1-Sunyi
cahaya kecil dari nyalaan lilin itu dapat di lihat dari pantulan cermin menampakkan susuk Puteri Akina yang sedang membaca buku. helaian demi helaian di selak, perkataan ke perkataan di baca bersama detik yang tidak menunggu kita.
Puteri Akina melihat jarum di dinding yang kini terpanah ke nombor 12. dia segera mengemas meja bacaan dan terus ke katil bersama cempeni ditangan. lampu itu di tiup padam dan segera berpura-pura tidur. Puteri Akina yang berpura tidur terasa dahinya di cium oleh penjaganya, ya dia tahu sekiranya dia tidak tidur lepas jam 10 dia akan di marahi oleh penjaganya Ibu Himari. ibu kandung Puteri Akina iaitu Permaisuri Chiharu yang meninggal dunia ketika melahirkan Puteri Akina dan itu membuatkan Ibu Himari sebagai ibu susuan dan sekali gus penjaganya. kasih sayang Ibu Himari tidak tumpah seperti ibu kandung kepada anak-anak nya. Puteri Akina telah dianggap seperti anak sendiri.
kehidupan Puteri Akina sentiasa membosankan, di pagi hari dia terus menghadap ayahanda tuanku Raja Kenzo, kemudian dia akan bersantap Bersama Ibu Himari dan Dayang Aiko yang di panggil Kak Aiko. walaupun umurnya sudah mencecah 17 tahun tapi kehidupannya tetap sama dan tak ubah seperti budak 9 tahun. di kurung di istana, tanpa kawan dan teman selain Kak Aiko dan Ibu Himari serta pengawal peribadinya Satoshi.
keluarnya Ibu Himari dari kamarnya, matanya terus terbuka luas memandang langit bilik. "tidak bolehkah jika hidup lebih menarik?" detik di hatinya sambil bermain-main dengan selimutnya. tanpa dia sedar dia terus terlelap memasuki bunga tidur.
✧══════❁❀❁══════✧
"selamat pagi ayahanda." sapa Puteri Akina pada Raja Kenzo yang berselisih dengannya, tanpa sebarang jawapan Raja Kenzo berlalu. seperti itulah dari kecil Raja Kenzo tidak pernah mahu menyedari kewujudannya. seakan baginda tidak mengakui Puteri Akina sebagai puterinya. cuma ada satu peristiwa yang memaksa Raja Kenzo bercakap dengannya. ketika itu Puteri Akina di tangkap oleh pekerja istana ketika cuba menyelinap ke kota seorang diri. dia sudah lakukan kerja itu dalam 3 bulan tapi kali itu dia cuai dan menyebabkan dia dikurung di istana dan kini dia lansung tidak boleh berjumpa dengan kawan yang dia jumpa ketika menyelinap keluar. seakan satunya sumber kebebasannya di tarik darinya.
itulah kali terakhir dia bercakap dengan Raja Kenzo dan itulah kali terakhir dia dapat menikmati langit malam dengan bahagia tanpa gusar. sudah 5tahun sejak peristiwa itu berlansung.
"Tuan Puteri! Tuan Puteri?" suara Ibu Himari mencarinya kedengaran. dia bingkas keluar dari ruang persembunyiannya dan terus ke Ibu Himari. ade satu bilik yang jarang di kunjungi oleh pekerja dan situ dia jadikan bilik tu sebagai bilik dia membaca.
"ye ibu, ada apa?" dia muncul di belakang Ibu Himari seperti sudah lama dia tercegat di situ. "tidak ibu mahu ajak puteri ke kota untuk membeli buku. buku puteri semua sudah habis di baca bukan?" mata Puteri Akina bersinar tatkala mendengar perkataan kota, tapi air mukanya berubah bila teringatkan ayahandanya. "jangan risau Ibu dah cakap pada Raja Kenzo dan baginda kurnia perkenannya." kembali ceria wajahnya.
"mari, pedati sudah disiapkan." Puteri Akina Bersama Ibu Himari dan Satoshi pengawal peribadi Puteri Akina. jarak kota dan istana tidaklah terlalu jauh, jika berjalan kaki hanya mengambil masa 45minit dan jika menaiki pedate hanya lebih kurang 10minit.
"mari puteri, kita hanya ada masa 30minit dan kemudian kita perlu bergerak pulang." Puteri Akina mengangguk. Puteri Akina dengan teruja memilih 5 buah buku manakala Ibu Himari mencari buku pembelajaran untuk Tuan Puteri. selepas menyelesaikan pembayaran mereka bertiga pergi membeli aiskrim untuk di makan di dalam pedati. di istana puteri Akina tidak dapat memakan aiskrim kerana ayahandanya melarang aiskrim untuk berada di rumah. walaupun Raja Kenzo sentiasa dingin dengannya tapi segala pemakanan di pantau oleh baginda.
"Tuan Puteri mari patik bawakan." Satoshi menghulurkan tangannya untuk membawa barangannya. "satoshi, sudah berkali kita pesan tak payah panggil 'tuan puteri' kecuali depan ayahanda. cukup sekadar Puteri." marah Puteri Akina pada Satoshi. Satoshi hanya menunduk tanda maaf. "Puteri jangan begitu, itu tugas dia. seumpama Puteri tak hormat kerja dia." kali ini Ibu Himari pula yang marah. "Ala ibu, Puteri hanya mahu mencari kawan. Puteir tidak punya saudara malah sudah di haling keluar dari istana. puteri sunyi bu." Puteri Akina mengadu akan kesunyian yang di rasainya selama 17tahun membesar di Istana.
Ibu Himari dan Satoshi hanya senyap tidak merespon dan mereka kekal senyap hingga tiba di Istana.
Puteri Akina turun berpimpinkan Satoshi dan dia di sambut oleh Kak Aiko. menjadi rutin untuk Puteri Akina untuk berkepit dengan Satoshi dan Kak Aiko. Tapi Satoshi lebih banyak bekerja apabila Puteri Akina berada di luar istana.
mereka bertiga berjalan menuju bilik Tuan Puteri.
"Tuan Puteri mari patik angkatkan buku-buku itu. nanti tuanku Raja murka pada patik." suara Satoshi seperti merayu. Bersama jelingan Puteri Akina berikan buku-buku yang berada di tangan. "sudah di bilang tak perlu, lagi mahu. lagi pun ayahanda seakan tidak mengetahui kewujudan puterinya." kata-kata sang puteri seakan merajuk dengan sikap ayahandanya.
"jangan la begitu Tuan Puteri---" percakapan Satoshi berhenti apabila dia perasan yang Puteri Akina sudah masuk ke dalam bilik ayahandanya atau lebih mesra di panggil 'bilik larangan Akina'.
"ya tuhan, Puteri Akina mari keluar, nanti Tuanku Raja murka!" Kak Aiko menarik lengan Puteri Akina, risau sekiranya Raja Kenzo sedar akan perbuatan Puterinya. "jap jap." lalu dia pun keluar dari bilik itu Bersama sehelai kertas di tangan. dia sorokkannya di baliknya. "apa tu tuan Puteri?" Satoshi dan Kak Aiko menyoal manakala Puteri Akina hanya tersenyum kambing sebelum berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.
"Ampun-ampun, jangan bagi tahu ayahanda." katanya sebelum melihat kertas tu dengan senyuman.
lauranaura-
21/11/20
1:47am
edited #1 - 05/12/20
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro