Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

T U J U H '7'

Kelas

Lisa POV

"ok class, you may go for your recess and dont forget to submit your work to me before school end thank you"

Terang Sir Namjoon dan segera meninggalkan kelas.

Lapar la tu.

Aku memandang ke arah meja guru.

Aish dia lupa barang dia lagi.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

Nanti Chanyeol la jadi kuli hantar, kesian.

Aku pandang sebelahku.

Haih dia ni tido je keje.

Aku yang sudah tak sabar nak rehat mengejutkan jisoo.

Yelah mana taknya, dari awal sampai habis sir namjoon ajar dia tido je.

Nasib baik sir namjoon tu lupa bawak cermin mata dia.

Kalau tak kena sembur la dia.

Aku menggoncang-goncang badan Jisoo kuat.

Tapi Jisoo sikit pun tak gerak.

Eleh macam la aku tak tau dia buat buat tido.

"yahh! Kim Jisoo! Ireonaa!"

Aku menjerit di telinga Jisoo.

Amik kau tula buat buat tido lagi.

Jisoo yang terkejut menggosok-gosok telinga dia. Bingit!

"yahhh!! Michisseo?!"

Aku memandangnya geram.

"baegopa!"

Aku menghentak-hentak kakiku seperti budak kecil sambil membuat muka kesian.

Jisoo bangun dari tido.

Aku tersenyum.

Dia tido balik.

"ala jomlah rehat harini makanan favourite kau ada tteokbokki"

Aku cuba memujuk. Entah kenapa dia ni bad mood je dari pagi.

Jisoo dengan rela bangun dari kerusi dan menuju ke kantin.

Dia pun lapar sebenarnya, tapi tulah bila ingat kena belanja suga, malas pulak.

Aip aip! Tak baik mungkir janji.

Aku yang teruja berlari ke arah jisoo dan memeluk tangannya.

🌼🌼🌼🌼

Kantin

Sampai sahaja di kantin, barisan pelajar untuk membeli tteokbokki punyalah panjang.

Macam Ular! Maklumlah 2 minggu sekali.

Kalau hari hari nanti sakit perut pulak, pedas.

Jisoo yang baru sampai kecewa.

Tak dapatlah dia beli lagi harini haih.

Lisa di sebelah cuba memujuk.

"alah weh tak pelah takde rezeki, takpe harini biar aku belanja. Kau nak makan apa?"

Jisoo menunjuk ke arah barisan mihun sup.

Lisa mengeluarkan beberapa keping wang kertas dan memberikan kepada Jisoo.

Jisoo berjalan ke arah mihun sup.

Cukuplah tu. Lisa pula pergi beli makanan goreng-goreng.

Sampai sahaja giliran jisoo dia memesan 2 mangkuk mihun sup dan mengangkat sendiri mangkuk itu.

Yela nak suruh siapa pulak angkat kan.

Tiba - tiba ada orang menolaknya dari tepi. Habis tumpah kuah mihun sup di bajunya.

Basah kuyup baju dia. Nasib baik pakai baju kat dalam.

Jisoo memandang orang yang menolaknya.

Namja itu mengangkat kedua dua tangannya tanda tak bersalah.

Tapi jisoo tak puas hati, sebab namja itu tersenyum.

Ye senyum! Senyuman ejekan tu bencinya tengok.

Jisoo bangun.

"yah! What is your problem hah!"

Habislah dah meletop.

Lisa dari jauh terkejut dengar jeritan Jisoo.

Terkedek kedek dia berlari ke arah jisoo.

"mian aku tak nampak tadi, tula pendek sangat"

Namja itu smirk.

Jisoo mengangkat tangannya ingin menampar namja itu tetapi ditahan seseorang.

Jisoo memandang orang itu.

"suga? What are you doing here, jangan masuk campur"

Suga melepaskan tangan jisoo.

Lisa yang baru sampai menarik jisoo dari situ.

"yahh apa kau buat ni malula orang tengok"

Lisa bisik pada jisoo.

"apa kau bisik bisik, biarlah dorang tengok. Pikir aku kesah ke"

Jisoo menepis tangannya dari dipegang lisa.

Lisa baru perasan namja yang menolak jisoo tadi.

Dia berjalan mendekati namja itu.

"kau? Apa kau buat kat sini? Bila kau balik?"

Bertalu talu soalan ditanya pada namja itu.

Namja itu tersenyum

"eh lisa, aku dah lama dah balik mesti kau rindu aku kan"

Namja itu memegang dagu lisa tapi cepat lisa menepis.

"yah suho, kau ni tak bosan ke ah asyik kacau kitorang? Blah ah"

Lisa menghalau.

Suga yang dari tadi jadi pendengar bersuara.

"dia ni selalu kacau korang ke?"

"aah sebab dia lah jisoo jadi macam ni"

Lisa menggenggam tangannya.

Jisoo pelik.

"apa maksud kau?"

"ha? Hahahha takde papelah. Dahlah aku balik kelas dulu malas layan orang gila"

lisa mengelak.

Jisoo yang ingin tahu lebih lanjut mengikuti lisa.

Kini hanya tinggal Suga dan suho di situ.

Suga yang memastikan mereka berdua sudah pergi terus menarik kolar suho.

Suho smirk.

"kau jangan berani nak kacau dorang lagi, kalau aku dapat tahu siap kau"

Suga melepaskan kolar Suho dan berlalu pergi.

Kalau ikutkan nak je dia tumbuk muka suho tadi.

Tapi dia ni pengawas kenala bagi contoh yang baik. Uhuk.

Ekor mata Suho mengikuti suga pergi.

Suho tersenyum lalu tergelak kuat.

"menarik"

🌼🌼🌼🌼

Lisa mempercepatkan langkahnya ke kelas.

Malas nak bertembung dengan Jisoo. Nanti kena soal jawab.

Dahla harini dia boleh pulak jumpa dengan orang yang dia paling benci.

Rahsia pulak hampir terbongkar. Ish serabut!

Tiba tiba Lisa berhenti. Dia menggenggam tangannya kuat.

"haishh! Apahal la dia nak kena muncul sekarang jugak! Semak betul lah! Sh****! Dasar b***!" (sis tak pandai carut so yah)

Lisa menumbuk-numbuk angin. Geram betul dia.

Dia teruskan jalan dengan rasa marah yang masih lagi berapi-api tu.

Jisoo yang sempat mengejar Lisa terus meraih tangan lisa menyuruhnya berhenti.

" apa maksud kau tadi? "

Lisa memandang Jisoo dan menepis tangannya.

"nothing. Ignore it."

Lisa berlalu pergi tetapi ditahan Jisoo lagi.

Tapi kalini jisoo memegang kolar lisa.

Suga yang baru sampai ingin pergi ke arah mereka untuk mengelak dari pergaduhan meletus.

Tapi ditahan Taehyung yang tiba-tiba datang entah dari mana.

Suga memandang taehyung tajam.

"jangan masuk campur. Lagi teruk nanti"

Suga memilih untuk memerhati mereka dari jauh.

Dah ready nak lari kalau tiba-tiba aksi tumbuk-menumbuk terjadi.

"jawab soalan aku! Apa maksud kau?! Siapa suho?! Apa jadi sebenarnya ni? Aku tak pahamlah!"

Jisoo serabut. Serabut dengan semua yang jadi tiba-tiba.

Dia nak hidup aman. Jauh dari semua masalah.

Tapi jadi macam ni pula.

Lisa menggenggam tangan jisoo yang memegang kolarnya kuat.

" i said nothing, nothingla! Apa susah sangat! "

Lisa tolak jisoo kuat. Sampai hampir jatuh Jisoo dibuatnya.

Nasib baik suga sempat sambut.

Taehyung? Dia tercegat je tengok dari tadi.

Ingat show ke apa.

Lisa memandang jisoo sekilas lalu berlalu dari situ.

Dia masih marah dengan suho bukan jisoo.

Ah serabut!

Lisa menyerabutkan rambutnya.

"jisoo, gwaenchana?"

Tanya suga risau.

"nae, nan gwaenchana"

Jisoo bangun dengan bantuan suga.

Dia tak sangka lisa sanggup menolak dia sampai begitu.

Apa rahsia yang besar sangat sampai dia buat macamtu.

Jisoo berlalu pergi ke kelas dengan lemah.

Tapi suga menahan.

"kau betul betul okay ke? Kalau tak okay jom pergi bilik rawatan"

Kata suga sambil memegang lengan jisoo yang lemah tu.

Jisoo menepis tangan suga lembut.

"nae. Aku okay je takpe."

Bila pikir balik yang dia gaduh dengan lisa, makin susah la hidup dia kat sekolah ni.

Dahla dia tak rapat dengan siapa siapa.

Jisoo teringat sesuatu.

Dia berpusing menghadap suga.

"mianhae."

Suga pelik.

"wae?"

"sebab tak belanja kau makan tadi."

Suga tersenyum. Boleh pulak dia ingat benda tak penting tu?

Aduhai jisoo.

"its okay yang penting kau okay. Belanja tu lainkali je lah"

Jisoo mengangguk lalu berjalan menuju ke kelas semula.

Suga yang masih di situ berpusing semula ingin mencari taehyung.

"eh mana dia pergi?"

"ah lantaklah"

Suga malas nak pikir sebenarnya. Taehyung tu dah macam hantu pulak.

Kejap ada kejap takde.

🌼🌼🌼🌼


TBC

🖇Jangan lupa vote and comment, kerjasama anda amatlah dihargai😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro