Special Chapter II
Rayyan Miqael berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kakak kembarnya yang sedang termenung jauh di gazebo. Senyuman jahat terukir dibibirnya.
Bah!
"Mak kau hijau!" Latah Maysara akibat terkejut.
Rayyan Miqael menahan senyum melihat wajah buruk Maysara. Idea jahat mula datang di dalam kepalanya.
"Mama! Kakak cakap mama hijau! Dia cakap mama macam shrek!" Laung Rayyan Miqael sengaja.
Ternganga Maysara memandang Miqael. "Kau kenapa Qael? Dah lama hidup ke?" Soal Maysara tidak puas hati.
Rasa seperti mahu ganyang mulut Miqael menggunakan cili merah!
Itulah Maysara, perwatakan disekolah dan dirumah sangat lain. Di sekolah nerd, dekat rumah singa!
Miqael tersenyum mengejek memandang wajah bengang Maysara.
"Look I care?"
Miqael menjelirkan lidahnya selamba.
"Rayyan Miqael!" Maysara menjerit kuat nama kembarnya. Sungguh hatinya terasa bengang. Kalau boleh mahu saja di potong lidah Miqael.
"Yes? Miss Orked Maysara?" Miqael setia mengusik kakak kembarnya.
Rayyan Miqael tidak pernah berubah. Hobi Rayyan Miqael ialah mengusik kakak kembarnya.
Maysara mencebikkan bibirnya. Kaki dihentak ke lantai. Cecair jernih sudah bertakung di kelopak mata tunggu masa untuk rebah saja.
"Mamaaa!" Rengek Maysara lalu berlari meninggalkan Miqael sendirian.
Rayyan Miqael meneguk air liurnya yang terasa pahit.
"Aduh Qael! Kenapa kau suka sangat usik kakak kau yang manja tu?" Miqael menyoal dirinya sendiri. Kepalanya di ketuk kasar. Seakan kesal dengan perangai tak semengahnya.
"Rayyan Miqael!" Kedengaran suara jeritan Tunku Elviyra dari dalam rumah.
"Mampus!"
Tunku Elviyra berjalan menuju ke arah Miqael lalu telinga anak lelakinya di tarik kuat.
"Aduh! Mama sakitlah!" Miqael mengerang kesakitan. Boleh capang telinganya nanti!
"Tahu pula sakit, yang awak kacau kakak awak dah kenapa?" Tunku Elviyra mula membebel. Tangannya masih lagi memulas telinga si anak.
"Alah mama, abang usik sikit je awww... Mama!" Miqael menjawab sebelum menjerit kesakitan.
Tunku Elviyra menguatkan lagi. "Adu maaaa, kalau capang telinga abang macam mana? Tak handsome la anak mama nanti!"
"Ada nampak mama kisah? Biar capang, jadi macam ceplos. Kerja awak mengusik saja kan?"
Miqael memucungkan bibirnya. "Sampai hati mama. Abang punyalah hensem macam ni nak suruh jadi ceplos. Bagaikan langit dengan bumi ma." Balas Miqael selamba.
"Aduh!" Tunku Elviyra menarik kuat sebelum melepaskan telinga Miqael. Warna merah mula kelihatan di telinga Miqael.
Miqael mengosok telinganya perlahan. Sakit bukan main-main!
"Usik kakak lagi, mama tak bagi awak keluar petang nanti!" Ugut Tunku Elviyra.
Dia nak rehat bersama si kecil pun tak boleh apabila si puteri sulong datang ke arahnya sambil menangis. Tak lain tak bukan si adik lah yang usik.
"Apa ni ma, tak adil la macam tu." Protes Miqael.
"Pilihan di tangan abang sendiri." Ujar Tunku Elviyra lalu meninggalkan anak lelakinya.
Maysara yang ada di penjuru pintu tergelak kecil. Lidah dijelirkan kepada Miqael.
"Padan muka kau!" Ejek Maysara sambil tersenyum kemenangan.
"Orked Maysara! Dasar pokok orked!" Marah Miqael bengang.
"I don't care!" Balas Maysara selamba.
Miqael menjeling Maysara tajam. Pandai betul kakak kembarnya yang manja itu berlakon. Menangis konon huh!
"Werk!" Lidah dijelirkan untuk kali terakhir sebelum berlalu meninggalkan adik kembarnya.
Puas hatinya dapat melihat Miqael kesakitan sebentar tadi.
"Padan muka! Kacau aku sangat hmphh!" Omel Maysara bersama wajah di cebikkan.
Rayyan Miqael mendengus perlahan apabila melihat kakaknya di sebelah. Kakaknya suka spoil mood dia saja. Dia baru saja nak healing. Kakaknya pula gedik mahu ikut ke sekali.
"Kak, kenapa kau ikut aku?" Soal Miqael sedikit marah.
"Kenapa? Tak boleh ke aku ikut." Polos Maysara membalas. Tak boleh ke kalau dia ikut? Salah ke? Pergi pantai saja kan?
"Huh," dengus Miqael lagi.
Wajah Maysara berubah mendung mendengar dengusan Miqael. Miqael nampak seperti membenci dirinya bukan?
"Qael, kau benci aku ke?" Soal Maysara tiba-tiba.
Tergamam Miqael mendengar soalan kurang bernas si kakak. Apahal nak kena benci pulak ni?
"Kenapa kau cakap macam tu?" Miqael menyoal ingin tahu.
Maysara menjungkitkan bahunya perlahan. "Entah, aku nampak kau macam benci aku."
Miqael mengeluh perlahan. Wajah ditundukkan untuk memandang si kakak cuba untuk bertentang mata dengan Maysara tetapi Maysara sengaja mengelak.
"Kenapa aku perlu beci kau kakak? Kau kembar aku. Kita lahir dari rahim orang yang sama. Kita membesar pun dalam perut orang yang sama. Sehingga lahir, kita minum air susu ibu yang sama. Kita membesar sama-sama dan hidup bersama selama 17 tahun. Semua benda kita buat bersama. Aku sakit, kau sakit. Kau sedih aku sedih dan sekarang kau nak cakap aku benci kau? Sampai hati kau kan?" Sungguh Miqael terkilan dengan kata-kata si kakak.
Tidak pernah terdetik pun dalam hati Miqael mahu membenci kakak kembarnya. Walaupun sering bergaduh tetapi rasa sayang dia kepada Maysara melebihi segalanya.
Maysara terkedu mendengar balasan Miqael. Tidak lama setelah itu Maysara menangis perlahan. Dia terharu mendengarkan kata-kata Miqael.
Cemas, Miqael cemas melihat Maysara menangis. "Kau kenapa nangis kak? Aku ada salah cakap ke?"
"Aku terharu," balas Maysara pendek.
Miqael menarik nafas lega. Dia ingat apalah tadi. "Kak jangan buat aku risau boleh? Kau jangan nangis lagi. Aku sayang kembar aku. Sikit pun Qael tak benci Sara. Tidak pernah terdetik pun untuk benci kakak." Ujar Miqael lagi.
Maysara yang sudah berhenti menangis itu ditarik ke dalam pelukan. Belakang gadis itu di gosok lembut.
"Jangan fikir aku benci kau,"
Miqael melepaskan pelukan. Air mata Maysara disapu lembut. Senyuman di ukirkan khas untuk Maysara.
"Tapi kenapa Qael tak bagi Sara ikut?" Sedih saja nada gadis itu bertanya.
"Saja, Qael nak tenangkan fikiran. Stress dengan sekolah kerja berlambak." Jawab Miqael selamba. Dia memang sengaja tidak mahu Maysara ikut.
Maysara dan Miqael bersekolah di sekolah yang berlainan. Kerana itu Miqael tidak tahu kakaknya dibuli.
"Ouh, tapi Sara tetap nak ikut." Kata Maysara bersama sengihan.
Miqael menjeling Maysara. Kerana itulah dia tidak suka memberitahu Maysara. Maysara suka ikut kemana dia pergi.
Maysara memeluk lengan Miqael erat. Mereka mula berjalan di gerigi pantai. Nampak seperti pasangan kekasih.
"Qael, Sara lapar. Jom makan." Ajak Maysara. Kepala di angkat untuk memandang Miqael. Mata di kelipkan.
Miqael menundukkan kepala ingin melihat wajah si kakak. Maklumlah Maysara ni pendek saja.
"Ingat comel ke?" Komen Miqael selamba apabila melihat Maysara yang sedang membuat wajah comel itu.
"Biarlah!" Bidas Maysara laju.
Miqael mencebik perlahan. "Jadi, kau nak makan apa? McDonalds? KFC?"
Maysara menggelengkan kepalanya perlahan. Matanya memandang sekeliling dan terlihat satu kedai yang menarik perhatiannya.
"Taknak, kita makan dekat sana!"
Miqael melihat ke arah yang Maysara tunjukkan. Kepala dianggukkan.
"Okay jom," Miqael hanya mengikuti apa yang Maysara mahu. Dia turut gembira melihat Maysara gembira.
Miqael dan Maysara diam menikmati makanan mereka. Seketika mata Maysara tertancap pada satu sudut. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang makan bersama keluarganya.
"Qael tengok tu, comelnya budak tu!"
Miqael memandang Maysara pelik. "Kau demam ke kak? Puji orang comel?"
Maysara menjeling Miqael sebelum berkata. "Tengoklah tu, comel budak tu serious aku tak tipu."
Miqael memandang ke arah yang ditunjukkan oleh kakaknya. Terpana dia apabila melihat wajah budak itu. Cute!
"Terkejut la tu. Itulah aku cakap taknak percaya." Sindir Maysara sebelum menyambung kembali makannya yang tergendala tadi.
Miqael mengendahkan sindiran Maysara. Matanya masih setia memandang budak perempuan itu. Comel! Kenapalah dia tiada adik perempuan?
"Kak," seru Miqael perlahan.
Maysara hanya menggumam perlahan. Masih menikmati kelazatan makanan itu. Tertutup rapat mata Maysara.
Sedap sangat tapi tidak boleh menandingi masakan Tunku Elviyra. Tunku Elviyra always the best!
"Kau rasalah, umur budak tu dalam berapa tahun?" Tanya Miqael.
Maysara menghentikan makannya. Mata memandang budak tadi.
"Emmm, maybe dalam 10 tahun." Jawab Maysara. Mungkin 10 tahun.
"Ouh,"
"Kenapa?" Soal Maysara curiga. Mengecil matanya memandang Miqael. Pelik semacam budak ni.
"Nothing," sepatah Miqael menjawab.
Maysara mengangguk percaya. Tanpa sebarang syak dia meneruskan kembali makan. Sudah dikata tiada apa, untuk apa bertanya lagi?
'10tahun?' getus hati Miqael.
Miqael kembali memandang kanak-kanak perempuan itu. Kelihatan keluarga budak itu sudah selesai makan dan bersedia untuk pergi.
"Till we meet again little girl," gumam Miqael perlahan. Cukup hanya dia saja yang dengar.
Miqael memandang pemergian keluarga itu melalui ekor mata sehingga bayangan keluarga itu sudah tidak kelihatan lagi.
Hai, selamat membaca>< abaikan typo
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro