Am I Your Slave part 1
Akhirnya, mereka selamat sampai di KLCC. Seorang-seorang keluar dari perut kereta MPV itu.
"Fuh... panasnya di sini. Makin hitamlah saya nanti!" Yuri berkata sambil mengipas-ngipaskan mukanya. "Oh ya, Ina... sekejap, mana budak Ina itu?" Taeyeon mencari Ina.
"Huh... nasib baiklah semuanya tidak apa-apa." Ina menghembus nafas lega. Ina menarik kunci kereta dan menyimpannya ke dalam beg tangannya. Baru sahaja tangannya berura-ura ingin membuka pintu kereta, Tiffany dahulu menarik pintu itu dari luar. Alamatnya Ina mencium lantai.
Setengah daripada kumpulan itu hampir tergelak.
"Auch!" Ina mengusap dahinya.
Tiffany yang terkejut dengan insiden yang berlaku terus menutup mulut. Bukan kerana kasihan tetapi menutup senyumannya yang mungkin akan menghamburkan tawanya.
"Gwaenchana? (are you alright?)" Yoona yang terkenal dengan sikap prihatinnya terus mendapatkan Ina. Ina memandang Yoona lalu mengangguk. Yoona tersenyum. Yoona sudah nampak mata Ina berkaca. Sakit sangatlah itu.
Dibantunya Ina bangun berdiri dari duduk bersimpuh itu. "Gomawo. (Thank you)" Ina berkata. Trimas Ina itu tidak berjawab dengan perkataan tetapi dijawab dengan senyuman.
Taeyeon segera menarik tangan Yoona. "Ahk!" Yoona terlanggar Yuri tanpa sengaja. Yuri menahan Yoona dari terjatuh. Yoona hanya tersengih memandang unninya itu.
"Ina, boleh awak tunjukkan di mana taman KLCC?" tanya Taeyeon. Ina mengangguk.
Ina ternganga seketika apabila sampai di taman KLCC itu. Khemah berwarna merah jambu. Dibawahnya pula ada sebuah meja panjang dan 8 buah kerusi untuk duduk. Memanglah duduk tidak mungkin baring pula.
Di atas meja juga terdapat 8 buah kipas mini. Dari hujung ke hujung meja terdapat satu kipas berhawa dingin. Ala... yang macam aircond dekat dalam kereta tapi besar.
SNSD menuju ke bawah khemah itu dan mengambil tempat masing-masing.
Ina pula ingin duduk di buaian yang terdapat di taman itu. Bertaut seketika kening Ina.
"Wah, ramainya!" Ina berkata sendiri. Peminat SNSD bertolak-tolak ingin berjumpa dengan SNSD. Boleh terjatuh pagar yang tersusun bagi menghalang peminat-peminat SNSD daripada menyerbu SNSD yang sudah berada di tempat yang mereka akan berjumpa.
"Ina! Ambil kan air mineral di sana!"
"Ne!"
"Untuk saya sekali!"
"Ina! Dakwat pen ini sudah habis! Pergi ambil di belakang khemah!"
"Ne!"
"Ina! Pergi ambil bedak di dalam kereta! Saya lupa hendak ambil tadi!"
"Fuh... Ne!"
"Ina! Tukar lagu lain! Bosanlah dengar lagu yang sama!"
"Huh? Ya!"
"Ina! Pergi belikan air apa-apa yang sejuk. Guna duit awak tau!"
"Am I your slave? Huh, Ya!"
"Ina! Ada liquid paper? Saya tersalah tulis lah!"
"Ini dia! Hah... hah..."
"Ina awak ada gula-gula getah tidak? Saya rasa hendak mengunyahlah!"
"Tiada!"
"Pergilah beli!"
"Baiklah!"
"Oh ya, pasang lagu chewing gum NCT Dream lah!"
"Ne!"
소녀시대
"Oi! Bangun!" kejut Taeyeon kasar. "Huh?" Ina terpinga-pinga. "Bangunlah! Fan meeting sudah tamat. Saya mahu pulang!" Sunny merengek.
"Erm... baiklah." Ina menghidupkan enjin kereta. Kereta MPV hitam itu keluar dari tempat parkir kereta dan terus meluncur laju di jalan raya.
"Ergh! Lenguhnya jari-jemari ini!" Sooyoung membunyi-bunyikan tulang jarinya.
"Mata saya pula silau kerana terpaksa menahan flash kamera." Taeyeon berkata sambil menenyeh-nenyeh matanya.
정국
"Hah... akhirnya sampai juga dirumah ku ini!" Ina bersorak dalam hati.
"Huwaa!!"
Tiba-tiba kedengaran seseorang meraung. Ina segera keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.
Terlihat Jungkook sedang menangis sambil memegang balang biskutnya yang sudah kosong. Kai yang berada di sebelahnya hanya menggosok belakang tengkuknya.
"Yah, Jungkook-ah mianhae (Jungkook, sorry)." Kai memujuk. "Wae geurae? (What's wrong)" tanya Ina.
"Kai makan semua biskut Jungkook." Selamba badak V berkata. "Huwaaa!!!" Jungkook meraung lagi.
"Jungkook ini, macam budak-budak lah..." Ina tidak menghabis ayatnya lagi. "Memang budak-budak pun." V berkata sambil memakan biskut tiger. Jungkook yang mendengar gumaman V itu terus dia meraung lagi.
"Jungkook tidak mengapa, nanti saya minta Jin oppa buatkan lagi." Ina memujuk. "Jin hyung dah takda!! Huwaa!!" Jungkook terus menerus meraung. "D-dah takda?" terkejut Ina mendengar ayat Jungkook itu.
"Apa bising-bising ini?!" Suga keluar dari bilik tumpangannya. Kakinya menuju pada sofa di ruang tamu.
"Fuh... meh sini saya cerita. Tadi ada orang jemput Jin hyung. Dia kata dia salah seorang dari staff Big Hit. Dia kata manager suruh jemput Jin untuk ke Korea semula. Untuk apa saya pun tidak tahu kerana dia tidak bagi tahu. Habis, tepuk tangan!" V menepuk tangannya.
Ina mengangguk. "Jika begitu, biar saya buat lagi biskut untuk Jungkook ya?" Ina memujuk lagi. "Tanak! Ina punya tak sedap!" Jungkook meraung lagi.
"Hish budak ni saya tumbuk sekali terus masuk wad." Ina berkata dalam hati. Sempat pula si Jungkook ini memerlinya.
"Perangai dia ni tidak ubah seperti budak 5 tahun!" Ina menggumam sendiri.
Ina merampas balang biskut dari tangan Jungkook lalu mencampaknya. Pergelangan tangan Jungkook di tarik kasar dan menuju ke dapur.
"Huwaa!! Balang biskut Kookie! Jin hyung belikan khas untuk Kookie sebab dia spisies gigi dengan Kookie! Lepaskan saya! Bagi saya ambil balang itu! Nanti calar macam mana?!" Jungkook membebel. Habis basah pipinya dengan air mata. Seperti budak yang baru masuk tadika dan di tinggalkan oleh ayahnya pula cara dia meraung. Over betul!
Ina melepaskan tangan Jungkook. Habis semua kerusi di langgarnya. "Aduh! Sakitlah!" Jungkook menggosok belakangnya. "Telinga saya lagi sakit dengar awak menangis." Kata-kata Ina membuatkan Jungkook berhenti menangis.
"Bagi tahu saya apa bahan dia." Ina mencari-cari bahan di dalam kabinet. "Awak hendak buat cookies ke?" tanya Jungkook. "Tidaklah saya hendak buat Kookie."
Jungkook menjeling Ina atas bawah. "Awak tahu ke bagaimana hendak buat cookies?" Jungkook bertanya lagi. "Saya tahu, tetapi, awak yang hendak sangat biskut macam Jin oppa buat itu. Terpaksalah saya ikut resepi Jin oppa."
"Manalah saya tahu. Itu Jin hyung yang buat bukan saya." Jungkook menyilangkan tangannya. Ina menarik dan menghembus nafasnya semula. "Boleh tidak jika saya guna resepi internet?" Ina bertanya dan terus mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Sirheo! Saya hendak rasa macam Jin hyung punya juga!" Jungkook berkata seraya merampas telefon bimbit Ina. "Yah! Bagi balik!" Ina cuba merampas telefon bimbitnya dari tangan Jungkook. Tragedinya sama dengan perebutan alat kawalan jauh bersama Baekhyun dan Chanyeol tempoh hari.
"Tidak dapat. Bluekk!" Jungkook menjelirkan lidahnya pada Ina. Semakin maraklah kemarahan Ina jika diperbuat begitu. Ina melompat-lompat untuk mengambil telefon bimbitnya itu dari tangan Jungkook yang diangkat ke atas.
"Pendek. Bluekk!!" Jungkook mengejeknya lagi. "Oish, dia ni, saya tendang sekali terus masuk kubur!" Ina mengugut.
Tangannya menarik lengan Jungkook untuk memudahkan tangannya mengambil telefon itu. Tatkala mereka sedang berperang, D.O masuk ke dapur.
"Apa awak berdua buat ini?!!!" D.O terkeluarkan highnotenya. Jungkook dan Ina memandang D.O.
"Oppa! Tengok Jungkook ni! Dia ambil telefon Ina!" Ina mengadu. "Sudah-sudah, Ina awak sudah makan?" D.O meleraikan pergaduhan. Ina menggeleng. Tangannya masih berusaha mengambil telefon bimbit kesayangan.
"Sudahlah itu, mari masak mereka semua pun belum makan lagi. Saya tertidur pula tadi." D.O mengurut dahinya.
Ina melepaskan Jungkook. Ina menuju ke peti beku dan mengambil beberapa bahan untuk dimasak.
D.O memandang Jungkook yang sedang bermain dengan telefon Ina. "Jungkook awak hendak tolong ke?" D.O bertanya. Jungkook menggeleng. Terus dia keluar dari dapur itu.
D.O bersorak dalam hati. Niat yang sebenar benar benarnya menghalau Jungkook itu keluar. 1122
소녀시대
"Baiklah, begini, setiap hari kita akan bergilir-gilir untuk makan diluar." D.O memberikan cadangan.
"Mengapa pula?" V merungut. "Sebab SNSD ahjumma tulah kita kena bergilir-gilir makan di belakang rumah!" J-Hope menolak kepala V. V mencebik.
"Huh? Mereka semua sudah sampai! Mari kita pergi!" Ina mengambil pinggannya lalu beredar dari situ. Sempat juga dia menyuap satu suapan spaghetti bolognese itu.
Bangtan Boys juga mengikut Ina dari belakang.
"Aik? Mana Bangtan Boys?" Sooyoung bertanya selepas membuka pintu gelongsor dapur itu.
"Merekamakan diluar hari ini." Chanyeol menjawab. "Budak Ina itu pula?" Taeyeon pulabertanya. "Ikut Bangtan Boys." Baekhyun menjawab.
Alien rase... Part ni mcm bosan... Hmm... O ya, btw... Korg dh bace citer chingu alien? Tp semuanye... Citer luv². Alien ni x suke sgt citer luv² nih. Tp... Maybe korg suke. So, alien promote jela ye.
chocokookie-
nurhaida0403
OhYeoJoo
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro