6
"Morning Jinhyun hy—" Sungkie terdiam apabila melihat Jinhyun terus bangun dan keluar dari ruangan itu tanpa menegur mereka. Dia menunduk dan menarik nafasnya dalam-dalam.
"Aku faham perasaan dia. Dah dua orang kawan kita tinggalkan kita. Dah la dia tu ketua haish." Keluh Jiera.
"Tak apa. Hari ini kita teruskan aktiviti macam semalam. Kalau dah tak ada apa-apa petunjuk dekat sekolah ni. Kita cuba cari dekat luar macam kami dapat petunjuk pertama." Haneul menyuarakan pendapatnya apabila keadaan menjadi janggal.
"Ya, aku setuju dengan cadangan kau." Daeyoung bangun dan merenggangkan badannya sebelum keluar dari bilik darjah tersebut.
"Erm. Haneul, aku nak cakap sikit." Ariel menghampiri Haneul.
"Kenapa?" Haneul melihat Ariel seperti ragu-ragu untuk berbicara.
"Aku nak bagitahu Jinhyun, tapi Jinhyun tengah moody tu. Aku bagitahu dekat kau jela. Sebenarnya.."
"Sebenarnya apa?"
"Sebenarnya aku ada jumpa petunjuk, tapi petunjuk tu dengan Ricky. Maafkan aku, aku bukan nak sorok tapi—"
"Tapi apa?! Kau nak pentingkan diri sendiri juga ke?!" Semua mata memandang ke arah Ariel dah Haneul apabila mendengar tengkingan Haneul. Baekbom segera menghampiri mereka dan memegang tangan Ariel.
"Kau kenapa nak tengking awek aku hah?!" Baekbom menjeling Haneul.
"Tak. Saya yang buat silap. Memang patut saya kena marah. Saya sorokkan petunjuk dengan Ricky."
"Sayang?! Apa semua ni?" Ariel mulai menangis setelah meluahkan rahsia yang disimpannya. Sejujurnya dia mulai rasa bersalah apabila melihat keadaan yang menjadi semakin teruk.
"Eh Ariel, aku tak sangkalah kau macam ni. Jadi kita kena cari Ricky." Asha menggeleng kepalanya. Tidak menyangka ada lagi yang akan berperangai seperti Ricky.
"Aku minta maaf. Aku minta maaf sangat-sangat." Jinhyun hanya mendengar sahaja sambil meneruskan pencariannya. Sungkie membiarkan sahaja senior-seniornya dan menghampiri Jinhyun.
"Hyung, semalam saya ada jumpa petunjuk." Sungkie memberi petunjuk yang ditemuinya pada Jinhyun. Jinhyun mengerutkan keningnya.
"Repent? Apa dimaksudkan dengan bertaubat?" Jinhyun merenung petunjuk tersebut.
"Mungkin disebabkan pengkhianatan yang berlaku. Macam Ricky bunuh Mayra—" Sungkie menghentikan bicaranya apabila melihat airmuka Jinhyun kembali berubah.
"Mungkin dan aku rasa kematian Jichan ada kena mengena dengan salah seorang dari kita."
"Tah-tah Ricky hyung juga yang bunuh."
"Kita tak boleh nak tuduh begitu juga Sungkie. Mana tahu dia ada berkomplot dengan orang lain juga." Jinhyun menyimpan petunjuk itu di dalam tabung petunjuk.
"Masa korang pergi ke sungai pada hari kedua tu, kami dapat petunjuk dekat satu bilik tapi tulisan itu ditulis pada papan hitam." Sampuk Jiwoon. Jinhyun menghembus nafasnya dengan kasar.
"Memang semua nak sembunyikan pun. Kenapa bagitahu sekarang? Kenapa tak bagitahu bila kita semua dah mati je?!" Jinhyun memberi tabung petunjuk pada Sungkie dan keluar ke halaman sekolah.
"Biarlah Jinhyun tu, bagi dia masa untuk bertenang dulu." Baekbom menenangkan keadaan yang janggal itu. Aria memeluk tubuhnya dan memandang sekeliling.
"Aku rasa kita kena dapatkan Ricky. Mana tahu petunjuk dengannya itu paling berguna." Cadang Aria.
"Ok, jom kita cari Ricky." Mereka mula mencari Ricky di kawasan sekitar.
***
"
Kat sini rupanya kau Ricky." Daeyoung menemui Ricky yang berehat di bawah pohon yang redup.
"Ada apa cari aku?"
"Ariel cakap kau ada petunjuk. Berhentilah jadi seorang yang pentingkan diri sendiri." Ricky menyeringai sebelum ketawa sepuas hatinya.
"Kau lupa nak cermin diri kau ke, Daeyoung? Apa kau ingat kau boleh kaburi mata semua orang sebab kau pengawas contoh?" Daeyoung merenung Ricky sebelum mencengkam kolar baju lelaki tersebut.
"Apa yang kau maksudkan huh?"
"Aku nampak malam tu. Kau yang tikam Jichan." Ricky menayangkan sebuah senyuman yang sinis. Daeyoung terdiam apabila mengetahui seseorang mengetahui kejadian malam itu.
"Aku dah agak, pasti ada yang sependapat dengan aku." Ricky menolak Daeyoung untuk sedikit jauh dengannya dan mengemaskan semula bajunya.
"Rahsiakan tentang hal ini!"
"Boleh tapi dengan satu syarat."
"Apa syaratnya?"
"Aku dah malas nak lama-lama disini, aku nak kita bekerjasama untuk hapuskan lebih ramai orang pada malam ini." Daeyoung bersetuju dengan cadangan Ricky.
"Ok, bersedia malam ini." Daeyoung terus beredar dari situ dan kembali ke halaman sekolah.
"Kau pergi mana Daeyoung? Ingat kau pun dah hilang tadi." Tanya Jiera setelah melihat kelibat Daeyoung.
"Aku pergi tandas tadi, maaflah tiba-tiba hilang." Jiera mengangguk.
"Jadi kita cuba selesaikan petunjuk yang ada dulu." Kata Haneul.
Petunjuk yang sedia ada:
1. Berhenti bersikap bodoh!
2. 止
3. Berkurang
4. Repent
5. (Gambar lakaran)
"Aku rasa kita memang kena cari ruangan ni." Aria memerhati gambar lakaran tersebut.
"Mungkin ada di kawasan belakang. Tapi sepertinya kita perlu mengumpul lebih banyak petunjuk." Jiwoon mengetap bibirnya.
"Petunjuk yang dengan Ricky tu. Haish jantan tu buat aku menyirap je." Keluh Asha dengan penuh frustasi.
"Aku jumpa satu lagi penunjuk!!" Laung Ariel sambil berlari ke arah mereka.
Be careful with Waning Crescent Moon
"Kalau ikutkan tarikh sekarang, macam malam ni akan berlaku bulat sabit ni." Baekbom melihat ke arah langit yang masih lagi cerah.
"Mungkin akan ada sesuatu yang berlaku pada malam ini." Sungkie memeluk tubuhnya. Tiba-tiba dia berasa resah dan takut untuk menghadapi malam.
"Kita akan saling melindungi. Ingat, jangan berpecah lagi." Jinhyun berkata dengan nada yang serius. Mereka yang lain bersetuju dan menganggukkan kepala.
"Ambil apa-apa alat yang dapat jadikan senjata untuk melindungi diri." Arah Jinhyun.
"Baiklah."
Jiwoon memandang Haneul dan Baekbom. Mereka bertiga bertukar pandangan sebelum berjalan menuju ke pondok yang berhampiran dengan mereka.
"Kau tak mahu kongsi ke petunjuk yang kau jumpa tu Jiwoon?"
"Aku takutlah, Baekbom. Aku takut keadaan menjadi lebih teruk."
"Apa petunjuk tu cakap?"
"Only one person remained at the last." Mereka sekali lagi berpandangan.
"Ke ini juga petunjuk yang Ricky dapat? Sebabtu dia bunuh Mayra.." Baekbom menggigit bibirnya.
"Aku tak sanggup nak mati tapi kalau aku tak mati, seram juga duduk sorang-sorang kat sini." Jiwoon mengeluh. Haneul berfikir sejenak.
"Jadi sebenarnya kita adalah musuh antara satu sama lain. Bukannya kawan."
"Eh apa kau karutkan ni?" Baekbom memarahi Haneul.
"Itu fakta. Kalau nak hidup, kita kena kejam. Kalau kita nak orang lain hidup, kita kena korbankan diri." Haneul beredar dari situ. Baekbom mengusutkan rambutnya. Dia sudah buntu dengan keadaan ini.
"Tak apalah Baekbom. Kita teruskan saja apa yang Jinhyun cakap. Manatau petunjuk ni hanya untuk mengoyahkan persahabatan dan kerjasama kita." Balas Jiwoon. Dia yakin dengan apa yang dia fikirkan saat ini. Pasti akan ada ujian yang akan menguji tahap kesetiaan dan kerjasama mereka.
***
"Hyung ok ke?" Sungkie duduk di sebelah Jinhyun.
"Aku ok je. Cuma kecewa." Sungkie mengangguk tanda faham.
"Makin hari hyung nampak macam makin tak bersemangat."
"Siapa je yang akan bersemangat kalau kawan dia makin berkurang sebab permainan yang bodoh ni."
"Jangan risau hyung. Saya akan lindungi korang semua dengan sebaik mungkin. Saya akan tolong hyung."
"Terima kasih Sungkie."
Di pondok yang lain, para gadis memerhati sahaja Jinhyun yang mulai murung.
"Tapi aku peliklah, dulu Jinhyun dengan Ricky kawan baik tau." Kata Jiera sambil mengecilkan matanya. Dia juga terkejut apabila melihat Jinhyun dan Ricky menjadi sangat asing ketika ini.
"Betul juga. Dorang dulu duo yang popular juga. Tapi makin lama makin jauh." Aria menyokong penyataan Jiera.
"Dalam kelas pun dorang tak bercakap tau. Mungkin dorang bergaduh sebab perangai Ricky tu. Faham-faham jela Ricky tu macam mana." Sambung Aria.
"Aku takutlah malam ni. Aku tak sedap hati. Macam mana kalau ada seseorang yang terjadi?" Ariel mulai gelisah. Perasaan takut sudah menguasai dirinya.
"Tenanglah Ariel. Kau ni suka berfikir yang pelik-pelik sangatlah." Daeyoung menenangkan Ariel. Matanya meliar untuk mencari siapa yang bakal jadi mangsa pada malam ini.
"Woi jom ke sungai." Laung Baekbom.
"Awalnya.." Rungut Aria. Baru hendak masuk tengahari, pasti panas.
"Kita kena cari petunjuk kat luar juga. Jangan banyak songeh lah." Jiwoon memeluk bahu Baekbom dan berjalan menuju ke sungai.
***
[ 10 malam ]
"Korang tidurlah dulu. Kalau ada apa-apa aku kejut." Jinhyun mulai berjaga. Dia melihat sekeliling untuk memastikan mereka berada di dalam keadaan yang selamat.
"Oi aku tak boleh tidur. Borak jom." Baekbom duduk disebelah Jinhyun.
"Kau nak borak apa?"
"Pasal kau."
"Huh?" Jinhyun mengerutkan keningnya.
"Aku tahulah."
"Tahu apa?" Baekbom senyum tipis.
"Masa White Day. Kan biasa dengan sekolah kita tu bagi coklat dengan crush atau pasangan dorang masa tu. Aku nampak kau bagi coklat dekat Mayra." Jinhyun terdiam.
"Tapi dia tolak coklat kau. Kau sedih sebab kau masih ada perasaan dekat dia eh?" Jinhyun memandang Baekbom.
"Aku sedih bukan sebabtu saja. Aku gagal. Aku gagal jadi ketua. Jiwa aku terseksa setiap saat semasa kita berada dekat sini, Baek." Keluh Jinhyun.
"Aku faham. Susah untuk kau, susah juga untuk aku." Baekbom menepuk bahu Jinhyun dengan perlahan. Ketika mereka berborak, tiba-tiba lampu mereka terpadam.
"Eh apa jadi ni?!" Baekbom mulai berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.
"Bangun!! Semua kena bersedia!" Pekik Jinhyun. Di dalam kegelapan malam, dia dapat melihat semua telah pun bangun dan berada di dalam keadaan sedia.
"Now!!" Jinhyun terkejut apabila seseorang tiba-tiba menyerangnya. Namun dia dengan tangkas mengelak dirinya dari diserang lagi.
"Selamatkan diri masing-masing. Yang lelaki jaga perempuan!" Katanya sambil bergelut dengan seseorang yang tidak ketahuinya. Keadaan yang gelap membuatkan wajah figura tersebut tidak kelihatan.
"ARIEL? MANA AWAK?!" Baekbom mulai mencari Ariel.
"AWAK?! TOLONG SAYA! SAYA TAKUT!!" Pekik Ariel. Baekbom segera berlari ke arah suara tersebut namun dirinya ditolak sehingga jatuh. Belum sempat dia mengelak, dirinya sudah ditikam oleh seseorang.
"Daeyoung?" Baekbom membulatkan matanya apabila Daeyoung melepaskan pisau dan melarikan diri.
"Aria! Watch out!" Jiwoon menarik Aria apabila melihat seseorang menghampiri mereka. Aria menahan nafasnya apabila ketakutan sudah melanda dirinya.
"S-siapa– arghh!!" Aria memegang kepalanya apabila kepalanya dihentak. Dia melihat sebatang kayu yang berlumuran dengan darah berada di hadapannya.
"Jiwoon?" Katanya dengan lemah sebelum tidak sedarkan diri.
"Maafkan aku Aria. Tapi aku terpaksa untuk hidup." Jiwoon mengambil kayu yang lain dan mula lari dari situ.
"Hyung? Noona?" Sungkie berjalan keseorangan apabila terpisah dengan kesemua seniornya.
"Haish mana aku patut pergi ni.." Sungkie berjalan tanpa arah tuju. Dia tersadung apabila terpijak seseorang.
"Daeyoung unnie?!" Dia terkejut apabila melihat Daeyoung berlumuran dengan darah. Dia segera melarikan diri dan bersembunyi.
Berbalik pada keadaan Jinhyun. Dia menendang figura yang masih ingin menyerangnya.
"Mampus jela kau, Jinhyun!" Jinhyun terkedu apabila mendengar suara yang amat dia kenali.
"Ricky?!" Ricky menolak Jinhyun sehingga ke laman sekolah. Dia terus menyepak perut Jinhyun sebelum memijak dada lelaki itu.
"Selamat jalan ketua ku." Ricky menyeringai dan mula mencekik Jinhyun dengan sekuat hatinya. Jinhyun mulai meronta apabila dirinya gagal untuk melepaskan dirinya.
Namun sebelum Jinhyun tidak sedarkan diri. Dia dapat melihat darah tiba-tiba keluar dari mulut Ricky. Dia hanya sempat melihat Ricky tumbang disebelahnya sebelum tidak sedarkan diri.
***
"Berapa orang lagi yang tinggal?"
"6 tuan."
"Dari 13 sampai jadi 6? Separuh dari mereka telah tumpas. Aku dah agak kisah pengkhianatan pasti akan berlaku. Tak sabar aku nak tengok pengakhirannya." Jinyoung senyum sinis sambil memerhati keadaan yang kacau-bilau. Jake hanya menundukkan kepalanya dan menuju ke suatu bilik.
T B C
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro