Prolog
"Tok ayah nak kamu berdua kahwin, ini sahaja permintaan tok ayah." ujar Tengku Salleh sayu. Sekarang ni mereka semua berada di dalam wad yang menempatkan Tengku Salleh. Tengku Salleh menghidap penyakit kanser hati tahap 5.
"Tapi..." belum sempat Zahra Elviyra mahu membantah percakapannya dipotong oleh Harraz Mikael.
"Mika setuju," jawab Harraz Mikael laju. Dia tidak ingin menghampakan permintaan tok ayahnya. Semua mata memandang ke arah Harraz Mikael.
Tengku Shuza memandang Harraz Mikael lalu tersenyum kecil. Dia tahu anak lelakinya tidak akan menghampakan keluarga, tetapi kini matanya beralih memandang anak saudaranya pula.
Dia yakin Zahra Elviyra masih dalam keadaan terkejut kerana hal ini terlalu cepat untuk gadis itu.
"El? Elviyra macam mana? Mika dah setuju." Soal Tunku Zarif kepada anak perempuan tunggalnya.
Zahra Elviyra memandang semua yang berada di dalam wad itu. Nafas ditarik lalu dihembuskan.
"El setuju," tekad Zahra Elviyra. Demi tok ayahnya, dia rela berkahwin dengan sepupunya itu dan berharap perkahwinannya kekal.
Walaupun dia tidak cintakan sepupunya tetapi dia akan cuba untuk cintakan Harraz Mikael. Orang tua-tua kata bercinta selepas kahwin selalunya indah.
"Alhamdulillah, terima kasih Mika, El." Ujar Tengku Salleh sebak. Dia dapat merasakan bahawa dia bakal mengikuti jejak langkah arwah isterinya tidak lama lagi. Kedua-dua cucunya dipeluk.
"Tok ayah jangan risau, demi tok ayah, El sanggup buat." Tutur Zahra Elviyra. Kenapa dia cakap begitu? Kerana dia lebih rapat dengan tok ayahnya berbanding ibu bapanya.
"Zuqi, Zarif panggil tok kadi untuk datang sini. Ayah nak diaorang kahwin sekarang. Ayah takut ayah tak sempat tengok cucu kedua dan kelima ayah kahwin." Ujar Tengku Salleh lemah.
Tunku Marzuqi dan Tunku Zarif hanya mengangguk lalu berlalu keluar.
Tengku Syaza melangkah ke arah anak perempuan tunggalnya. Tubuh Zahra Elviyra dipeluk erat. Sebentar lagi anaknya bakal bergelar isteri orang. Isteri kepada anak saudaranya sendiri. Menantunya anak kepada kakak kandungnya.
"El, dengar apa yang umi nak cakap." Kata Tengku Syaza sambil memegang kedua belah pipi anak perempuan tunggalnya.
"Sekejap lagi El akan jadi isteri orang. Umi taknak El jadi isteri derhaka dekat suami. Ikut kata suami, jangan tinggikan suara dekat suami El kerana syurga El dibawah tapak kaki suami El. Jaga makan minum suami El." pesan Tengku Syaza.
Zahra Elviyra hanya menganggukkan kepalanya. Tubuh mamanya sekali lagi dipeluk diikuti oleh Tengku Shuza. Jika dahulu Tengku Shuza ibu saudaranya kini Tengku Shuza merupakan ibu mertuanya.
"El, aku doakan kau bahagia." Ujar Nasha Adrina dan Almira Elyana. Tubuh sepupunya dipeluk bagi menyalurkan kekuatan untuk sepupunya.
"Terima kasih Sha, Mira."
Nasha Adrina dan Almira Elyana hanya tersenyum bagi mengiakan. Harraz Mikael yang berada di sudut paling hujung diperhatikan. Dia nampak wajah serabut sepupunya itu walaupun sepupunya itu berusaha untuk menutupinya.
.
.
.
.
.
"Aku terima nikahnya Tunku Zahra Elviyra binti Tunku Zarif dengan mas kahwinnya 50,000 ribu ringgit tunai." Dengan sekali lafaz Zahra Elviyra sah menjadi hak milik Harraz Mikael sepenuhnya.
Harraz Mikael memandang isterinya yang berada disebelah.
Cincin express yang diberikan oleh mamanya diambil lalu disarungkan ke jari manis isterinya. Cincin itu cincin turun temurun keluarganya.
Elviyra mengucup tangan suaminya perlahan. Giliran Zahra Elviyra pula menyarungkan cincin ke jari suaminya, kemudian dahi mulus Elviyra dikucup oleh Mikael. Mikael redha dengan pernikahan ini.
"Alhamdulillah, semua sudah selesai. Tok ayah harap kamu berdua bahagia. Tok ayah buat semua ni bersebab tetapi tok ayah taknak kamu semua persoalkan kenapa kamu berdua berkahwin. Janji dengan tok ayah, suatu hari nanti kamu akan tahu juga kebenaran tapi bukan sekarang." ujar Tengku Salleh panjang lebar, wajah pucatnya begitu jelas kelihatan.
"Kami semua janji tok ayah. Kami takkan sesekali ungkit tentang hal ni." jawab Reza Affan. Sayu hatinya melihat tubuh kurus kering atuknya itu.
Tengku Salleh mengukirkan senyuman walaupun terasa susah. "Korang semua boleh balik, tinggalkan Along saja untuk jaga ayah malam ni."
Tengku Adeeb mengganguk. "Angah, bawa yang lain balik. Malam ni giliran along jaga ayah." ujar Tengku Adeeb.
"Baik long," jawab Tengku Rusli. Semua yang berada di dalam wad Tengku Salleh di ajak balik dan hanya tinggal Tengku Adeeb dan Tengku Salleh sahaja.
.
.
.
.
.
"Tok ayah! Kenapa tok ayah tinggalkan El cepat sangat," ujar Zahra Elviyra teresak-esak di depan tanah kubur Tengku Salleh yang masih merah itu.
Selepas sahaja dia dan keluarganya pulang semalam. Mereka dikejutkan tentang berita kematian Tengku Salleh pada jam 6.00pagi Tengku Adeeb memberitahu tentang kematian Tengku Salleh.
"Bunga, jangan macam ni, kalau kau menangis macam ni tok ayah takkan tenang dekat sana." pujuk Harraz Mikael. Bahu isterinya di usap bagi memujuk Elviyra.
"Aku nak jumpa tok ayah." Ujar Zahra Elviyra sambil menangis di pelukan suaminya.
"El, kau kena redha yang tok ayah dah tinggalkan kita semua. Tinggalkan kau, aku, Mika, Fran, Fril, Zikri, Reza dan Mira." sampuk Nasha Adrina yang berada di depan. Dia juga turut merasa kehilangan tok ayah tapi dia tak boleh menangis. Dia sebagai kakak sulong harus memberi semangat untuk adik-adiknya.
"El kena ikhlaskan pemergian atuk. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Cepat atau lambat saja. El kena kuat," ujar Zafran Ezzad pula, abang kembar Elviyra. Sedih melihat keadaan keluarganya sekarang ini.
"Kalau El nak tok ayah tenang jangan tangisi pemergian dia El." Sambung Zafril Ezzad pula. Kembar sulong Eviyra. Siapa sahaja tak sedih jika orang yang kita rapat meninggalkan kita untuk selamanya.
Zahra Elviyra tersentak lalu tangisanya langsung terhenti dan matanya yang merah menatap pilu kubur yang masih merah itu.
"El janji dengan tok ayah yang El takkan menangis lagi kerana kepergian tok ayah. El harap perkahwinan El dan Mika akan kekal sampai bila-bila. Tenanglah dekat sana tok ayah." Katanya setelah tangisan reda. Dia harus redha bahawa Tengku Salleh telah meninggalkan mereka semua untuk selamanya.
Dia tidak mahu meratapi pemergian Tengku Salleh sehingga membuatkan Tengku Salleh tidak tenang di alam sana.
Zahra Elviyra tersentak dari lamunan apabila merasakan seseorang memeluknya dari belakang, kenangan empat tahun lepas terhapus begitu saja dari fikirannya.
"Flower, kau kenapa duduk dekat luar ni? Sejuklah dekat sini," omel Harraz Mikael. Pinggang si isteri di peluk erat. Inilah wanita yang dinikahinya empat tahun lepas.
Alhamdulillah sehingga sekarang mereka bahagia, awalnya mereka memang selalu saja bergaduh akibat berlainan pendapat tetapi setelah setahun mereka berkahwin, alhamdulillah mereka bahagia.
"Tak adalah, El teringatkan kenangan waktu kita kahwin express empat tahun lepas. El rasa macam baru je berlaku."
Harraz Mikael menguntumkan senyuman mendengar balasan Zahra Elviyra.
"Kau teringatkan aku eah?" Soal Harraz Mikael dalam nada mengusik.
"Mana adalah, El teringatkan kenangan je. Bukan teringatkan awak." Nafi Zahra Elviyra laju.
"Kau jangan nak menipu aku, flower." Balas Harraz Mikael selamba.
Zahra Elviyra mengeluh. Lagi dan lagi, hanya flower dan bunga saja nama panggilan yang Mikael gunakan.
"Kenapa awak suka panggil saya flowers?" tanya Zahra Elviyra untuk ke seribu kalinya.
"Saja,"
Zahra Elviyra memuncungkan bibirnya apabila mendengar balasan suaminya.
"Awak ni,"
"Apa? Nanti kau akan tahu juga tapi bukan sekarang. Sekarang waktu tidur! Jom tidur." Balas Harraz Mikael girang lalu mencempung tubuh kecil Zahra Elviyra ke katil.
Dengan berhati-hati Harraz Mikael meletakkan isteri kesayangannya lalu dia juga naik ke atas katil lalu berbaring di sebelah isterinya.
Pinggang si isteri di peluk, "Selamat malam sayangku." ujar Harraz Mikael selamba. Dahi Zahra Elviyra di kucup sayang.
Zahra Elviyra hanya bergumam saja sebelum wanita itu berlayar ke alam mimpi. Diikuti oleh Harraz Mikael.
To be continue...
Done prolog. Macam mana? Oky tak?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro