E I G H T T E E N '18'
Wayang
Selesai membeli tiket jisoo terus berjalan ke arah salah satu kerusi yang disediakan di situ.
Lenguh pulak kaki menunggu baris yang panjang tadi.
Suga dan Suho berjalan mendekati Jisoo.
Taehyung pulak pergi beli makanan dulu.
Suga terus melabuhkan diri di sebelah Jisoo.
Suho pulak dengan senang hatinya merampas tiket dari tangan Jisoo.
Jisoo hanya menjeling.
Dia tak nak bertekak tengah tengah orang ramai ni.
Suho bukan apa, dia nak cek la kerusi kat mana.
Dia tak nak duduk tepi, tak best katanya.
Tak nak jugak duduk bawah sangat nanti kena sepak.
Atas sangat pun tak nak, tak feel nanti.
Selesai buat 'spotcheck' kat tiket tadi, dia mengangguk angguk kan kepalanya tanda setuju.
Dia menyerahkan kembali tiket itu kepada Jisoo.
Jisoo menyambut dengan muka menyampah.
Selesai Taehyung beli makanan, mereka pun masuk bersama sama.
🌼🌼🌼🌼
6.45 p.m
Suga yang dari tadi khusyuk tengok cerita terganggu bila merasa ada pergerakan disebelahnya.
Terpancullah muka Jisoo yang dah tersandar di bahu Taehyung.
Ngantuk sangatlah tu.
Taehyung pun biarkan je Jisoo sandar di bahu nya.
Suga merengus.
'banyak banyak orang si taehyung ni jugak dia nak sandar, aku ni kan ada sandarlah kat aku'
Tiba tiba Jisoo mengigil kesejukan.
Pantas Suga mencabut jaketnya dan membaluti tubuh Jisoo.
Tak sempat Taehyung nak beri jaket, Suga lebih pantas.
Suga tersenyum kemenangan.
Keningnya diangkat angkat.
Taehyung hanya menjeling dan merampas popcorn dari tangan Suga.
Suho yang berada disebelah Suga hanya menggeleng.
'childish' fikirnya.
🌼🌼🌼🌼
8.00 p.m
Suho, Suga, Taehyung dan Jisoo berjalan beriringan keluar dari wayang setelah tamat 'menyaksikan' cerita tadi.
Jisoo yang baru bangun dari tido menguap seluas luasnya.
Tiga jejaka yang berada disebelahnya tak dipedulikan.
Tadi pun hampir sahaja jisoo jatuh, nasib Suga dan Taehyung sempat sambut.
Teruk betul ngantuk dia ni.
Mereka berempat terserempak dengan yang lain yang baru sahaja tamat menonton cerita tadi.
Rose yang ternampak mereka berempat segera berlari ke arah mereka.
"best tak cerita tadi!"
Rose bertanya riang.
Mereka berempat hanya memandang satu sama lain.
Tak tau nak jawab apa.
Bukan apa takde siapa pun yang fokus tengok cerita tadi.
Jisoo sibuk tido, Suga dan Taehyung sibuk sangat bergaduh sebab Jisoo. Suho pulak main fon dalam wayang.
Jisoo menggaru kepala nya yang tak gatal.
"err best"
Yang lain pula hanya mengangguk setuju.
Rose yang perasan situasi yang agak awkward tu terus mengajak mereka untuk makan bersama.
🌼🌼🌼🌼
Selesai mengenyangkan diri, mereka semua bercadang untuk bermain arcade.
Yess sudah semestinya cadangan dari Jisoo.
Dan juga sudah semestinya semua setuju.
Tapi..
Ada satu manusia yang tak pernah nak sehaluan dengannya.
"aniya aniya tak naklah arcade bosan'
Jawab suho sambil memeluk tubuhnya.
Hancur berkecai harapan Jisoo yang dah 4 bulan tak main arcade sebab exam.
Jennie, Lisa, Rose, Jihyo dan Nayeon memandang Tajam Suho.
Bersatu hati tak puas hati lah apa lagi.
Suho hanya membuat muka tak bersalahnya.
Sambil berharap ada seseorang yang akan bersetuju dengannya.
Tapi hampa semua tidak mengendahkannya.
Berdiri macam patung cendana lah dia kat situ.
Menunggu attention dari orang lain.
Memang tak cukup kasih sayang dia ni.
Taehyung yang malas nak bergaduh berjalan mendekati Jisoo dan menariknya masuk ke dalam arcade.
Yang lain hanya mengikuti mereka.
Suho yang ditinggalkan hanya mampu berdiri dan memproses apa yang baru terjadi.
'adakah dia baru saja di ignore tadi?'
🌼🌼🌼🌼
Masuk sahaja dalam arcade tu Jisoo dah terlompat lompat macam katak.
Seronok betul dia.
Selesai sahaja membeli token, Jisoo yang terlebih teruja tu pantas menarik tangan Suga dan Taehyung menuju salah satu permainan di situ.
Mereka yang terkejut hanya mengikuti.
Jisoo mengajak mereka bermain bola jaring di situ.
Dia bukan apa dia dah lama nak kalah kan orang lain dalam game ni.
Dia nak buktikan orang pendek pun boleh menang ok!
Kalau dia ajak Jennie, Lisa dan Rosè, bosanlah sebab dia dah banyak kali menang lawan diorang.
Jisoo memandang mereka berdua dengan semangat yang membara.
"ok siapa yang kalah game ni kena buat satu dare yang aku akan cakap nanti"
Kata Jisoo Sambil tergelak dalam hati.
Dia menghulur jarinya mengajak mereka buat pinky promise.
Dia dah fikir rancangan jahat untuk mengenakan mereka.
Suga dan Taehyung mengangguk dan menyambut pinky promise dia tu.
Nak tunjuk beranilah apa lagi.
Mana boleh mengalah.
Ego kena tinggi.
Tapi tulah dah kalah pun.
Dengan persaingan yang sengit, Jisoo menang dengan 18-25-19.
Jisoo terlompat lompat keriangan.
Dia tak sangka pulak diorang berdua ni noob betul dalam game macam ni.
Memang beruntung dia harini.
Sekarang rancangan jahatnya bermula.
Jisoo tersenyum jahat.
"ok now the dare is..."
Dia memandang suga dan taehyung silih berganti.
"korang kena peluk sesama sendiri!"
Jisoo ketawa kuat.
Orang lain yang memandangnya pelik tak dipedulikan.
Yang penting sekarang ni, musuh terabadi sepanjang dia sekolah ni kena berpelukan depan mata dia.
How lucky she is.
Kalau pelajar lain nampak ni, konpem jatuh maruah.
Manakala Suga dan Taehyung pula dah balas membalas jelingan mata gitu.
Taehyung yang tak puas hati berpaling ke arah jisoo dan memegang bahunya yang sedang terjengket jengket(?) sebab ketawa kuat tu.
" yahh aniya aku tak nak, geli lah"
Taehyung memandang suga jijik.
Suga hanya menunjuk jari tengah.
Jisoo berhenti gelak. Pandangan maut dihadiahkan kepada Taehyung.
"promise is a promise"
Taehyung mengeluh.
Dia tau kalau dia lari sekarang, 10 tahun kemudian baru jisoo akan cakap dengan dia.
Jadi dia terpaksa.
Badan Suga ditariknya sekuat hati dan memeluknya dengan kasar.
Tak sampai 5 saat, dia menolak Suga dari pelukannya.
Nasiblah Suga ni pandaiseimbangkan badan, kalau tak bontot dia dah cium lantai dah.
Suga hanya mampu menahan amarahnya dari meletus.
'sabar suga sabar'
Jisoo pula bertepuk tangan dan tergelak kuat.
Dia berjalan menuju ke arah game lain sambil tergelak.
Mereka berdua pula hanya mampu menahan malu bila orang lain melihat ke arah mereka.
🌼🌼🌼🌼
Jisoo yang sedang fokus memandang ke kiri dan ke kanan tiba tiba berhenti.
Suga dan Taehyung yang berada di belakangnya tadi terjatuh akibat 'break' mengejutnya tadi.
Mereka berdua memberi Jisoo pandangan maut.
Tak pasal pasal lebam je bontot ni nanti asyik jatuh.
Jisoo berpaling dan menunjuk ke arah sesuatu dengan wajah teruja.
"bwo?"
Serentak mereka menjawab.
Jisoo tergelak.
Mereka berdua memberi muka menyampah.
"korang pandai main tu tak?"
Cepat cepat mereka menggeleng.
Tak mahu terjerat dengan perangkap Jisoo lagi.
Jisoo pout.
Kemudian tersenyum balik.
Dia memandang Suga dengan senyuman yang menakutkan.
"kau hutang aku"
Terus Jisoo menarik tangan Suga menuju ke arah mesin itu.
"yah yah! Lepas lah"
Terjerit jerit Suga disitu.
Jisoo bukan apa dia sangat mengiginkan salah satu anak patung yang ada kat situ.
Dah alang alang Suga tak buat dare lagi, dia kena ambil kesempatan ni.
Jisoo menolak Suga mendekati mesin itu.
Suga hanya mengikuti dengan rasa paksa rela. Terpaksa tapi rela gitu.
"ha bwo bwo apa kau nak"
Jisoo memandang Jisoo tak puas hati.
Dia baru je bercadang nak lari dari Jisoo, dah kena tarik pulak.
Jisoo membuat muka comel sambil menunjuk ke arah satu anak kunci pikachu.
Dia dah lama nak benda tu tapi malangnya dia tak pandai main benda tergantung ni.
Suga mengeluh tapi masih mendekati mesin itu.
"benda ni senang jelah nak main"
Suga smirk. Nak tunjuk prolah.
Dia pun mula memasukkan token.
Kali pertama cuba, patung itu terlepas.
"err apa masalah mesin ni"
Kata Suga
sambil menggaru kepalanya dan menunjukkan senyuman kambingnya.
Kali kedua mesin tu terkedepan sangat pulak.
Kali ketiga dapat, tapi patung lain pulak.
Kali keempat dia terlepas patung tu.
Sekali sekala dia mengetuk ngetuk mesin tu supaya patung tu jatuh.
Tapi tak jadi.
Satu demi satu duitnya hilang begitu saja main benda tu.
Dia menggoyang goyangkan mesin itu melepaskan geram.
"benda ni scam la, habis duit aku"
Jisoo mengeluh.
"gwenchana, lainkali jelah"
Jisoo ingin berlalu pergi, tapi taehyung yang dari tadi hanya memerhati menariknya semula.
Taehyung menolak Suga ke tepi.
Dengan sekali cubaan dia terus dapat patung yang Jisoo inginkan.
"kalau dah pandai sangat main tu kenapa tak main dari tadi, buat habis duit aku je"
Suga memandangnya tak puas hati.
Taehyung hanya menjelingnya.
Dia mengambil patung itu dan menyerahkannya pada Jisoo.
Dia tersenyum bangga.
Jisoo yang gembira terus memeluk Taehyung
"gomawo"
Kata Jisoo sambil menghadiahkan senyuman gummynya.
Dia berlari ke arah Jennie, Lisa Dan Rosé untuk menceritakan apa yang terjadi.
Suga masih menjelingnya dari tadi.
Taehyung pula cuba berlagak biasa dan berjalan ke arah mereka.
Suga mengikuti dari belakang.
Tapi tiba-tiba dia teringat sesuatu, mana Suho?
🌼🌼🌼🌼
TBC
🖇Korang team mana? Taehyung? Suga? Ke Suho? Let me knoww ehek
🖇Jangan lupa vote and comment, kerjasama anda amatlah dihargai😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro