna? Kamu tak apa-apa?"
Ringkas dia membalas pertanyaan puan Won dengan anggukan kecil. Dengan perlahan dia melangkah dengan teragak-agak dan mengikuti puan Won sehingga ke meja vvip yang terletak di hadapan sekali. Terus puan Won menyapa mesra beberapa kenalannya yang sedang duduk disitu.
"Ini puan Hong jiran kita dulu"
Ujar puan Won kepada Bitna. Riak di wajah tidak menunjukkan sebarang apa-apa reaksi lalu dia membongkokkan tubuhnya sedikit kepada gerangan tersebut.
"Duduklah"
Puan Won mula melabuhkan punggungnya di kerusi diikuti dengan Bitna.
"Kamu Bitna? Makin cantik kamu" Hujung bibir terjungkit sedikit tatkala mendengar ucapan dari belahan bibir wanita itu.
"Jadi boleh kamu rawat Jisoo?"
Perasaan yang tenang terus menjadi terkedu. Rautnya jelas menunjukkan bahawa dia tidak begitu faham dengan kata-kata puan Hong. Terus pandangannya dilemparkan ke arah puan Won. Nampak gayanya puan Won sudah merancang sesuatu. Gigi diketap kuat menahan amarah.
"Mestilah, Bitna pakar dalam hal ni tau"
"Maafkan saya, saya nak pergi ke tandas sekejap"
Bitna bangun lalu dia melangkah laju menuju ke pintu keluar. Banyak kata-kata kesat yang berada di minda dan juga di hati. Cukup berani wanita separuh abad itu cuba mencabarnya. Dia bukan selemah apa yang puan Won sangkakan.
"Bastard"
Bbuk!
"Omo! Mianhaeyo"
Ujar lelaki yang telahpun melanggar bahu Bitna. Tangannya bergerak laju mengutip segala barang-barang milik si gadis itu. Wajah lelaki itu tidak dipandang langsung oleh Bitna. Dia hanya fokus mengutip barang-barang miliknya.
"Lain kali hati-hati. Won.Bit.Na"
Senyuman lebar diukir lelaki itu. S-suara ini dia cukup mengenalinya. Terus dia memandang wajah lelaki itu yang setia berdiri di hadapannya. Dia mengundur langkahnya ke belakang tatkala melihat gerangan tersebut. Jelas kakinya bergetar namun cuba dikawal.
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
To be continued..
꒰💌꒱ jajjang's messege: voteu andeu commenteu juseyo hehe. saya sentiasa sayang anda♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro