Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 01: Beginning


Selepas habis saja kerja kemas mengemas rumah, aku terus merebahkan badan ku ke katil, letih sungguh. Dari pukul tujuh pagi tadi sampai sekarang dah nak dekat pukul sebelas baru selesai. Nasib lah, punya rumah besar, lagi-lagi tak ada orang gaji nak bantu itu ini. Bukan sombong, kenyataan.

Suasana yang aman damai tadi kini tiba-tiba bertukar menjadi riuh sebaik saja aku mendengar suara orang rumah yang dah balik dari bercuti ria. Ya, mereka bercuti tanpa aku, tak apa, aku dah biasa. Tapi tipulah kalau tak sedih, sedih lah juga, kadang aku terfikir juga aku ni anak pungut ke sebab perlakuan diaorang dekat aku macam bukan anak kandung diaorang.

" Inara! Nara! " Tudia, suara yang sudah kurindukan selama beberapa hari ini akhirnya memanggilku. Aku bangun dari baring dan bergegas turun kebawah.

" Ibu panggil Nara? " Aku bertanya sebaik saja sampai di tingkat bawah lebih tepatnya ruang tamu. Di ruang tamu dapat kulihat ada kakak perempuan ku tengah membelek-belek baju yang baru dibelinya, mungkin. Ayah yang duduk di sofa sambil bermain telefon. Mataku beralih kearah ibuku kini.

" Buatkan air untuk ayah ibu ya? Haus lah " entah itu satu arahan atau ibuku sedang meminta tolong. Aku hanya mengangguk lalu berlalu masuk ke dapur untuk membuat air. Selepas selesai membuat air, aku kembali ke ruang tamu. Dulang aku letakkan keatas meja lalu ku tuang teh masuk kedalam tiga cawan, kenapa tiga? Satu untuk kakak aku, aku taknak lah dia terasa hati sebab aku buatkan untuk ibu ayah saja.

" Wah cantiknya baju kakak " ucapku teruja selepas mata terpandang sepasang baju yang ada di tangan kakakku itu. Aku terus duduk di sebelah nya. Bukan saja baju, aksesoris seperti gelang, rantai dan cincin pun ada. Indah semua.

" Kan? Mahal tau kakak beli " dia membalas. Patutlah, barang mahal. Ada harga ada rupa, bukan begitu?

" Nara nak? " Dia bertanya ku. Aku tersenyum kelat lalu menggeleng, bukan nak tolak rezeki tapi kalau baju ni tersarung kat badan aku, orang mesti ingat aku pungut kat tepi jalan. Bukan sebab baju tu tapi sebab visual aku yang tak kena dengan baju tu. Bukan nak kutuk diri sendiri tapi kenyataan.

Lain dengan kakak ku yang tinggi putih dah serupa model tu, aku tidaklah putih mana dan tak terlalu tinggi. Memang betul kot aku anak pungut. Hm

" Kakak minum lah, Nara dah buatkan air teh " dia hanya mengangguk lalu kembali membelek-belek barang-barang yang dibeli. Aku kembali berdiri, nak naik atas, dekat bawah ni pun tak tahu nak buat apa. Kekok juga berlama-lama disitu.

" Nara nak pergi mana? " Ibu bertanya. Aku hentikan langkah lalu berpusing menghadap nya.

" Naik atas " aku menjawab ringkas.

" Tunggu kejap, ni ibu ada belikan oleh-oleh untuk Nara " sambil berkata ibu menyelongkar beg tangan nya mencari oleh-oleh yang dikatakan tadi.

" Apa ni ibu? " Aku bertanya selepas menyambut huluran ibu, aku belek-belek kotak berwarna abu-abu yang diberikan ibu itu.

" Nanti Nara tahulah " aku akur lalu kembali mengatur langkah untuk naik ke bilik ku selepas aku ucapkan terima kasih tentunya.

Punggungku labuhkan diatas kerusi dihadapan meja solek. Tak sabar nak tengok apa dalam kotak pemberian ibu! Kali terakhir ibu bawa oleh-oleh buat aku adalah baju t warna purple. Itupun dah berapa bulan yang lepas.

Aku tak kesah pun barang tu murah atau barang bekas sekalipun, asalkan diorang ingat dekat aku, pun dah cukup buat aku.

Baru saja aku hendak membuka kotak itu, tiba-tiba terdengar suara ibu kembali memanggil nama ku. Aku cepat-cepat bangkit dari duduk dan terus turun kebawah.

" Nara tolong ibu masak ya, kawan ayah nak lunch dekat sini katanya, sekejap lagi sampai " ibu bersuara selepas aku sampai di belakangnya, aku senyum lalu mengangguk. Sempat ku kerling kearah kakak yang masih dengan barang-barang nya sebelum mengikuti ibu masuk kedalam dapur.

" Kawan ayah mana satu ibu? " aku bertanya sambil tangan ralit menyiapkan barang-barang yang akan di pakai nanti. Aku pandang ibu yang mula mengeluarkan bahan makanan dari dalam peti ais.

" Ada, ibu bagitahu pun belum tentu Nara tahu " ibu membalas, aku hanya mengangguk lalu membersihkan tangan sebelum mencapai bawang yang di hulur ibu itu, nak suruh aku kopek.

" Santan peket dah habis ke? " Ibu bertanya, aku mengangguk saja, memang dah habis dari dua minggu yang lalu pun.

" Nara tolong ibu beli boleh? Ambil duit dekat dompet ruang tamu atas meja tu " buat kesekian kalinya aku mengangguk saja. Lagipun supermarket tak jauh dari perumahan ni.

" Oh ya, beli udang sekali " ibu bersuara dari dapur. Aku hanya biarkan lalu mengambil duit di dompet ibu, lima puluh dua keping. Jangan tanya kenapa banyak sangat, nak bayar duit teksi.

Memanglah aku ada mention yang supermarket tu tak jauh, tapi kalau jalan kaki, memang keringat jagung lah baru sampai.


     " Terima kasih " ucapku selepas pekerja supermarket itu siap memasukkan barang belanjaan ku kedalam beg yang ku bawa dari rumah.

Keluar saja aku dari pintu, tiba-tiba satu sosok tubuh lelaki menyenggol bahuku, semerta aku terdorong kebelakangan. Aku mendengus perlahan. Sudahlah aku penat dari pagi tak ada rehat ini ada pula babak langgar melanggar.

" Are you okay? I'm so sorry, salah saya jalan tak tengok depan " suara garau itu meminta maaf. Nasib lah dia minta maaf dulu sebelum sempat aku hambur marahku dekat dia.

Aku hanya mengangguk tanda aku tak apa-apa, sakit sikit dekat bahu sebab terlanggar dia tadi, tapi tak apalah dia dah minta maaf kan.

" Saya minta maaf, saya nak cepat ni " aku terus pergi dari situ tanpa memandang wajahnya, pedulikan dia nak cop aku pelik, aku betul-betul kena cepat sebelum ibu bising.

Setelah hampir dua belas minit menaiki teksi, aku sudah sampai diperkarangan rumah. Cepat-cepat aku masuk lalu menuju kearah dapur, barang belanjaan ku letak diatas meja kecuali udang yang ibu pesan tadi, aku bawa terus ke sinki lalu ku bersihkan tanpa arahan dari ibu.

Selepas siap membersihkan udang aku beralih mencuci segala peralatan dapur yang sudah di pakai oleh ibu tadi supaya senang nak bergerak. Dapur pun enak dipandang kalau sinki bersih dari segala peralatan.

" Ibu, udang ni nak masak apa " aku bertanya, ibu yang ligat mengacau lauk di dalam kuali tu berpusing menghadap ku. Kelihatan dia berfikir sejenak sebelum bersuara.

" Kita buat udang black pepper saja lah, senang sikit " ibu berkata lalu kembali mengacau lauk. Aku terus menyiapkan segala bahan yang diperlukan ibu dalam membuat udang black pepper. Bukan aku tak tahu nak masak tapi aku lebih prefer ibu yang masak. Lagi menjanjikan air tangan ibu.

Selepas hampir dua jam berperang di dapur, segala lauk pauk siap terhidang diatas meja. Hampir penuh meja besar itu. Hairan juga aku, tamu penting ayah ka sampai ibu siapkan begitu banyak sekali, dah macam kenduri pun ada aku tengok.

Selepas mandi, aku terus turun kebawah selepas mendengar panggilan ibu. Lagi. Nasib aku sempat keringkan rambut ni.

" Tolong ibu panggilkan kakak " arah ibu sambil tangannya ligat menyusun pinggan mangkuk dimeja. Tanpa banyak bunyi aku terus naik untuk ke bilik kakak, pintunya ku ketuk beberapa kali sebelum dipulas tombol pintu itu dari dalam.

" Ibu panggil kakak turun " dia hanya mengangguk lalu kembali menutup pintu. Aik? Mood dia tak baik ka, tadi ok je. Fikirku selepas diperlakukan begitu.

Tidak lama, dapat ku dengar suara enjin kereta di perkarangan rumah. Tamu ayah dah sampai agaknya, cepat-cepat aku turun kebawah ingin memastikan semua sudah siap tertata rapih.

" Assalamualaikum " Seseorang memberi salam, telingaku juga dapat menangkap suara ayah menyambut salam itu sebelum ketawa disertai tetamu ayah. Riuh saja, ramai agaknya, aku tak dapat lihat ada berapa orang memandangkan aku masih dekat dapur.

" Maafkan kami sebab datang lewat, bujang aku tersalah masuk simpang tadi " semua ketawa selepas lelaki itu bersuara

" Tak apa lah Anuar " sambut ayah

" Marilah kita makan dulu " sambung ayah. Aku memperbaiki penampilan ku selepas mendengar suara mereka mula menapak menghampiri dapur.

Kelihatan sepasang suami isteri yang mungkin seusia dengan ayah ibu, dengan dua orang laki-laki yang mengikut dari belakang, anak mereka agaknya. Ayah ibu dan kakak turut sama bersama mereka.

Mereka menghampiri ku dengan senyuman, tak, lebih tepatnya menghampiri meja makan. Masing-masing mereka mengambil tempat duduk, aku juga turut duduk di sebelah kakak berhadapan dengan seorang laki-laki itu.

Tengah tangan mereka sibuk mencedok nasi dan lauk ke pinggan tidak pula aku, aku terkedu seketika. Bau maskulin ini, bau ini sama persis dengan lelaki yang langgar aku dekat supermarket tadi. Lambat lambat aku mengangkat muka memandang lelaki di depanku itu, ha sudah! dia turut sama pandang aku dengan senyuman manisnya itu.

Aku tak pasti bau itu datang dari dia atau lelaki satu lagi yang duduk disebelah nya itu, tapi aku yakin dialah orangnya, dah dia pandang aku macam tu. Memang sah dia!











To be continue....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro