Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

T U J U H B E L A S '17'

Ding dong! Ding dong!

Bertalu talu loceng rumahnya ditekan.

Orang yang menekan tu dah macam ada dendam pulak dekat loceng dia. 

"naee! Camsyimanyo!"

Cepat cepat lisa menuju ke arah pintu rumahnya.

Tak sabar sabar betul tetamu dia ni.

Lisa membuka pintu rumahnya dengan muka tak puas hati.

Terpancullah muka tak tau malu jisoo yang terus meluru masuk tanpa dijemput.

"yahh!"

Lisa menjerit ke arah kelibat jisoo yang dah jauh hilang di dalam biliknya.

Nasib baiklah mak ayahnya takde harini.

Kalau tak bisinglah mak dia pagi pagi memekak.

Lisa berlari menuju biliknya setelah memastikan rumahnya berkunci.

"yahhh!"

Sekuat hati Lisa menjerit.

Jisoo yang sedang baring di atas katil Lisa menutup telinganya.

Kalau tak tutup pekak jadinya.

"yah, jangan jeritlah bising"

Lisa hanya menjeling jisoo.

Dia berjalan menuju katilnya dan duduk di sebelah jisoo.

"kau apahal pagi pagi datang rumah orang memekak ni"

Lisa meluahkan rasa tak puas hatinya.

"aniya, aku nak tanya kau ni"

"tanya apa yang penting sangat ni"

Jisoo segera bangun dari baringnya.

"erm kau kata kita kawan dah lama kan"

Lisa hanya mengangguk.

"aku sebelum ni ada cerita kat kau pasal 'alien' tak"

Lisa mengangkat sebelah keningnya.

"alien? Kau dah kenapa tiba tiba cakap apasal alien ni."

"alahh kau tak kenal alien ke"

"mana lah aku nak kenal, aku tak pernah pulak nak terserempak dengan alien, kalau aku jumpa alien, aku dah takde kat depan kau ni"

Pelik jugak Lisa dengan pertanyaan Jisoo ni.

Tiba tiba tanya pasal alien.

Dia tak pelik kalau Jisoo ni tiba tiba nak cari alien kat bumi ni,

sebab sebelum ni Jisoo pernah ajak Lisa cari dinosour katanya comel nak bela.

Adui.

Jisoo mengeluh.

"ish bukan alien tu, maksud aku ni"

Jisoo menunjukkan sekeping kertas kepada Lisa.

Lisa menyambut kertas itu dengan tanda tanya.

"ha apa ni? Siapa ni? Aku tak taulah weh. Kau tak pernah cerita pulak kat aku."

Semangat jisoo yang membara tadi terus hilang sekelip mata.

"ouh yeke, hm takpelah aku pergi dulu"

Jisoo segera bangun dari katil Lisa.

Lisa menahan Jisoo

"eh kau sukati je main masuk keluar rumah orang"

"habistu aku nak kena bayar pape ke ni"

"ehh bukan jom weh dating"

"malas"

Sepatah jisoo menjawab.

"aloo jomlah~"

Lisa tunjuk muka comel.

Jisoo mengalah.

"yey!"

Terlompat lompat Lisa di atas katilnya.

Tunggu jatuh je.

"aku ajak yang lain jugak tau"

Laju Lisa mencapai telefonnya yang sedang cas.

"yang lain? Siapa?"

Pertanyaan jisoo diabaikan begitu saja.

🌼🌼🌼🌼

XX Mall

5.00 p.m

Seperti biasa, Jisoo orang pertama sampai.

Jisoo yang dahaga menuju ke arah kedai 24 jam yang berdekatan.

Masuk sahaja di dalam kedai dia terus menuju ke arah minuman dan mengambil air mineral.

Disebabkan dia sedang diet, terpaksalah puasa air manis.

Selesai membayar aormya dia duduk di meja yang disediakan.

Dia mengambil telefonnya dan mesej Lisa.

Chingu last seen at 4.40 p.m

You
Aku dah sampai ni. Mana kau.

20 minit berlalu. Mesej yang dihantarnya masih tak dibaca lagi.

Jisoo mengeluh.

Inilah paling dia malas bila keluar dengan Lisa.

Janji melayu.

Jisoo membaringkan kepalanya di meja.

Mengalah dengan apa yang melandanya kini.

Tiba tiba dia merasa seperti seseorang menyentuh bahunya.

Cepat cepat dia bangun dan meminta maaf.

Yelah takut orang nak guna meja tu pulak.

Tak lupa dia juga bow kepada orang itu.

Belum sempat dia pergi, orang tadi sempat memegang tangannya.

Dia mengangkat mukanya ingin melihat siapa orang yang sesuka hati menyentuh dia ni.

"apa kau buat kat sini?"

Terus pertanyaan itu terkeluar dari mulutnya

Apabila dia melihat muka yang sangat dia kenal berada di hadapannya.

"jumpa kau"

Ringkas jawapan orang itu.

Jisoo mengangkat sebelah keningnya.

"betul betul lah taehyung"

Jisoo ragu ragu.

Tak boleh percaya taehyung ni.

Banyak menipu.

Taehyung mengeluh.

"betul lah, tengok tu"

Taehyung menunjuk ke arah luar.

Terkejut Jisoo bila nampak semua orang yang dikenalinya berada di luar.

Cepat cepat dia lari keluar.

"apa korang buat kat sini?"

"dating"

Jawab jennie sambil memegang tangan Rose.

Rose hanya mengangguk.

"aku ikut dorang je"

Kata Suga apabila Jisoo memandang nya lain macam.

"same girl"

Kata Jihyo mewakili Nayeon

Jisoo mengangguk.

Tapi ada seorang manusia yang dia tak paham kenapa ada kat sini.

Dia memandang orang itu dengan penuh tanda tanya.

"Taehyung tarik aku datang"

Taehyung menjeling Suho apabila dirinya dipersalahkan.

Suho mengabaikan jelingan Taehyung seperti orang tak bersalah.

"dah dah yang penting kita dah sampai dah pun, jom kita pergi tengok wayang dulu"

Kata Lisa lalu menarik Jisoo dari situ.

Yang Lain hanya mengikuti langkah mereka.

🌼🌼🌼🌼

Wayang

"ok ok sila senyap ye, so sekarang korang nak tengok cerita apa"

Jisoo melayang layangkan tangannya menenangkan manusia manusia yang berada di hadapannya.

Gaya dia dah macam pemandu pelancong pun ada.

"frozen 3!"

Jawab taehyung sambil menepuk tangan.

Jisoo hanya menggeleng.

"yang lain?"

"aku cadangkan kita tak payah tengok wayang, kita tidur je"

Kata suga.

Semua orang memandang ke arahnya dengan muka tak puas hati.

"annabelle lah"

"taknaklah seram"

"jumanji!"

"transformers!"

"naruto"

"doremon"

Jisoo menepuk tangannya memberi isyarat supaya diam.

Pening Jisoo dibuatnya.

Bermacam macam ragam.

Dah macam budak tadika pulak.

"kita tengok train to busan je senang, sekian"

Ramai orang membantah cadangan Jisoo.

Tapi jisoo tak peduli.

"adu bosanlah tak nak"

"nak tengok kartun"

"takutlah seram"

Jisoo mengeluh.

"ok senang korang beli tiket mana korang nak patu tengok sendiri tamat"

Yang lain hanya senyap dan terima cadangan Jisoo.

"so siapa nak tengok train to busan"

Pertanyaan jisoo diabaikan.

Jisoo mengangguk. Tanda mengalah.

"ok kalau macam tu aku tengok sorang"

Belum sempat Jisoo mahu menuju ke arah kaunter, seseorang menahannya.

"aku nak tengok jugak"

"aku pun"

"ah aku pun nak"

Suho, taehyung dan suga menvolunterkan diri mereka untuk menonton bersama Jisoo.

"kau pandai beli tiket ke tak ni"

Tanya taehyung.

Jisoo hanya menggeleng.

Taehyung menarik tangan Jisoo dan menuju ke arah kaunter.

Suga dan suho hanya memerhatikan mereka.

🌼🌼🌼🌼

TBC

🖇Jangan lupa vote and comment, kerjasama anda amatlah dihargai😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro