L I M A B E L A S '15'
Flashback sebelum Jisoo menangis..
Kantin
"jisoo mana?"
Lisa mula membuka mulut setelah menyedari ketiadaan jisoo.
"tandas"
Rosé menjawab sepatah. Dan kembali menikmati makanannya.
tak ingin urusan makannya diganggu lagi.
Lisa memandang kiri dan kanan.
"weh"
Lisa berbisik.
"pe"
Sepatah jennie menjawab.
Malas melayan Lisa.
Lisa menunjuk ke arah tteokbokki Jisoo yang baru dibelinya tadi.
"i'm out"
Jennie laju menjawab.
Tak nak cari pasal.
Lisa memandang Rosé penuh harapan.
"me too"
Lisa memuncungkan mulutnya.
"fine!"
Laju Lisa mencapai tteokbokki Jisoo dan makan dengan geram.
Jisoo yang baru balik dari tandas terkejut melihat Lisa makan tteokbokki dia.
"yah!"
Jisoo menjerit tanpa sedar.
Satu kantin melihat ke arah mereka. Rasa malu dah tak dirasai lagi.
Lisa yang sedang makan terkejut beruk.
Matanya membulat.
Tangan digoyang-goyangkan tanda tidak bersalah.
Air mata Jisoo mula menitis.
Laju kaki diarahkan ke taman sekolah.
Lisa, Jennie dan Rosé sudah mula cuak dan terkaku macam batu disitu.
Rasa bersalah mula menguasai Lisa.
🌼🌼🌼🌼
Lisa yang dah macam kucing hilang anak melihat ke kanan dan ke kiri dari tadi.
"weh macam mana ni"
Tak senang duduk dibuatnya.
Takut Jisoo marah padanya.
Jisoo sekali merajuk bulan depan baru dapat pujuk.
Lagi-lagi kalau pasal makanan.
Jennie yang sudah mula menyampah dengan perangai Lisa mula jeling Lisa macam nak telan.
"k-kau pahal pandang aku camtu"
"siapa suruh kau makan tteokbokki dia, kau tau kan dia tak suka"
Jennie mula berkerut.
Rasa nak lempang je muka Lisa sekarang ni.
Adui.
Lisa memuncungkan mulutnya.
"aku nak rasa je"
Lisa menundukkan mukanya.
Rasa sedih sebab dipersalahkan begitu.
"ish dah dah, sekarang baik kita pergi cari jisoo, dia dah la tak makan lagi. Kalau kena gastrik lagi macam mana?"
Rosé mula bersuara.
Mereka berdua akur dan mula bangun ingin mencari Jisoo.
Risau juga dibuatnya.
🌼🌼🌼🌼
Rosé, Lisa dan Jennie mula mencari Jisoo di satu sekolah.
Tapi tak jumpa.
Tempat favourite dia pun takde.
" mana jisoo ni? Takkan dah balik"
Jennie mengeluh.
Penat berlari kesana-sini dari tadi.
Peluh sudah mula membasahi dahi masing-masing.
Mereka mula mencari tempat untuk berehat.
Tiba-tiba Lisa mendapat idea.
"aku tau dia kat mana!"
Rosé dan Jennie yang sedang duduk tadi segera bangun mendekati Lisa.
"odi?"
Tanya mereka serentak.
Namun soalan mereka dijawab dengan senyuman penuh makna dari Lisa.
Lisa berlari menuju tujuan rahsianya.
Walaupun keliru, tapi Rosé dan Jennie tetap mengikutinya.
"yah! Kaciga!"
🌼🌼🌼🌼
Sampai sahaja di tujuan yang Lisa beritahu itu.
Mereka bertiga terus mencari tempat untuk duduk.
Penat jugak kejar si kaki panjang Lisa ni.
"k-kau ni c-cepat sangatlah"
tercungap-cungap Rosé dibuatnya.
"ish apa apa jelah hah mana Jisoo nya"
Jennie mahu segera menemui Jisoo.
Lisa menunjuk ke arah seseorang.
cepat-cepat mereka berdua berpaling.
Lisa yang terlampau confident tersenyum sorang-sorang tanpa berpaling pun ke arah yang dia tunjuk tadi.
manakala Rosé dan Jennie dah terkejut beruk.
"weh!"
"hah apa apa adakan dia MUAHAHA"
Lisa masih lagi tersenyum. bangga betul.
Rosé memukul bahu Lisa dan membuatnya mengerang kesakitan.
"yah! apani"
Lisa tak puas hati.
"kau tengok dulu kau tunjuk apa sekarang."
Lisa pun berpaling ke arah yang ditunjuknya tadi.
terkejut beruk jugaklah dia.
Jisoo dengan Suho duduk sama sama.
omagad berita besar!
paling mengejutkan bila Jisoo menangis sebelah dia.
Apakah yini?!
Lisa mahu menuju ke arah Jisoo tetapi dihalang oleh Jennie.
Lisa memandangnya dengan tanda tanya.
"tak yah kacau dorang, nanti kita tanya Jisoo."
mereka berdua mengangguk dan berlalu dari situ.
🌼🌼🌼🌼
Kelas
Jisoo yang baru tenang dan mula berhenti menangis perlahan-lahan masuk ke dalam kelas.
Dia takut tak sempat pulak masuk kelas nanti, dahla lepas rehat masa Saem Park.
lepas sahaja Jisoo duduk ditempatnya, Lisa mula menyerangnya dengan pelbagai soalan.
dah macam wartawan gayanya.
"yah kau pergi mana tadi? kau tau tak kitorang risau. kau makan ke tak tadi? kalau kau kena gastrik lagi macam mana! asal kau dengan mamat poyo tu tadi? ke korang ada pape belakang kitorang ni."
Soalan terakhir Lisa menarik perhatian Jisoo.
"bwo? mamat poyo? sape?"
Jisoo keliru.
dia teringat sesuatu. aduh habislah dorang nampak.
Jisoo mula berpura-pura buat benda lain.
"suholah! sape lagi"
Lisa perasan akan Jisoo yang tengah ignore dia sekarang.
"yah kau dengar tak ni"
Lisa menarik-narik Jisoo supaya menghadapnya.
tapi Jisoo mengelak.
keadaan tarik-menarik itu diselamatkan bila Saem Park dah masuk kelas dan mula mengajar.
Lisa masih tak berpuas hati.
'siap kau balik nanti'
Lisa mengeluarkan buku dari begmya dan menghentak kuat bukunya di meja sambil memandang ke arah Jisoo.
Saem Park memandang Lisa tajam.
Lisa kecut perut.
"mian saem.."
Saem Park menggelengkan kepalanya dan mula sambung pengajarannya tadi.
sepanjang persekolahan, mata Lisa tak lepas dari memandang tajam ke arah Jisoo.
Tapi jisoo tidak menghiraukannya.
🌼🌼🌼🌼
Balik sekolah
Jisoo cepat cepat kemas barangnya.
Dia nak cepat cepat balik, malas nak bersoal jawab dengan Lisa, Jennie dan
Rosé.
Lisa yang terkejut melihat Jisoo sudah pun keluar dari kelas masa dia tengah bertanya sesuatu pada cikgu tadi cepat cepat mengambil begnya dan berlari ke arah Jisoo.
malang sekali, kelibat Jisoo sudahpun hilang dari pandangannya.
"WEHHHH!"
Terkejut Lisa dibuatnya.
muncullah dua ekor beruk, eh bukan bidadari di depannya.
"MANA JISOO?!"
tanya Rosé.
Jennie dan Lisa memandang Rosé tak puas hati.
"kalau ye pun, tak payah lah jerit, tak malu ke orang tengok."
Rosé memandang sekelilingnya.
semua pelajar sedang memandang ke arah mereka.
cepat cepat dia ambil beg dan menutup mukanya.
"tau pun malu"
"hehe mian"
Terkedek kedek Rosé berjalan konon tak nak orang kenal dia.
"kau dah kenapa"
"aku tak nak jadi pemes, nanti banyak fans,sasaeng lah apa lah"
Jennie dan Lisa tidak menghiraukannya.
malas nak layan.
aduhai. :p
"so mana jisoo"
tanya Jennie.
sebelah kening diangkat sambil berpeluk tubuh.
gayanya dah macam polis pulak.
"terlepas lah apa lagi."
Jennie menggeleng.
"esok kita kena pastikan kita orang first sampai sekolah"
Jennie memandang Lisa dengan penuh semangat.
"nae"
"kbye balik luh"
mereka bersurai. kecuali.
Rosé.
Rosé mengangkat beg yang menutup mukanya.
"eh mana dorang? yahhh! kacigaaaa!"
Rosé berlari menuju ke arah Lisa.
yelah. rumah dorang arah yang sama.
🌼🌼🌼🌼
Masa yang sama
Jisoo yang sedang menyorok dibelakang tong sampah tadi keluar dari tempat persembunyiannya.
Jisoo melepaskan nafas lega.
" nasib baik.. "
Laju dia melangkah ingin keluar dari sekolah,
Tiba-tiba seseorang menarik begnya dari belakang.
Dan dia pun terikut kebelakang sekali lah apa lagi.
Sikit je lagi kepala dia nak cium tanah, nasib orang yang tarik dia ni reti nak tangkap.
Kalau tak memang kaki Jisoo dah melekat kat kepala orang ni ha.
Cepat je orang tu tolak Jisoo supaya dia berdiri.
Tak sempat dia nak tengok siapa tarik dia.
Jijik betul ye dia dengan Jisoo. Uhuk.
Jisoo cepat cepat berpaling.
"ka-!"
Belum sempat Jisoo cakap apa apa,
Orang yang berada di hadapannya ini laju menekup mulutnya dan mengheretnya ke satu lorong.
Namja itu pandang ke kiri dan ke kanan.
"senyaplah sikit, memekak lah kau ni"
Bisik namja itu perlahan.
Jisoo pelik.
'dah kenapa bisik-bisik pulak ni'
"kau dah kenapa bisik-bisik"
Namja itu mengeluh.
"aku lari dari detention class lah, kang kau memekak, Saem Park taulah nanti"
Terang namja itu.
Jisoo mengangguk tanda faham.
Jisoo tersedar sesuatu.
Cepat cepat dia bercekak pinggang.
Dah macam mak nak marah anak pulak.
"kau dah kenapa tarik tarik aku, ingat aku lembu ke main tarik tarik"
Jisoo memeluk tubuhnya dan memandang namja itu tak puas hati.
Namja itu mengeluh.
Dia menghulurkan sesuatu.
Jisoo terkejut.
Dia meraba lehernya. Baru dia perasan dia kehilangan sesuatu.
rantai pemberian ibunya.
Dia cepat cepat mengambil barang itu dari namja itu.
"mana kau dapat ni?!"
"woahh, lek lah aku jumpa masa kau nangis haritu, nasib baik aku kutip. Kalau tak dah masuk tong sampah dah"
Jisoo rasa bersalah kerana memarahinya.
"ouhh.. Miann"
"gwaenchana"
Suasana sunyi menyapa mereka seketika.
Awkward pulak.
Namja itu berdehem.
"btw, kau okay ke? Yelah haritu kan kau err... Ehem"
Namja itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"err.. Ok je thanks tanya, erm aku balik dulu.."
Jisoo cepat cepat melangkah mahu lari dari suasana janggal itu.
Namja itu memerhatikan Jisoo dari jauh.
Tiba-tiba jisoo berhenti dan berlari semula ke arah namja itu.
"gomawo Suho"
Jisoo senyum selebar-lebarnya.
Dan pergi dari situ.
Suho terkaku.
Dia masih cuba memproses apa yang sedang terjadi.
🌼🌼🌼🌼
TBC
🖇Jangan lupa vote and comment, kerjasama anda amatlah dihargai😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro