Virus zombie?!
Cravity sedang mengadakan fans sign di sebuah mall di seoul.
Ramai luvity yang mengambil tempat di fans sign tersebut.
××|Hyera pov
Tak sangka aku sedang berada di fans sign cravity. Aku luvity sejati tau.
Bias aku hmm sape eh? Senang cakap aku minat semua tapi yang paling aku minat taeyoung.
Aku dah nk naik platform dimana aku akan berjumpa dengan ahli cravity.
Dan akhirnya tiba giliran aku untuk naik ke platform. Aku naik ke platform.
Dan aku perlu mengambil sign kat serim dulu sbb serim depan sekali.
"Nama awak?"tanya serim.
"Kim Hyera."kata aku.
"Nice name."puji serim.
"Kamsahamnida."ujar aku ceria.
Dan pada saat serim ingin memberikan tandatangannya di album aku, ada seorang lelaki tiba tiba menerjah kepada seorang perempuan lalu menggigit leher perempuan tersebut.
Seorang pengawal cuba meredhakan keadaan namun lelaki itu menggigit lengan pengawal itu pula.
Dan keadaan mula bertukar huru hara. Semua orang berlari apabila semakin ramai digigit.
Pengawal melindungi ahli cravity. Aku pula mula panik. Aku tak tahu nk buat ape.
"Pergi selamatkan diri."kata pengawal pada ahli cravity.
Cravity mengangguk.Aku kaku. Rasa seperti tapak kaki aku digam pada lantai.
Cravity sudah pergi menyelamatkan diri. Aku masih keras.
Sampailah hyeongjun menarik aku untuk lari dari sekumpulan manusia yang menggigit.
Hyeongjun menarik tangan aku lalu kami berlari mengikut ahli cravity yang lain.
Cravity dan aku bersembunyi di sebuah kedai di dalam mall itu.
Nasib kami baik kerana tiada manusia yang menggigit tersebut perasan kami berada dalam kedai ini.
Allen melepaskan keluhan berat.
"Kau rasa tu ape bende?"tanya jungmo kepada wonjin.
"Aku tak tahulah nk cakap macam mana tapi aku rasa diorang tu zombie."kata wonjin.
"Zombie? Tak mungkinlah."kata minhee.
"Pastu kau nk cakap diorang tu ape? Penjual aiskrim?"kata wonjin tak puas hati.
"Aku rasa mungkin kata kata wonjin tu betul."kata woobin.
"Pastu kita nk buat ape sekarang? Nk duduk sini je?"tanya taeyoung pula.
Aku pulak dah macam patung. Dari tadi senyap je.
"Ouh jap nama awak ape?"tanya seongmin kepada aku.
Akhirnya dapat jugak aku bercakap.
"Kim hyera."kata aku.
"Awak okay?"tanya allen pula.
"Saya okay sbb hyeongjun tolong saya tadi."kata aku sambil memandang ke arah hyeongjun lalu tersenyum.
"Saya selamatkan awak sbb awak belum kena gigit."kata hyeongjun.
"Kita nk pergi mana lepas ni?"tanya serim.
Mereka semua hanya mendiamkan diri namun minhee membuka radio di handphonenya.
"Korea selatan di katakan sedang diserang oleh virus yang bernama zombie. Jika digigit oleh orang yang dijangkiti virus, anda juga mungkin menjadi seperti mereka. Orang yang masih selamatkan dikatakan patut berada di daejeon."
Dan secara tiba tiba radio tersebut mati kerana tiada isyarat.
"Kita patut ke daejeon ke?"tanya hyeongjun.
Serim mengangguk lemah. Serim sebagai ketua perlu melindungi ahli ahli yang lain jadi dia mungkin sedang tertekan sekarang.
"Nk keluar dari kedai ni pun kita tak sanggup apalagi nk pergi daejeon."kata jungmo.
"Dah diam. Kita patut gerak sekarang."kata serim.
"Hyung, hyung yakin ke kita semua akan selamatkan sampai di daejeon?"tanya wonjin.
"Kita tak pasti tapi yang penting kita kena selamatkan diri."kata allen.
Wonjin mengeluh. Perasaan takut menyelebungi diri masing masing.
"Tapi hyung kita tak ada apa apa nk melawan zombie tu nanti kalau mereka serang kita."kata minhee.
"Hyung kata kita akan pergi ke daejeon. Muktamad."kata serim.
"Awak pun ikutlah kitorang."kata taeyoung.
Aku hanya mengangguk lemah. Walaupun aku dapat berjumpa dengan cravity tapi aku tak suka aku berjumpa dan bercakap ngan cravity dalam keadaan yang macam ni.
"Awak okay ke ni?"tanya seongmin.
"Ah-okay je."kata aku.
"Jom pergi."ajak serim.
"Sekarang?"
---
Hai readers, anys buat ff baru. And now anys buat ff zombie. Korang rasa ape akan jadi? Nk tahu baca tau...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro