Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 7

           


                 Pintu utama di tutup dengan hati-hati. Figura Mikael yang sedang di membuat kerja di ruang tamu di pandang. Jauh di sudut hatinya dia kesian melihat suaminya. Bekerja untuk menanggung isteri tapi apabila teringat akan mama membuatkan dia berasa marah.

"Shuben..." Panggil Elviyra lembut. Tempat bersebelah Mikael di labuhkan punggung.

Mikael meletakkan pen yang di pegangnya. Kaca mata ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja. Mikael rabun, jadi kalau buat kerja dia harus memakai kaca mata. Bukan bila buat kerja je tapi setiap masa sebenarnya. Haih, walaupun suami dia tu pakai kaca mata tapi tetap nampak kacak! Sesuai dengan dia! Untung si Mikael suami dia.

"Ada apa flower?" Lembut Mikael menyoal. Wajah Elviyra di tatap lama.

"Saya nak minta maaf dengan awak, maafkan saya sebab tengking awak, cakap kasar dengan awak dan saya kutuk mama." Ucap Elviyra. Kekura tangan suaminya di kucup. Matanya tunak memandang wajah kacak suaminya yang sedang tersenyum itu.

Senyuman Mikael makin melebar mendengar permohonan maaf isterinya. "Aku dah maafkan kau, lagipun bukan seratus peratus salah kau. Aku ada salah juga, betul apa yang kau cakap. Aku bukan suami yang baik. Nak pertahankan isteri pun susah." Ujar Mikael tersenyum pahit.

"Tak, awak suami yang baik. Saya beruntung jadi isteri awak. Maafkan saya ya Mika." Pinta Elviyra ikhlas.

Mikael hanya mengangguk, tubuh isterinya di peluk. "Kau tak salah sayang. Kau tak perlu minta maaf." Bisik Mikael di tepi telinga Elviyra.

"Mana ada, saya salah juga. Senang kata, dua-dua salah." Kata Elviyra bersama senyuman manis. Dia bahagia dengan Mikael tapi kehadiran Tengku Shuza akan menjadikan keadaan sedikit huru-hara.

"Awak, apa kata esok kita keluar nak? Saya dah lama tak jalan-jalan dengan awak lepas hubungan saya dan mama tak elok." Pinta Elviyra. Kepalanya di sandarkan ke dada bidang Mikael. Kepala di dongak sedikit untuk melihat wajah kacak Mikael.

"Boleh juga, tapi kau nak pergi mana?"

"Saya ikut awak je, saya pergi kalau awak nak pergi." Jawab Elviyra menayangkan sengihan sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Mikael yang melihat sengihan isterinya itu pantas mengucup pipi kanan Elviyra bertalu-talu. Kenapalah cute sangat?

"Jangan lah buat macam tu sayang. Kau ni comel lah, macam mana aku nak tinggalkan isteri aku jika kau pun cantik mengalahkan semua orang orang." Tutur Mikael romantik.

"Nak bodek lah tu." Rajuk Elviyra.

"Eish, mana ada bodek. Aku cakap benda betul. Isteri aku ni cantik mengalahkan semua." Usik Mikael bersama senyuman nakal.

Pipi Elviyra mula berona merah apabila mendengar bicara Mikael. Malu lah, Mikael selalu saja bercakap manis!

"Elelele, malu pula. Kahwin empat tahun pun still malu juga ke?" makin galak Mikael mengusik apabila melihat pipi Elviyra yang blushing itu.

Elviyra menepuk lengan Mikael perlahan.

"Awaklah, selalu je bagi ayat manis." Balas Elviyra dengan mulut memuncungnya. Wajah di palingkan ke arah lain, nak merajuk dengan Mika!

Entah Elviyra sedar ke tak, bahawa dia masih duduk di atas riba Mikael kerana memeluk jejaka itu tadi. Aduhai!

"Merajuk ke tu?" Sengaja Mikael menyoal. Mahu melihat reaksi Elviyra.

Diam, Elviyra hanya diam mendengar bicara suaminya. Malas!

Melihat tiada balasan dari Elviyra, Mikael berbicara lagi.

"Sayang merajuk dengan abang ke?" Soal Mikael dengan sengaja menggunakan gelaran 'abang'

Mendengar saja gelaran yang digunakan Mikael membuatkan Elviyra mengerutkan dahinya. Abang?

"Sejak bila saya panggil awak 'abang' pula ni?" Tanya Elviyra pelik. Dia tidak pernah panggil Mikael dengan gelaran 'abang' kecuali abang-abang dia.

Mikael menguntumkan senyuman melihat balasan Elviyra. Senang je nak buat Elviyra bercakap.

"Tak adalah, aku saja buat macam tu. Apa kata kau panggil aku abang, nak tak? Baru lah sweet macam Nasha. Ini tak asyik awak-saya je." Bebel Mikael sambil mencebik.

Terlepas ketawa Elviyra melihat cebikkan Mikael. Adoi, lawaklah muka Mikael.

"Yang kau ketawa kenapa?" Pelik Mikael menyoal isterinya yang elok ketawa seperti orang gila.

"Muka awaklah, lawak kalau cebik macam tu." jelas Elviyra. Yalah, Mikael belum pernah mencebik macam tu. Jadi kalau buat macm tu nampak lawaklah.

"Kau nak cakap, muka aku buruk lah?" Balas Mikael tak puas hati.

"Mana adalah! Saya cakap lawak je, saya tak cakap hodoh wahai suamiku." Perli Elviyra selamba.

Mikael merengus geram, mulut isterinya selalu saja begitu! Mulut main lepas je, perli orang nombor satu!

"Amboi kau, sedap betul perli aku." Ujar Mikael lalu mulut isterinya di tarik geram.

"Auch! Apa awak ni! Sakitlah!" Rengek Elviyra dengan mulut memuncung. Wajah kacak Mikael di jeling tajam.

"Mulut lain kali jangan perli aku, nak aku cubit lagi? Buat mulut memuncung macam tu, ada yang kena kiss pula ni." Ugut Mikael berura-ura mahu mencium.

"Ish! Yalah, sibuk je dia ni." Jawab Elviyra berura-ura mahu bangun. Makin duduk bermanja dengan Mikael, makin buat dia sakit hati.

Mikael yang melihat Elviyra ingin bangun dari ribaannya segera menarik kembali dan dengan sekali tarikan dari Mikael, Elviyra kembali terduduk di riba Mikael.

Tubuh kecil Elviyra di dakap erat. Sudah lama dia tidak mendakap tubuh kecil itu kerana sejak beberapa bulan ini mereka kerap akan bertekak tentang hal berkaitan Tengku Shuza.

"Kejaplah sayang. Aku tak habis lepaskan rindu lagi." Kata Mikael dengan mata yang terpejam.

Tenang dan hilang segala tekanan apabila berada di dalam dakapan si isteri. Elviyra bagaikan ubat untuk dia menghilangkan tekanannya.

Elviyra hanya diam tapi pelukan Mikael di balas mesra. Dia tak boleh menindakkan bahawa dia juga rindu akan pelukan hangat Mikael. Semuanya berubah kerana Tengku Shuza.

Setelah 10 minit, Mikael melepaskan dakapan. Dia memandang wajah Elviyra yang hampir terlelap itu.

Aduhai cik isteri, dalam keadaan macam ni pun boleh nak tidur ke?

"Selesa sangat ke sampai hampir terlelap sayang?" Usik Mikael.

"Kalau selesa pun kenapa? Saya tiba-tiba mengantuklah awak, nak tidur tak boleh. Sekejap lagi dah nak maghrib." Balas Elviyra manja. Awalnya, niat Elviyra hanya ingin meminta maaf tapi kenapa jadi lama macam ni?

Seketika mata Elviyra membulat besar. "Awak, saya tak masak lagi untuk makan malam kita. Awak lepaskan saya sekarang, saya kena pergi masak." Gelabah Elviyra berkata.

"Tak payah masak sayang. Hari ni kita makan malam dekat luar." Mikael membalas selamba. Tahulah kaya!

Ceh riak betul!

"Kalau awak dah cakap macam tu, saya okay jelah." Akur Elviyra sambil mengucup pipi Mikael sekilas. Memang menjadi kebiasaan Elviyra untuk mengucup pipi Mikael jika Mikael membawa dia ke mana-mana. Mikael mahu pergi kerja sekalipun, sempat Elviyra mencium pipi si suami, walhal Mikael sudah lewat.

Mikael pula tidak menghalang tetapi tersenyum kerana dengan cara itu Elviyra menunjukkan kasih sayang dia, walaupun Elviyra tidak mengungkapkan kata-kata I Love You.


To be continue...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro