THREE
Rowoon mundar-mandir di dalam biliknya. Sejujurnya dia masih terkejut dengan pernyataan Mylea sebentar tadi
"Tak... Takkanlah" Rowoon mengeluh lalu merebahkan dirinya di atas katil. Serta merta dia teringat kembali perbualannya antara Mylea sebelum dia pulang tadi
flashback
"Takkan" kata Rowoon selepas melepaskan pegangannya
"Takkan? Awak dah lupa apa yang kita buat sebelum ni? Awak pun tak pakai protectionkan" Rowoon terdiam. Sejujurnya dia amat terkejut. Dia ingin bersuara namun tidak boleh,seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya yang membuatnya tidak boleh berbicara
"Saya nak awak jumpa parents saya dan kita kahwin. Sekarang perut saya dah besar sikit. Kalau dibiarkan lagi.." Mylea mengeluh. Rowoon masih terdiam. Mylea melihat Rowoon yang berdiri seperti tiang bendera
"Rowoon?"
"Awak tak rasa awal sangat ke untuk kita berkahwin? Kalau kita kahwin,hidup kita berbeza tau. Kita tak dapat nak nikmati zaman remaja kita. Nanti kita terikat antara satu sama lain. Lagipun perkahwinan ni bukan mudah. Kita baru habis belajar di highschool. Kerja pun tak lagi" jelas Rowoon
"Habistu? Baby tu macam mana? Awak nak lepas tangan?? Awak tak sayang saya ke?" mata Mylea mulai memerah. Rowoon ingin memeluk Mylea namun Mylea menolak Rowoon
"Balik nanti,saya akan bagitahu hal ni dekat parents saya.. Lepastu saya jumpa dengan parents awak. Awak jangan risau" Rowoon memeluk Mylea yang sedang menangis lalu mengusap rambut Mylea
"Saya sayang awak tau. Janganlah menangis. Saya benci tengok perempuan yang saya sayang menangis" Mylea membalas pelukan Rowoon
end flashback
Rowoon melihat jam di dinding. Sudah pukul 7 malam,kebiasaanya ibu bapanya berada di ruang tamu pada waktu ini. Dia menarik nafas lalu menuju ke ruang tamu. Tekaannya tepat kerana kedua-duanya memang berada di ruang tamu
"Daddy,Mummy" Mr Kim dan Mrs Kim memandang Rowoon
"Aik Woon.. Biasanya duduk terperap kat dalam bilik. Ni kalau datang sini ni,mesti nak minta something ni" tegur Mrs Kim
"Kamu nak hadiah sempena kamu dah habis belajar di highschool ke?" tanya Mr Kim
"Ermm lebih kurang?" Rowoon senyum kekok
"Woon nak apa? Nanti daddy belikan. Anything for you,my son" Rowoon menunduk. Dia menelan liurnya. Dia berasa ragu-ragu untuk memberitahu hajatnya kepada orang tuanya
"Sebenarnya.. Woon nak cakap something"
"What is it?"
"Woon...."
"Yes?"
"Woon takut mummy dengan daddy marah.. Sebab"
"Sebab apa?"
"Janji tak marah?" Mr Kim dan Mrs Kim mengangguk
"Cepatlah cakap. Daddy nak sambung buat paperwork pulak ni"
"Ha'ah. Mummy pun sama" Rowoon mengambil nafas sebelum meneruskan percakapannya
"Woon nak kita pindah dari sini secepat mungkin" kata Rowoon lalu memandang wajah kedua orang tuanya
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro