Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

epilogue

"HAH!!" Haneul membuka matanya setelah tersedar dari mimpi yang menunjukkan kesalahannya. Dia melihat sekeliling. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat mereka berada di dalam satu bilik yang mirip dengan wad hospital.

"AKU TAKNAK!!" Jiera turut terjaga dan terus terduduk di atas katil.

"Apa semua ini?" Sungkie bersuara apabila melihat kesemua rakannya berada di sini.

"Baguslah kalian dah sedar." Jake masuk ke dalam bilik tersebut. Dia menghelakan nafas lega apabila melihat kesemua anak muridnya telah sedar.

"Maksudnya, kami hidup lagi?" Ariel menunjukkan ekspresi yang tidak percaya.

"Ke sebenarnya ni roh kami je." Jichan masih lagi dalam keadaan keliru. Jake menggeleng kepalanya.

"Nampaknya Mayra mungkin dah maafkan kalian."

"Tapi... Saya belum sempat minta maaf.." Daeyoung berkata dengan perlahan.

"Ketua kalian dah minta maaf bagi pihak kalian. Kalian pun dah tentu sudah menyesali segala perbuatan kalian bukan?" Mereka hanya mampu menunduk. Semua perasaan bersatu ketika itu. Sedih, marah, kecewa, malu semuanya bersatu dalam diri mereka.

"Saya dah rawat kecederaan kalian. Jangan risau, rehat jela. Kalian dah kembali ke tempat asal kalian. Bukan lagi di sekolah lama itu."

"Tapi, siapa Mayra sebenarnya?" Jinhyun memandang Jake dengan pandangan yang musykil.

"Eh haahlah. Mana Mayra?" Aria memandang sekeliling untuk mencari kelibat Mayra.

"Nampaknya hanya Jinhyun sorang je yang baru tahu. Sebenarnya, Mayra adalah penjaga sekolah ini. Dia telah meninggal 700 tahun yang lalu. Dia meninggal akibat rusuhan ketika menjaga sekolah ini dari dirobohkan."

"Dia telah bersumpah pada ibunya yang merupakan pencipta sekolah ini untuk menjaga keamanan dan kesucian sekolah ini buat selamanya. Oleh itu, kalian terjebak dengan permainan tersebut. Ajaibnya, kalian kumpulan pertama yang terselamat. Sudah ratusan pelajar terkorban akibat permainan ini." Terang Jake dengan panjang lebar.

"Dah tu. Selama ini kita berkawan dengan hantulah?!" Asha membulatkan matanya. Teringat dia sentiasa berada di samping Mayra ketika permainan berlangsung.

"Dia masih ada disini ke? Saya nak minta maaf." Semua mata memandang ke arah Ricky sebaik sahaja mendengar tutur kata Ricky yang lembut. Pertama kali mereka melihat Ricky bersikap sebegini.

"Cari aku?" Mayra tiba-tiba memunculkan dirinya. Ariel dan Aria sempat berpelukan kerana terperanjat. Mayra memandang tajam ke arah mereka.

"Aku nak kalian minta maaf pada mangsa masing-masing dan bagi kes yang berat. Serahkan diri pada polis."

"A-aku akan serahkan diri aku pada polis." Asha melutut di hadapan Mayra. 

"Buat apa melutut depan aku? Melututlah depan keluarga mendiang Yunah. Kau yang bunuh dia dengan kakak kembar kau." Jiera terdiam apabila semua mata memandang ke arah mereka.

"KAU BUNUH YUNAH!?" Jiwoon menekup mulutnya. Tanda dia percaya dengan apa yang dia dengari.

"Ya.. Aku tertolak dia. A-aku panik dan tanam mayat dia di belakang sekolah." Asha mulai menangis teresak-esak.

"Aria, berhenti main cara kotor. Jake, aku nak Minho dipecat. Aku tak mahu sesiapa yang tidak amanah bekerja disini." Jake menganggukkan kepalanya.

"M-mayra. Maafkan aku. Aku janji mulai saat ini aku akan jujur. Aku tak akan menukar dan menipu markah lagi."

"Daeyoung, Haneul, Jichan, Jiwoon dan Sungkie. Minta maaf pada semua mangsa buli kalian. Bertanggungjawab ke atas segala yang kalian lakukan. Aku tahu sampai ada yang mengalami kecacatan akibat dari perbuatan kalian."

"Aku akan.. bertanggungjawab. Aku akan meletak jawatan aku juga." Kata Daeyoung dengan tenang.

"Y-ya noona. S-saya tak nak buli dah. Janji." Sungkie mulai terketar-ketar. Dia berasa amat takut ketika ini.

"Aku akan minta maaf." Jiwoon menunduk.

"Aku pun." Sampuk Jichan.

"Aku akan minta maaf dan bertanggungjawab." Haneul menggigit bibirnya.

"Baekbom, Ariel. Hentikan apa kalian lakukan. Aku tak mahu sekolah ini dicemari."

"B-baik." Ariel menahan tangisnya manakala Baekbom mengangguk faham.

"Maafkan aku Mayra. Aku dah cemari tempat kau."

"Ricky—"

"Aku minta maaf. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku dah insaf. Tolong jangan apa-apakan aku dengan dorang semua ni."

"Kau.. Minta maaf kepada semua mangsa kau dan bertanggungjawab atas perbuatan kau." Mayra sempat menjeling kesemua murid disitu sebelum menghilang.

"Aku tak sangka dengan korang semua." Jiwoon bersuara setelah mengetahui kesemua kesalahan mereka.

"Diam! Kau pun samalah!" Jiera memarahi Jiwoon setelah melihat Asha kembali menangis.

"Kalian dah boleh pulang." Jake membiarkan mereka termangu dan bersedih. Lebih baik dia tidak masuk campur dan keluar dari situ.

"Asha, kau nak serah diri ke?" Asha mengangguk.

"Aku yang bersalah. Aku patut dapat balasan." Asha menunduk.

Mereka duduk seketika sebelum pulang ke rumah masing-masing. Mereka sudah nekad, mereka mahu menebus kesalahan mereka.


- 5 years later -

"Wahh besar dah korang ni" Tegur Sungkie dengan nada ceria.

"Kaulah besar, kau kan paling muda." Ariel menjeling Sungkie yang menolongnya membawa makanan.

"Eh kenapa kita berpiknik untuk reunion kat sekolah eh? Siapa punya idea ni?" Baekbom merungut apabila perlu mendaki tangga sambil membawa banyak barang.

"Idea Jinhyun. Ha kita paling lambat ke?" Ariel yang berlenggang itu segera mencepatkan langkahnya.

"Cis mentang-mentang berlenggang."

"Eh Asha?! Kau dah bebas?!" Ariel memeluk Asha dengan erat. Asha membalas pelukan Ariel.

"Ibu bapa Yunah maafkan aku. Jadi hukuman aku diringankan jadi 5 tahun je." Asha senyum tipis. Biarpun dia sudahpun bebas, namun itu tidak dapat mengurangkan rasa bersalahnya.

"Jiera macam mana?"

"Dia pun sama. Dia pergi belikan air kejap."

"Yo Haneul. Mana Jiwoon?"

"Nanti dia sampailah."

"Daeyoung masih tak keluar ke?" Tanya Aria.

"Dah tapi dia malu untuk berhadapan dengan semua orang. Aku dah ajak dia tadi." Balas Asha.

"Eh Daeyoung?" Ariel terus berlari menuju ke arah Daeyoung untuk memeluk rakannya itu.

"Ariel!" Daeyoung memeluk Ariel dengan erat.

"Ni air. Woi Daeyoung. Aku rindu kaulah gila!" Jiera meletak minuman di atas tikar dan memeluk Daeyoung.

"Aku pun rindu korang."

"Ha Jiwoon, Jichan pun dah sampai." Tegur Haneul setelah melihat Jiwoon dan Jichan telahpun tiba.

"Mana Jinhyun?" Baekbom mencari kelibat Jinhyun.

"Eh kau cuba pegang elok-elok sikit!"

"Mana aku reti gila!"

"Tu ha, duk bertekak dengan Ricky." Aria menunjuk Jinhyun dan Ricky sedang berjalan menuju ke arah mereka sambil bergaduh mulut.

"Wahh semua lengkap eh." Jinhyun tersenyum memandang wajah rakan-rakannya.

"Korang ok ke dekat pusat pemulihan akhlak tu?" Ricky memandang ke arah Haneul.

"Ok, kami pun dah dapat balasan kami. Dekat sana pembuli dia lagi teruk. Kena sepak, teranjang tu macam makanan harian dah."

"Betul, sekali dengan warden naik tangan."

"Ya, warden tu suka betul bantai aku dengan Jiwoon. Mungkin sebab kami yang banyak bantai orang dulu." Jichan menyisip minumannya.

"Asha noona ok ke?" Tanya Sungkie. Asha mengangguk.

"Kat dalam penjara tu aku banyak belajar tentang kehidupan. Ini pun aku bersyukur sebab dapat ubah kehidupan aku. Walaupun rekod aku tak bersih sekarang." Asha senyum tipis.

"Jiera pun sama ke?"

"Aku masuk sekejap sikit dari Asha. Sebab aku dicas sebagai penghapus bukti. Tapi aku dah serik walaupun hanya sekejap je masuk kat sana." Jiera menggelengkan kepalanya.

"Aku masih rasa bersalah. Patutnya aku ni dihukum lebih lama." Daeyoung mengeluh.

"Tak apalah Daeyoung. Kau guna peluang kedua ini dengan sebaik mungkin. Kau pun dah berdamai dengan semua orangkan?" Aria menenangkan Daeyoung.

"Anak kau ke?" Jiera memandang anak kecil yang berada di pangkuan Jinhyun. Jinhyun mengangguk.

"Aku masih rasa bersalah."

"Dah tu apa jadi?" Jiwoon memandang Jinhyun.

"Aku nak serah diri pada polis tapi dorang tak nak. Takut dibuang keluarga kalau keluarga dorang tahu keadaan dorang. Akhirnya aku jumpa ibu budak kecik ni, dia je yang pertahankan kandungan dia. Aku tebus balik dosa aku dengan jadi sukarela untuk organisasi yang melibatkan masalah remaja." Terang Jinhyun dengan panjang lebar.

"Korang ni dah kahwin ke belum?" Jichan menyiku lengan Baekbom.

"Dah. Nak tunggu korang lambat." Baekbom memeluk bahu Ariel.

"Dengar cerita Aria dan Ricky sambung belajar sama-sama."

"Ha'ah tapi aku lagi cerdik dari Arialah. Aria ni bodoh-bodoh je." Kata Ricky dengan selamba. Aria menjeling Ricky dan mencubit lengan Ricky.

"Mulut tu jaga eh!"

Mereka berborak tentang masa lalu dan rancangan masa depan mereka sehingga larut petang. Tiba-tiba mereka disapa oleh seseorang.

"Nanti jangan lupa kutip sampah tau. Jangan lupa balik awal sikit." Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Yang Jungwon? Cikgu baru eh. Handsome juga." Baekbom terus menjeling Ariel.

"Aku rasa mungkin cikgu tu nak buat aktiviti kat sini kot. Jomlah kita lepak kat tempat lain."

Sedang mereka mengemas, mereka terdengar satu pengumuman.

"Perhatian kepada murid kelas 12-A1 iaitu Song Eunseok, Choi Soobin, Lee Jeno, Hwang Yeji dan Shen Xiaoting. Seterusnya, murid kelas 11-A1 iaitu Park Jongseong, Myung Jaehyun dan Moon Mayra. Dan murid kelas 10-A1 iaitu Han Yujin, Lee Hyunseo dan Yoon Jiyoon . Kepada nama-nama yang saya panggil, sila ke bilik darjah yang berada di tingkat 3 dengan kadar segera. Terima kasih."

Langkah mereka terhenti setelah mendengar pengumuman tersebut.

"Nampaknya permainan itu masih berlangsung sampai sekarang." Kata Aria. Mereka melihat ke arah sekolah. Terlihat Mayra sedang memerhatikan mereka sambil tersenyum sebelum menghilangkan dirinya.

"Semoga pelajar-pelajar tersebut turut selamat."




- THE END -



Start : 18/09/2024
End: 27/09/2024

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro