01 : Cover
" Baju diaorang macam mana? Bila boleh ambil " Alikka selaku manager unit syahsha menyoal sambil matanya merenung Abus yang berdiri di depan pintu ruangan itu.
Abus telan air liur perit. Kenapalah dia boleh lupa tentang baju yang akan di pakai untuk cover dance oleh budak-budak di samping Alikka itu! Habislah dia kalini.
Hujung bibir bawah digigit sebelum membuka mulut. " Tak siap lagi rasanya kak... " Tipunya. Pandangan dibuang ke arah lantai. Takut betul dia dengan wanita yang usia sudah berkepala tiga itu.
" Tak siap ke kau lupa bawa pada Walik. Tak silap aku semalam aku masih nampak kain tu dekat meja lantai tujuh " Alisha selaku rakan satu unit Syahsha mencelah. Mampus! Biar padan muka lelaki pemalas macam Abus! Kerja yang patut dibuat seminggu yang lalu tak reti di selesaikan.
Kalau sekali dua dia faham, ini dah masuk sepuluh kali selama lelaki itu masuk berkerja, ada saja yang tak kena, baju untuk kepentingan dance tak jahitlah, lupa beli lah dan lain-lain. Kadang terfikir juga kenapalah kak Alikka tak pecat aje orang macam Abus ni.
Perlahan-lahan Alikka menapak mendekati lelaki yang sudah Terketar-ketar itu. Dapat dia lihat peluh menitik dari dahi lelaki itu menuruni wajah.
" Rasanya kau dah tak perlu masuk kerja esok. Kitaorang tak perlukan orang tak berdisiplin macam kau. " Tajam ayat yang keluar dari mulut Alikka menusuk telinga Abus.
Lepas saja dia menangkap susuk wanita itu pergi dari ekor matanya, dia terus mengetap bibir. Mahu saja dia melawan tapi di tahan, itu salahnya. Mata kini merenung tajam kearah Alisha. Betul-betul cari nahas!
" Apa masalah kau budak? Asal kau suka sangat cari pasal dengan aku! " Alisha yang duduk diantara Syahsha dan Nora itu dituju dengan rasa geram. Semua yang ada di situ terus berdiri untuk menghalang Abus kalau-kalau mahu mengasari Alisha.
Dan betul, hampir saja lelaki itu menolak badan Alisha sebelum ditahan oleh Nora dan Syahsha. Beberapa gadis muda di ruangan itu turut maju mahu menghentikan perbuatan Abus.
" Sudahlah tu bang.. benda kecil aje kut, janganlah guna kekerasan. " Nora bersuara. Risau betul kalau lelaki di hadapannya itu akan menggila, walaupun mereka ramai, dia tak rasa yang mereka mampu menghalang lelaki yang sedikit berisi itu.
Abus mendengus kesal. " Kecil kau kata? Aku dibuang tahu! Tang mana yang kecilnya! " Tangan Nora yang dari tadi setia menahan lengannya itu ditepis kasar.
" Pakcik, itu salah pakcik juga, kenapa nak naik angin sangat! Kalau sekali dua kitaorang boleh fahamlah, tapi ini dah berkali-kali! Dan kitaorang terpaksa undur jadwal sebab kesalahan yang pakcik selalu buat! " Dia jeda lalu mengambil nafas baru sebelum kembali menghamburkan marahnya.
" Lepastu mulalah agensi tanya macam-macam, dan yang perlu jawab kak Alikka! Kak Alikka juga yang selalu di susahkan! " Syahsha sama meradang. Entah kenapa, tiba-tiba saja marahnya memuncak selepas melihat lelaki gendut di hadapannya itu memperlakukan Nora kasar. Padahal setahunya, Nora lebih tua dari Abus, kenapa kurang ajar sangat!
Maaf lah sebab dia juga sudah kurang ajar pada orang yang lebih tua, tapi lelaki itu terlebih dulu yang kurang ajar pada kawan-kawannya.
Kawan-kawannya yang lain hampir menghamburkan ketawa dengan ucapan Syahsha Kiara itu, entah kenapa, mereka merasa lucu dengan Syahsha yang memanggil Abus dengan panggilan pakcik, walhal Abus hanya dua tahun lebih tua darinya.
" Kau diamlah budak! Aku bukan pakcik kau! Kau cermin sikit muka kau dengan makeup sekilo kau tu! macam nenek-nenek pun ada " Abus membalas. Sikit hari lagi dia cuihkan muka gadis yang panggil dia pakcik itu.
Selama dia bekerja disitu, dia tidak pernah bertegur sapa dengan gadis yang baru saja memanggilnya dengan gelaran pakcik itu. Yang lain sudah biasa, yang satu ini sekalipun belum pernah, hanya nama saja yang dia tahu. Nampak muka macam budak tak betul.
" Wah pakcik, dah melampau tu. Celah mana yang mata rosak pakcik tu tengok kawan saya macam nenek-nenek? Cuba bagitahu " Aria yang berada di samping Nora turut maju membela Syahsha. Dia juga turut sama ikut memanggil Abus dengan panggilan pakcik. Syahsha sengih.
Belum sempat Abus membalas, kedengaran dari luar ada sepasang kaki tengah melangkah menghampiri mereka. Daun pintu yang masih terbuka luas itu diketuk sekali sebelum dia memboloskan diri masuk ke ruangan.
" Kauorang semua dah siap? Kalau dah, turun cepat, lepasni Nora kena shoot video dance lain pula " Han memberitahu sebelum dia buat-buat terkejut dengan keberadaan Abus.
" Aik? Bukannya kau dah di buang ke? Kenapa masih ada dekat sini? " Tambahnya dengan nada mengejek. Sengaja dia tekankan ayat dibuang itu. Bukan dia tak tahu yang Abus dah berani lawan budak perempuan disitu.
" Entah dia ni, nak kena heret keluar kut " Alisha yang dari tadi sepi kini bersuara. Senyuman penuh mengejek juga dihadiahkan pada Abus yang sedang menatapnya marah.
" Oh boleh, sekuriti tengah free kat bawah. Nak ke? " Han senyum manis kearah Abus. Puas hatinya lepas Abus pergi tanpa berkata apa-apa. Sempat juga lelaki itu merentap kasar bahunya tanda perpisahan. Awww sosweet
" Alikka mana " Saja tanya, walhal dia baru saja berjumpa dengan gadis itu di tingkat bawah. Wajah tiap gadis di situ di lihat silih berganti.
" Keluar sebab marah dekat si Abus tu " Nora menjawab bagi pihak mereka. Han sekadar mengangguk faham. Wajah Kiara di kerling sekilas.
" Awak kenapa? " Han kembali menyoal, tapi kalini buat Syahsha seorang.
" Dia sedih sebab dikata macam nenek-nenek dengan Abus " Balas Aria. Siapa yang di tanya siapa yang jawab sekarang ini! Hailahh Aria!!
" Haih kauorang ni, dah jom gerak "
Semua mengangguk sebelum masing-masing mencapai beg yang hendak dibawa bersama. Ada juga yang hanya membawa diri dan telefonnya saja.
" Acai, camera dan lain-lain dah standby? " Han menegur seorang lelaki seusianya yang juga baru keluar dari satu ruangan khas alat keperluan shooting.
Lelaki yang digelar Acai itu mengangguk tanda dia sudahpun mempersiapkan semuanya. Beg khas untuk kamera diangkat ke udara. " Ready!! "
Han lakar senyuman. Tidak sia-sia dia pungut orang macam Acai. Selain bijak dalam urusan shoot vidio, lelaki itu juga sangat disiplin dengan kerjanya. Tidak seperti Abus!
Bunyi Ting yang dihasilkan dari lif itu menyedarkan mereka. Semua masuk tanpa terkecuali. Butang angka kosong ditekan oleh Han untuk terus menuju ke lobi.
Tidak butuh waktu lama untuk mereka berdiri di dalam lif itu disebabkan mereka juga hanya berada di tingkat lima bangunan itu. Satu persatu keluar dari lif.
" Kau semua nampak cantik dengan baju tu " Acai memuji selepas mereka semua selamat masuk kedalam kereta milik Han. Mata menatap satu persatu gadis disitu melalui kaca yang ada pada dalam kereta Han.
Semerta dia dapat senyuman manis dan ucapan terima kasih dari masing-masing gadis yang sudah dipuji tadi.
" Kan.. pandai Walik buat " Han menambah. Keretanya mula bergerak menuju tempat yang akan mereka gunakan untuk shoot dance cover.
" Kalau tak, tak adanya Abang walik jadi langganan kita selama tiga tahun ini "
Syahsha, Alisha, Aria dan Mimi mengangguk setuju dengan kata-kata Nora itu. Betul apa yang dikatakan Nora, kalau tidak, mana mungkin lelaki bernama Walik itu menjadi langganan Alikka dan Agensi mereka.
Semua baju yang akan dipakai masing-masing unit akan menempah Walik untuk siapkan baju mereka. Bukan hanya dari unit di agensi mereka, dari agensi luar juga banyak. Untungnya bang Walik.
Sembang punya sembang, mereka kini tiba di tempat yang mereka tuju. Han memarkir kereta nya sebelum yang lain turun dari kereta satu persatu. Beg yang diletak dalam bonet juga diambil sebelum berjalan kaki sedikit lagi untuk ke titik dimana selalu mereka shooting.
Han yang juga dari tadi menenteng speaker bluetooth sederhana kecil itu duduk di tempat biasanya sambil menunggu yang lain bersiap-siap. Acai dengan kamera manakala yang lain dengan makeup dan baju, masing-masing sibuk dan tidak memperdulikan mata orang orang yang ramai lalu lalang. Sudah biasa.
Kiara seperti biasa, sampai saja, dia akan memperbaiki rambutnya terlebih dulu berbanding makeupnya, berbeza dengan yang lain yang mendahulukan makeup.
Selepas dirasa penampilan sudah menepati citarasa nya, dia mula membuat gerakan untuk memanaskan badan. Rutin mereka, sebelum menari, mereka akan membuat badan releks terlebih dulu dengan cara meregangkan segala otot badan.
Sambil itu, matanya akan meliar di segenap kawasan. Tempat mereka betul-betul di seberang jalan dan berhampiran dengan Café ala barat yang baru di buka beberapa bulan lalu.
Ramai betul orang harini. Tak macam biasanya, mungkin sebab disitu juga akan diadakan karnival beberapa hari lagi.
Sedang matanya masih melilau melihat sekeliling, tiba-tiba sepasang mata menangkap pandangannya. Buat beberapa saat dia lawan mata dengan lelaki yang duduk di bangku luar café itu, dan dia mengalah juga akhirnya. Sempat dia kenyitkan sebelah matanya kearah lelaki itu. Saja berlagak tenang, kalah punya pasal lah!! Malu!
To Be Continue...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro