Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 10


                  "Flower, jom keluar nak." Ajak Mikael. Bosanlah duduk rumah!

"Malaslah! Saya takut terjumpa dengan lalat tu. Saya pula sakit hati." Balas Elviyra dengan wajah masam mencuka. Masih dia ingat kejadian dua hari lepas sewaktu dia dan Mikael dalam perjalanan mahu lunch bersama di restoran berdekatan dengan Office Mikael.

Dimana Elviyra dan Lalat berjumpa kembali. Lalat dengan tidak tahu malunya mahu makan bersama mereka.

"Ajaklah diaorang sekali. Kalau terjumpa lalat tu kau boleh ajar dia cukup." Cadang Mikael tanpa berfikir panjang. Tidak tahukah Mikael bahawa jika membawa semua sepupunya akan menambahkan lagi keadaan menjadi buruk?

"Okey!" Wajah Elviyra berubah teruja. Ada geng nak ajar lalat sarkas tu!

"Kau bagitahu diaorang, jumpa dekat..." Ujar Mikael.

Elviyra mengangguk. Whatsapp di hantar di dalam group sepupu. Dimana adanya mereka semua.

.
.
.
.
.

                "Wah, wah, nak jumpa cakap last minutes. Beginilah jadinya, aku tak sempat aku nak bersegak bagai." Bebel Zikri geram.

"Aku tak kisah yang penting aku dapat keluar. Bosanlah asyik terperap je dalam rumah. Bunga aku taknak keluar takut terserempak dengan badut sarkas." Balas Mikael selamba. Apple juice kepunyaannya di minum tanpa mempedulikan sepupunya yang lain.

Nasha dan suaminya tergelak kecil mendengar balasan Mikael. Itulah Mikael jika mahu, tidak memikirkan orang lain. Nasib baik rumah mereka dan Mikael berhadapan saja.

Nasha memang jimat. Banyak-banyak rumah yang ada. Rumah berhadapan dengan rumah Mikael dan Elviyra juga yang menjadi pilihan si Nasha. Katanya, baru best berjiran. Tak adalah sunyi.

"Siapa pula lalat ni Mikael! Kau jangan nak ubah topik eah." Marah Zafril. Sedang fokus dia makan tadi tiba-tiba masuk chat dari adik kesayangan. Tak jadi dia nak melantak masakkan uminya sehingga habis bersama Zafran dan Reza.

"Lala lah! El bagi nama baru untuk dia iaitu lalat sarkas!" Jawab Elviyra bangga. Dia tersenyum lebar apabila memikirkan nama yang dia berikan kepada Lala atau nama sebenarnya Latifah. Si badut sarkas itu pernah memberitahu Mikael tentang asal usul namanya.

Elviyra tidak menyangka nama sebenar Lala ialah Latifah, tapi nak jadi nama moden jadi 'Lala' memang nak minta attention betul lah! Dasar lalat sarkas!

"Uhuk, lalat? Kau biar betul?" Soal Reza sambil tersedak airnya.

"Yalah! Dia suka menggatal dengan laki aku. Aku geramlah! Perempuan gatal, laki orang pun nak rembat!" Hambur Elviyra kepada mereka.

Almira dan Nasha menarik sengihan nakal. "Are you jealous, Zahra Elviyra?"

"Korang berdua memang nak kena dengan aku kan!" Marah Elviyra dengan wajah merah apabila mendengar soalan Nasha dan Almira.

Nasha dan Almira tergelak sakan apabila melihat wajah marah Elviyra.

"Kami bergurau jelah, janganlah serius sangat."

Elviyra menggulingkan bebola matanya ke atas. Bergurau? Meh aku bergurau dengan korang pulak!

"Bergurau? Sha cuba kau bayangkan. Mummy kepada Mateen carikan kau madu. Apa perasaan kau?" Soal Elviyra sinis.

Nasha dan Mateen tersedak serentak. Apa punya soalan minah ni!

"Kau Mira, cuba bayangkan ibu kepada tunang kesayangan kau, tak terima kau sebagai tunang anak dia dan cuba nak putuskan hubungan korang. Macam mana pula perasaan kau?" tanya Elviyra kepada Almira pula.

Nasha dan Almira terdiam mendengar soalan Elviyra. Ha, tahu pun sentap! Lain kali jangan di tanya soalan yang sensitif. Nanti kau pula yang kena.

Zafril, Zafran, Reza, Mikael, Mateen dan Zikri diam memandang ketiga perempuan itu. Nampak sangat si Nasha dan Almira tengah gelisah.

"Abang, abang takkan buat Sha macam tu kan?" Tanya Nasha cemas kepada suaminya. Janganlah suami dia macam tu! Tak sanggup berkongsi kasih! Huwa...

"Eh taklah, kenapa abang nak buat awak macam tu? Awak kan tengah pregnant." Jawab Mateen lembut.

"Tahu pun cuak! Begitulah perasaan aku bila berhadapan dengan lalat sarkas tu."

"Hehehe, maaflah." Ujar kedua mereka serentak.

Elviyra hanya menganggukkan kepala. Apple juice kepunyaan suaminya di ambil lalu di minum selamba.

"Eh, you!" Kata satu suara gedik. Kan Elviyra dah cakap kalau pergi mana-mana tempat mesti berjumpa dengan lalat tu!

Serentak dengan itu Mikael mengeluh berat. "Aduh, ini aku benci ni!" Rungut Mikael kepada mereka.

Reza dan Zafran tergelak kecil. Kesiannya melihat wajah serabut Mikael.

"Kau nak apa lalat sarkas!" Marah Nasha sambil memandang tajam ke arah Lala.

Hari ini, Lala memakai baju kebaya merah, rambut kerinting seperti biasa cuma warna hitam dan lipstick merah menyala.

"Hahaha..." Tawa Reza, Zikri dan Zafran terhambur melihat pemakaian lalat sarkas itu.

"Woi! Ini manusia ke apa?" Soal Zafran sambil ketawa.

"Kan, hahaha. Macam bukan manusia je." Jawab Zikri ketawa sambil menghentak meja.

"You guys jangan nak mengata I pulak. Macam lah you guys tu handsome sangat!" Balas Lala dengan nada gedik. Dia tersenyum manja kepada Mikael.

Elviyra yang melihat senyuman gatal Lala itu mengepalkan penumbuknya. Tak guna punya perempuan!

"Lalat sarkas! Kau jaga sikit mulut kau tu! Mata kau pun! Jangan nak menggatal dengan laki aku!" Marah Elviyra. Berura-ura dia mahu berjalan ke arah Lala tapi di halang oleh Mikael.

Selamba saja Mikael memeluk Elviyra yang tengah panas itu.

"Flower, biarkan je perempuan tu! Perempuan tak tahu malu kan." Perli Mikael dingin.

Air muka Lala terus berubah mendengar perlian Mikael.

"Kau lalat sarkas, aku tahu kau kacau sepupu aku lagi nahaslah kau." Ugut Zafril dengan nada mendatar. Wajah itu langsung tiada senyuman.

"Aku boleh buat apa saja, asalkan ada duit. Kau jangan main-main dengan keluarga aku badut." Kata Zafran pula memberi amaran.

Lala memandang mereka dengan pandangan benci. Tangannya dikepalkan menjadi penumbuk. Dia berjanji akan membalas semua perbuatan mereka.

"Korang semua tunggu, aku akan balas semua perbuatan korang! Cepat atau lambat saja. Korang tunggu." Marah Lala dengan mata yang penuh dengan kebencian. Terutamanya kepada Mikael dan Elviyra. Semakin sakit hatinya melihat si pujaan hati memeluk erat pinggang Elviyra.

Tiba-tiba Elviyra merasakan tidak enak. Seolah-olah akan ada benda yang akan terjadi.

"Korang, aku rasa macam Lala tu betul-betul akan kotakan apa yang dia cakaplah." Kata Elviyra tiba-tiba gelisah.

"Jangan fikir pelik. Aku tak rasa perempuan tu akan buat apa yang dia cakap." Ujar Mateen. Lagipun, dia tak rasa Latifah itu akan mengambil risiko dengan keluarga mereka.

"Insyaallah, semua benda ni akan elok-elok saja. Jangan fikirkan ya sayang?" Tangan Mikael. Bahu si isteri di peluk dan kepala si isteri disandarkan ke bahunya.

Elviyra memejamkan matanya lalu mengangguk.

"Macam tulah. Dah tak yah takut-takut. Kita datang sini nak luangkan masa bersama. Dah tak payah fikirkan perempuan badut tu." Balas Reza.

Mereka mengangguk serentak, lalu kembali fokus terhadap perbualan mereka kembali walaupun Mikael, Zafran dan Zafril turut merasakan seperti yang di katakan oleh Elviyra.

Tetapi berfikir positif itu lebih baikkan?


To be continue...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro