4
"ASHA!!!" Jiera berlari ke arah Asha dan memeluk adik kembarnya dengan erat. Lega hatinya setelah mengetahui adiknya dan lain berada dalam keadaan yang selamat.
"Nah akak-akak, abang-abang, ikan bakar." Sungkie meletakkan ikan-ikan yang dibakar tadi di atas lantai. Jichan segera membuka balutan daun pisang dan makan.
"Woi nak juga!" Jiwoon mencubit lengan Jichan nak turut makan.
"Seekor sorang, jangan berebut gila." Haneul mengagihkan ikan pada rakannya yang lain.
"Korang ada dapat apa-apa petunjuk tak?" Tanya Jinhyun. Dia memerhati Ricky yang sedang makan.
"Tak ada Jinhyun. Kami teroka kawasan sekitar sahaja tadi." Jawab Daeyoung.
"Kami ada jumpa petunjuk tadi. Ini dia." Jinhyun menunjukkan tulisan yang mereka jumpa di sungai tadi. Baekbom mengerutkan dahinya.
"Aku tak faham.."
"Ya, sebab ni tulisan kuno. Tulisan pada zaman ini mungkin." Jinhyun meletakan petunjuk itu di atas meja. Ariel melirik ke arah Ricky. Ricky berdehem sebagai tanda untuk Ariel berdiam diri sahaja.
- flashback -
"Mana yang lain?" Ricky bertanya setelah melihat Ariel keseorangan di dalam satu bilik darjah.
"Ricky, aku jumpa ni." Ariel menunjukkan satu kertas yang mempunyai satu perkataan. Ricky menyeringai dan merampas kertas itu dari Ariel.
"Aku dah agak, kita pasti akan jumpa juga petunjuk di sini." Ricky memandang Ariel dengan wajah yang mendatar.
"Ingat. Hanya kita tahu tentang petunjuk ini." Ariel mengerutkan keningnya.
"Hah?! Bukan ke kita akan berkongsi petunjuk?" Ricky menyimpan petunjuk itu di dalam poket seluarnya sebelum kembali menyeringai.
"Kau nak mampus ke? Aku tak rasa yang kita semua akan selamat. Setiap permainan pasti akan ada pergorbanan bukan? Mungkin sedikit sahaja yang akan selamat. Kau nak kau dengan Baekbom selamat bukan?" Ariel menggigit bibirnya dengan perlahan, berfikir semula tentang apa yang dikatakan oleh Ricky.
"Ya, aku nak selamat. Aku nak Baekbom pun turut selamat."
"Jadi rahsiakan tentang penemuan ini. Deal ?" Ariel mengangguk dan terus keluar dari bilik darjah itu.
"Ha Ariel. Ada jumpa tak?" Jichan memandang Ariel yang baru memunculkan dirinya.
"Tak ada. Bilik tu kosong juga." Ricky tersenyum apabila melihat Ariel mendengar katanya.
- end flashback -
"Macam mana ni? Kita nak Google pun manada internet zaman ni." Aria mulai resah. Hatinya makin tidak tenang setelah melihat perkataan yang tidak difahami itu.
"Kat sini tak ada ke budak sastera kuno ke apa?" Tanya Jiwoon namun jawapannya yang diterimanya hampa setelah mendapati tiada sesiapa yang mempelajari sastera kuno disitu.
"Haish menyesal aku selalu tidur time kelas Sir Mingi." Haneul mengeluh. Jichan mendekati kertas itu dan merenung perkataan yang tertulis di kertas tersebut.
"Ini macam gabungan Hangul dan Pinyi." Kata Jichan setelah meneliti tulisan itu.
"Apa tu?" Daeyoung mengerutkan dahinya.
"Gabungan bahasa Korea dan China. Zaman sebelum bahasa moden wujud gunakan gabungan ni dalam perkataan." balas Jichan. Dia memandang ke arah Aria yang sedang termenung.
"Aria, aku dengar kau top student juga. Bukan ke kau dapat A+ ke sastera haritu? Kau tak dapat tangkap juga ke?" Aria terdiam apabila mendengar pertanyaan tersebut. Dia memandang Jichan yang sedang merenungnya.
"A-aku short-term memory. Masa exam aku ingatlah. Lepas exam aku start lupa dah." Jawab Aria dengan perlahan. Bimbang jika dirinya disoal lagi.
"Sudah, ketepikan dulu petunjuk ni. Sekarang dah petang. Korang meneroka kawasan sini tadi, dapat apa je?" Jinhyun menyandarkan tubuhnya pada dinding.
"Aku rasa keadaan siang baik-baik sahaja dekat sini. Bila malam, kita akan dihantui." Jawab Baekbom.
"Oh ya, kat sini ada air tapi tak ada elektriklah." Rungut Ariel. Dia mengipaskan dirinya menggunakan kipas tangan yang dijumpai tadi.
"Yela, zaman ni mana ada eletrik lagi. Guna sumbu, pelita atau lampu minyak tanah." Mayra menunjukkan satu sumbu yang terdapat di dinding bilik tersebut. Kesemua mata tertumpu pada sumbu tersebut.
"Eh siot, kenapa aku yang dari tadi duduk dekat sini tak perasan pun?" Jiwoon menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sebab hyung tak peka, sebab tu hyung single." Jiwoon mengetuk kepala Sungkie.
"Biadap dengan senior!" Sungkie mencebik dan menggosok kepalanya. Dia segera menghampiri Haneul untuk melindungi dirinya.
"Siapa nak berjaga malam ni? Takkan Jinhyun lagi. Barai dia nanti." Jiera memandang jejaka-jejaka yang berada di dalam bilik tersebut. Namun masing-masing buat tidak tahu.
"Tak apa, aku boleh berjaga lagi. Lagipun aku tidur-tidur ayam juga time berjaga tu." Jinhyun memandang ke arah tingkap.
"Ehh sumbu tu nak minyak tanahkan? Aku pergi ambil kejap. Teman aku." Baekbom bangun dan menarik Jiwoon untuk menemaninya mengambil minyak tanah di luar.
"Aku juga." Rungut Jiwoon sambil mengikut Baekbom.
"Esok aku akan berjaga." Haneul menawarkan dirinya. Jinhyun mengangguk. Setelah beberapa minit, Baekbom dan Jiwoon kembali bersama satu tong minyak tanah.
"Woi! Korang nak hidupkan sumbu tu ke nak bakar sekolah ni? Melampau betul ambil minyak pun." Daeyoung membebel kecil apabila melihat amaun minyak yang dibawa oleh Baekbom dan Jiwoon.
"Alaa, biarlah. Nanti tak payah pergi ambil la. Kau ingat aku rajin ke?" Balas Jiwoon sebelum merebahkan dirinya ke atas lantai. Baekbom menuangkan minyak tanah ke dalam sumbu tersebut dengan berhati-hati.
"Macam mana nak hidupkan sumbu ni?" Jinhyun memandang Jiera.
"Nanti bila dah gelap sikit, aku hidupkan."
"Jom teman aku pergi tandas." Ariel memegang tangan Jiera.
"Lahh berjemaah." Tegur Jichan setelah melihat kesemua perempuan pergi ke tandas bersama.
"Biarlah dorang tu." Haneul mengemas ruangan tersebut. Biar selesa untuk tidur nanti. Sungkie turut membantu Haneul setelah melihat Haneul mulai mengemas.
"Apa kau nak buat Jinhyun? Kau tak ramai ke kita ni macam tak patut berkumpul macam ni?"
"Kau ke nak jadi ketua? Jadilah. Kau ingat aku nak ke jadi ketua ni?" Jinhyun mulai kehilangan sabarnya. Ricky mulai tersenyum sinis apabila melihat Jinhyun memandangnya dengan tajam.
"Sudah! Jangan gaduhlah! Korang ni dari awal gaduh." Jichan menenangkan keadaan.
"Ricky dan Jinhyun memang dari dulu tak bertegur sapa. Entah kenapa dengan dua orang ni." Baekbom menjeling Ricky dan Jinhyun yang saling berpandangan. Ricky mengalihkan pandangan sambil berdecit perlahan.
"Korang ni buat apa kat tandas tu? Lama betul." Tegur Jiwoon setelah melihat para gadis masuk semula ke ruangan tersebut.
"Girls thing. No need to know." Jawab Ariel sebelum duduk di sebelah Baekbom. Dia memeluk lengan Baekbom dengan erat.
"Ceh." Jiwoon menjeling Ariel dan baring. Jinhyun mengeluarkan pemetik api dari poketnya dan menyalakan sumbu tersebut.
"Ha! Bawa lighter! Aku tulis nama kau Jinhyun." Daeyoung membulatkan matanya apabila mengetahui Jinhyun membawa barang larangan ke sekolah.
"Diam la terpaling pengawas! Kalau dia tak bawa bergelap la kau sekarang bodoh!" Daeyoung menjeling Ricky.
"Sudahlah bergaduh. Aku tepuk sorang-sorang kang!" Jichan menenangkan keadaan sekali lagi. Penat dia dengan kerenah masing-masing.
"Masa untuk tidur. Esok kita akan cari petunjuk yang lain lagi." Asha membaling sehelai kain ke arah Ricky sebelum baring di sebelah Jiera.
Jinhyun duduk di atas meja sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding. Otaknya ligat berfikir tentang petunjuk yang dijumpainya tadi. Dia memandang ke sisinya apabila merasai seseorang duduk di sebelahnya.
"Eh Mayra, kau kenapa tak tidur?" Dia memandang Mayra yang memegang kertas tersebut.
"Aku nak backup kau untuk berjaga malam ni. Kau tak tidur dari semalam kan." Jinhyun terdiam.
"Dan aku nak cakap sikit pasal petunjuk ni.."
"Kau tahu ke?"
"Aku baru teringat. Haritu Sir Mingi pernah cerita sedikit pasal bahasa kuno ni. Aku ingat huruf ni. Tak silap aku maksudnya.." Belum sempat Mayra menyudahkan ayatnya. Tiba-tiba sahaja ruangan yang mereka duduki itu bergegar, seperti kawasan itu dilanda gempa bumi.
"APA JADI INI?!" Kata Aria dengan cemas setelah terjaga dari lenanya. Akibat cemas, mereka mulai terpisah kerana beberapa dari mereka keluar dari ruangan itu menyelamatkan diri mereka.
"JANGAN BERPECAH!!" Pekik Jinhyun namun ianya sia-sia.
"Kita kena cari mereka." Jiera memegang tangan Asha dan mulai bergerak untuk mencari rakannya yang lain.
"Siapa yang keluar?" Asha sempat menyalakan lampu minyak tanah dan menyuluh sekeliling.
"Aria, Ricky, Daeyoung, Jichan, Jiwoon, Ariel yang keluar." Jawab Haneul.
"Hah?! Ariel pun keluar?!" Baekbom mulai cemas. Dia mengambil lampu dari Asha dan mula mencari dengan perasaan yang cemas.
"ARGHH!!!" Langkah mereka terhenti apabila mendengar suara jeritan. Mereka terus berlari menuju ke arah punca suara jeritan tu.
"Sayang?! Kenapa awak jerit? Awak ok ke?!" Tanya Baekbom dengan cemas apabila melihat Ariel terduduk sambil terketar-ketar. Ariel menunjukkan ke satu arah.
"JICHAN?!" Mereka menemui Jichan dalam keadaan tertiarap sambil berlumuran dengan darah. Tiba-tiba satu suara menyapa mereka.
"Satu dah tumbang. Tahniah buat kalian." Kata suara asing itu sambil memberikan sebuah ketawa yang sangat sinis dan menyakitkan hati.
"TAHNIAH OTAK KAU! JICHAN!!" Baru sahaja Haneul ingin menghampiri Jichan. Tiba-tiba sahaja jasad Jichan menghilang.
"JICHAN!!" Raung Haneul. Dia tidak memberi yang kawan baiknya sudah tiada. Asha mengusap bahu Haneul untuk menenangkan lelaki tersebut.
"Sial! Aku dah cakap sebelum ni! Ikut je cakap ketua. Ini ada yang melawan!" Keluh Baekbom dengan kesal manakala Jinhyun terdiam seribu bahasa. Dia menahan rasa sakit di dalam hatinya. Dia benar-benar gagal sekarang. Dia gagal menjaga satu nyawa.
"Apa jadi?" Aria kembali bersama Daeyoung dan Jiwoon. Jiera memandang Aria yang sedang bernafas dengan tercungap-cungap.
"Mana Ricky?"
"Aku tak tahu. Kitaorang lari secara melulu je tadi. Dah la keadaan gelap. Kitaorang datang sini balik pun sebab dengar orang jerit." Jawab Jiwoon.
"Jichan dah tak ada.." Baekbom memandang tajam ke arah Aria, Daeyoung dan Jiwoon. Mereka bertiga terdiam.
"Jadi permainan yang sebenar telah bermula?" Daeyoung mulai ketakutan.
"Kita kena cari petunjuk dengan lebih banyak. Esok, kita kena mulai serius atau lebih banyak nyawa melayang." Jinhyun berkata sambil menahan amarah. Dia mengepalkan penumbuknya.
"Semua masuk balik ke ruangan tu. Abaikan je Ricky tu. Dia degilkan." Aria mengeluh apabila melihat Jinhyun seakan-akan sudah putus asa dengan Ricky. Mereka yang lain mula mengikuti Jinhyun dengan perasaan yang bercampur aduk.
Sedih, kecewa, marah, sebal semuanya bersatu. Lebih-lebih lagi mereka sudah kehilangan seorang rakan mereka.
T B C
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro