ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

2

AURA apa yang keluar daripada tubuh gadis itu? Sejak tadi wajahnya muram seperti baru tercekik gumpalan roti Gardenia. Kepalanya dipaling kiri dan kanan. Badan yang berlabuh di atas kerusi, bergerak depan dan belakang. Seperti berenjut di atas buaian.

"Tengok apa tu, nak?" tegur si ibu yang baru pulang membawa makanan. Mulut dihala kepada gadis yang sudah bangun lantas menghentakkan kaki.

Melihat gerangan yang dimaksudkan, si ibu terus menutup mata anaknya.

"Pandang tempat lain! Yang ni, jangan sesekali kamu pandang," tingkah si ibu kerisauan.

Si anak kurang mengerti. Ibunya cuak semacam. "Kenapa tak boleh pandang?"

"Ibu garang tak?" tanya si ibu. Si anak angguk tanpa ragu-ragu. Memang si ibu ini garang sehinggakan dia tidak berani keluar dari rumah. Hendak mencari kawan pun, ibunya tidak memberi izin kerana usia yang dianggap mentah.

"Budak perempuan tu, lagi garang!"

━━━━━━━━━━━━━━━

MINA mendongak apabila mendengar cicipan burung yang bersarang di atas pokok. Dia cuba untuk menghadam setiap maksud bibit cicipan itu, namun dia tidak mengerti. Dia manusia, bukannya burung!

Akan tetapi ada seorang manusia ini, Mina menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Alih-alih janji entah ke mana, Mina pula tercongok di laman fakulti. Bayang Jae tidak muncul-muncul, membuatkan Mina melihat detik jam di tangan.

"Mana Jae?" soal Dahyun yang turut menunggu sama.

"Kalau lagi seminit dia tak datang..." Ayat Mina tergantung saat melihat gerak-geri susuk tubuh yang menghampiri mereka. Jalannya agak terkepit macam ketam. Cuma ketam 'seekor' ini jalannya lurus.

Mulut dua orang gadis itu sedikit ternganga. Melihat cermin mata yang masih belum disangkutkan di telinga Jae, membuatkan mereka berdua tidak mengelipkan mata.

"Handsome pula kalau kau tak pakai glasses," ujar Dahyun sedikit terpegun. Jae mengangguk sambil mengetap bibir. Kemudian, mulutnya meniup kanta. Barangkali ada habuk di situ.

"Baru sedar ke, nyah?" balas Jae lalu menyangkutkan cermin mata di atas tulang telinga. Matanya yang sepet, dibuka luas untuk melihat Mina dan Dahyun di hadapan.

Dua orang gadis itu sudah mengecilkan mata apabila perkataan 'nyah' keluar daripada mulut Jae. Elok sahaja tadi berbekalkan wajah yang kacak, kini Jae sudah kembali menjadi lemah gemalai mengalahkan pelajar kelab tarian.

Tanpa membuang masa, Mina menghulurkan kertas tugasan yang sudah disiapkan untuk Jae. Dia tidak pasti sama ada jawapan yang ditulis semuanya betul atau tidak. Janji dia dapat siapkan untuk lelaki yang mengakui diri sebagai lembab itu.

"Dah, jom. Kita pergi pejabat prof. Selagi prof tak nampak muka kau, selagi tu dia rasa satu kelas tak hantar tugasan, kau tahu?" Mina tidak risau dengan tulisan yang tertera di situ. Tulisannya dengan Jae tidak jauh beza. Tahulah Mina hendak ubah mengaburi mata pensyarah macam mana.

"Untunglah ada orang buatkan assignment Calculus untuk kau, Jae..." Dahyun mencebik sambil mengatur langkah di sebelah Mina. Sepatutnya Mina bantu dia yang tidak seberapa pandai ini, bukannya Jae yang sederhana cerdik itu!

"Eh, kau ni Dahyun. Aku bukannya tak nak buatkan." Mina toleh ke belakang lantaran sedar, kurangnya satu bayang di sebelah.

Jae masih tercegat tidak berganjak. Mulutnya menggigit penutup pen. Tangannya pula menulis sesuatu pada kertas tugasan.

"Kau buat apa lagi tu, Jae?" Suara Mina naik seoktaf.

Mendengar namanya dipanggil, Jae mengatur langkah walaupun mata masih melihat kertas yang sama.

"Kau tertinggal satu soalan. Nak bagi aku kurang markah ke? Choi lah kau ni. Erm... Aku hentam jelah daripada tak berjawab langsung," bebel Jae. Sikit pun dia tidak mengucapkan terima kasih kepada Mina dek kerana satu soalan yang tertinggal itu.

Mina memanjangkan leher, melihat soalan yang dimaksudkan.

Find the arc length of curve y = π‘₯1/2 from (1,1) to (2, 2√2 ) (Figure 5.4.3) using formula 𝐿=∫√1+[𝑓′(π‘₯)]2 π‘π‘Ž = ∫√1+( 𝑑𝑦𝑑π‘₯ )2 π‘‘π‘¦π‘π‘Ž ( 𝑑𝑦𝑑π‘₯ )= 35 π‘₯1/2

Mina menjuihkan bibir melihat tangan Jae masih ralit menulis jawapan. Entah betul entah tidak yang dijawab itu.

━━━━━━━━━━━━━━━

"AKU jagakan tempat. Korang pergi beli makanan dulu." Dahyun meletakkan beg di kerusi sebelah selepas melabuhkan punggung. Keadaan kafe fakulti yang sedikit sesak, membuatkan Dahyun lebih selesa menunggu terlebih dahulu daripada beratur panjang membeli makanan.

Nanti tempat duduk tidak dapat, penat beratur yang dapat.

"Sungjae nak makan dengan kita. Tak apa, kan?" tanya Mina kepada Jae.

Jae mengangguk tanpa berungut. Elok juga. Bolehlah dia dan Dahyun kenal dan selidik sejauh mana kejujuran Sungjae yang terkenal itu dalam menjalinkan hubungan dengan kawan baik mereka.

Mina mendapatkan Sungjae yang baru menapak masuk ke dalam kafe. Sementara itu, langkah Jae untuk membeli makanan ditahan seseorang.

"Sotong, tolong belikan aku makanan. Aku malas beratur. Aku nak japchae, tapi pesan kat mak cik tu jangan letak sotong. Aku alergik. Hehehehe." Seorang lelaki menyerahkan duit kepada Jae sambil meletuskan tawa dan disambut oleh beberapa pelajar yang lain di sebuah meja.

Jae merenung not duit lalu diperhatikan kumpulan yang beriak nakal seperti pembuli. Cara mereka berpakaian, lagak pelajar cemerlang. Nampak kemas sahaja, tetapi perangai...

"Dah jadi mahasiswa pun, masih nak berperangai macam budak-budak?" soal Jae dengan perlahan.

"Apa dia, sotong? Cakap kuat sikitlah," tegas pelajar lelaki itu. Belakang tangan menepuk dada Jae, memberi isyarat bahawa arahannya tidak boleh dibantah.

Duit yang dihulur, diambil sahaja. Malas hendak bertekak dengan kumpulan ini. Tidak pasal-pasal dia jadi sotong rebus nanti.

Belum sempat Jae mengatur langkah, seorang lagi pelajar daripada kumpulan itu menyerahkan duit dan memesan sebotol air mineral. Jae yang dianggap seperti pelayan, sudah mengerutkan kening.

"Korang tak ada kaki dengan tangan ke? Tak boleh beli sendiri?" Jae mula menahan marah. Wajahnya sedikit tegang dan rahangnya mengeras. Penumbuknya digenggam kemas. Ingat dirinya apa? Boleh dibuli dan diarah sesuka hati?

Melihat Jae yang membungkam tidak membuatkan mereka tergamam, malah pipi Jae pula ditampar lembut. "Kau kan sotong. Banyak tangan. Banyak kaki. Lainlah kami ni..."

Prang!

Makanan di atas dulang menepel di muka lelaki itu. Semua orang terkejut dan berpaling apabila bunyi mendesing dulang itu terjatuh ke atas lantai. Wajah lelaki yang mahukan air itu sudah dihiasi dengan butiran nasi bertepekkan rumpai laut.

Jae membeliakkan matanya yang tidak berapa besar itu.

Mina mengambil pula dulang makanan Sungjae. Diletakkan di atas meja, berhadapan seorang lagi pelajar. Rambut direntap dan kepala ditekan. Wajah pelajar tadi dilemaskan dalam makanan.

"Kau pula nak apa? Japchae, kan? Hah, nah! Makan puas-puas." Mina membuat kepala pelajar itu seperti penggelek rempah di atas dulang.

Kawan-kawan kepada dua pelajar lelaki tersebut sudah menjauhkan diri sebaik sahaja melihat kegilaan Mina. Kalau Jae sotong, Mina adalah godzila laut yang mempertahankan habitat sejenis.

Kepala dilepaskan. Terus Mina menarik tangan Jae untuk keluar dari kafe.

Belum sempat Jae melangkah, kakinya disadung pelajar tadi. Tidak dapat membalas dendam kepada Mina, kepada Jae pun jadi.

Kedebuk!

Jae terjatuh mencium lantai.

Mina geram dan mula menyising lengan baju. "Kau... dah lebih..."

"Mina. Sudah, sudah." Tahan Sungjae dan Dahyun. Mereka menjadi perhatian pengunjung di sini. Sudah pastinya aksi Mina tadi menjadi tatapan dan dimasukkan ke dalam rakaman video pelajar yang lain.

Mina mendengus geram. Jae yang cuba untuk bangun, melihat pada pergelangan kaki. Dia dapat rasakan kakinya sudah terpeliut sedikit. Hendak berjalan pun, dia terasa sengal-sengal.

'Aduh... Sakit dapat. Malu pun dapat,' keluh Jae dalam hati.

"Kau boleh jalan tak ni?" tanya Dahyun kerisauan. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menyambung tugas Mina yang tergendala tadi. Tidak cukup dengan gimbap, sup cendawan panas mak cik kafe itu yang mahu disimbahnya.

"Boleh rasanya." Jae cuba berjalan walaupun terincut-incut.

Terus tangan Jae ditarik dan badannya digendong Mina sekelip mata. Jae terkejut mengalahkan beruk saat menyedari kekuatan Mina yang begitu mudah menampung beban badan seorang lelaki.

"Sungjae. Saya hantar Jae balik dulu. Jumpa malam ni. Bye." Sempat Mina melambung badan Jae supaya tidak melorot ke bawah.

Akibat lambungan kecil itu, tidak semena-mena dagu Jae terletak elok di atas bahu Mina. Pipi mereka pula berlaga tanpa Mina sedari. Jae sudah mengeraskan muka. Terasa lembut pipi Mina menyentuh pipinya.

Dahyun cepat-cepat mengambil beg Jae dan Mina. Terpaksalah dia menggalas tiga buah beg sekali gus. Kalau orang salah faham, orang akan kata Dahyun sedang menjaja barang kecil-kecilan.

"Beratnya beg diorang. Bawa ilmu ke bawa batu?" rungut Dahyun.

━━━━━━━━━━━━━━━

"HAPA dah jahdi niyhh?" soal Wooyoung selepas membuka pintu pagar kecil. Jae tersengih apabila disambut lelaki yang sudah melebihi separuh abad ini. Mina pula sedikit bingung.

'Siapa pulak lelaki sengau ni? Ayah Jae ke?' soal Mina sendirian.

Jae nampak sedikit risau dengan reaksi ayahnya. "Terseliuh sikit saja ayah-"

"Ada orang selan kaki Jae."

"Kena buli."

Mina dan Dahyun jawab serentak.

Jawapan serentak tanpa salam itu, membuatkan Jae mengeluh. Dua orang gadis ini langsung tidak boleh menyimpan rahsia. Sengaja mahu buat Wooyoung pening kepala.

Jae meluruskan kaki ke bawah, sekaligus rakulan tangan Mina pada pelipat lututnya terlepas.

"Mahsukk... dah behsar puhn, kehna buhli laghi." bebel Wooyoung sambil menepuk belakang badan Jae yang terincut-incut masuk ke dalam rumah.

Wooyoung beralih pandangan kepada Mina. Ini kali pertama dia bersua muka dengan gadis ini. Jae jarang bercerita perihal kawan-kawan di universiti. Malah, tidak pernah sekalipun dibawa ke rumah untuk belajar atau makan bersama. Semuanya dilakukan di kampus sahaja.

Lain pula Dahyun. Dahyun sekeluarga sudah sepuluh tahun menetap di taman perumahan yang sama. Jadi sedikit sebanyak dia kenal akan gadis putih melepak ini.

"Ahnak behdua mahsuklah duhlu... Pahcik boleh hidangkhan pencuci muhlut."

"Tak apa, pak cik. Kami ada assignment nak disiapkan. Kami pulang dulu, ya?" Mina dan Dahyun menunduk hormat berkali-kali.

"Tehrima kahsiihh sebab bahwakan Jaeh bahlik." ucap Wooyoung. Petuturan sengaunya dihadam Mina dan Dahyun perlahan-lahan lalu mereka mengangguk laju. Mereka mula berjalan meninggalkan perkarangan rumah itu.

Mina menoleh ke belakang. "Aku ingatkan Jae main-main bila kata ayah dia tu sengau."

Dahyun menyiku Mina. "Eh, kau ni. Takkan anak nak kutuk ayah sendiri."

"Kau jadi ke sambut hari jadi kau dengan Sungjae malam ni?" tanya Dahyun ingin tahu. Mina mahu makan malam bersama Sungjae manakala keesokan harinya pula, giliran Jae dan Dahyun pula raikan peningkatan umur setahun Mina.

"Yup. Hehehe." Mina sudah tersengih menahan malu. Dia membayangkan suasana romantik di restoran mewah yang ditempah Sungjae, khas buat dirinya.

Dahyun tersenyum nipis. 'Untunglah dapat pakwe romantik,' getus hatinya.

Tiba-tiba Dahyun teringat sesuatu. "Kau dah cerita kat Jae ke belum? Pasal hal yang kau beritahu aku semalam?"

══════ BERSAMBUNG ══════

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro

Tags: #fanfiction