Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 27

Pada tarikh 22 hari bulan sembilan, kandungan Elviyra tepat 9 bulan.

"Sayang, minum susu tu sampai habis." Suruh Mikael garang. Wajahnya sengaja di buat garang berharap agar Elviyra takut.

"Taknak!" Balas Elviyra sambil menggelengkan kepala. Susu kambing tak sedap, rasa macam nak muntah! Mika selalu paksa saya!

"Minumlah sayang, susu ni elok untuk baby dalam kandungan kau tu."

"Taknak, tak sedap..." bantah Elviyra habis-habisan.

"Habis tu, kalau nak yang sedap susahlah. Semua susu kambing macam ni." Tutur Mikael dengan nada suara yang tertahan-tahan. Tahan daripada memarahi isterinya.

"Muktamad, saya taknak. Tolonglah, kalau susu lain saya boleh telan lagi tapi susu kambing. I can not!" Rungut Elviyra.

"Minumlah bunga, demi baby tu." Pujuk Mikael lagi. Susah betul nak pujuk mak buyung sorang ni.

"Taknak, boleh tak jangan paksa orang!" Marah Elviyra kepada Mikael. Sibuk jelah, kalau orang tak cakap taknak, maknanya taknak lah.

"Taknak sudah! Malas aku ambik tahu lagi!" Marah Mikael juga. Gelas yang masih berisikan air susu di letak kasar di atas meja lalu meninggalkan Elviyra seorang diri disitu.

Tersentak Elviyra apabila Mikael meninggikan suara kepadanya. Matanya tiba-tiba saja berkaca, air matanya tunggu nak keluar saja.

Dia terasa dengan Mikael, Mikael marah dia.

"Tsk..." tangisan Elviyra terus saja pecah. Sampai hati Mika buat dia macam ni.

Elviyra menangis seorang diri di dalam bilik. Hatinya terasa dengan sikap suaminya.

"El bukannya mengada taknak minum susu tu hiks...tapi susu tu buatkan El selalu mual." Ujar Elviyra sendirian. Mikael asyik paksa dia untuk minum, tapi adakah Mikael tahu susu kambing itu berbau hamis?

Tiba-tiba Elviyra merasakan satu tangan memeluknya dari belakang.

"Maafkan aku sebab marah kau tadi." Gumam Mikael sambil memeluk tubuh tembam Elviyra.

"Mika marah El tsk..." jawab Elviyra dalam tangisan. Dia masih terasa dengan Mikael.

"Syhh, tak-tak aku tak marah kau dah. Maafkan aku sayang." Pinta Mikael lembut. Menyesal pula dia tinggikan suara kepada Elviyra walaupun dia tahu emosi isterinya sangat lain sejak mengandung.

Tangisan Elviyra sudah berhenti tetapi sedu-sedan masih kedengaran.

"Janji ya?"

"Iya, aku janji." Ujar Mikael. Jari kelingking Elviyra di cantumkan dengan jari kelingkingnya.

"Mika, El nak makan. El lapar..."

"Bunga nak makan apa? Jom Mika masakkan." Tutur Mikael lembut. Sisa air mata isterinya di kesat lembut.

"El nak maka-- argh!!!" Belum sempat Elviyra membalas dia merasakan sakit di perutnya.

"Ya Allah kenapa wife?" Soal Mikael cemas.

"Mi-Mika, s-sakit!" Kata Elviyra sambil mencengkam erat bahu suaminya. Berkerut dahi Mikael apabila merasakan sakit di bahunya.

"Kau k-kenapa cengkam ba-bahu aku ni?" Tanya Mikael tergagap-gagap. Boleh tahan berbisa cengkaman tangan isteri dia ni.

"P-perut E-El sakit..." ujar Elviyra. Hampir saja dia menangis akibat menahan rasa sakit.

"Ya Allah, kau nak bersalin ke?!" Soal Mikael terkejut.

"Ya, Mika cepatlah perut saya sakit."Adu Elviyra lagi.

Mikael terus gelabah apabila mendengar balasan isterinya.

"Kejap aku panggil umi!" Jawab Mikael lalu meninggalkan isterinya seorang diri dalam bilik.

Elviyra jatuh terduduk di atas katil. Dia berdoa dalam hati supaya sakitnya segera beransur pulih.

Tidak lama kemudian, Mikael datang dengan wajah resah bersama dengan Zafril dan Tengku Syaza.

"Ya Allah Mika, kenapa tak bawa El pergi hospital? Dia tengah sakit tu!" Marah Tengku Syaza kepada Mikael. Kenapa blur sangat tu!

"Mikael resah dan gelabah umi."

"Dah! Sekarang bawa El pergi hospital! Fril, kamu tolong drive! Kalau suruh si Mika drive boleh excident jawabnya. Umi akan menyusul dengan ayah dan Fran nanti." Arah Tengku Syaza berserta bebelan.

"Mika sakit..." lirih Elviyra berkata.

Tengku Syaza hanya boleh melihat anaknya yang sedang menahan sakit. Bagi dia, itulah pengorbanan terbesar seorang ibu. Bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak.

"Syhhh, sabar sikit sayang. Fril, tolong bawa beg pakaian El dan baby. Ada dalam almari. Aku dah sediakan semua." Suruh Mikael. Tudung sarung milik Elviyra yang berada di peyangkut di ambil lalu disarungkan ke kepala Elviyra. Tubuh Elviyra yang sedang sakit di cempung berhati-hati.

"S-sakit Mika...'' Ujar Elviyra dengan air mata yang sudah mengalir di pipi mulutnya.

Bahu suaminya di cengkam lagi sekali. Mikael hanya boleh menahan sakit apabila Elviyra mencengkam bahunya.

"Fril, bawa laju sikit. El dah lemah ni." Kalut Mikael menyuruh.

Zafril yang sedang memandu hanya menganggukkan kepalanya. Kereta di pecut lagi agar mereka cepat sampai di hospital.

.
.
.
.
.

"Doktor macam mana dengan isteri saya?" Tanya Mikael cemas. Sudah enam jam, Elviyra di dalam bilik bersalin.

"Bukaan isteri Encik Mikael dah terbuka 10 cm, jadi dah boleh bersalin. Encik Mikael nak teman isteri Encik ke?" Soal Doktor Maya. Jangan tanya kenapa sama dengan nama Tengku Maya. Nama je sama tapi orang lain-lain.

"Saya nak teman isteri saya." Jawab Mikael laju. Dia takkan sia-siakan peluang untuk menemani isteri dia bersalinkan anak-anak dia.

"Kalau macam tu Encik boleh pergi dekat isteri Encik sekarang. Sementara tu tenangkan dia dulu. Saya tengok isteri Encik sakit dari tadi."

Tanpa membalas apa yang doktor Maya bagitahu, Mikael berjalan ke arah isterinya. Dapat dia lihat wajah sakit Elviyra.

"Sayang..."

Elviyra berpaling dan senyuman nipis dihadiahkan kepada suaminya.

"Awak..." ujar Elviyra juga. Mikael terus saja menggosok kepala isterinya lembut.

"Tahan ya sayang, walaupun aku tak boleh rasa macam mana rasa sakit melahirkan tapi aku tahu, kau tengah sakit sangat sekarang ni." Ujar Mikael memberi semangat.

"Terima kasih shu-- argh!!" Elviyra menjerit apabila rasa sakitnya kembali terasa.

"Encik Mikael, dah tiba masanya. Puan Elviyra dengar apa yang saya bagitahu ya." Elviyra hanya menganggukkan kepalanya lemah.

"Sayang, kalau sakit sayang gigit je lengan Mika ya. Mika akan tahan, sebab rasa sakit Mika tak setanding rasa sakit sayang." Tutur Mikael lembut. Dahi Elviyra dikucup penuh kasih sayang walaupun dahi Elviyra sudah di penuhi keringat akibat menahan sakitnya tapi itu sama sekali tidak boleh menghalang dia dari mengucup dahi isteri dia. Geli? Tiada istilah geli dengan isteri sendiri.

"Okay Puan Elviyra, push sekarang!" Arah Doktor Maya.

Elviyra meneran dengan sekuat tenaga yang dia ada.

"Lagi sekali Puan. Kepala baby dah nampak." Arah Doktor Maya lagi.

Sekali lagi Elviyra meneran sekuat hatinya.

"Argh!!"

Dengan itu, suara tangisan seorang bayi kedengaran di bilik itu.

"Alhamdulillah, it's baby girl! Congratulation's Mr, Mrs." Ujar Doktor Maya. Mikael mengukirkan senyuman. Anak pertama dia girl!

Elviyra kembali merasakan sakit.

"Doktor sakit lagi." Tutur Elviyra dengan dahi berkerut.

Doktor Maya sudah bersedia.

"Push puan!" Suruh Doktor Maya untuk kali ketiga.

"Argh!" Elviyra menjerit sekuat hati. Lengan Mikael masih lagi digigit.

''Lagi Puan, push!"

Dengan dua kali teriakkan suara tangisan seorang lagi bayi kedengaran di dalam ruang itu.

"Alhamdulillah, it's baby boy! Tahniah Puan Elviyra, Encik Mikael!" Ucap Doktor Maya.

Senyuman manis terbit di bibir pucat Elviyra. Anak pertamanya perempuan dan kedua lelaki. Alhamdulillah.

Doktor Maya dan jururawat membersihkan bayi-bayi yang baru saja lahir tadi.

Elviyra memandang anak-anaknya yang sedang di bersihkan oleh Doktor Maya itu dengan senyuman lemah.

"Terima kasih sayang," ucap Mikael, dahi Elviyra dikucup bertalu-talu. Akhirnya impian mereka tercapai. Anak ialah anugerah yang tak ternilai bagi mereka.

"Sama-sama Mika." jawab Elviyra lemah. Perlahan-lahan matanya terkatup erat.

Mikael yang melihat isterinya begitu terus menjerit memanggil doktor.

"Doktor! My wife!" Jerit Mikael kuat.

"Encik Mikael, sila keluar dahulu. Saya akan periksa keadaan Puan Elviyra." Balas Doktor Maya. Lalu pintu itu ditutup.

Mikael meraup wajahnya kasar. Lengannya yang masih sakit akibat giliran Elviyra hanya dibiarkan begitu. Keselamatan isteri dia lagi penting berbanding lengan dia.

"Ya Allah, engkau selamatkan isteriku." Doa Mikael di dalam hati.

"Mika, macam mana keadaan El?" Soal Tengku Syaza, Zafran, Zafril dan Tunku Zarif. Tadi, Zafril mengatakan dia mahu ke lobi hospital untuk menunggu kehadiran umi, ayah dan Zafran.

"El pengsan lepas bersalin tadi. Mika harap tiada benda buruk berlaku." Kata Mikael penuh risau.

Zafran menepuk belakang badan Mikael. Dia harus memberi semangat untuk adik iparnya.

"Kau jangan risau, aku yakin El okay. El kuat."

"Betul tu Mika, adik aku kuat." Balas Zafril pula. Bahu Mikael di tepuk. Memberi semangat.

Mikael menarik nafasnya lalu di hembuskan. Kerusi yang ada di duduk.

Mikael sekadar mengangguk apabila mendengar kata-kata mereka. Hati dia masih resah, dia tidak sedia untuk kehilangan apa-apa sekarang ini, termasuklah isterinya.



To be continue...

Anak pertama El dan Mika girl!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro