
5
Suasana di dalam bilik darjah itu sangat sepi. Tiada sesiapa pun berani bersuara setelah insiden tadi.
"Seramlah kalau senyap gini." Sungkie bersuara. Dia tidak suka dengan situasi ini.
"Kau nyanyilah senang." Kata Jiwoon yang dari tadi menyandarkan tubuhnya pada dinding. Sungkie berdehem sebelum memulakan nyanyiannya.
"Pasaraya Ikhwan di Putrajaya, siapakah dia Abuya? Abuya seorang yang teliti, sudah tentulah PBT." Sungkie tersengih apabila semua mata memandangnya.
"Baik kau dia jela dik." Asha mengeluh, makin stres dia.
"Nasib kita semua akan jadi macam Jichan ke? Satu per satu akan mati." Jiera memeluk lututnya sambil termenung. Dia tidak pernah membayangkan hidupnya akan menghadapi saat yang menakutkan seperti ini.
"Mulai sekarang kita kena bekerjasama, tak boleh bersikap keras kepala dah. Kawan kita dah terkorban sorang, takkan lepas kita semua dah berkurang baru reti nak sedar!" Semua mata tertumpu pada Haneul. Haneul masih lagi bersedih kerana kehilangan rakan baiknya.
"Ya, aku setuju. Tolonglah bekerjasama dan dengar cakap ketua kita ni." Baekbom mengeluh perlahan. Sudah dia duga keadaan pasti akan bertambah buruk jika mereka berpecah.
"Mana Ricky masalahnya? Nak biar je dia tu?"
"Biarlah dia, Aria. Dia suka ikut kepala dia sendiri, biarkan. Orang nasihat mana dia nak dengar."
"Tapi dia pun tanggungjawab Jinhyun juga. Takkan nak lepas tangan je?"
"Aria, Daeyoung. Sudah. Ya, nanti aku pergi cari Ricky. Korang semua rehat. Aku berjaga." Jinhyun menghentikan perang mulut antara Aria dan Daeyoung. Dia sudah semakin serabut setelah apa yang terjadi pada Jichan.
Tidak lama kemudian, kedengaran pintu dibuka. Sosok tubuh yang mereka sebut sebentar tadi telah muncul dan duduk di sudut bilik darjah itu.
"Kau pergi mana Ricky?" Tanya Baekbom.
"Aku larikan diri la tadi. Ingat ada gempa bumi. Bila keluar kat lama sekolah, tak bergegar pula." Balas Ricky.
"Kau tahu tak Jichan dah tak ada?" Ricky terdiam. Dia terus memandang Haneul yang menjelingnya dengan tajam.
"Jichan pergi mana?"
"Dia dah tak ada sebab kedegilan kau!" Jinhyun menarik Haneul dan menenangkan Haneul. Haneul memandang ke arah lain sambil menahan amarahnya.
"Esok semua bangun awal. Kita akan cari petunjuk sebanyak yang mungkin." Arah Jinhyun. Mereka semua mengangguk kepala dan mula merehatkan mereka.
***
"Jadi kita cari dulu petunjuk sebanyak yang mungkin. Bila dah nak dekat petang, kita akan ke sungai untuk bersihkan diri dan isi perut kita." Kata Jinhyun sebelum memulakan pencarian.
Jiwoon menguap sebelum turut mencari petunjuk. Tidak pernah dia bangun seawal 6 pagi dan terus jadi produktif seperti ini.
Ariel mengerling Ricky. Lelaki itu masih lagi degil. Ricky yang perasan dirinya dikerling terus menjeling Ariel.
'Degil betul la budak tu. Kenapa dia tak nak kongsi petunjuk yang aku dapat semalam..'
Ariel meninggalkan Ricky dan menuju ke Jiera dan Daeyoung. Dia turut membantu Jiera dan Daeyoung mencari di kawasan sekitar itu.
"Banyaknya pasu dekat sini." Rungut Jiera.
"Kalau tengok cerita zaman dulu. Kalau jemur pasu macam ni, dalamnya ada kimchi."
"Yeke Daeyoung? Cuba buka." Jiera menolak perlahan tubuh Daeyoung ke arah pasu itu.
"Tak nak aku! Nanti benda lain yang keluar kang!" Daeyoung menjeling Jiera sambil memuncungkan bibirnya. Seketika dia teringat lembaga yang mengejar mereka pada hari pertama mereka berada di situ.
"Guys! Sini!" Aria memanggil mereka semua dan menunjuk satu tulisan yang dia jumpai.
"Ok nasib baik ni bukan tulisan kuno lagi." Baekbom menghela nafas lega.
Berkurang
"Berkurang? Apa maksudnya?" Jiwoon mengerutkan dahinya.
"Mungkin ini amaran memandangkan kita dah kurang sorang. Kan Sir Jake dah pesan, dengar cakap ketua." Asha memberikan kertas tersebut pada Jinhyun.
"Kita kena cari petunjuk lain lagi." Jinhyun mengumpulkan petunjuk itu di dalam bekas.
"Dua petunjuk tak cukup. Petunjuk yang pertama pun masih kita tak faham." Mereka mengangguk dan mula menyambung pencarian mereka. Jinhyun memandang Haneul yang masih lagi termenung. Dia menghampiri Haneul.
"Haneul, kau ok?"
"Siapa je ok kalau kehilangan kawan."
"Kita sama-sama survive untuk Jichan ok? Kau kena bersemangat. Jichan pun mesti nak kau selamat." Haneul merenung wajah Jinhyun dalam-dalam sebelum mengeluh.
"Kau yakin ke kita ni akan selamat juga pada akhirnya?" Jinhyun terdiam, dia juga tiada jawapan untuk soalan itu.
"Tak apa. Betul juga cakap kau. Kalau kita menyerah, lagilah sia-sia." Haneul bingkas bangun mengalihkan pasu untuk mencari petunjuk.
"Kau ok?" Asha membantu Haneul mencari. Haneul senyum kecil sebelum menganggukkan kepalanya.
"Aku ok, cuma down sikit."
"Memang kehilangan kawan itu perit. Aku pernah alami itu dulu." Asha membuka pasu dan mengerutkan dahinya.
"Ada something ." Haneul menghampiri Asha dan mengambil sebuah lakaran yang berada di dalam pasu tersebut.
Asha dan Haneul berpandangan setelah melihat lakaran tersebut. Masing-masing keliru dengan mesej yang ingin disampaikan.
"Jinhyun! Sini!"
"Kenapa Haneul?"
"Ni, kitaorang jumpa lakaran ini." Jinhyun meneliti lakaran tersebut.
"Aku rasa mungkin kita kena pergi ke sini."
"Aku pun rasa macam tu la Jinhyun." Asha melihat sekeliling, dia ingin mengetahui di mana bilik seperti dalam lakaran itu berada.
"Ok, aku tengok macam nak hujan ni. Kita pergi sungai dulu, bersihkan diri dan isi perut dulu."
***
"Mayra, semalam aku dengan kau borak dengan Jinhyun sebelum ruangan kita tu bergegar, kau borak apa?" Aria memandangkan Mayra sambil mengeringkan rambutnya.
"Pasal petunjuk yang pertama je."
"Kau cemburu ke Mayra dan Jinhyun berborak Aria?" Jiera mulai mengusik Aria. Aria memutarkan matanya.
"Aku tanya je. Tak ada masa aku nak cemburu. Aku dah ada seseorang."
"Siapa?"
"Rahsia." Aria terdiam apabila memikirkan sesuatu. Adakah hal ini hanya melibatkan Sir Jake sahaja? Atau guru yang juga terlibat termasuk Sir Minho?
"Aku tak sabar nak keluar dari sini. Aku benci dunia ni!" Adu Ariel dengan frustasi. Daeyoung menggelengkan kepalanya.
"Kita kena bersabar dan saling bekerjasama. Aku rasa kalau kita tak degil, mungkin lebih cepat kita keluar." Mereka yang lain mengangguk kepala tanda setuju dengan Daeyoung.
"Yang lelaki tu dah siap mandi ke belum eh. Kan kita pergi tak siap lagi, dapat free show pula." Asha memeluk tubuhnya.
"Tak apa, tunggu lagi sikit, kita pergi kat sana." Jiera mengelus rambut adik kembarnya.
"Aku nak terkencinglah. Kejap eh." Mayra segera berlari ke semak yang berdekatan.
"Eh.. Bapak berani dia ni, tak minta orang teman pun." Ariel tercengang.
"Dia bukan penakut macam kau." Bidas Jiera. Ariel memuncungkan bibirnya tanda merajuk. Asha melihat ke arah semak yang Mayra masuk. Dia bimbang akan keselamatan gadis itu.
Mayra bingkas bangun setelah selesai melepaskan hajatnya. Dia terus berpaling ke arah kirinya setelah dia mendengar suara pergerakan berlaku.
"Siapa tu?" Mata Mayra membulat apabila melihat Jichan berdiri sambil memegang sebilah pisau. Dia terus berlari keluar dari semak itu.
"Auch!!" Mayra menggosok kepalanya apabila dia bertembung dengan Jiwoon.
"Kau kenapa? Buat apa kat semak tu?" Mayra menggelengkan kepalanya.
"Panggil yang lain. Kami dah siap mandi, sekarang tengah bakar ikan." Mayra mengangguk dan terus pergi ke kawan-kawannya.
"Jiwoon cakap dorang dah settle, jom." Para gadis itu terus berjalan menuju ke sisi lain sungai yang menepatkan para jejaka yang kelihatan sibuk membakar ikan.
"Meh makan. Harinu chef Sungkie yang bakar ikan." Kata Sungkie sambil tersengih bangga. Dia bangga kerana ikan yang dibakarnya tidak hangus seperti ikan Baekbom.
"Diamlah kau budak."
"Koyaklah tu ikan dia hangus." Baekbom menjeling Sungkie dan merenung ikannya yang hangus. Ariel mengambil ikan tersebut dari Baekbom dari terus makan.
"Manada hangus. Sedaplah. Pandai awak masak." Puji Ariel. Baekbom terus tersengih setelah dipuji oleh kekasih hatinya itu.
"Ceh,masa bercinta kentut pun wangi. Tak hairan ikan yang pahit pun dikatanya sedap." Jiwoon menjeling Baekbom dan Ariel yang saling bersuapan.
"Biarlah dorang. Siapa suruh kau single." Haneul menjeling sepupunya yang tidak habis-habis dengki dengan orang yang ada pasangan.
Setelah selesai makan, mereka akhirnya pulang semula ke kawasan sekolah. Tidak mahu mengambil risiko jika terus berada di luar kawasan sekolah sehingga malam.
"Harini Haneul kan yang berjaga?" Haneul mengangguk.
"Nak teman Haneul hyung." Sungkie terus duduk di sebelah Haneul.
"Ceh, masa Jinhyun berjaga, kau tak nak teman. Selek kau ni." Jiera menjeling Sungkie.
"Kan Mayra noona teman. Alahh biarlah nak teman Haneul hyung." Rengek Sungkie.
"Kantoilah korang gay." Haneul terus menumbuk perlahan bahu Jiwoon.
"Aku luruslah!" Marah Haneul. Bimbang jika Asha bersangka buruk terhadapnya. Jiwoon tergelak dan terus baring.
"Kalau kau nak back up, kejut je aku." Kata Jinhyun sebelum baring di sebelah Jiwoon.
"Beres ketua ku!"
Di sudut yang lain, Ricky tidak dapat melelapkan matanya. Dia memikirkan tentang petunjuk yang dijumpai petang tadi.
'Berkurang.. Aku rasa kalau berkurang orang. Makin besar peluang. Betul la sangkaan aku.' Ricky senyum sinis. Dalam keadaan yang malap itu, dia melihat seseorang keluar dari bilik darjah itu.
Dia melihat Haneul dan Sungkie yang tertidur. Dia mengambil keputusan untuk mengikuti figura tersebut.
"Nasib tak ada apa-apa." Keluh Mayra dengan lega apabila keluar dari tandas. Dia terkejut apabila tiba-tiba mulutnya ditekup dan dia dibawa agak jauh dari kawasan bilik darjah yang mereka berlindung.
"RICKY?!" Mayra mulai panik apabila Ricky membawanya ke bilik lain dan mula mencekik lehernya.
"Ya aku, Mayra. Kau terpaksa jadi orang kedua setelah Jichan." Ricky menguatkan cengkamannya. Dia menyeringai apabila melihat Mayra meronta-ronta untuk bernafas.
"Kau patut berkorban bukan untuk keselamatan rakan-rakan kau?" Mata Mayra mulai berair sebelum dia berhenti meronta. Ricky melarikan tangannya dari leher Mayra.
Dia terus berpaling apabila mendengar pintu bilik tersibuk dibuka.
"SONG RICKY?!" Baekbom menekup mulutnya apabila melihat wajah pucat Mayra terbaring di atas lantai. Jinhyun segera menuju ke arah Mayra. Dia cuba untuk membuat CPR memandangkan denyutan nadi gadis itu masih berasa walaupun sudah lemah.
"APA KAU BUAT NI RICKY?!" Jiwoon terus menampar Ricky. Dia tidak mempercayai seseorang akan menjadi pengkhianat.
"Mayra?? Mayra ok kan?" Jiera mulai takut. Dia tidak mahu kejadian semalam berulang kembali.
"Dia ok ke Jinhyun." Aria mencuit Jinhyun yang dari tadi diam.
"Mayra... Mayra dah tak ada." Jinhyun bangun dan terus menumbuk Ricky.
"Kau bodoh ke?! Kita kena saling menjaga, bukan saling berbunuhan!" Jinhyun terus menerus menumbuk Ricky. Kesabarannya sudah habis. Haneul menarik Jinhyun dari terus bertumbuk dengan Ricky.
"Sudah! Ni bukan saat untuk menjadi bodohlah!" Jinhyun terus melepaskan dirinya dari dipegang dan berpaling ke arah jasad Mayra. Namun jasad Mayra sudah menghilang.
"K-kenapa jasad mereka menghilang begitu sahaja." Ariel terduduk. Perasaan paniknya kembali menyerang.
"Aku rasa ada kena mengena dengan permainan ini." Daeyoung mengeluh perlahan.
"Sudah! Ricky! Kau buatlah hal kau! Kau bukan tanggungjawab aku lagi!" Jinhyun menggenggam penumbuknya dan berlalu keluar dari situ. Ricky masih lagi tersenyum sinis. Dia berpuas hati melihat Jinhyun marah seperti itu.
Sungkie mengeluh. Sudah dua orang tewas. Dia turut keluar dari situ dan terlihat satu cahaya yang terang di satu sudut. Dia menghampiri cahaya itu dan mengambil satu kertas.
Repent
"Huh? Tak apa nanti aku bagitahu Jinhyun hyung." Sungkie menyimpan petunjuk di dalam poketnya.
***
"Keadaan akan menjadi semakin teruk tuan."
"Bagus, biarkan mereka."
T B C
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro