2
[ 9:30 pm ]
"Yeay akhirnya boleh balik!" Sungkie memasukkan buku di dalam begnya. Namun kegembiraannya tidak bertahan lama setelah mendengar satu pengumuman.
"Perhatian kepada murid kelas 12-A1 iaitu Ariel Kim, Asha Lee, Han Daeyoung, Kim Haneul, Lee Jiera dan Park Jichan. Seterusnya, murid kelas 11-A1 iaitu Aria Park, Byun Baekbom, Kim Jinhyun, Moon Mayra, Song Jiwoon dan Song Ricky. Dan terakhir Han Sungkie dari kelas 10-A1. Kepada nama-nama yang saya panggil, sila ke bilik darjah yang berada di tingkat 3 dengan kadar segera. Terima kasih."
"Aik, kenapa kau sorang je pelajar kelas 10 yang kena panggil?" Zhanghao memandang Sungkie dengan pandangan yang pelik. Kenapa pula perlu berjumpa di malam hari?
"Aku tak tahu, aku sendiri pun terkejut ni." Sungkie menggalas beg sekolahnya. Mahu tak tidak, dia terpaksa pergi. Bimbang jika namanya di panggil ke bilik disiplin.
"Aku tunggu kau eh. Tak kan kau nak balik sorang-sorang nanti."
"Tak apa Zhanghao. Kau baliklah dulu, nanti mak kau marah pula kau balik lambat. Tadi aku dengar nama Haneul hyung ada, aku tumpang dia je nanti." Zhanghao mengangguk dan menepuk bahu Sungkie.
"Aku balik dulu tau. Jumpa esok!" Zhanghao melambaikan tangannya sebelum berlari keluar. Sungkie melangkah ke bilik darjah yang disebut dengan perasaan yang sangat malas.
"Maaf lambat." Sungkie segera duduk di tempat kosong apabila menyedari dirinya yang terakhir tiba di bilik darjah tersebut. Jake mengangguk sebelum memandang wajah 13 orang muridnya.
"Ada apa Sir Jake panggil kami? Saya tak boleh lambat ni, esok pagi saya kena bertugas awal." Daeyoung bersuara setelah situasi menjadi sepi.
"Kamu bertiga belas terpilih untuk menyertai satu permainan-" Belum sempat Jake menghabiskan ayatnya, Jiwoon sudah pun bangun dan memotong bicara Jake.
"Sir, sekarang dah nak dekat pukul 10 malam. Orang main apa malam-malam ni? Saya nak balik tidurlah!" Jiwoon mulai emosi apabila mengetahui mereka dipanggil hanya semata untuk menyertai satu permainan.
Jiwoon mengambil begnya dan berjalan menuju ke pintu. Namun dirinya ditarik ke belakang sebelum badannya dihentak ke dinding.
"Sir?!" Jiwoon terkejut apabila Jake mencekik lehernya. Dia meronta sambil melihat Jake memandang tajam, tepat ke arah anak matanya.
"Duduk atau?" Jiwoon menolak Jake dan segera duduk di tempat asalnya.
"Gila.." Ricky mulai bersuara. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat tadi. Dia senyum sinis sebelum berdiri dan memandang Jake. Dia sengaja mahu mencabar gurunya.
"Apa sir nak buat kalau kami tetap nak balik?" Tanya Ricky.
"Cubalah." Jake memeluk tubuhnya sambil memandang Ricky. Ricky memandang Haneul yang berada berhampiran dengan pintu.
"Haneul, buka pintu tu pastu kita blah dari sini." Haneul perlahan-lahan bangun dan membuka pintu kelas tersebut.
"Pintu ni terkunci. Tak boleh bukalah!" Kata Haneul. Ricky mendengus dan menghampiri Haneul. Baru sahaja dia ingin memecahkan pintu tersebut, dia mendengar suara jeritan dari Aria.
"SIR?!!" Aria menutup mulutnya apabila melihat Jake menarik Mayra dan mengacu sebilah pisau pada leher Mayra.
"Cubalah lari atau kawan korang ni mati." Mayra terkaku apabila merasakan mata pisau itu semakin dekat dengannya. Dia melihat Ricky yang masih ingin membuat cubaan untuk membuka pintu.
"SUDAH!" Jinhyun akhirnya bersuara dan menarik Ricky.
"Kau jangan nak selfish Ricky. Apa gunanya kita keluar kalau salah seorang dari kita tak selamat?" Ricky menjeling Jinhyun, tanda tidak puas hati. Jake melepaskan Mayra apabila melihat tiada sesiapa yang berani melawannya lagi.
"Mayra, kau ok ke?" Aria memeluk Mayra setelah gadis itu dilepaskan. Mayra hanya mengangguk.
"Ok, sebelum kita mulakan permainan. Kalian perlu menjawab beberapa soalan terlebih dahulu." Jake meletakkan pisau di atas meja.
"Korang semua ni kawankan?" Mereka bertiga belas berpandangan sebelum mengangguk perlahan.
"Tapi taklah rapat dengan yang perempuan." Jake melihat Jichan sambil senyum sinis.
"Kalau kalian ada di dalam keadaan, dimana kalian harus pilih untuk menyelamatkan diri kalian atau menyelamatkan kawan-kawan kalian. Apa kalian akan pilih?" Jake memberi sekeping kertas pada setiap orang.
"Jawab di kertas itu, rahsiakan jawapan kamu. Hanya saya dan kalian sahaja yang mengetahui jawapan masing-masing." Jake menyeringai apabila melihat murid-muridnya mulai menjawab soalan yang diberi. Ada yang menjawab dengan yakin, ada yang masih termenung dan ada juga yang kelihatan ragu-ragu.
"Soalan kedua, jika kalian mempunyai sesuatu yang penting. Apakah kalian akan berkongsi atau menyimpannya buat diri sendiri?" Ariel berdecit. Soalan apa yang gurunya bertanya ini? Dia menulis jawapan dengan perasaan sebal.
"Soalan ketiga, kalau salah seorang dari kalian harus mati untuk kalian selamat. Apa yang kalian akan lakukan." Baekbom mengeluh. Dia menulis sahaja jawapannya.
Jake mengutip kesemua jawapan dan meletakkan jawapan-jawapan tersebut di atas meja.
"Sir, kami dah boleh balikkan?" Asha bertanya setelaha mereka telah selesai menjawab soalan yang diberi.
"Sekarang pukul berapa?"
"Dah pukul 9:50 malam, sir." Jawab Jiera.
"Ok, sekarang lantik seorang ketua. Pasukan kamu ini memerlukan seorang ketua." Mereka bertiga belas berpandangan, masing-masing berasa pelik.
"Daeyoung jela, dia kan pengawas." Cadang Jiera.
"Tak nak! Aku tak nak jadi ketua!" Daeyoung menggeleng kepalanya. Dia tidak mahu dibebani dengan tugas lagi. Cukuplah dia menjadi pengawas sekolah sahaja.
"Saya cadang Jinhyun jadi ketua." Jinhyun membulatkan matanya apabila mendengar Asha mencadang namanya.
"Jinhyun?" Jake memandang Jinhyun sambil tersenyum.
"Ya, saya yakin Jinhyun akan menjadi ketua yang baik." Sambung Asha. Haneul melihat Jinhyun dengan pandangan yang cemburu. Siapa lelaki itu sampai Asha meletakkan kepercayaan pada dirinya.
"Saya pun setuju Jinhyun." Jichan menyokong Asha.
"Saya pun setuju." Mayra turut bersuara.
"Baiklah, Jinhyun ketua kamu. Segala benda adalah tanggungjawab ketua, termasuk nyawa kalian." Jake menepuk bahu Jinhyun.
"Buatlah keputusan dan bimbing rakan kamu. Jika apa-apa terjadi, itu tanggungjawab kamu sepenuhnya." Jinhyun menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Sudahlah tiba-tiba terjebak dengan benda aneh ni, malah terpaksa bertanggungjawab untuk segala benda pula.
"Semoga kita berjumpa lagi." Jake tersenyum lalu memetik jarinya. Tiba-tiba suasana menjadi gelap, Ariel dan Aria menjerit ketakutan kerana suasana tiba-tiba berubah menjadi gelap.
"Eh? Kita kat mana ni?" Baekbom bersuara apabila keadaan menjadi cerah kembali, namun mereka bukan berada di dalam bilik darjah tadi. Mereka berada di hadapan bangunan sekolah.
"Ini bukannya sekolah kita pada masa silam?" Jiera dengan berani melangkah maju ke hadapan. Bangunan yang mereka lihat ini sangatlah lama, seperti mereka berada di zaman lalu.
"Kalau apa yang aku tengok dekat galeri sekolah, ya ini bangunan lama sekolah kita." Jiwoon melihat sekeliling. Ariel yang berasa takut segera memeluk lengan Baekbom.
"Awak, saya takutlah. Kita dah mati ke ni?" Baekbom menenangkan Ariel.
"Tak, awak jangan takut sayang. Keadaan pasti akan kembali pada normal semula nanti." Baekbom memegang tangan Ariel dengan erat sebelum mengikuti yang lain masuk ke dalam bangunan sekolah tersebut.
"Eh, 20 September 1324?" Mayra memegang kalendar yang ditemuinya. Jinhyun menghampiri Mayra dan mengambil kalendar tersebut dari Mayra.
"Kalau diikutkan sebelum ni 20 September 2024, tapi sekarang 20 September 1324. Bermakna kita terjebak di zaman 700 tahun yang lalu." Kata Jinhyun dengan tenang.
"HAH?! HABISTU KITA KENA BUAT APA NI?!" Sungkie mulai panik. Dia tidak meminta dirinya untuk mati di usia yang muda. Dia ingin menamatkan persekolahan dan ingin berkahwin dulu sebelum mati.
"Sabarlah Sungkie, mesti kita dapat keluar nanti. Jangan panik ok?" Jichan mengusap belakang Sungkie untuk menenangkan Sungkie.
"Jinhyun, kau kan ketua. Buatlah sesuatu cepat!" Desak Ricky. Sesungguhnya dia tidak berminat untuk berlama-lama dalam permainan ini.
"Sabar. Kita perlu meneroka tempat ini dulu. Tak boleh bertindak sembarangan." Jinhyun mulai melangkah masuk ke lorong sekolah mereka.
"Aik, dari luar nampak macam lama. Bila masuk, bangunan ni macam bangunan sekolah kita yang sekarang." Haneul mengerutkan dahinya.
"Mungkin ini mainan psikologi." Asha memandang Haneul. Haneul yang melihat dirinya dipandang Asha segera melarikan pandangan. Walaupun di saat genting ketika ini, dia masih berdebar apabila pandangan mereka bertaut.
"Aku ni malas betul la nak lama-lama!" Ricky menjeling dan terus bergerak ke hadapan. Dia cuba untuk membuka pintu belakang namun berkunci. Dia mengambil langkah sebelum memecahkan pintu tersebut. Dia terkedu sebelum perlahan-lahan berundur ke belakang.
"Kenapa Ricky?" Jiwoon mengerutkan dahinya apabila melihat Ricky tiba-tiba sahaja berundur.
"A-apa tu?" Suara Ariel bergetar apabila melihat satu sosok berlembaga hitam menghampiri mereka. Lembaga itu menyeringai dan menunjukkan matanya yang merah menyala sebelum terletak pada dinding.
"Ok, tenang. Kita berundur perlahan-lahan sebelum lari." Arah Jinhyun.
"ARGHH!!! HANTU!!" Aria mengabaikan arahan Jinhyun dan menjerit sambil lari. Akibat daripada jeritan Aria, lembaga itu terus merangkak laju di dinding dan mengejar mereka.
"Sumpah bodoh perempuan tu!" Jiera memaki sambil melarikan dirinya. Baekbom melihat satu ruangan dan mengarahkan yang lain untuk berlindung di dalam ruangan tersebut.
"Masuk dulu!!" Jinhyun memastikan yang lain untuk masuk terlebih dahulu. Dia mencapai satu batang besi dan bersiap untuk melawan lembaga itu jika dia tidak sempat untuk masuk.
"Jinhyun!" Daeyoung segera menarik Jinhyun masuk. Dia segera menutup pintu dan mengunci ruangan tersebut.
"Semua salah kau la Ricky! Jangan ikut kepala kau sendiri boleh tak?!" Jiwoon menengking Ricky yang masih tidak menunjukkan perasaan bersalah.
"Manalah aku tahu kat sini ada setan! Eh setan bodoh! Lepaskan kami lah!" Baekbom mendekati Ricky dan menampar Ricky.
"Jaga mulut kau Ricky. Ini tempat kita, kau nak kita semua mati ke hah?!" Baekbom berpaling ke arah Ariel apabila mendengar kekasih hatinya itu menangis.
"Tolonglah jangan gaduh. Aku tak suka kekacauan yang seperti ini." Ariel masih lagi menangis. Baekbom mengeluh perlahan.
"Kita semua tenang dulu. Kita kena bekerjasama." Haneul memandang tepat pada wajah Ricky.
"Ya memang aku salah! Sudah aku diam!" Ricky menyepak rak yang berada berhampiran dengan pintu kelas dan duduk disitu bersendirian.
"Sudah, janganlah gaduh lagi. Haish akulah budak-budak ni." Jichan memeluk tubuhnya dan menggelengkan kepalanya apabila melihat pelbagai ragam yang ada saat ini.
"Hari pun dah malam. Kita berehat dulu. Aku akan berjaga untuk malam ni. Korang semua rehat." Arah Jinhyun. Dia duduk di sebuah meja dan bersandar pada dinding.
Apabila melihat yang lain telahpun tidur, dia melihat ke arah tingkap. Dia merenung bulan yang samar pada malam itu. Dalam keadaan bilik yang gelap itu, dia melihat seperti ada satu gerakan. Dia segera bersedia.
"Ni aku, Aria." Jinhyun segera menurunkan besi yang dijadikan sebagai senjatanya.
"Kau nak apa Aria?"
"Teman aku ke tandas boleh?" Jinhyun mengangguk dan membawa Aria ke tandas.
"Ingat, jangan nak tegur atau jerit kalau nampak apa-apa. Aku tunggu kat luar." Pesan Jinhyun.
"Ok ok." Aria segera masuk ke dalam tandas. Setelah selesai, dia mencuit Jinhyun dan masuk ke dalam ruangan itu kembali.
Tanpa mereka semua sedar, ada sepasang mata sedang memerhati mereka dari jauh.
T B C
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro