Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 19


4 bulan kemudian...

             Usia kandungan Elviyra sudah masuk lima bulan dan Mikael masih belum mengetahui bahawa isteri dia mengandung.

Tengku Syaza yang melarang Elviyra untuk memberitahu kepada Mikael. Kata Tengku Syaza, biarlah umi dan ayah yang bagitahu Mikael segalanya bila waktunya tiba.

"El..." Panggil Tengku Syaza apabila si anak yang dari tadi termenung.

Elviyra berpaling dan mengukirkan senyuman buat uminya tapi jelas kelihatan bahawa senyuman yang di ukirkan itu sangatlah pahit.

"Ya umi?"

"Anak umi kenapa?" Tanya Tengku Syaza lembut.

Elviyra memandang uminya dengan mata berkaca. Sejak mengandung emosi Elviyra menjadi tidak menentu.

"Kalau El cakap El rindu suami El, umi marah tak?" Jawabnya perlahan. Wajah di tundukkan lalu ibu jari dimainkan. Dia takut Tengku Syaza akan memarahinya kembali.

"Buat apa umi nak marah? Tak salah El rindu sebab El rindukan kekasih halal El." Balas Tengku Syaza perlahan. Rasa bersalah mula menghurungi diri. Rasa bersalah memisahkan pasangan suami isteri.

"El rindukan Mika, selama 4 bulan kita duduk dekat sini, tidak pernah satu hari pun El tak rindukan suami El. Setiap hari, setiap jam, setiap saat dan setiap detik, nama Mikael tak pernah luput dari dalam fikiran El umi." Luah Elviyra ikhlas dari dalam lubuk hatinya.

Terdiam Tengku Syaza mendengar luahan Elviyra. Rasa bersalahnya semakin membuak-buak.

"Umi minta maaf El. Umi pisahkan kamu dengan suami kamu."

Elviyra menggeleng kepalanya. "Bukan salah umi. El yakin ini ialah takdir."

"Umi janji, umi akan bawa suami El balik dengan El ya." balas Tengku Syaza. Dia tekad akan membawa Mikael datang kepada anaknya, hanya Mikael seorang saja. Bukan ahli keluarga dia yang lain.

"Betul ke umi?" soal Elviyra teruja.

"Ya, umi taknak anak umi sedih lagi. El tunggu ya." Balas Tengku Syaza. Kepala anaknya yang ada diribanya di elus lembut.

"Terima kasih umi," ucap Elviyra lalu bangun dari baringnya. Tubuh tua Tengku Syaza di peluk erat. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa si suami setelah 4 bulan berjauhan. Dia rindu sangat.

"Sama-sama sayang."

.
.
.
.
.

                  Mikael terduduk lemah di sofa empuk miliknya. Kepalanya yang masih pening di picit-picit. Sejak 4 bulan lepas, dia selalu saja pening. Pening sehingga tidak boleh membuat kerjanya.

"Mika, kau kenapa? Kepala kau pening lagi ke?" Soal Nasha yang kini sudah sarat. Suaminya yang ada disebelah di kerling.

"Entahlah Nasha, kepala aku pening tak henti. Kalau hilang pun tengahari nanti. Pagi aku tak boleh buat kerja."

Mateen memandang sepupu kepada isterinya simpati. Aduhai, isteri tiada disisi sekarang ni. Pening dan demam sudah sebati dengan Mikael sejak 4 bulan ini.

"Aku rasa kau kena pergi check lah Mika." Cadang Mateen.

Mikael memandang wajah Mateen dengan wajah lesunya. Klinik? Sejak dia sakit sekalipun tidak pernah dia ke klinik.

"Malaslah Mateen, kalau pergi klinik pun perkara sama je diaorang cakap. Jangan lupa makan ubat, encik bla... bla..." Tutur Mikael mengajuk percakapan doktor.

Mateen dan Nasha tergelak melihat bibir Mikael mengajuk percakapan doktor. Adoi lah, Mikael tak padan dengan sakit.

"Kau ni, sakit-sakit pun sempat lagi," balas Mateen. Qays Mateen berumur 29 tahun, merupakan anak tunggal kepada Tengku Qaid dan Tengku Dariya.

"Aku bukan sakit macam nak mati, aku pening je."

"Pening pun, bahayalah." Balas Nasha.

Mikael mencebik. "Korang laki bini suka sangat buat aku macam ni. Aku bukan budak-budak."

"Eleh, bukan budak-budak konon. Siapa yang nangis pukul 1.00 pagi sebab rindu bini," sindir Nasha. Manakala Mateen pula sudah tersengih-sengih. Macam mana mereka tahu? Mestilah Zikri dan Reza yang memberitahu.

"Macam mana kau tahu?"

"Itu yang bagitahu," ujar Nasha menjuihkan bibirnya ke arah Reza dan Zikri.

Automatik Mikael berpaling ke arah yang di tunjukkan oleh Nasha. Dan dapat dia lihat senyuman tidak bersalah Reza dan Zikri.

"Korang ni memang tak reti simpan rahsia kan?" Soal Mikael geram. Rasa nak lenyek dekat lantai je muka dua sepupunya itu.

"Kau takkan tak kenal aku," kata Zikri tersenyum lebar. Jika sesiapa antara mereka ada rahsia automatik Zikri akan memecahkan rahsia jika Zikri tahu.

"Sebab tulah semua orang taknak kongsi rahsia dengan kau." Balas Mikael sambil menjeling tajam.

Mateen dan Nasha pula sudah tergelak kecil. Memang betul apa yang Mikael cakap, satu orang pun tak mahu berkongsi rahsia dengan Zikri kecuali Zafran kerana Zafran dan Zikri memang rapat. Semua rahsia mereka simpan bersama.

"Ada aku kisah? Aku dengan Fran okay je." Kata Zikri bangga. Cakap pasal Zafran membuatkan dia teringatkan lelaki pensyarah itu. Rindulah dengan boyfriend diaಠ_ಠ

"Kau dengan Fran sama je, otak sama-sama senget."

"HAHAHA, biasalah Fran kan boyfriend aku!" Jawab Zikri lalu gelak terbahak-bahak. Apa yang lawak mereka tak tahu.

Zikri yang merasakan dirinya ketawa seorang diri terus berhenti ketawa.

Krik

Krik

Senyap melanda mereka semua. "Apa yang lawak Sha?" Tanya Reza sambil mengangkat kening kirinya.

"Entahlah, Zikri ni tak betul agaknya." Kata Nasha selamba. Dengan wajah tidak bersalah dja mengutuk si adik.

Lalu ketawa Mateen, Mikael dan Reza terhambur kuat. Manakala Zikri pula sudah mengetapkan bibirnya geram.

Zikri tahu, mereka sengaja nak mengusik dia! Dasar manusia gila! Opss, terkutuk pula.

Setelah ketawa mereka berhenti. Reza teringatkan sesuatu.

"Mika, lupa aku nak cakap tadi si lalat sarkas plus badut datang office nak jumpa kau." Ujar Reza menyampah.

Semua mata memandang Reza. "Apa lalat sarkas tu nak?" Tanya Nasha memandang tajam Reza.

Mikael menjungkitkan bahunya. "Entah, katanya nak jumpa Mika."

Mikael menetapkan bibirnya geram.

"Apalagi perempuan gila tu nak? Hish, serabutlah aku. Reza, nanti kau tolong bagitahu security kalau perempuan lalat sarkas datang jangan bagi masuk." Tutur Mikael dengan nada tegang. Serabut betullah! Dalam banyak-banyak perempuan yang Tengku Shuza cadangkan, perempuan yang bernama Latifah paling keras kepala. Orang taknak tu, tak payah lah terhegeh-hegeh.

"Okay boss!"

"Haih, korang aku nak buat apa lagi eah? Aku serabut kalau si Latifah tu asyik datang kacau aku. Aku yang dah pening tambah pening tahu tak!" Hambur Mikael kasar. Pelipis kepalanya di picit. Rasa nak meletup je kepala.

Zikri, Nasha dan Mateen senyap memikirkan sesuatu.

"Entahlah, aku pun tak tahu juga. Perempuan macam tu bukan reti mengalah. Lebih baik kau bagitahu je security jangan biarkan si badut tu masuk lagi dalam kawasan kau." Jawab Mateen.

Mikael menganggukkan kepala. Lama kelamaan boleh gila dia melayan manusia yang tidak faham akan bahasa melayu itu. Siapa lagi kalau bukan si Latifah itu!



To be continue...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro