Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

+16

CHAN MIN POV

"Heuh, itupun nak marah-marah ke? Aku nak baik-baik dengan dia Dia tak nak. Memang minta kaki la dia ni. Nasib baik aku tak bagi. Kalau aku bagi, memang boleh runtuh bangunan ais ni." Aku bermonolog sendiri sambil melihat bangunan ais itu.

Kenapa aku panggil bangunan ais? Hmmm... sebab bangunan dia biru putih macam langit dengan awan. Lepastu sejuk macam menara Elsa. Frozen was my favourite!

Lebih 20 kali aku ulang cerita tu. Nasib baiklah omma dengan appa sporting. Diorang pun join tengok sekali. Hahaha! Sebab tu aku panggil bangunan ais.

"Mulai sekarang, kau ada nama. Nama kau bangunan ais keh?" Aku mengusap tiang menara itu.

Terasa seperti diri ini gila pula. Baik aku jalan-jalan pergi beli aiskrim ke... ha! Aku nak pergi café tadi. Dapat makan kek tu. Perh, sedap giler, kalah Secret Recipe.

Harap-harapnya, aku dapat pulang dengan selamat. Tapikan, beg ni aku nak letak mana? Aku memandang beg corak petak-petak aku.

"Biar saya yang letak beg awak dekat dorm. Awak pergilah tenangkan fikiran." Tiba-tiba ada seseorang memegang beg aku.

Macam tahu-tahu je si Eunha ni yang aku cakap pasal beg.

"Hehehe, tak pelah. Biar aku bawa sendiri. Lagipun, Yerin tu taknak aku masuk kumpulan ni." Aku tersenyum hambar.

"Yerin tu takda apa-apa kuasa dalam kumpulan ni. Awak masih lagi dalam kumpulan ni." Tiba-tiba Sowon datang dengan tangan yang bersilang.

"Jeongmal? Kamsahabnida! (Really? Thank you!)" Aku bow 88 darjah 3 kali sambil mengucapkan terima kasih.

"Meh sini beg awak." Eunha menarik beg aku perlahan. Aku mengangguk lalu meninggalkan beg aku pada Eunha dan Sowon.

Hmm... aku nak pergi mana eh?

Aku nak pergi makan keklah.

Sekarang, destinasi aku ke CAFÉ BUSAN INTERNATIONAL HIGHSCHOOL.

OOOOOO

Emm! Aku dapat bau roti crossaint! Aku nak makan roti tulah.

Aku menjejakkan kaki aku ke dalam kedai tersebut. Aku menuju ke kaunter untuk memesan makanan.

"Hmm... bagi Caramel Machhiato satu, cheese cake yang ni, oh, roti crossaint ni." Aku memesan makanan ku.

"Semuanya RM 35." Juru kaunter itu berkata.

Dengan keluhan aku mengeluarkan RM 50. Fuh, RM100 terbang.

Aku mengambil dulang daripada tangan cashier itu. Woah, bau Caramel Machiato tu menusuk hidung.

Nasib baiklah ada banyak tempat kosong.

"HAHAHA!"

Aku terdengar suara ketawa. Kuat betul. Aku pun toleh.

"Chan oppa?" Aku terkata. Terlepas pula.

Orang yang ku sangka Chan oppa terus menolehkan kepalanya.

"Eh, Min."

Yep, memang betul, tu Chan oppa. Kenapa baju sekolah dia lain? Takkan dia pun masuk model sekolah? Tapi aku lagi suka uniform kumpulan Chim oppa.

"Oppa tak balik dorm ke?" Aku bertanya dengan tangan yang masih menatang dulang.

Manusia di sebelah Chan oppa memusingkan badannya dan melihat aku. Eh? Dia ni abang si... aduh apa nama dia? Taeyeon? Taehyeong? Taeyong? Taeyang? Taehyung? Ah, seangkatan lah tu. Sama je.

"Sunbae ni... abang Taeyoung ke?" Aku bertanya.

"Taeyoung?"

Dia berfikir sebentar. "Aaa... Taehyung. Bukanlah!"

Aku mengangguk. Hm, muka diorang nak dekat sama. Aku menjeling name tag dia. 변백현.

Jauh nor Kim dengan Byun.

"Siapa tu Chanyeol?" seseorang berambut tegak muka dia puh, putih macam marshmallow.

"Eo, igeo, uri yeodongsaeng. (Ini, adik perempuan saya)" Chan oppa menunjuk aku sambil berkata.

"Annyeonghaseyo." Aku menundukkan sedikit kepala aku padanya. Aku melihat name tagnya. 김준면 a.k.a 수호.

A.k.a Suho? Boleh pula buat nama macam tu cikgu tak marah ke?

Aku tengok seorang-seorang punya nametag.

김종인 a.k.a 카이

Elok-elok mak bapak bagi nama kau pergi tukar pula.

김종대 a.k.a

Adik beradik ke dengan Kai a.k.a Jong In? Eh, Jong In a.k.a Kai.

도경수 a.k.a 디오

Suho, Kai, Chen, Dio. D.O. Hahaha! Macam nama ahli EXO. Berangan jadi diorang ke apa?

루한

Bagus, bagus. Dia tak tukar nama.

우이판 a.k.a 크리스

U I pan? Cina kah? A.k.a Keuriseu. Kris? Nama inggeris dia kot.

장이싱 a.k.a 레이

Mesti cina. Lei... Biar aku mempersedapkan ejaan dia. Lay.

오세훈

Dia takda a.k.a good good.

황지타오

Ni pun mesti cina.

김민석 a.k.a 시우민

A.k.a Shiumin? Tak sedap sungguh!

"Apa kau termenung dari tadi? Tak nak duduk ke?" Manusia serupa Taehyung itu berkata pada aku. Hish, susah nor nak ingat nama. Aku melihat name tag dia 변백현.

Byun Baek Hyun. Byun Baek Hyun. Aku cuba mengulangi nama tersebut.

"Kau tak nak duduk ke?" Terdengar suara Chan oppa.

CHAN MIN POV END

Chan Min memandang kosong pada kerusi di hadapannya.

"Woi!" Chanyeol menepuk perlahan belakang Chan Min.

"Eh, pak chapang!" Chan Min termelatah.

"Mengata aku ke apa?!" Chanyeol bangun dari kerusinya.

"Mana ada!" Chan Min meletakkan dulang itu di atas meja lalu melabuhkan punggungnya.

Semua mata memandangnya.

"Oh, annyeonghaseyo. Park Chan Min ibnida. Mannaseo bangawoyo. (Hai. Saya Park Chan Min. Selamat berjumpa.)"

"Park Chan Min, annyeong!" Xiumin melambai tangannya sekali pada Chan Min.

"Annyeong. Hehe."

"Group ni pun... model sekolah ke?" Chan Min bertanya.

"Macam mana awak tahu yang sekolah ni ada model?" Sehun bertanya pula.

"Haah, majalah untuk kitorang pun tak keluar lagi." Kai menyilangkan tangannya.

"Esok baru pengambaran kitorang." Luhan berkata.

"Pengambaran pertama?" Tanya Chan Min dan Chanyeol serentak.

"Yep, untuk tahun nilah. Tahun lepas dah berpuluh kali masuk bilik pengambaran." D.O berkata sebelum menghirup air kopinya.

Chan Min dan Chanyeol mengangguk.

"Dalam sekolah ni... ada berapa banyak model sekolah?" Chan Min bertanya sambil membuka penutup cheese cake itu.

"Ada... 5 kumpulan." Chen berkata dengan menunjukkan kesemua lima jarinya.

"Siapa?" Dengan mulut penuh cheese cake itu Chan Min bertanya.

"BTS, EXO, GOT7, Gfriend, Café Latte." Kris menjawab dengan gayanya.

Tersedak Chan Min yang sedang minum caramel machiatonya itu.

"Semua nama artis. Pft." Chan Min berkata perlahan.

"Biarlah!" Baekhyun berkata.

"Nama kumpulan ini apa?" Chanyeol bertanya apabila mendengar jawapan Kris.

"HAHA! Oppa tak tahu nama kumpulan oppa? haha!" Chan Min tergelak.

"Hoi, aku masuk group ni pun sebab budak eyeliner ni yang ajak aku!" Chanyeol membetulkan tali lehernya.

"Kau panggil aku apa?!~"

"Boleh tak jangan buat highnote? Aku je yang boleh buat hignote macam Chen!" Chen berkata sambil mengetuk meja menggunakan garfu.

"Sunbae boleh buat highnote macam Chen oppa ke?" Chan Min bertanya dengan penuh minat.

EXO merupakan kumpulan yang pertama diminati dan dijangkiti demam KPOP.

"Boleh!" Jawab Chen bangga. "Cuba sunbae buat."

Chen menarik nafas hingga ke dalam perutnya. "A--K!"

"Jangan nak buat highnote. Boleh pecah semua kaca kat sini." Suho memberhentikan niat Chen.

"Ceh. Baru nak tengok klon Chen." Chan Min mengeluh.

Chan Min melihat semua name tag. "Emm... Sunbae."

"Ne?" Semua menjawab serentak.

"Name tag sunbae an... takpe ke kalau buat macam tu?"

"Name tag ni hyung Kai yang buat." Lay membuka pin name tagnya lalu memberikan pada Chan Min.

Chan Min mengambil name tag itu lalu membelek-beleknya.

"Oppa pun nak buatlah." Chanyeol berkata pada Chan Min.

"Kalau omma tahu, mesti oppa kena bebel 3 jam." Chan Min membulatkan matanya.

"Kenapa pula?" Tao bertanya apabila mendengar kata-kata Chan Min.

"Aku rasa..."

"Apa aku-aku? Diorang ni lagi tua pada kau." Chanyeol menegur Chan Min yang sedang mengurut dagu memikirkan jawapan Tao.

Chan Min menjeling Chanyeol. "Apa jeling-jeling? Jolok bijik mata tu kang!"

"Hish!"

Chan Min menjelingkan matanya. Malas mahu melayan abangnya, Chan Min mengeluarkan telefon bimbitnya. Malu agaknya bila kena tegur.

"Jam! Tu... Samsung Galaxy Note 7 ke?" Xiumin menudingkan jarinya pada telefon bimbit Chan Min.

Chanyeol melihat telefon bimbit Chan Min. Biasa sahaja dia tengok.

"Haah, kenapa?" Chan Min memusing-musingkan telefonnya.

"Dia jawab haah je?" Baekhyun berkata sambil menunjukkan Chan Min yang sedang membelek-belek telefon bimbitnya.

"Habis tu, nak jawab apa? Huuh?" Suara Chan Min sedikit memerli.

"Kau tak tahu sejarah sekolah ni." Sehun berkata sambil memandang sekeliling.

"Haahkan, Min tak baca lagi buku sejarah." Chan Min mengangguk-angguk dan memandang Sehun dengan penuh minat mendengar sejarah sekolah.

"Bukan sejarahlah, lebih kurang pasal." Kai membetulkan Sehun.

"Pasal?" Berkerut dahi Chan Min.

"Pasal hantu ke?" Chanyeol menyampuk.

"Hantu tu cliché sangatlah." Chan Min menyilangkan kakinya.

"Tak... dia tu... Monster." D.O berkata dalam nada berbisik.

You can call me monster!

I'm creeping in your heart babe

Dwijibgo munateurig—

"Hello? Ayo wassup!" Kris bangun dari kerusinya dan keluar dari café buat sementara waktu untuk menjawab panggilan.

"Potong line lah Kris ni." Luhan berkata sambil menjeling Kris yang berada di luar.

BLUERB

"Aah... perut ku sudah kenyang. K lah, Min pergi dulu." Chan Min bangun dari kerusi bersedia meninggalkan meja.

"Taknak dengar ke pasal monster?!" tanya D.O. Chan Min menggeleng lalu keluar dari café.

Hahaha part ni panjang cked. 1380. Da lame x buat pepanjang an. Rindu pulak ayat pepanjang ni. K stop mengarut. 😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro