RUMOR 1
Ting tong~ 20x
"Masyarakat betul! Ni la manusia yang berjaya! Dah lambat 1 jam lepastu tekan loceng rumah orang banyak kali.. Ishh aku penyek-penyek juga kan budak ni.. Nasib dah jadi bini orang.. Kalau tak dah lama dah aku buat" bebel Aurora
Yunae,Hara dan Haera membuat muka derp.. Bila member kau suka membebel be like
Aurora membuka pintu.. Terlihat Mayra dan Soo Hwa tersengih sambil mengedipkan mata.. Baru sahaja Aurora hendak buka mulut untuk membebel,Mayra dan Soo Hwa segera masuk ke dalam rumah.. Aurora hanya mampu menggelengkan kepalanya
"Kenapa May unnie lambat hari ni" Hara makan biskut yang terhidang di atas meja
"Ha'ah.. Biasanya kau la yang paling tak suka orang tak tepati masa" kata Haera sambil memeluk patung Mang
"Mesti Soo Hwa lambat ni" Yunae membuat muka podol
"Hello! Not me okay! Aku sampai batal date aku ngan gf-gf aku semata-mata untuk have fun ngan korang.. May ni ha lambat!" Soo Hwa duduk di sebelah Haera
"Okay.. Sorry it's my fault.. Alaa sorry la tadi aku sibuk sikit dengan hubby aku.. Al maklumlah tadi dia ada flight ke Paris.. Dah la seminggu tinggal aku" Mayra mencebik
"Alololo siannya dia.. Dah pergi la tukar baju.. Pergi pakai pyjama sana" Haera menendang perlahan bontot Soo Hwa dan Mayra
"Jom baby tukar baju sama-sama" Soo Hwa memeluk lengan Mayra
"Jom" Mayra membuat muka miang
Maka dengan sepantas kilat mereka menukar baju kerana ternampak Yunae memegang pisau seperti chucky
"Dah kahwin pun nak berserai lagi ish ish" Hara menggelengkan kepalanya
"Jap.. Aku nak tengok diaorang.. Maksiat not allowed at my house" Baru sahaja Aurora hendak mengintai Mayra dan Soo Hwa namun Mayra secara tiba-tiba muncul di sebelah Aurora
"Argh! Laki aku jams!" Aurora terkejut lalu memeluk Haera
"Eleh.. Maksiat not allowed konon.. Kau buat ngan laki kau takpe lak" Mayra membuat muka podol
"Yah no dirty talk tonight" Yunae mengecilkan matanya
"Manade! Aku innocent okay!" kata Mayra sambil mengunyah epal
"Erk.. Okay.. Malam ni kita nak buat apa?" Aurora menggaru kepalanya yang tidak gatal
Husband dorang? Semua takde.. Jin ada flight ke Paris.. Jimin pergi mengajar orkestra kat Busan.. Minhyun outstation ke Jeju.. Jungkook pergi lawat site kat Daegu dan Hoseok pergi khusus kat Incheon.. Kebetulan lima-lima pergi seminggu.. Maka berjimbalah mereka berlima..
"Kitaa..... hmmm... dance the night away!" cadang Yunae
"Sorry.. aku taknak tengok beruk menari" Haera berkata dengan selamba
"Aku tau! Apa kata korang citer pasal ex korang nak?" Soo Hwa menjongketkan keningnya
Mereka melihat sesama sendiri sebelum bersetuju
"Okay.. Oleh kerana Hara paling muda.. Hara citer dulu" Mayra menepuk bahu Hara
"First ex aku now jadi husband aku" Hara malu-malu kucing sebelum sambung bercerita
"Okay begini kisahnya"
Flashback
"Sayang~" Jungkook memeluk pinggang Hara
"Ishh awak ni! Dah lama saya tunggu tau!" Hara memuncungkan bibirnya tanda merajuk
"Alaa maaflah sayang.. Oppa ada hal tadi" wajah Jungkook yang gembira tadi kini bertukar menjadi sedih.. Hara yang perasan perubahan Jungkook itu segera bertanya
"Oppa okay?"
Dia risaukan Jungkook.. Selama 1 tahun mereka bercinta namun ini kali pertama dia melihat wajah Jungkook sekusut ini.. Seperti menyorok sesuatu
"Sayang.. ermm.. jomlah kita makan" Jungkook mengelak soalan Hara
"Haishh.. Oppa tak jawab pun soalan sayang"
"Oppa okay.. No need to worry" Jungkook bunny smile lalu mengenggam tangan Hara
"Kajja sayang"
Hara hanya memerhatikan Jungkook dengan perasaan yang tidak enak.. Dia merasaikan bahawa akan berlaku sesuatu pada hubungan mereka
************
"Oppa.. Siapa yeoja ni?" Hara menegur Jungkook yang sedang bermesra dengan seorang perempuan di taman tersebut
"Okaylah.. Nampaknya kau dah tau"
Hara terpana.. Jungkook tak pernah berbahasakan kau-aku dengan dia sebelum ini..
"Ni.. Chou Tzuyu.. Yeojachingu kesayangan aku" kata Jungkook sambil memeluk Tzuyu.. Tzuyu hanya tersenyum melihat Hara
"What?! Habistu saya ni apa?" Hara menahan airmatanya dari keluar
"Kau hanya past aku.. Thanks sebab hiburkan aku selama ni" Jungkook memimpin Tzuyu lalu beredar dari situ.. Hara tidak dapat menahan airmatanya lagi.. Dia berlari sambil mengalirkan airmatanya
- Di coffee shop -
"Thanks Tzuyu sebab sudi tolong aku tadi" Jungkook senyum tipis
"Kenapa kau boleh yeojachingu kau macamtu? Aku kesian tengok dia.. Kau mempermainkan dia ke?" Tzuyu menjeling Jungkook
"Aku terpaksa Tzuyu.. Aku terpaksa ke luar negara.. Aku tak tahu bila aku akan kembali ke Seoul lagi.. Aku taknak dia tertunggu-tunggu"
"Kau boleh jer long-distance relationship"
Jungkook mengeluh
"Kau tak faham Tzuyu.. By the way,thanks again.. Aku dah kena ke airport ni" Jungkook bangun lalu bow sebelum meninggalkan Tzuyu
3 years later
"Hara! Kamu kena balik!" Katanya ommanya sebaik sahaja dia menjawab panggilan
"Omma~ Ara banyak kerja la.. Urgent ke?"
"Ni pasal hidup dan mati kamu Ara"
"What?! Seriously omma?"
"Ye anakku.. Kamu balik ye.. Omma tunggu"
"Okay omma! Ara balik sekarang jugak"
- Rumah keluarga Hara -
"Omma.. apa yang penting sangat?" Tanya Hara sebaik sahaja sampai
"Ada someone pinang kamu"
"Siapa?"
"Saya"
Hara memandang ke belakang.. Terlihat Jeon Jungkook berdiri di belakangnya sambil senyum.. Hara menahan perasaan amarahnya lalu masuk ke dalam biliknya
"Hara!" Jerit Jungkook namun Hara hanya mengendahkannya
"Jungkook.. Kamu pergilah explain kat dia tentang apa yang berlaku"
Jungkook mengangguk lalu segera menaiki tangga untuk ke bilik Hara
"Hara.. Buka pintu ni please.. Tolong dengar penjelasan saya"
"Aku nak kau berambus dari sini!" Jerit Hara dari dalam biliknya
"Please Hara"
Jungkook mengeluh.. Hara tidak memberi sebarang respon lalu dia berhasrat untuk menceritakan segalanya
"Kalau awak nak tahu,Tzuyu tu bukan yeojachingu saya.. Dia childhood friend saya.. Saya suruh dia menyamar jadi yeochin saya sebab saya terpaksa ke luar negara.. Saya tak tahu bila saya boleh kembali.. Saya taknak buat apa tertunggu-tunggu.. Saya takut saya hampakan awak.. Saya cintakan awak,Hara.. Sebab tu saya buat macamni.Saya happy sangat bila saya dapat tahu yang awak tak kahwin lagi.. Saya terus meminang awak... Saya cintakan awak sangat-sangat Hara.. Saya redha kalau awak tak terima saya.. Memang salah saya" Jungkook ingin beredar namun seseorang memeluknya dari belakang
"Awak jahat Jungkook.... Sampai hati awak" kata Hara sambil menangis
Jungkook melepaskan pelukan Hara lalu melutut
"Sudikah awak jadi teman sehidup semati saya?"
Hara mengangguk lalu Jungkook memeluk Hara
End flashback
"Awwww so sweet" kata yang lain selain Haera
"Citer kau ni memang mengharukan" Haera mengelap airmatanya
"Aigoo.. Haera janganlah nangis.. Okay now May lak citer" arah Yunae
"Aku?" Kata Mayra dengan mulut yang penuh dengan mayonnaise
"Baby.. Please stop habit meratah mayonnaise" Soo Hwa merampas botol mayonnaise dari Mayra.. Mayra mengesat mulutnya lalu bercerita
"Okay.. First ex aku,masa kita highschool.. Korang ingat tak?"
"Ingat! Yang muka dia macam laki Hara sikit kan?" Teka Aurora
"Ha'ah! Tapi dia sem lagi dari laki Hara" Mayra menjerit kesakitan kerana Hara mencubit pahanya
"Woi! Cepatlah citer.. Aku tak sabo nak citer ni" Yunae mengecilkan matanya.. Mayra hanya buat derp
"Okay.. citernya begini........"
Flashback
"Mayyyyyy" jerit Soo Hwa ketika Mayra lalu depan kelasnya.. Kebetulan takda cikgu kat kelas Hwa jadi Mayra pun singgah
"Ye my baby girl?"
"Jomlah lepak.. Hwa bosanlah takda kawan" Soo Hwa membuat muka sedih tanda minta simpati
"Wait Hwa! Asal Hwa serabai sangat ni? Siapa yang buli Hwa? Cakap cepat!" Mayra mulai naik angin apabila melihat keadaan Soo Hwa
"Aniya... Hwa jatuh tadi!" Bohong Soo Hwa
"Tipu! Ni mesti geng ASTRO kan yang buli Hwa! Jujur!"
Soo Hwa hanya mengangguk apabila melihat Mayra yang hampir mengamuk.. Mayra segera ke tempat duduk ASTRO lalu menendang kerusi Eunwoo
"Uishh noona.. Napa ngan noona ni?" Eunwoo acah tak tahu apa-apa
"Berapa kali aku cakap jangan buli Hwa kan?! Kenapa tak dengar cakap sangat hah?!" Mayra mencengkam kemeja Eunwoo
"Sebab dia tak normal! Dia suka perempuan!"
"Ulang balik"
"Sebab dia lesbian!"
Mayra melepaskan cengkamannya lalu menumbuk Eunwoo.. Soo Hwa cuba menghalang namun terlambat.. Tiba-tiba seseorang menolaknya dan berpura-pura memukul Eunwoo
"Kim Yugyeom! Kenapa kamu memukul Cha Eunwoo?! Jumpa saya di bilik disiplin sekarang juga,Kim Yugyeom!" Marah cikgu Jongkook
Yugyeom sempat bow kepada Mayra sebelum pergi ke bilik disiplin
"Hwa... Unnie pergi dulu.. Dan kau,kau kacau Hwa lagi.. Lagi teruk aku kerjakan" sempat lagi Mayra menyepak Eunwoo sebelum keluar dari kelas
Mayra mengintai Yugyeom dalam bilik disiplin.. Setelah dia melihat Yugyeom hampir dirotan,dia segera masuk ke dalam bilik itu lalu mengaku salah.. Namun,Yugyeom mengatakan dia yang memukul Eunwoo.. Oleh kerana pening dan marah,Cikgu Jongkook mendenda Mayra dan Yugyeom.. Mereka kena membersihkan dewan sekolah sehingga bersih
"Nama kau Yugyeom?" Tanya Mayra sambil menyapu sampah
"Erm nae noona" Yugyeom sentiasa mengelak apabila Mayra mendekatinya
"Kenapa kau tolong aku?"
"Ermm saja"
"Alasan yang tak munasabah dik.. Jujur please.. Noona tak suka orang yang tak jujur"
Yugyeom memandang ke belakang.. Dia melihat Mayra sedang memandangnya,dia menunduk
"Se-sebenarnya saya suka kat noona...." Yugyeom terus memaling ke belakang
Mayra gelak.. Kenapa budak ni comel sangat?
"Kenapa Yugyeom suka kat noona?"
"Sebab noona baik,suka tolong orang lepastu noona jadi yourself bukan jadi orang lain"
"Yug nak tau something tak?"
"Apa noona?"
"Noona pun suka Yug" Yugyeom memandang Mayra sambil membulatkan matanya
"Jinjjayo noona?"
"Nae my baby bunny"
Yugyeom memeluk Mayra dengan erat.. Mayra membalas pelukan Yugyeom
"Gomawo noona"
"Janganlah panggil noona.. tak sweet la.."
"Ermm baby mayo? Noona suka mayonnaise kan"
"Uishh sempatl agi stalk! Btw,noona panggil kamu baby bunny"
Namun~~ percintaan mereka menjadi tentangan hebat
"Eiii Yug couple dengan noona tahun 3?"
"Eiii taste Yug orang tua"
"Dahlah yeochin dia tu garang cam singa"
"Gangsta lak tu"
Setelah Mayra mendengar Yugyeom diejek setiap hari.. Mayra dengan berat hati melepaskan Yugyeom.. Yugyeom tidak dapat menerima permintaan Mayra namun Mayra tetap dengan keputusannya.. Akhirnya,setelah mereka putus,Yugyeom tidak ke sekolah selama 2 hari sebelum disahkan telah berpindah ke tempat lain"
End flashback
"Sadisnya citer unnie uhuks" Soo Hwa mengesat hingusnya kat baju Mayra.. Mayra membuat muka squidward..
"Okay.. Maknae line turn done.. Now kau Yunae" Aurora berkata sambil makan mihun (bihoon)
"Okay.. Ex pertama aku now jadi husband kesayangan aku hoho" Yunae senyum sambil melihat cincin perkahwinannya
"Woii citer la cepat! Kalau setakat tengok cincin kahwin aku pun leh gak.." Haera menepuk pelan peha gebu milik Yunae
"Aishh kau ni.. aku baru nak berangan pasal husband aku.. ishh yela yela.. begini citernya"
Flashback
"Minhyun jom makan bihoon" Yunae memeluk leher Minhyun yang sedang mamai di sofa
"Ermmm.. Awak makanlah dulu.. Saya ngantuk ni.. Baru siap buat kerja"
"Alaaaa.. Makan la sikit mesti awak lapar ngan penat"
"Takpe la sayang.. it's okay.. Awak makan dulu ye" Minhyun mencium pipi Yunae sebelum masuk ke dalam bilik
Yunae memuncungkan pipinya.. Buat penat je dia datang rumah Minhyun lepas masak sedap-sedap untuk Minhyun.. Bukan harini je,setiap hari dia buat begini kecuali jika keadaan tidak mengizinkan.. Minhyun jarang hargai tindakan Yunae
Yunae menutup makanan yang dia hidangkan lalu dia masuk ke dalam bilik Minhyun.. Terlihat Minhyun sedang tidur
Dia duduk di tepi Minhyun.. Dia mengusap pipi Minhyun yang putih tanpa cela itu.. Dia mengeluh.. Sudah hampir 1 tahun mereka bercinta namun sedikit sahaja masa yang mereka luangkan bersama.. Minhyun lebih pentingkan kerjanya darinya..
"Eo? Yunae?" Minhyun segera duduk
"Nae" Yunae senyum tipis
"Waeyo? Ada masalah?" Minhyun menbelai rambut Yunae
"Awak dah tak sayang saya ke?"
"Uishhh apeni cakap camtu? Of course la saya sayang my baby girl ni" Minhyun mencuit hidung Yunae
"Kalau sayang,kenapa abaikan saya?"
"Haishh.. Yunae.. Awak kena faham yang saya banyak kerja yang kena buat.. Kalau saya tak kerja,macam mana nak dapat duit"
"Habistu? Awak nak abaikan saya? Sampai bila?"
"A-awak tak faham Yunae" Minhyun ingin memeluk Yunae namun Yunae menepis
"Saya faham... Saya faham Hwang Minhyun.. Saya faham yang sekarang kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi"
Minhyun mengerutkan dahinya sambil melihat Yunae
"Apa yang awak cakap ni?"
"Kita putus jela.. Awak lebih sayangkan kerja awak dari saya kan? Pergilah bercinta dengan kerja awak!" Yunae mencapai begnya lalu segera keluar dari rumah Minhyun.. Minhyun terkedu lalu mengeluh perlahan
"Apa yang aku dah buat ni?"
***********
"Ryuel Yunae?"
Yunae memaling ke belakang.. Dia tergamam.. Setelah 2 tahun setengah berlalu,lelaki yang pernah dia sayangi kini kembali
"H-hwang Minhyun?"
"Nae saya" Minhyun senyum.. Senyumannya membuat Yunae tergoda (begitu juga dengan si penulis AHAHAHA)
Yunae yang sedang moody itu melayan egonya lalu mengendahkan Minhyun.. Dia mengambil beg tangannya lalu beredar dari situ.. Keretanya yang rosak dia hanya endahkan begitu juga dengan panggilan Minhyun
Pon! Pon!
Yunae melihat sebuah kereta meluncur laju kearahnya lalu dia melompat ketepi tanpa sedar bahawa ditepinya ada sebuah gaung yang amat dalam.. Dia terjatuh dalam gaung tersebut namun tangannya sempat mencapai sebatang kayu yang berada berhampiran bibir gaung tersebut..
"Yunae!" Minhyun menyambut tangan Yunae lalu menarik Yunae keatas.. Namun malang tidak berbau,sebatang dahan sederhana besar hendak jatuh di atas Yunae namun Minhyun sempat menolak Yunae ke tempat yang selamat lalu dahan tersebut jatuh di atas tangan kiri Minhyun
"Minhyun!" Jerit Yunae
- Di hospital -
"Minhyun! Awak okay?" Yunae segera masuk ke dalam wad yang menempatkan Minhyun setelah diberi kebenaran oleh doktor yang bernama Kim Namjoon
"Saya okay.. awak okay?" Minhyun sempat lagi senyum
"Saya okay" Yunae mengesat air matanya
"Yunae.. Saya nak minta maaf sebab dulu saya abaikan awak" Minhyun menunduk
"Gwenchanna! Saya yang patut minta maaf sebab buat tangan awak patah" Yunae bow
"Ni sikit je.. Kalau orang yang saya sayang mati tadi.. Saya lebih sakit" Minhyun memegang tangan Yunae
"Awak masih sayangkan saya?"
"Mestilah.. Saya happy sangat saya dapat jumpa awak balik" Yunae senyum
End flashback
" 4 bulan kemudian,kami berkahwin and sekarang dia lebihkan aku dari kerja dia.. Aku happy sangat!" Kata Yunae sambil tersenyum
"Kalau jodoh tak kemana" Soo Hwa senyum.. Dia gembira bffnya happy
"Okay now turn aku!" Kata Haera sambil flip hair
"Ha citerla" kata Hara sambil memeluk Aurora
"Okay.. aku mulakan dengan bismillah.. Pada satu ketika dahulu~~"
Flashback
"Come to me sayang sayang sayang" Hoseok menyanyi ketika melihat dari jauh Haera yang sedang menuju kearahnya
"My baby boo!" Kata Haera lalu memeluk Hoseok
"My life!" Kata Hoseok sambil membalas pelukan Haera
Mayra hanya membuat poker face lalu Jihyui yang berada di sebelah Hoseok pun membuat poker face
"Weyh aku chaw dulu.. Aku nak bawak orang broken ni pergi jauh-jauh" Kata Jihyui sambil mengheret Mayra
"Hyui! Kau jangan menghanat adik kau.. Dia tengah broken tu.. Nanti dia merajuk ngan kau lagi susah" kata Haera
"Aku tau la nak uruskan adik aku yang tolol ni" kata Jihyui.. Mayra menjeling Jihyui lalu menyepak Jihyui.. Jihyui membalas sepakan Mayra.. Maka terjadilah kejadian sepak-menyepak disitu
"Ishh kacau jer orang nak dating!" Hoseok segera membawa Haera ke tempat yang lebih sunyi.. Malas nak kacau adik-beradik yang memang kurang betul tu
"Seokie... Saya dapat tawaran kerja lah kat Seoul..." Haera memuncungkan mulutnya
"Jinjjayo?! Seokie dapat tawaran kerja kat Gwangju" Wajah Haera berubah menjadi sugul
"Aera janganlah majuk ngan Seokie"
"Alaaa... Jauh tu....."
"Jasad je jauh but hati kita dekatkan?" Hoseok mencubit pipi Haera
"Macam mana nak jumpa nanti?"
"Sementara je.. Manatau nanti Seokie dapat tawaran kerja kat Seoul"
"Okay manatau.. Kalau selamanya Seokie kerja kat sana?"
Hoseok terdiam.. Dia melihat Haera yang sedang merenungnya.. Dia mengembungkan pipinya
"Kita boleh je long-distance relationship"
"Nonono.. Aera tak suka" Haera termenung sejenak
"Takkan kita nak putus sebabkan hal ni jer"
"Hoseok... Awak tau kan hubungan jarak jauh ni banyak cabaran dan risiko.. Haera taknak ambil risiko ni.. Haera rasa sebelum kita lagi serious.. Kita berhenti kat sini jela.. Kita jadi kawan je" Haera berkata dengan berat hati
"Kiara Ahn Haera... awak dah tak sayang saya?" Mata Hoseok mulai berkaca
"Maafkan saya Jung Hoseok" Haera meninggalkan Hoseok yang tergamam di situ.. Dia segera berlari menuju ke rumahnya.. Dia mengesat air matanya dan menahan dirinya dari menangis
"Maafkan aku Hoseok.. Ni jer yang terbaik untuk kita"
3 years later
"Haera.. Mana buah hati kau" tanya teman sekuliahnya.. Harini pihak universitinya mengada reunion di Hotel Seoul.. Oleh kerana dah lama dia tidak bertemu dengan kawan-kawan universitinya,dia sanggup mengambil cuti untuk ke reunion ini
"Hahaha.. Aku dah tak ada namchin dah.. Aku baru putus dengan dia 2 bulan yang lalu" kata Haera sambil meminum wine
"Aigoo.. Maafkan aku Haera.. Aku tak tau" kata temannya itu
"It's okay la"
"Weyh babe.. Jom kesana jap"
"Haera.. Aku mintak diri dulu tau.. Nanti kita membawang kat whatsapp
"Okay" Haera tergelak kecil melihat gelagat kawannya itu
"Haera?"
"Hoseok?" Hoseok tersenyum manis melihat Haera
"Awak apa khabar?"
"Saya okay je Hoseok.. Awak?"
"Okay macam biasa"
Haera senyum janggal
"Still kerja kat Gwangju?"
"Aniya.. Now kerja kat Seoul... SOPA Highschool"
"Ehh.. Tu sekolah saya dulu" Haera teruja
"I know it.. Saya nampak gambar awak,Mayra dan kawan-kawan awak yang lain kat sana.. Hebat korang sampai jadi best student kat sana" Haera berasa bangga sebentar
"Well tengok kaki la" Haera gelak seperti diva
"Btw,awak dah kahwin or tunang?" Haera mengangkat keningnya
"Saya masih setia pada orang yang sama.. Walaupun 3 tahun berlalu" Hoseok senyum.. Namun,senyuman Haera mati
"Haera.. Boleh kita mulakan semula?" Hoseok memegang tangan Haera.. Haera memandang Hoseok
End flashback
"Lepastu aku keluar date ngan Hoseok selama 3 bulan.. Lepastu aku perhatikan dia.. Perangai,cara,gaya dia layan aku sama jer macam dulu.. Lepastu aku pun ambil keputusan untuk accept dia then kami pun kahwinlah" Haera senyum sambil memejamkan matanya
"Fuyoo.. Gila la.." kata Hara sambil gelak
"Oh gosh nariya.. ehh salah nyanyi lak.. Now dah pukul 12 am!" Kata Yunae
"Okay.. Now aku citer then kita jadi sleeping beauty" kata Aurora sambil menolak Mayra yang sedang bersandar padanya
"Begini kisah aku"
Flashback
"Vernon sayang! Jom date!" Aurora meletakkan kepalanya di atas bahu Vernon..
"Ermm saya nak study la awak.. Esok boleh?" Vernon menanggalkan cermin mata bulatnya lalu memandang Aurora..
"Alaa awak ni asyik cakap esok jer.. Bila dah esok,cakap esok lagi"
"Kan dah nak exam.. Kenalah baca buku" kata Vernon sambil menghadap bukunya kembali
"Awak ni dah kenapa? Dulu masuk tackle saya kemain lagi.. Masa mula-mula couple pun,okay jer.. Langsung tak baca buku asyik layan saya je.. Lepas 5 bulan,awak terus tukarkan buku dengan saya" Aurora mengecilkan matanya manakala Vernon hanya membuat derp
"Awak dengar tak apa yang saya cakap?" Aurora mengetap bibir
"Dengar Miss Aurora Kim" kata Vernon tanpa memandang langsung Aurora
"Saya tengok May ngan abang dia tak macam awak.. Padahal dia pun bakal doctor gak.. Dia lagilah gyneatologist,abang dia doctor psikitari"
"Alaa dorang tu memang otak cerdik.. Saya tak pun"
"Hmm yela.. Btw,bila awak exam?" Aurora mengurut perlahan bahu Vernon
"Setahun akan datang"
Pernyataan dari Vernon membuatkan Aurora tercengang
"Takpe sayang.. Sekarang saya mandi,makan,tidur,berak,kencing,ketawa,menangis dan sebagainya dengan buku.. Lepasni saya gantikan buku ngan awak.. Kalau saya mandi pun saya ajak awak okay?" Vernon sengih.. Aurora speechless
"Takpelah Vernon.. We better stop" Aurora menelan air liurnya
"Stop what?" Vernon pelik
"Stop our relationship! Bye!" kata Aurora lalu lari
"What the book?! Takpelah asalkan buku disisi" kata Vernon lalu mencium bukunya
Sejak haritu,aku selalu nampak Vernon kemana-mana sahaja dengan bukunya.. Sehinggalah pindah ke universiti lain..
End flashback
"Aku tak tau nak kesian ke nak gelak" kata Haera
"Aku rasa simpati tapi aku nak gelak" kata Hara sambil tersipu
"Aku no comment" Yunae memaparkan derp face
"Nasib unnie lari,sebab ayat dia tu ade yang menakutkan" Mayra memeluk Soo Hwa yang sedang mengigit jari
"I think we better stop.. Dah pukul 2am dah ni.. Jom tidur!" Soo Hwa memandang mereka berlima
"Jom" kata mereka berlima
"Tapi bila nak citer pasal ex yang lain?" Yunae mengecilkan matanya
"Esok masih ada! Dah tidur" Aurora mengusap rambut Yunae
Maka mereka berlima pun tidur sambil ditemani mimpi yang indah.. Mungkin indah..
Main cast vomment atleast 10
Supporting cast vomment atleast 5
#3226 words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro