Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

What The SNSD Is This?

Ina turun dari tingkat atas dan menuju ke ruang tamu dengan muka sedih, marah... hish.. susah hendak terangkan. Tetapi perasaannya waktu itu berkecamuk. Geram, marah, sedih, rasa hendak tumbuk sahaja muka ketua SNSD itu.

D.O ternampak Ina seperti itu terus ditanyanya apabila Ina mengambil tempat di atas bean bag yang disediakan oleh mereka tadi.

"Ina, gwaenchana?"

Ina mengangguk. "Yelah tu. Kami dengar apa yang Taeyeon cakap dekat awak tadi." Sehun mempertikaikan penyataan Ina.

"Suara dia lantang kot... lagipun tadi awak dengan Taeyeon cakap dekat luar bilik dan berada di tingkat satu. Sudah tentu kami dapat mendengarnya dengan baik." Baekhyun menambah lagi.

"Kami juga terkejut apabila dia sebegitu." J-Hope berkata sambil memegang dadanya tanda faham perasaan Ina.

"Itu lah. Kami fikir dia seorang yang baik kerana dia cakap perlahan dan sopan sahaja apabila di dalam rancangan-rancangan." V berkata sambil menyilangkan kakinya dan memegang dagu tanda berfikir. Ia membuatkan EXO mengeluh.

"Korang BigHit... memanglah..." Baekhyun berkata. Tetapi ayatnya tidak habis.

"Kitorang SM..." D.O menyambung ayat Baekhyun.

"Mereka hanya menyembunyikan belang apabila di rancangan atau dimana-mana..." Suho menyatakan fakta.

"Pada hakikatnya..." Chanyeol ingin membuat ayat tetapi tidak menjadi.

"Dorm mereka bersepah tahap rumah tikus!" Xiumin berkata sambil memegang kepala.

"Suka menjerit terlalak-lalak!" Chen memegang telinga seraya berkata.

"Menggedik apabila berjumpa dengan Super Junior, ShiNee, NCT Dream, NCT U, NCT 127!" Kai menyilangkan tangannya.

"Apa yang kami paling tidak suka..." Sehun berkata sambil menundukkan wajah.

"Mereka membuli Red Velvet!" EXO berkata serentak.

Terlopong Bangtan Boys dan Ina apabila mendengar apa yang dikatakan oleh EXO. Teramatlah mengejutkan. SNSD yang sentiasa Nampak cantik, comel, eligen, dan bermacam-macam lagi kata-kata manis yang diberikan oleh peminat SNSD, terdapat perangai buruk yang memang buruk!

Bak kata orang inggeris, don't judge a book by its cover. SNSD juga ada perangai yang tidak tersangka daripada wajah plastik cantik mereka itu.

Jungkook memberhentikan sesi terlopong itu.

"Malam ini kita mahu tidur dimana?"

Potong line betullah budak ini.

Soalan yang keluar dari mulut si maknae membuatkan hyung menjadi resah gelisah. Di mana mereka mahu tidur nanti? Tidur adalah perbuatan yang penting dan wajib dilakukan oleh setiap orang dan hidupan di bumi ini!

"Awak berkongsi bilik dengan EXO sahajalah." Jawapan spontan keluar dari mulut Ina. Ia membuatkan EXO mengangkat muka.

"Kenapa buat muka itu? tidak suka?" tanya Ina sambil terjongket-jongket kening.

찬열 X 디오 X 백현 X 태형

"Wah... dapat sebilik dengan Baekhyun hyung!" kata V seraya memeluk Baekhyun.

"Baekhyun hyung punya okay!" Chanyeol berkata sambil memeluk lengan Baekhyun. Maka, Baekhyun tersepit di tengah-tengah antara Taehyung dan Chanyeol.

Apabila Chanyeol berkata sebegitu, makin eratlah Taehyung memeluk Baekhyun.

"Oioi, korang semua hendak bunuh saya ke apa? Sesak nafas saya tahu tidak?!" Baekhyun meronta-ronta minta dilepaskan.

Chanyeol sudah melonggarkan pelukkannya. Apabila dilihatnya Taehyung masih peluk chingu kesayangan, terus di peluknya Baekhyun dan Taehyung sekali gus. Maklumlah, tangan dia kan panjang.

D.O tergelak melihat 3 manusia yang hyper itu. D.O mengambil telefon bimbitnya dan merakam gambar 3 manusia itu. Amboi! Sempat lagi berpose.

"Amboi, sudah dapat roommate baru, tinggal kawan lama?" tiba-tiba Ina datang mencelah.

Taehyung menoleh kepalanya. "Awak mention siapa?"

"Oppalah! Siapa pula budak baru disini." Ina memerli. "Siapa kawan lama oppa?" Taehyung bertanya. "Tidak sampai lima minit tidak jumpa kawan lama oppa itu dan berjumpa dengan orang lain, sudah lupakan dia?" Ina sengaja berteka-teki dengan Taehyung.

"Yah... kau bagitahu sekarang!" Taehyung melepaskan pelukkannya.

Akhirnya, Baekhyun boleh bernafas!

"Jungkooklah! Aigoo... oppa memang sudah lupakan dia? Kejam!" Ina berdrama.

"Ina, sudahlah itu berfilem. Awak hendak apa? Main masuk je bilik saya." Chanyeol mencelah.

"Bilik awak? T-" "Ina, sudah pukul 6 ini, patutnya kita sekarang ini kita sedang makan. Marilah kita masak." D.O menyampuk bagi memberhentikan filem aksi berperang mulut yang mungkin bermula sebentar lagi.

소녀시대 X 엑소 X 방탄소년단

D.O dan Ina sedang membuat persiapan untuk makan malam. Mi sudah diletakkan di atas pinggan, pinggan sudah disusun, air sudah dituang, baiklah, semua sudah siap!

"EXO! Bangtan Oppa! Makan!" Ina melaung dari dapur.

Bangtan Boys dan EXO keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk memnuhkan kehendak perut.

"What? Makan?" tiba-tiba Seohyun menjerit dari tangga.

Pergerakkan EXO dan Bangtan Boys terhenti. Semua mata memandang Seohyun.

"Eonni! Han Meogo!" laung Seohyun.

Ina dan D.O mendengar apa yang dikata oleh Seohyun. Wait a minute, kalau SNSD hendak makan sekali... di mana mereka mahu duduk?

EXO dan Bangtan Boys sudah berada di tempat masing-masing. Hanya tunggu Ina yang sedang membasuh tangannya.

Tatkala mereka mahu menyuap suapan pertama, Taeyeon muncul di hadapan pintu dapur.

"Kenapa makan tidak ajak kami?" Taeyeon bertanya dengan penuh angkuh.

"Eomm... Noona, kerusi sudah penuh, boleh tidak noona tunggu sebentar beri kami makan dahulu." Chanyeol terkenal dengan berani berkata-kata berkata.

"Mwo? Awak suruh noona awak tunggu?! Sepatutnya, kami yang lebih tua ini makan dahulu!" Sooyoung menengking.

Termati kata-kata Chanyeol. Aduh, berdesing telinga, sakit hati!

"Sedar diri rupanya." Ina menggumam sebelum menyuapkan mi basah ke dalam mulutnya. Nasib baik tiada sesiapa yang mendengar gumamannya itu.

"Hubae, patutkah awak membiarkan tetamu awak hanya melihat awak semua makan dengan berselera?" soalan Sunny menyengat hati.

"Sesedap mulut dia sahaja panggil saya hubae!" Ina merungut dalam hati.

"Am... sebentar ya." Kata Ina dengan senyuman yang dibuat-buat.

Ina membuat isyarat kepada EXO ~ mari keluar dari sini.

Ina keluar dari dapur dengan bentak kakinya. Satu persatu muka SNSD dijeling.

EXO mengikut jejak Ina dengan membawa pinggan mereka.

Bangtan Boys melihat Ina dan EXO yang sedang mengangkat kaki meninggalkan mereka dan dapur.

"Kita mereka tinggal?!" Taehyung menjerit nada berbisik. Jimin menjeling Taehyung. Ayatnya seperti tidak betul sahaja. Jimin mengabaikan pertanyaan itu dan menyambung pemakanannya.

"Di mana pula EXO dan Ina makan jika bukan di meja makan?" Jin bertanya perlahan. Bangtan Boys menjongket bahu.

"Tiada makanan untuk kami?" Hyoyeon memecahkan perbincangan Bangtan Boys itu. "Ahm... ada di dalam kuali." Jin menunjukkan kuali yang masih berada di atas dapur.

SNSD mengambil pinggan di rak pinggan. Kesemuanya beratur sebaris. Yoona berada di hadapan barisan.

Setelah mi sudah diletakkan di atas pinggan, Yoona memusingkan badannya untuk ke meja makan.

Dilihatnya eonni dan hubaenya sedang membuat aegyo untuk Yoona meletakkan mi di atas pinggan mereka juga.

Yoona menghela nafas. Yoona meletakkan pinggannya di atas meja dan menyedok mi untuk ahli tersayang.

Bangtan Boys hanya melihat apa yang berlaku dihadapan mata.

엑소 X INA

"Kita mahu makan di mana Ina?" tanya Baekhyun sambil menyuapkan mi ke dalam mulutnya.

"Hurm... kita makan di pondok belakang rumah lah." Ina memberikan jawapan apabila mentol kepala bernyala.

"Bagus juga itu. Dapat menghilangkan tekanan melihat pemandangan kolam di belakang rumah!" Sehun bersorak gembira.

Muka EXO sudah berubah sedikit ceria. Mereka semua keluar dari pintu hadapan dan menuju ke belakang rumah.

Lantai simen bertylekan simen berjenama tyle yang diimport dari Thailand (tak tau nama) berwarna biru. Lebih menyerlahkan pemandangan mereka yang sedang berada di tempat yang berair.

Apabila mereka berjalan bersebelahan dengan kolam mandi tersebut, The Beagle membuat iklan.

"Kuasa Suho hyung!" Chanyeol berkata sambil menunjuk kolam tidak bersalah itu. "Suho hyung! Cuba hyung kawal air biru ini!" Baekhyun menambah perisa.

Suho tersenyum melihat telatah dongsaengnya itu.    

Korg rase... Best ak part ni? Ok ak? Hmm... Mcm x de semangat nk buat... Jgn risau.. Citer ni dh complete dh. Tinggal tekan publish je.

Yeah, vote tau.

Oh ya, ni chingu² alien
chocokookie-
OhYeoJoo
nurhaida0403

Ce bace ff diorang. Best.😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro