Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7

"Jinhyun hyung?!" Jinhyun perlahan-lahan membuka matanya. Dia mengusap lehernya yang berasa sedikit sakit. Dia melihat Sungkie memandangnya dengan ekspresi wajah yang risau.

"Apa jadi semalam?" Haneul mengeluh. Perkara yang terjadi pada malam tadi benar-benar kacau-bilau.

"Kami pun tak pasti, tapi ramai yang terkorban malam tadi. Kami ingat kau pun akan turut berkorban tadi." Asha berkata dengan lemah.

"Siapa yang terkorban?" Jinhyun mulai bimbang apabila melihat semua kelihatan suram dan serius.

"Aria, Baekbom, Daeyoung dan Ricky." Jawab Jiera.

"Mesti kau yang bunuh Ricky kan masa korang bergelut." Jiwoon memandang Jinhyun dengan pandangan yang tajam.

"Bukan! Saya nampak seorang perempuan yang tikam Ricky hyung. Tapi saya tak tahu siapa." Jinhyun terus memandang ke arah Asha, Ariel dan Jiera.

"Kenapa pandang aku? Aku pengsan lepas nampak Daeyoung tikam Baekbom depan aku." Kata Ariel sambil menahan geram. Dia tidak menyangka Daeyoung turut menjadi pengkhianat.

"Aku dengan Asha lari dengan Haneul semalam." Balas Jiera.

"Ya, dorang dengan aku semalam." Haneul mempertahankan Jiera dan Asha.

"Habistu perempuan mana yang bunuh?" Jiwoon mengerutkan dahinya.

"Mungkin Daeyoung yang bunuh sebelum dia mati. Tapi persoalan siapa yang bunuh Daeyoung dan Aria?" Jinhyun menarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dari baringannya. Dia memerhati wajah rakannya satu per satu.

"Aku tak tahu Jinhyun. Aku penat. Aku dah tak ada semangat untuk semua ini." Keluh Ariel dengan penuh kesal. Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding.

"Tak apalah. Semoga perkara yang sama tidak terjadi lagi. Korang nak buat apa, buat la. Nak rehat ke apa, memandangkan semua masih terkejut dengan kejadian malam tadi." Sungkie segera menghampiri Jinhyun.

"Ini beberapa petunjuk yang kami dapat masa hyung pengsan. Termasuk petunjuk yang Ricky simpan tu." Jinhyun mengambil petunjuk yang ada pada Sungkie dan meneliti petunjuk tersebut.

1.
2. Berhenti berpura-pura.
3. Carilah jalan yang benar.

"Kitaorang pun makin buntu. Aku rasa macam kita kena minta maaf sebab dah timbulkan kekacauan disini." Haneul memandang ke arah Jinhyun.

"Mungkin juga, kita telah melanggar peraturan yang diberi sebelum ini. Sebab itu banyak yang telah terkorban." Jinhyun menyimpan petunjuk tersebut.

"Kita kena cari maksud petunjuk pertama dan petunjuk Ricky simpan tu". Cadang Jiwoon. Jiera mengangguk tanda setuju.

"Betul, kita boleh cari dengan tulisan yang ada dekat sekolah ni." Cadangan Jiera disambut baik oleh semua orang. Mereka terus bergerak ke bilik darjah untuk mencari maksud di sebalik perkataan tersebut.

Ketika meneruskan pencarian mereka, tiba-tiba kedengaran suara seseorang menyapa mereka.

"Apa khabar para muridku. Bagaimana? Seronok dengan permainan ini?" Jiwoon memandang sekeliling untuk mencari punca suara.

"Song Jiwoon, tak perlu pandang-pandang. Kau tak nampak aku, tapi aku nampak segala gerak geri kalian."

"Kau siapa hah?! Hentikan permainan bodoh ini!" Laung Jiwoon dengan nada yang geram.

"Permainan bodoh? HAHAHAHA. Permainan bodoh untuk orang yang bodoh. Adil bukan?"

"Berhenti bermainlah! Nyawa kami bukan taruhan kau!" Jinhyun mulai bersuara setelah gagal menahan amarahnya.

"Wahh Kim Jinhyun, pertama kali aku nampak kau marah sebegini. Pasti kau terlalu menyukai permain ini bukan?"

"Lepaskan kami! Apa salah kami?" Haneul menggepalkan penumbuknya. Dia semakin berasa jengkel dengan suara yang mengejek itu.

"Tenang. Memandangkan kalian sudah tinggal 6—"

"6? Kami bertujuh!" Sampuk Asha.

"Cubalah lihat sekeliling, seorang rakan kamu telah tiada. Aku akan agihkan kalian kepada 3 kumpulan dan salah sorang sahaja yang akan selamat mungkin? Bergantung kepada bagaimana kalian memahami permainan ini."

"Huh?" Ariel mengerutkan dahinya. Suasana bertukar menjadi gelap sehinggalah mereka sudah terpisah antara satu sama lain.

Haneul memandang dirinya berada di dalam bilik bersama Jiwoon. Mereka saling berpandangan sebelum Jiwoon mendekati Haneul.

"Kenapa ni Jiwoon?" Haneul mengerutkan dahinya apabila tiba-tiba sahaja Jiwoon memeluk dirinya dengan erat.

"Maafkan aku Haneul." Haneul senyum tipis.

"Kau nak bunuh aku ke?" Jiwoon terdiam. Dia buntu apabila melihat dirinya dikurung bersama sepupunya sendiri.

"Aku pun tak tahu Jiwoon. Ikut kau lah. Aku dah pasrah dengan keadaan ini." Haneul duduk sambil menghadap Jiwoon yang berhenti di hadapannya.

"Aku pun tak tahu. Aku rasa yang kita semua akan mati. Tak akan ada sesiapa yang menyelamatkan kita." Jiwoon mengeluh dan duduk di sebelah Haneul.

"Aku pun bersalah, Haneul."

"Apa maksud kau?"

"Aku pun ada menyebabkan kekacauan disini."

"Masa kalian tinggal lagi 2 minit." Jiwoon tergelak apabila mendengar pengumuman itu.

"Aku pun ikut kau. Aku ok kalau kau nak bunuh aku." Haneul mengetuk kepala Jiwoon.

"Perlu ke sampai berbunuhan?" Jiwoon tergelak sekali lagi. Dia menepuk perlahan baju Haneul.

"Permainan ni, memang kejam. Aku tak sanggup nak kotorkan tangan aku lagi. Aku terima je apa-apa keputusan."

"Kau sepupu terbaik aku, Haneul. Kau selalu sokong aku dalam semua hal. Aku sayangkan kau." Jiwoon menarik nafasnya. Dia memikir semula keputusan yang dibuat olehnya.

"Aku nak kita bertahan bersama-sama, Jiwoon." Jiwoon bingkas bangun dan mengambil sebatang besi yang berada di dalam bilik itu.

"Baiklah, kalau begitu kau sahajalah korbankan diri." Haneul mengelak libasan Jiwoon. Dia memegang tangan Jiwoon sebelum menolak Jiwoon ke dinding. Namun dia terkejut apabila melihat Jiwoon hilang disebalik dinding itu.

"Hah?! Jiwoon?! Kau kat mana?!" Haneul mulai panik. Dia mencari kelibat Jiwoon di dalam bilik tersebut.

"Kim Haneul, survived."


***

"Jiera.." Asha menenangkan Jiera yang sedang menangis teresak-esak. Jiera memeluk lututnya dan berterusan menangis.

"Kan suara tu cakap mungkin salah seorang tak ada bertahan. Bermakna dia nak kelirukan kita. Kita akan bertahan Jiera." Asha memeluk Jiera dengan erat.

"Asha, aku minta maaf." Jiera memandang Asha. Dia mengabaikan wajahnya yang comot dengan airmata.

"Kenapa?"

"Aku.."

- flashback -

"ASHA?! KAU KAT MANA!!" Jiera berlari di dalam kegelapan setelah suasana huru-hara. Dia menyembunyikan dirinya apabila melihat Daeyoung sedang menikam Baekbom.

'Dia betul-betul serius.'

Jiera terdengar perbualan antara Ricky dan Daeyoung pada siang tadi, namun dia membuat keputusan untuk merahsiakan perkara itu. Dia ingat Daeyoung tidak akan mengkhianati mereka lagi.

"Aku pun kena survived." Jiera keluar dari tempat bersembunyian dia dan bertembung dengan Daeyoung.

"Jiera.." Jiera menolak Daeyoung yang ingin memeluknya.

"Kau.. Patut mampus!" Jiera merampas pisau dari Daeyoung dan menikam Daeyoung. Dia melihat darah yang membasahi tangannya, dia segera berlari ke dalam bilik air dan menghapuskan segala bukti.

"Jiera!" Asha memeluk Jiera setelah dia menemui kakak kembarnya semula.

"Kau ke mana hah?!" Tanya Asha dengan bimbang.

"Aku sesat. Aku takut Asha." .

"Dah jom ikut aku."

Jiera merahsiakan perkara tersebut sehingga siang hari. Dia cuba menyembunyikan riak wajahnya apabila beberapa orang mengesyakinya membunuh Ricky.

"Jiera. Aku sedih.." Jiera menemani Ariel mencari maksud untuk petunjuk yang telah mereka dapat.

"Kau kena bertahan demi Baekbom." Pujuk Jiera. Ariel sekali lagi gagal menahan emosinya apabila nama Baekbom disebut. Dia mulai menangis sambil berjalan.

"Aku.. Aku tak boleh hidup tanpa Baekbom. Aku cintakan dia sangat-sangat Jiera." Jiera memandang sekeliling sebelum fokus pada Ariel.

"Apa yang kau nak buat sekarang?"

"Entah, aku tak bersemangat untuk hidup." Jiera mengusap bahu Ariel.

"Tak apa Ariel. Kau akan bahagia nanti." Ariel memandang Jiera dan mengesat airmatanya yang mengalir membasahi pipi.

"Bahagia tanpa Baekbom?!" Jiera tersenyum.

"Bahagia dengan Baekbom di alam sana." Jiera terus menolak Ariel dari bangunan tingkat satu itu. Dia melihat ke bawah. Setelah melihat jasad Ariel telah pun hilang, dia kembali pada Jinhyun dan yang lain secara diam-diam dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku.

- end flashback -

"KAU YANG BUNUH DAEYOUNG DAN ARIEL?!" Asha menengking Jiera dan menampar kakak kembarnya itu. Sejujurnya dia sangat kecewa.

"Aku bersalah Asha. Bila aku nampak kau yang jadi pasangan aku untuk permainan ini. Aku tak dapat nak teruskan apa yang aku buat.. Aku tak sanggup nak bunuh keluarga sendiri." Esakan Jiera kedengaran kembali.

"Kau.. Kau bertahan demi aku Asha. Demi tebus kesalahan aku." Asha menggelengkan kepalanya.

"Tak! Aku nak bertahan dengan kau. Jiera!!!" Matanya membulat apabila Jiera mengambil pisau dan menikam dirinya sendiri.

"JIERA!!!"

"Asha Lee, survived! "



***

"H-hyung.." Sungkie mulai terketar apabila tiba-tiba sahaja mereka berada di situasi ini. Jinhyun mengeluh perlahan.

"Kita duduk sahaja. Aku yakin permainan ini hanya mampu mengaburi kita." Sungkie duduk di sebelah Jinhyun dengan perasan takut.

"Macam mana kalau kita berdua mati sebab salah seorang dari kita tak mati?" Sungkie menggigit jarinya.

"Lebih baik dari kita berbunuhan. Kalau kau nak bertahan, kau bunuh je aku." Sungkie segera menggelengkan kepalanya.

"TAK! SAYA TAK NAK JADI PEMBUNUH!" Kata Sungkie dengan tegas. Dia benar-benar tidak mahu terjebak dalam hal itu. Jika dia bertahan pun, perasaan bersalah pasti akan menghantuinya buat seumur hidup.

"Jadi kita duduk je. Tunggu apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi." Sungkie memeluk lututnya sambil termenung.

"Yang lain macam mana? Mereka semua akan bertahan kan?" Jinhyun terdiam buat seketika.

"Tak.. Aku dapat rasakan akan ada yang terbunuh memandangkan Ariel terkorban saat kita mencari petunjuk tadi. Masih ada pengkhianat di antara kita." Sungkie menahan airmatanya dari jatuh apabila mendengar kemungkinan dari Jinhyun. Dia sudah tidak sanggup untuk kehilangan sesiapa.

"Kim Haneul, survived! "

"Asha Lee, survived! "

Jinhyun dan Sungkie berpandangan apabila mengetahui Jiwoon dan Jiera sudah terkorban. Mereka menarik nafas sebelum bersedia untuk mendengar nasib mereka.

"Kim Jinhyun, survived! "

"Han Sungkie, survived! "

"Hyung.."

"Aku dah agak, ini hanya untuk mengaburi mereka."

Sekali lagi pandangan mereka bertukar jadi gelap sebelum mereka berkumpul semula di ruangan terakhir mereka berkumpul tadi. Jinhyun melihat wajah kosong Haneul dan melihat Asha yang sedang teresak-esak.

"Aku dah cakap ... Tolonglah ada semangat berkerjasama."

"Aku tertolak Jiwoon masa dia nak bunuh aku. Masa aku tolak dia kat dinding, dia menembusi dinding dan hilang." Terang Haneul. Asha memandang kesemua mata yang memandangnya.

"Jiera korbankan dirinya untuk aku." Kata Asha sebelum tangisannya kembali pecah dan mengisi kesunyian di antara mereka.

"Noona.." Sungkie menenangkan Asha yang sedang teresak-esak. Haneul menyandarkan tubuhnya pada dinding sambil mengeluh dengan penuh frustasi.

"Apa yang kita perlu buat sekarang, Jinhyun? Kita dah berbaki empat orang." Haneul memandang Jinhyun yang berdiam diri dari tadi.

"Kita kena teruskan pencarian kita tentang maksud perkataan itu. Tiada masa untuk bermain-main lagi." Jinhyun mengambil bekas petunjuk yang berada di atas meja dan mengamati perkataan-perkataan yang berada di dalam bilik itu.

Haneul menyertai Jinhyun manakala Sungkie mengambil tugas untuk menenangkan Asha. Setelah mendengar esakkan Asha berhenti, Sungkie memandang Asha yang termenung.

"Noona ok? Nah air." Sungkie menghulurkan bekas air pada Asha.

"Tak apa. Aku nak ikut cari petunjuk." Asha bingkas bangun. Dia melihat perkataan yang ada di kertas berhampiran dengan berus kaligrafi.

"Korang. Sini kejap." Jinhyun, Haneul dan Sungkie menghampiri Asha apabila gadis itu memanggil mereka.

"Aku jumpa maksud perkataan 白. Maksudnya mengakui kesalahan.."

"Mengakui kesalahan? Kita kena minta maaf sebab buat kekacauan disini ke?" Sungkie mengerutkan keningnya.

"Bertaubat, mengakui kesalahan.  Ya, aku rasa betul." Sampuk Haneul.

"Kita kena cari maksud yang lagi satu". Asha, Haneul dan Sungkie menganggukkan kepala mereka dan meneruskan pencarian mereka.

***

"Semakin menarik, aku pasti selepas ini keadaan akan semakin menarik." Jake membiarkan sahaja Jinyoung memerhati keempat orang pelajar tersebut.

"Saya rasa kita perlu cepatkan permainan. Saya kasihankan mereka."

"As your wish." Jinyoung senyum sinis.

T B C

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro