Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 13



Tunku Zarif dan Zafril memasukan segala barang Elviyra dan Tengku Syaza ke dalam bonet kereta. Tiba-tiba saja disapa oleh Mikael.

"Assalamualaikum ayah, boleh Mika jumpa Elviyra kejap?" Soal Mikael lembut. Dia memandang Tunku Zarif aka bapa mertua dan bapa saudaranya penuh pengharapan. Tunku Zarif adik kepada Tunku Marzuki.

"Pergilah jumpa isteri kamu. Ayah, Fril dan Fran tunggu dalam kereta. Ayah bagi kamu masa untuk kali terakhir. Baik-baik bincang ya Mika." Ujar Tunku Zarif. Bahu menantunya di tepuk-tepuk perlahan.

Simpati dia melihat keadaan rumah tangga si anak dan menantu.

"Mika, aku harap kau dapat bersabar ya. Kebahagiaan kau tak lama lagi akan datang Mika. Kebahagiaan kau dan adik aku." Kata Zafril sambil tersenyum tipis.

"Terima kasih ayah, Fril." ucap Mikael. Dia berjalan menuju ke dalam rumahnya.

Masuk saja di dalam rumah Mikael melihat Elviyra sedang melihat gambar pernikahan mereka yang tergantung di tengah ruang tamu. Kelibat Tengku Syaza pula tidak kelihatan.

"Flower..." Seru Mikael perlahan.

Elviyra berpaling dan senyuman terukir di bibirnya. Segera dia berlari masuk ke dalam pelukkan suaminya.

"Shuben..." Ujar Elviyra manja.

"Hmm, aku izinkan kau ikut umi. Aku akan izinkan untuk kebahagiaan kita dan untuk membuat mama sedar." Kata Mikael tulus dan ikhlas. Walhal dalam hati sudah meraung besar terpaksa berpisah dengan isteri tercinta.

"Awak, saya tak tahu saya kena tinggalkan awak berapa lama tapi saya pasti akan rindukan suami saya, awak syurga saya. Biarpun sejak dua menjak kita selalu gaduh. Saya sebenarnya taknak tinggalkan awak tapi saya kena yakin dengan keputusan umi. Umi buat semua ni untuk kebahagiaan kita. Umi taknak mama terus macam tu. Awak, saya harap awak setia dengan saya ya? Awak jangan cari lain! Kalau awak cari lain saya akan hantui hidup awak sampai bila-bila." Balas Elviyra teresak-esak. Tangisan di hamburkan di dalam pelukan suami tercinta.

"Tsk, susah untuk saya tapi kalau di beri pilihan untuk memilih antara cinta dan benci. Saya pilih cinta daripada untuk benci. Saya nak awak tahu, yang saya tak pernah bencikan mama walaupun sebanyak mana hinaan mama lemparkan terhadap saya. Saya sentiasa maafkan mama sebab saya kenal mama dari kecil lagi. Hiks... Saya kenal macam mana ibu saudara saya. Akhir sekali, saya nak cakap yang saya cintakan awak sangat-sangat. I Love You So Much Husband. Saya betul-betul sayangkan awak sepenuh hati saya. Awak yang pertama dan terakhir yang ada di sini." Sambung Elviyra dengan tangisan, air matanya mengalir laju menggambarkan bagaimana perasaan dia waktu ini.

Tangan Mikael di letakkan di jantungnya yang masih berdegup kencang walaupun sudah empat tahun usia perkahwinan mereka.

Air mata Mikael turut mengalir. Dahi isterinya dikucup penuh syahdu. Lama, lama Mikael mengucup dahi licin Elviyra sebelum mengalihkan bibirnya ke arah pipi Elviyra.

"Mika cintakan bunga juga. Bunga isteri pertama dan terakhir Mika. Pergilah bunga, Mika izinkan bunga pergi. Maafkan segala silap Mika yang sayang?" Luah Mikael lirih. Air matanya tetap setia mengalir walhal sudah di kesat. Tetapi air matanya tak mahu berkompromi buat masa sekarang.

Elviyra mengangguk dengan tangisan dan sekali lagi tubuh sasa Mikael di peluk. Buat kali yang terakhir, sebelum dia pergi meninggalkan suami dia.

Setelah beberapa minit berpelukan Mikael melepaskan pelukkan. Tangan kasarnya naik menyapu sisa air mata yang ada di pipi isterinya.

"Bunga dekat sana jangan nangis lagi. Mika sedih kalau bunga sedih." Tutur Mikael, senyuman cuba di ukirkan walaupun terasa pahit sekali.

Tangan Elviyra juga turut menyapu sisa air mata yang ada di pipi Mikael.

"Shuben juga, jangan nangis ya."

Mikael mengangguk. Tangan di hulurkan kepada Elviyra.

Elviyra mengucup tangan suaminya dengan lembut sekali. "El pergi dulu shuben, ingat El cintakan Mika. Assalamualaikum." Pamit Elviyra lalu berjalan untuk keluar.

Sebelum melangkah keluar dari pintu utama. Kali terakhir Elviyra memandang ke arah Mikael. Mikael menayangkan senyuman manisnya kepada Elviyra.

Elviyra melambaikan tangannya lalu berpaling dan meneruskan langkahnya.

"Selamat tinggal kenangan pahit dan manis." Ujar Elviyra di dalam hati. Tubir matanya automatik bergenang.

Selepas saja kelibat Elviyra tidak kelihatan. Mikael terus menghamburkan tangisannya.

"Ya allah, kenapa semua ini terjadi, aku tak kuat ya allah." Rintih Mikael sendirian. Dia terduduk di lantai. Gambar Elviyra yang di ambil waktu Elviyra sedang makan aiskrim di handphone di lihat.

Baru sekejap Elviyra tinggalkan dia, dia sudah begini. Macam mana dia mahu hadapi hari-hari yang akan datang?

"Hamba mohon Ya allah, kau lindungilah isteriku di mana isteriku berada. Kau berikan dia kesihatan yang baik ya allah. Jangan biarkan isteriku sakit lagi. Kalau boleh pindahkan sakit isteriku kepada aku ya allah." Doa Mikael sambil menangis.

Tunku Marzuki yang berada di situ merenung anak tunggalnya sayu. Kasihan dia melihat keadaan anaknya sekarang tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Tunku Marzuki tahu, anak lelakinya sekarang ni lemah dan tidak mempunyai semangat kerana dia juga lelaki.

Lelaki apabila kehilangan wanita dan keluarga yang dia cintai automatik dia akan lemah. Mungkin kita lihat mereka itu seperti kosong dan tak berperasaan tapi apabila melibatkan orang yang dia sayang dan cintai automatik dia akan berubah menjadi lemah dari yang disangka. Semuanya kerana orang yang di sayangi dan dicintai oleh dia.

Itulah Tengku Marzuki fikir tentang lelaki. Dia juga pernah merasai erti kehilangan dan tidak mempunyai semangat untuk meneruskan hidup. Tapi disebabkan dia ketua keluarga,dia harus berpura-pura kuat dan tenang kerana dia tidak mahu ahli keluarga yang lain risau akan dia.

.
.
.
.
.

"El okay tak sayang?" Soal Tengku Syaza. Dari awal tadi mereka berada di dalam kereta dia hanya melihat anak perempuannya hanya termenung.

"El okay, umi jangan risau ya." Balas Elviyra dengan suara serak.

"Baguslah kalau El okay, lega kami dengar." Sampuk Tunku Zarif yang berada di sebelah tempat pemandu.

Zafril yang sedang memandu pula mengeluh perlahan. Dia tahu adiknya tidak okay. Mana taknya, dia terdengar segala percakapan Elviyra dan Mikael. Sebak saja percakapan pasangan itu. Dia baru saja datang nak ucapkan selamat tinggal kepada Mikael juga tapi alih-alih dapat tengok drama sedih antara Elviyra dan Mikael.

"Adik sabar sikit je, kita pergi kejap je dik. Dua tahun je. Insyallah, kalau ada rezeki adik boleh jumpa Mika sebelum tempoh dua tahun dik." Gumam Zafril perlahan lalu kembali fokus memandu.

Zafran yang berada di sebelah Elviyra hanya diam. Dia juga tahu mengapa adiknya diam je kerana dia dan Zafril tertengok drama tidak berbayar tadi.

Tak pasal-pasal air mata mereka yang mengalir. Sadis betul kisah Mikael dan Elviyra.



To be continue...

Berpisah sudah💔💔

Hehehe, last untuk malam ni. Next chap besok pula.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro