𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 33
Automatik mereka mengangkat kepala mereka serentak. Terbuntang besar mata mereka berdua melihat mereka semua. Terkejut beruk Elviyra yang sedang mengagah Miqael begitu juga Zafran yang sedang mengagah Maysara.
"K-korang?" Soal Zafran dan Elviyra tergagap-gagap serentak. Aduhai, macam mana boleh terserempak ni?! Kebetulan atau...
"Fran! El! Lamanya tak jumpa korang! Rupa-rupanya korang ada dekat sini!" Ujar Almira terkejut. Dia berura-ura mahu memeluk Elviyra tetapi wanita itu menahannya.
"Stop! Jangan dekat dengan aku!" Halang Elviyra tegas. Jika tidak di halang boleh lenyek anak terunanya apabila si Almira peluk dia.
"Kenapa?!" Soal Almira bengang. Dia berpeluk tubuh memandang sepupunya. Dia masih tidak sedar akan kehadiran Miqael dan Maysara si comel!
"Mira, kau jangan jerit boleh tak? Malu orang tengok!" Tutur Nasha tegas. Budak ni bukan boleh bawa bincang. Tak makan saman betul.
Almira mendengus bengang. Reza, Zikri dan Mateen yang sedang mendukung Najmina di pandang. Sakit hati betul!
Miqael yang berada di dalam pelukan Elviyra mula merengek kecil. Mungkin tidak biasa dengan bunyi bising.
Maysara juga mula merengek, habislah Elviyra harus menjaga kedua anak-anaknya yang merengek. Mikael pula entah kemana.
Elviyra mula gelabah melihat anaknya menangis. Dengan cepat dia menepuk punggung si anak supaya berhenti menangis. Dia tidak pedulikan 5 manusia yang memandangnya bingung.
"Syhhh... sayang, mama ada ni," pujuk Elviyra sambil mencium dahi Miqael. Dalam hatinya sudah berdoa supaya anaknya berhenti menangis.
Haih, kemana lah dua manusia itu pergi? Tinggalkan dia, Zafran, Miqael dan Maysara dekat pantai. Balik rumah nanti, nahaslah mereka berdua.
"Disebabkan korang lah ni, anak-anak aku nangis. Kalau anak-anak aku tak dapat tidur malam nanti. Nahaslah kau Mira." Ugut Elviyra sambil menjeling Almira.
Wajah Mateen, Nasha, Almira, Reza dan Zikri kelihatan terkejut.
Elviyra kembali melabuhkan punggungnya di bangku diikuti oleh Zafran. Miqael yang sudah berhenti merengek di berikan kepada Zafran.
Maysara pula di ambil lalu di berikan susu botol. Rakus Maysara menyusu.
Pedulikan lima manusia itu, Elviyra tengah bengang dengan Mikael dan Zafril sekarang ni.
"Anak-anak kau?" Tanya mereka serentak. Mak aiii, setahun tak jumpa, alih-alih dah ada anak. Kembar pula tu!
"Yes!" Balas Elviyra bangga. Dia mengukirkan senyuman manis kepada mereka sebelum kembali memandang Maysara.
Mereka berlima kehilangan kata-kata kerana terkejut. Zafran tertawa kecil melihat wajah mereka. Terkejut sangat nampaknya. Kasihan! Baru setahun 1 bulan tak jumpa, bukan lagi 4 hingga 5 tahun.
"Sha, mana anak kau? Aku nak tengok ni." ujar Elviyra teruja. Maysara yang hampir tertidur itu di tepuk lagi. Si kecil itu selalu saja tidur. Sudah kenyang tidurlah! Buat apa lagi.
"Ini, Tengku Najmina Qistina." Jawab Nasha sambil memegang si kecil Najmina.
"Ouch! Cutenya awak." Elviyra mencuit hidung Najmina.
"Berapa bulan Najmina ni?"
"Tujuh bulan." Jawab Mateen.
Elviyra mengangguk sebelum matanya tertancap kepada Reza dan Zikri yang hanya diam itu.
"Reza, Zikri kenapa kau berdua senyap je?" Skal Elviyra pelik.
"Tak adalah, kami hanya tak percaya dapat jumpa kau dekat sini setelah setahun tak jumpa. Tapi kalau Mika ada, mesti best kan."
Mateen, Nasha, Almira dan Reza mengangguk mengiakan kata-kata Zikri.
Zafran mengukirkan senyuman dalam diam. Kesian dengan sepupu-sepupunya.
Mereka tidak tahu bahawa Mikael sudah lama bersenang-lenang dekat sini. Nasib koranglah, muahahaha gelak Zafran jahat dalam hati.
"Kan, aku pun rindu suami aku. Mana dia, aku rindu sangat dengan dia." Kata Elviyra berpura-pura sebak dan sayu. Padahal, dia dan Zafran menahan senyuman daripada terbentuk.
Almira dan Nasha memandang Elviyra simpati. Kemana lah si Mikael ni?
"Mika cakap nak pergi tenangkan fikiran dia. Kami tak tahu dia kemana." Balas Reza sedih. Rindu pula dengan si Mikael.
Zafran pula sudah tersengih. Rasa nak ketawa tapi hanya di tahan. Kasihan, mereka semua kena tipu hidup-hidup dengan Mikael.
"Eh dahlah, jangan buat suasana dekat sini jadi sedih. Aku nak tanya kau El. Apa nama anak-anak kau? Berapa bulan?" Soal Mateen mengubah topik lain.
Elviyra mengukirkan senyuman mendengar saolan Mateen. "Tunku Orked Maysara Tunku Harraz Mikael, berusia 3 bulan dan kakak kepada Tunku Rayyan Miqael Tunku Harraz Mikael." Jawab Elviyra gembira. Wajah si anak di tatap lembut.
''Eh tapi kenapa nama macam Mika? Kau tak rasa ke akan susah nanti?'' Kata Mateen blur.
''Eh tak sama dengan Mika, Miqael anak aku huruf Q. Kalau suami aku huruf K. Kan lain dekat situ! Lagi satu, panggil anak aku dengan nama Qael.'' Terang Elviyra untuk mengelakkan semua sepupunya blur.
"Ouh macam tu, Maysara dan Qael eah? Comel la si kecil ni. Aku nak pegang Qael boleh tak?" Tanya Zikri dengan sengihan. Rasa tak sabar pula nak kahwin! Nak ada anak yang comel macam kembar tu.
"Boleh, tapi jangan bagi dia terjaga. Kesian dia penat tunggu papa long dia lama sangat." Bebel Elviyra. Miqael yang sedang tidur di dalam pelukan Zafran di berikan kepada Zikri.
"Korang datang sini buat apa? Bercuti ke," soal Zafran apabila menyerahkan Miqael kepada Zikri.
"Ha'ah, kami datang bercuti. Semua datang. Paklong, maklong, maklang, paklang, ibu dan ayah aku." Jawab Almira. Dia turut memerhatikan Miqael yang lena itu. Bilalah nak ada anak sendiri. Cute!
"Maklang? Mana dia? Aku nak jumpa mama. Aku rindu dia.." ujar Elviyra dengan suara sendu.
"Mereka tengah rehat dekat hotel, kalau nak jumpa besok ya."
Suasana diam melanda antara mereka sebelum suara Mikael kedengaran kuat.
"Sayang! Maaf aku lambat." tutur Mikael dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia membetulkan pernafasannya di ikuti oleh Zafril yang baru tiba. Kenapa dengan mereka tu? Macam kena kejar dengan hantu gamaknya.
Zafran dan Elviyra mengigit bibirnya apabila sedar akan renungan Nasha, Reza, Zikri dan Almira kepada Mikael yang masih tidak menyedari kehadiran mereka.
'Habislah kau, Mikael!' Gelak jahat si Zafran di dalam hati.
"Ehem, pergi tenangkan fikiran konon. Rupa-rupanya dekat sini kau ya." Sindir Nasha secara tiba-tiba.
Mikael mengangkat kepalanya apabila merasa suara yang tidak asing di pendengarannya. Secara sepontan dia ternganga kecil. Terkejut punya pasal.
"Korang buat dekat sini?" Soal Zafril turut terkejut beruk.
"Buat bodoh," jawab Zikri selamba. Soalan tak boleh bijak lagi ke?
Zafril tersengih kambing, jarang si Zafril ini bodoh. Itulah, siapa suruh tanya soalan bodoh, hahaha.
"Any explaination Harraz Mikael Marzuqi?" Soal Reza sambil menjungkitkan keningnya. Mateen menggelengkan kepalanya perlahan. Diaorang dah mula dah!
"Tak ada apa yang nak di jelaskan bro. Aku datang jumpa isteri kesayangan aku. Salah ke bro." Jawab Mikael selamba. Bahu Elviyra di peluk selamba. Dia tak kisah pun pandangan helang semua sepupunya. Life dia kan, suka hatilah.
Reza dan yang lain mengacipkan gigi mereka. Geram betul dengan perangai annoying Mikael ni.
"El! Perangai laki kau makin buat aku sakit hati. Geram lah aku."
Elviyra tergelak kecil memandang Almira yang sedang marah.
"Kau bukan tak kenal Mika. Korang selesaikan masalah korang ya. Aku dah nak balik."
"Kau nak balik dengan siapa?"
"Abang-abang saya ada. Jangan risau, awak selesaikan masalah dulu ya. Lepas semua dah selesai baru balik. Kalau balik dengan masalah ni umi mesti terkejut beruk nanti. Tengok semua anak-anak sedara dia ada dekat sini." Balas Elviyra.
Dia bangun lalu mengambil Miqael yang ada di dalam dukungan Zikri di berikan kepada Zafril manakala Maysara di berikan kepada Zafran. Stroller milik Miqael di tolak perlahan.
"Bye!" Balas Elviyra selamba. Dia berjalan meninggalkan semua sepupunya disitu. Zafran dan Zafril pula mengikuti langkah si adik. Sempat Zafril dan Zafran berikan senyuman mengejek kepada adik ipar mereka.
Mikael pula rasa seperti mahu menghubankan Zafran dan Zafril di dalam tanah. Sempat lagi ejek dia!
"Tolong jelaskan Mika!" Tutur Nasha tegas.
Mikael menarik nafas sebelum duduk di bangku yang ada di situ dan diikuti oleh yang lain.
"Kisah dia macam ni.." maka bermulalah cerita Mikael dari awal hingga akhir. Tentang anak-anak juga turut di selitkan sekali. Petang itu Mikael balik lambat gara-gara bercerita kepada semua sepupunya. Bertabahlah Mikael!
To be continue...
Bila nak buat Tengku Shuza jumpa dengan cucu-cucu dia eah? Next chap?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro