T W E L V E '12'
Kelas 5B
Harini Nayeon still datang sekolah macam biasa.
Sebenarnya dia tak nak pun datang.
Tapi dia takut nanti tiba-tiba Sana datang dia tak dapat jumpa Sana.
Risau betul dia kat Sana.
Nak report polis takut Sana tu sembunyi kat mana-mana je.
Perkara macam ni dah dua tiga kali jugak jadi.
Tapi setiap kali jugak dia risau.
Sana selalu lari rumah tanpa kabar berita lepas seminggu baru balik.
Ntah apa la dia tu buat.
Nayeon terbaring lemah di mejanya.
Dia memandang sebelahnya yang kosong.
Sunyi betul dia takde Sana.
Tiba-tiba dia nampak seseorang berjalan lemah di pintu hadapan kelas.
Nayeon segera bangun dan menuju ke arah yeoja itu.
Dia terus memeluk tubuh yang sangat dirinduinya itu.
"kau pergi mana weh! Lama nya tak jumpa kau!"
Hampir saja air mata Nayeon menitis.
Tapi dia tahan.
Kang tak pasal pasal basah pulak bahu Sana tu nanti.
Nayeon melepaskan pelukannya.
Nayeon pelik.
Sana sedikit pun tak respon bila dia panggil.
Muka Sana pucat, badan dia pun dah kurus sikit.
Selalunya bila balik dari bersembunyi mesti berisi ni lain.
Nayeon menggoncangkan badan Sana.
Sikit pun Sana tak respon.
Badan je kat sini otak ntah kat mana dah.
Ppak!
Nayeon menampar kuat pipi Sana.
Amik kau baru berkelip-kelip mata Sana.
Ingat mati dah.
Sana memegang pipinya dan memandang Nayeon inginkan penjelasan.
"padam muka! Tula kau aku panggil banyak kali buat pekak kenapa? Otak kau dah pergi mana hah"
Amik kau.
Sana mengerdipkan matanya.
"err mian"
Sana seperti baru sedar dari dunia nyata.
Sana cepat-cepat menuju ke tempat duduknya dan pura-pura menulis sesuatu.
Malas nak bersoal jawab dengan Nayeon.
Nayeon yang masih di tempat tadi menuju ke arah Sana.
Meja Sana jadi tempat duduk dia.
Kaki di letakkan di atas kerusinya.
Amboi. Kemain.
Nayeon menarik buku Sana.
Sana memandang tajam Nayeon.
"kau kenapa ni? Apa jadi sebenarnya"
Nayeon dah mula risau.
Sana ni dah kenapa lain macam je dia ni.
Sana tak mempedulikan kata-kata Nayeon.
Sebaliknya dia bangun dari kerusinya dan menolak bahu Nayeon kuat.
Sampai Nayeon terjatuh dari meja.
Ye meja.
Nasib baik lah jugak Nayeon pakai seluar harini sebab pj.
Nayeon menjerit kesakitan.
seluar dia terkoyak. Kaki dia pun berdarah.
Habis seluar dia basah dengan darah.
Kebetulan ada gunting kat atas meja tadi sebab Nayeon tengah gunting kertas tadi.
Gunting tu jatuh atas kaki dia.
So yah.
Pelajar yang kebetulan lalu di kelas itu terdengar jeritan Nayeon dan segera menuju ke arahnya.
Lain bagi sana.
Dia hanya lihat saja dari tepi tanpa apa-apa perasaan.
Pelajar tadi mengangkat Nayeon perlahan-lahan.
Sana terus pergi dari situ.
Dia nak lari dari kelas ni. Serabut tau tak.
Nayeon menjerit memanggil-manggil nama Sana.
Tapi sana tidak mempedulikannya.
Nayeon yang sedang kesakitan dibawa ke bilik guru.
🌼🌼🌼🌼
Kelas 5A
Lisa dan Jisoo macam biasalah tido bila cikgu takde.
Menyempat je.
Yang lain pun senyap sunyi je, dah macam malaikat lalu pulak.
Dorang sebenarnya senyap bukan apa, sebab Saem yang paling dorang tak suka tengah menuju ke kelas mereka sekarang.
Cepat-cepat Chanyeol kejutkan Lisa dan Jisoo.
Kalau Saem tu nampak dorang tido, bukan dorang je kena, satu kelas kena!
Tak sanggup dia nak lari satu padang tengah panas terik macam ni.
Chanyeol menggoncangkan badan Jisoo dan Lisa.
"weh bangunlah!"
Mereka berdua hanya menggeliat.
Marah tido mereka diganggu.
"Saem So min dah nak sampai tu!"
mereka berdua terbangun.
Terus segar mata mereka rasa mengantuk pun dah hilang terus.
Ppak ppak ppak
Perlahan-lahan Saem So min melangkah ke kelas mereka.
"bangunn! Selamat pagi cikgu!"
Chanyeol menjerit.
Disambut pula pelajar yang lain.
"nae nae"
Jawab saem so min malas.
Sampai sahaja di kelas mereka, Saem so min terus melabuhkan diri di kerusinya.
"baiklah harini macam biasa, Taehyung, Irene i want you two to explain about our next chapter"
Terkejut beruk mereka berdua dibuatnya.
Takde angin takde ribut tiba-tiba diattack.
Nila satu benda yang paling mereka tak suka pasal Saem So min.
Datang-datang kelas tiba-tiba nak attack orang patu suruh terang bab yang tak pernah belajar lagi.
Sikit pun dia tak nak terang.
Kerja dia duduk belakang patu tengok je orang terang tak pun main fon.
Tapi kalau dijawabnya tak belajar lagi ke apa ke.
Habislah kena tengkinglah jawabnya.
Dengan yakin mereka berdua tampil ke hadapan kelas.
Irene dan Taehyung ni pelajar yang selalu bersaing dalam kelas.
Masing-masing pandai.
Selalu jugaklah dorang kena ship.
Taehyung pun pernah confess dekat Irene, tapi kena reject.
Frust menonggeng la dibuatnya.
Irene menjeling Taehyung.
Taehyung menjeling balik.
"ok class i will start-"
" ok class i will teach-"
Mereka berdua memandang satu sama lain.
Mula dah perang dunia keseratus.
"aku dululah!"
Irene menengking.
"ah takde takde, kau tu lembab bia aku"
Tanpa memandang sedikit pun Irene dia meneruskan penerangannya.
Irene membaling bukunya pada muka Taehyung.
Menyuruhnya berhenti.
Dengan kesempatan itu Irene terus memulakan percakapannya.
Taehyung tak mengalah, dia menolak Irene sehingga terjatuh.
Taehyung tak mempedulikan Irene dan meneruskan apa yang dia buat tadilah.
Irene bangun dan memeluk tubuhnya.
Kononnya merajuklah dah kalah.
Pelajar yang lain dalam kelas hanya mampu tengok jelah drama kat depan tu.
Tiap hari pun memang camtu, nak buat apa lagi.
Cikgu pun dah fedup. Malas nak kesah. Penat marah banyak kali.
Yelah susah bila orang pandai bergaduh ni, tak pasal-pasal kita yang kena marah pulak.
Jisoo malas nak tengok drama tak berbayar tu buat sakit hati je so dia curi curi tido.
Macam mana? Letak buku kat depanlah acah-acah baca.
Ppum!
Meja jisoo dipukul Saem So min.
Dah 15 minit jugakla dorang habis bentang tadi.
Saem so min pun takdelah bodoh mana. So dia perasanlah Jisoo tido.
Jisoo terbangun.
Pelajar yang lain dah gelabah.
Takut dorang pulak kena nanti.
"berani awak tido masa kelas saya?!"
Jisoo berdiri.
"mian"
Jisoo cepat-cepat bow.
"saya nak kamu berdiri kat luar dengan satu kaki sampai rehat!"
Jisoo redha jelah.
Nasib baik tak suruh berlari.
Takdelah berpeluh dia.
Setakat berdiri satu kaki, nak terbang pun dia boleh buat.
Tibe.
Taehyung memandang Jisoo yang berada di luar kelas.
Perasaan kesian mula beranak di dalam dirinya. (ksjsksks)
Tapi dia tak boleh buat apa-apa.
Or maybe tak nak buat apa-apa pun.
Saem so min hanya meneruskan pelajarannya seperti biasa.
Jisoo yang berada di luar kelas seperti tidak pernah wujud.
🌼🌼🌼🌼
"ahhhh appo!"
Jisoo menjerit kesakitan apabila Lisa menekan nekan kuat kakinya.
Habis kebas kaki dia sejam kena berdiri satu kaki tadi.
Jisoo memandang Lisa tajam.
Lisa memukul kuat kaki Jisoo.
"yahhh!!"
"padam muka!"
"kau apahal!"
"kau yang apahal, asal kau tido tadi. Aku bukan apala, nasib baik kitorang tak kena sekali tau tak! Kalau tak siap kau"
Lisa menunjuk penumbuknya yang kecik tu.
Jisoo menggulingkan matanya.
Hanat punya kawan.
Jisoo berpaling ke arah lain.
Konon merajuk.
Ah buruklah majuk.
Sekarang ni dorang ada kat kelas, konon nak stay bosan duduk rumah.
Lisa memegang bahu jisoo dan memusingkan badannya.
"aloo majuk ke tu"
Lisa buat puppy eyes.
Jisoo tahan gelak.
Ingat comel ke do.
Jisoo menampar muka Lisa.
Lisa memegang mukanya menahan kesakitan.
Speechless dia dengan Jisoo ni.
Jisoo terus berlari keluar dari kelas bersama begnya sebelum Lisa pukul dia balik.
Lisa apa lagi, kejarlah sampai lubang tikus.
Berpusing-psuinglah dorang kat sekolah tu smapai petang.
Tak reti penat ke apa.
🌼🌼🌼🌼
TBC
🖇Jangan lupa vote and comment, kerjasama anda amatlah dihargai😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro