Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8

"Berhenti .." Sungkie duduk di lantai setelah selesai mencari maksud untuk petunjuk yang pertama.

"Kejap aku kumpulkan." Jinhyun menggabungkan kesemua petunjuk.

1. Berhenti bersikap bodoh!
2. Berhenti
3. Berkurang
4. Repent
5. (Gambar lakaran)
6. Mengakui kesalahan
7. Berhati-hati dengan bulan sabit

"Jadi maksudnya. Berhenti bersikap bodoh dan berhenti berkurang. Bertaubat dan mengakui kesalahan?" Asha mengerutkan dahinya.

"Jiwoon ada dapat petunjuk sebelum ini, petunjuk tu cakap hanya seorang sahaja akan bertahan sehingga ke akhir." Sampuk Haneul.

"Tak sekarang aku tak faham. Kita buat salah apa." Asha melihat ketiga lelaki yang berada dengannya.

"Korang ada buat apa-apa ke? Korang ada khianati antara satu sama lain?" Jinhyun memandang yang lain. Dia melihat Asha menunduk.

"Asha?"

"Bukan aku, tapi Jiera. Jiera yang bunuh Daeyoung dan Ariel. Dia mengaku sebelum tikam diri dia tadi." Sungkie menutup mulutnya yang ternganga akibat terkejut.

"Aku rasa macam dah terlambat. Orang yang kekacauan pun dah mati. Mereka tak sempat mengaku pun."

"Tak semestinya Haneul hyung. Mana tahu kita kena wakili mereka?" Sungkie menyuarakan pendapatnya.

"Aku tak tahu. Mungkin boleh cuba."

"Jom kita cuba." Sungkie mengajak senior-seniornya melutut.

"Nak cakap apa ni?" Asha memandang Sungkie.

"Minta maaflah."

"Maafkan kami, kawan-kawan kami telah membuat kesilapan. Tolong lepaskan kami." Jinhyun mengetuai ucapan maaf tersebut. Namun, tiada apa-apa yang terjadi.

"Sah! Dah terlambat!" Haneul mulai berputus asa dan bangkit dari melutut. Sungkie mengeluh perlahan. Tanda dia juga mulai menyerah.

"Mungkin darah perlu diganti dengan darah?" Jinhyun memandang Asha.

"Jangan mengarutlah!" Haneul memandang wajah serius Asha. Asha memandang Jinhyun.

"Kau kena bertanggungjawab, nyawa kami semua di tangan kau."

"Ya, aku tahu aku gagal Asha. Kau nak bunuh aku? Silakan. Kalau itu yang dapat puaskan hati kau."

"Sudah Jinhyun! Asha! Korang ni bodoh ke? Dekat sini dah cakap yang berhenti berkurang." Haneul menenangkan keadaan yang semakin panas. Sungkie menggaru kepalanya yang tidak gatal dan menyalakan sumbu memandangkan hari sudah semakin gelap.

Suasana tetap sepi dan hening apabila mereka memutuskan untuk berdiam diri. Sungkie melihat permandangan luar. Matanya tertumpu pada langit.

"Petunjuk kita ada kaitan dengan bulan kan?" Suara Sungkie memecahkan keheningan di antara mereka. Haneul mengambil bekas petunjuk dan menganggukkan kepalanya.

"Ya, dia cakap berhati-hati dengan bulan sabit. Kenapa?"

"Bulan sabit.." Sungkie menunjuk ke arah bulan sabit yang menerangi langit pada malam itu. Asha bangun dan merenung bulan tersebut.

Ketika mereka sedang leka memerhati bulan, mereka terdengar suara bising dari luar bilik darjah.

"Hanya kita kan yang bertahan, siapa dekat luar tu?" Haneul berkata dengan perlahan sambil memandang ke arah pintu. Asha mengangguk, dia memandang ke arah pintu dengan perasaan yang pelik.

Bam!!!

Pintu bilik darjah itu terbuka dan melihatkan satu lembaga hitam sedang tersenyum memandang mereka. Mereka tergamam dengan kejadian tersebut hanya mampu kekal di posisi sebelumnya.

"J-jinhyun hyung. Kita kena buat apa ni?" Tanya Sungkie dengan panik. Pandangan lembaga tersebut amat menyeramkan sehinggakan dia merasakan sukar untuk bernafas kerana ketakutan.

"Apa yang kau mahukan dari kami?" Tanya Jinhyun dengan berani.

"Mengakui kesalahan hehehehehe!" Lembaga tersebut memutarkan badannya sehingga 360° sebelum merangkak laju menunjuk ke arah mereka.

"LARI!!!" Pekik Haneul dan keluar dari bilik tersebut. Tanpa mereka sedari, mereka sekali lagi terpisah.

Asha berlari sambil menahan tangisnya. Dia terkejut apabila melihat banyak tangan melambainya pada dinding sekolah.

"JANGAN KACAU AKU LAH!!" Asha berlari dengan sekuat hatinya. Dia cuba membuka satu pintu namun setelah pintu itu terbuka, dia jatuh terhentak pada bucu di tangga.

"Hehehehehe Ashaaaa~" Asha merasakan darah mengalir dari kepalanya. Pandangannya semakin kabur, namun sebelum dia tidak sedarkan diri. Dia melihat lembaga itu menghampirinya dan dia mengenali lembaga itu.

Di sudut lain, Haneul melarikan diri dengan Sungkie. Mereka berhenti berlari apabila menemui jalan mati.

"Sejak bila ada jalan mati di dalam sekolah ni?!" Keluh Sungkie. Dia membatalkan hasratnya untuk berpatah balik apabila melihat satu lembaga menghampirinya sambil merangkak. Mulut dan muka lembaga itu dipenuhi dengan darah.

"H-hyung." Kaki Sungkie mulai lemah sehingga dia terduduk di lantai. Dia mengesot ke belakang dan mahu memegang kaki Haneul. Namun dia kebingungan apabila merasakan lengannya basah dan melekit.

Sungkie mendongakkan kepalanya. Matanya membulat apabila yang dia peluk bukanlah Haneul tapi satu mayat yang telah membusuk dengan banyak kesan kekerasan. Sungkie segera menolak mayat itu dan cuba lari.

"Kau tak boleh lari Han Sungkie!" Lembaga itu menerkamnya dan menghentaknya ke dinding. Sungkie batuk sehingga mengeluarkan darah. Dia memandang lemah ke arah lembaga itu sebelum pandangannya menjadi gelap.


***

"Aik bukan ke Sungkie dengan aku tadi?" Haneul memandang ke sekeliling apabila melihat Sungkie telah menghilang.

"Takkan terpisah. Aduhh." Haneul berdecit sebelum melihat Asha menghampirinya.

"Asha!! Awak ok tak?" Haneul mulai risau apabila melihat Asha hanya diam dan menunduk kepalanya.

'Mungkin dia masih takut.'

Haneul memeluk Asha dengan erat. Dia mengelus rambut gadis itu dengan lembut.

"Awak jangan risau, kita selamat sekarang."

"Selamat?"

Haneul terdiam apabila mendengar suara Asha yang lembut itu menjadi garau. Dia perlahan-lahan meleraikan pelukannya dan memandang wajah Asha.

"Woi!!" Dia terkejut sehingga badannya terjatuh di atas tanah.

"Asha?? Aku bukan Asha, aku mangsa kau Kim Haneul."

Haneul meneguk liur dengan kasar. Dia memandang sekeliling untuk meminta bantuan namun tiada sesiapa disitu. Dia mengesot ke belakang kerana kehilangan tenaga untuk berdiri. Seluruh badannya berasa lemah.

"K-kau siapa?"

"Kau lupa mangsa kekerasan kau sendiri, Kim Haneul?" Lembaga yang merupai Asha itu mulai menunjukkan rupa asalnya dan mengilai.

"Aku perlukan kemaafan dan keadilan!"

"AKU TAK KENAL KAU LAH!!"

Lembaga tersebut terus mencengkam leher Haneul sebelum mencampak Haneul dari koridor.

"Ego dan masih sombong dengan kesalahan yang dibuat..."



***

"JANGAN GANGGU AKULAH!!"

Jinhyun melarikan diri dari lembaga yang mengejarnya. Dia mulai kelelahan apabila menemui lembaga lain yang turut mengejarnya.

"J-jinhyun..."

Mata Jinhyun membulat apabila melihat satu lembaga yang kelihatan seperti budak kecil memeluk kakinya sehingga membuatkan dirinya tersandung.

"GO AWAY!! "

Jinhyun menyepak lembaga kecil tersebut dan melarikan diri sehinggalah dirinya masuk ke dalam sebuah bilik. Matanya membulat apabila melihat bilik itu sama seperti lakaran yang mereka terima.

"Bilik ni."

"Kim Jinhyun." Jinhyun segera berpaling ke arah suara yang memanggil dirinya. Dia melihat satu figura yang berpakaian seperti zaman dahulu sedang membelakanginya.

"Kau siapa?! Apa yang kau mahukan?"

"Kemaafan atas kesalahan yang dilakukan." Kata figura itu dengan tenang.

"Tapi kesalahan apa? Aku tak pernah buat kesalahan selama terjebak dengan permainan ini!" Balas Jinhyun.

"Kesalahan yang sebelum ini?" Jinhyun terdiam. Figura tersebut memetik jarinya.

"APA KAU BUAT DENGAN SEMUA KAWAN AKU?!" Pekik Jinhyun setelah melihat kesemua rakannya berada di dalam bilik tersebut dengan wajah yang pucat dan tidak bermaya.

"Last chance. Mengaku kesalahan kalian!!" Suara figura itu mulai meninggi.

"Ya aku minta maaf. Aku minta maaf bagi pihak mereka!" Figura tersebut memberikan sebuah ketawa yang sinis.

"Manusia memang sangat sombong dan sangat berpura-pura. Sudahlah lakukan kesalahan yang besar, malah bersikap bodoh dan tidak ikhlas lagi." Badan Jinhyun terhentak pada dinding setelah figura tersebut membuat gerakkan seperti menolaknya.

Jinhyun terkedu setelah melihat wajah figura tersebut. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Sudah banyak kumpulan aku hantar ke sini. Namun, kumpulan ini paling bodoh sombong, pentingkan diri sendiri dan langsung tiada perasaan bersalah!" Tengking figura tersebut.

"Mayra?!" Jinhyun segera melutut dan merayu untuk meminta maaf.

"M-maafkan aku, ya aku buat salah. Aku buat salah besar pada kau. Maafkan aku." Mayra mengendahkan rayuan dari Jinhyun.

"Sekolah merupakan tempat yang suci. Namun, dicemari oleh manusia seperti kalian! Macam-macam kekacauan yang kalian telah lakukan di sekolah aku!!" Jinhyun mengerutkan dahinya. Dia melihat Mayra yang merenungnya dengan tajam.

"Y-ya aku buat salah. Tapi jangan hukum mereka. Hukum aku sahaja." Rayu Jinhyun. Mayra melihat wajah kesebelas pelajar yang lain sebelum memandang Jinhyun semula.

"Mayra tolong la! Kau nak kita semua mati ke?!"

"Aku memang dah mati. Aku mati di zaman ini. Mati ketika mempertahankan sekolah yang omma aku bina dengan penuh susah payah. Namun masih lagi yang ada membuat kekacauan dan membuat dosa di sekolah ini! Aku benci perkara itu!"

Jinhyun mengingati kembali perkara-perkara yang dilakunya sebelum menangis. Dia benar-benar menyesali perbuatannya.

"Maafkan aku.. Maafkan aku Mayra. Aku janji tak akan buat lagi kesalahan yang sama. Aku tak akan mempengunakan orang lagi."

"Aku juga minta maaf pada kau. Aku menyesal." Mayra melihat Jinhyun yang menyesali perbuatannya.

"Mereka yang lain turut membuat kesalahan dan mereka juga perlu meminta maaf dan juga bertaubat."

"Maksudnya?"

Mayra mengambil bunga yang diselitkan pada telinganya dan melemparkan bunga tersebut pada yang lain. Tidak lama kemudian, pandangan Jinhyun bertukar menjadi serba putih. Hanya putih semata-mata.

"Kalian seperti berpura-pura tidak mengetahui kesalahan kalian. Nampaknya aku terpaksa menunjukkan kesemuanya."

Namun, bukan Jinhyun sahaja yang mengalami kejadian ini. Malah kesebelas pelajar yang lain turut mengalaminya.

***

"Mereka akan selamat ke?" Tanya Jake dengan risau.

"Itu bergantung kepada diri mereka sendiri. Peluang terakhir telah diberikan pada mereka." Kata Jinyoung.

Sebelum ini, pelajar yang lain pasti akan tidak mengakui kesalahan mereka sehingga ke akhirnya. Namun, dia tidak tahu dengan nasib pelajar kali ini. Memandangkan ketua mereka telah meminta maaf. Kemungkinan meraka semua untuk selamat adalah tinggi.

T B C

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro