+5
"Anak omma!" Puan Park berlari lalu memeluk Chan Min.
"Hish! Bau apa ni Min! Min main apa dekat sekolah tadi?!"
"Min terlanggar baldi mak cik cuci tandas. Lepastu Min jatuh terkena air tu." Chan Min berkata sambil tersenyum.
"Sudahlah, pergi mandi. Nanti makin busuk pula anak omma ni." Puan Park cuba melawak.
Chan Min hanya tersenyum hambar. Dia menuju tangga untuk ke biliknya yang berada di tingkat atas.
"Adik kamu tu kenapa?" Puan Park bertanya pada Chanyeol dan Jimin.
Chanyeol dan Jimin memandang sesama sendiri. Mereka mengeluh. Tidak mungkin mereka hendak menipu omma mereka juga seperti Chan Min.
Jadi, mereka ceritalah pada Puan Park.
"Omma jebal jangan bagi tahu appa dengan Min." Jimin merayu.
"Ne. Sudah, kamu berdua pergi mandi. Lepas mandi jangan lupa turun bawah makan."
Jimin dengan Chanyeol mengangguk. Fuh... nasib baik omma dia tak sakit jantung bila dengar anak dia kena buli.
OOOOOO
Keesokkan harinya, berita buruk menggemparkan seluruh rakyat Gwangju Highschool. Bukan setakat Gwangju Highschool, satu Korea tahu tentang berita itu.
'Seorang pelajar mati di hadapan makmal sains.'
Pihak polis masih mencari punca kematian pelajar tersebut. Teori teori mengatakan, pelajar membunuh diri kerana pisau yang digunakan untuk membunuh pelajar tersebut dipegang oleh mangsa.
Pisau itu tegak mencucuk perut mangsa hingga tembus menembusi belakang mangsa.
Dan mangsa itu ialah...
Bae Joo Hyun atau dikenali sebagai Irene.
Kes itu ditutup dan dianggap ianya sebagai kes bunuh diri kerana tiada cap jari orang lain melainkan cap jari Irene.
OOOOOO
"Siapa pula yang berani bunuh Irene macam tu?!" Wendy menghentak kaki. Dia membebel-bebel tidak henti dari tadi.
"Wendy, kau boleh senyap tak?!" Seulgi memarahi Wendy.
"Aku tak sangka dia bunuh diri." Joy berkata sambil mengesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir.
"Aku tak rasa di bunuh diri, mesti ada yang bunuh dia." Yeri membaringkan kepalanya di atas meja memandang pemandangan di luar.
Dia langsung tidak menyangka teman baiknya sanggup bunuh diri. Setahu dirinya, Irene tidak pernah berahsia dengan dirinya. Segala-gala diceritakan pada Yeri.
Masalah, jika Irene ada masalah tentu dirinya akan dicari lalu diceritakan padanya.
Oh, siapa pula yang ingin berkongsi masalah lepas ini. Ahli Red Velvet yang lain, dia tidak rapat sangat dengan ahli lain. Irene paling rapat dengannya.
Hyera dari tadi mendengar celoteh Red Velvet itu. Timbul juga rasa kasihan pada kumpulan tersebut.
"Mana Chan Min ni, dia tak datang sekolah ke?" Hyera bertanya sendiri.
OOOOOO
Tatkala Hyera sedang berjalan-jalan selepas waktu rehat, dia terserempak dengan Chanyeol.
"Eo, sunbae!"
"Hm? Oh, Hyera. Kenapa?"
"Kenapa Chan Min tak datang hari ni?"
"Dia demam."
"Oh."
Hyera menganggukkan kepalanya lalu meninggalkan Chanyeol.
Tiba-tiba matanya tertancap pada figura seseorang. Yeri berjalan seorang diri. Dia termenung dari tadi.
"Mesti dia sedihkan, sebab Irene dah tak da. Kasihan." Hyera bermonolog sendiri.
"Eh, dia nak pergi mana? Kenapa dia keluar sekolah? Lantaklah, dia tak sihat kot." Hyera berkata sendiri lagi.
Jika ada orang nampak dia bercakap seorang-seorang sebegitu, pasti akan dicap 'minah putus fius'.
YERI POV
Aku tak sangka benda ni akan jadi. Hmm... baik aku balik dan rehatkan badan. Aku pun rasa hari ni tak berapa sihat.
Aku menyeluk poket ves aku dan menghidupkan telefon.
Sekarang aku betul-betul pening. Mungkin sebab banyak nangis tadi. Oh ya, aku pun tak sarapan lagi. Bila dengar Wendy telefon aku lepastu cakap Irene dah tak da, terus aku tinggalkan coco crunch aku atas meja.
Mungkin ada lagi coco crunch tu, harap adik aku tak makan.
YERI POV END
Tatkala dirinya sedang berfikir sendiri, dia masuk ke dalam lorong yang biasa di laluinya setiap hari.
Disebabkan hari gelap seperti hendak hujan, awan tebal menutup langit dan matahari untuk memberikan cahaya pada makhluk bumi pada waktu itu terbatas. Yeri berasa sedikit seram sejuk.
Ketika dirinya sedang berjalan, ada seseorang juga memakai hud putih dan baju hitam putih seluruh anggota badannya. Sekali pandang seperti pembunuh keluarga Kang Chul dalam drama W versi putih.
Yeri hanya mengabaikan orang itu. Matanya langsung tidak memandang jalan. Matanya melekat pada skrin telefonnya.
Tanpa dia sedari, orang itu mengeluarkan pisau dan berlari lalu menikam Yeri dari depan. Yeri rebah disitu.
Orang itu menarik perlahan-lahan pisau itu lalu meletakkan pisau itu pada tangan pucat Yeri.
Kini,dia melihat semula pakaiannya. Nasib baik tiada darah. Orang itu melarikan dirinya.
TBC
Muahahahaha dah mula dahh ╰(*´︶'*)╯.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro