E I G H T '8'
Lokasi dirahsiakan
Seorang namja menekan butang mic untuk bercakap dengan juniornya yang kini menjadi partner dia.
"kyungsoo, sila masuk bilik saya sekarang"
"baik Tuan! "
Butang merah yang ditekan tadi dilepaskan.
Kaki diletakkan di atas peha. Kopi yang disediakan dihirup rakus.
Dia tak hirau dengan rasa panas yang menyebabkan bibirnya melecur.
Biasalah, dia memang peminat tegar kopi. Segala jenis kopi dah dirasainya.
Panas panas pun boleh minum. Maybe dia takde deria panas kot.
Kyungsoo yang terkejut menerima arahan itu segera ke bilik 'bosnya'
Namja tu lebih tinggi pangkat dari dia so macam bos la jugak.
Baju di badan dibetulkan dahulu sebelum masuk. Tak nak nampak selekeh depan sunbaenya.
Takut nanti kena marah pulak. Haih.
Tok tok tok
Pintu diketuk dahulu sebelum masuk. Sunbaenya memang pantang orang masuk tak ketuk pintu ni.
So kena lah buat apa yang disuruh.
"masuk"
Kyungsoo berjalan ke arah sunbaenya yang sedang menikmati kopi buatannya.
Dia mengangkat tangan tanda hormat. (macam polis buat tu)
"ye Tuan? Ada apa?"
Sunbaenya meletakkan cawannya di meja.
Badan di sandarkan kebelakang.
"saya nak kamu cari maklumat dan latar belakang seseorang"
Kata namja itu serius.
"boleh tuan! Tapi siapa? "
Kyungsoo curious. Siapa pulak orang yang dah tarik perhatian sunbae dia ni.
Penjenayah baru ke?
"kim junmyeon a.k.a Suho. Find everything about him. Jangan tinggalkan apa apa. Kucing dia warna apa pun cari jugak. Dia pakai spender jenama apa pun cari. Everything is a clue, dont left anything behind, arasso?"
Kata namja itu sambil mengangkat keningnya sebelah.
"nae! Saya akan cari semua tentang dia hari ni juga"
Namja misteri itu memandang tepat ke anak mata kyungsoo.
Mulalah kyungsoo gelabah.
Mata yang tadi memandang ke arah sunbaenya kini memandang ke arah lantai yang kosong tanpa habuk.
Namja misteri itu tergelak sambil menepuk kedua belah tangannya.
Kepala yang ditundukkan tadi terus diangkat memandang namja dihadapannya.
Kyungsoo pelik. Salah ke dia cakap tadi?
"hahahaha bagus bagus. Semangat macam ni saya nak. Baiklah kamu boleh pergi"
Seronok betul dia menyakat junior dia yang satu ni.
Kyungsoo bow pada namja itu dan berlalu keluar dari pejabatnya.
🌼🌼🌼🌼
Markas rahsia
Suho mengambil kunci rahsia di belakang gambar arwah ayahnya dan berjalan menuju mejanya.
Suho membuka laci yang berkunci di mejanya dan mengambil satu kotak kayu yang agak usang.
Kotak kayu itu menggunakan kata laluan rahsia yang hanya diketahui suho untuk membukanya.
Selesai suho meletakkan kata laluan itu satu persatu kunci di kotak kayu itu dibuka.
Dia duduk di kerusinya.
Suho mengeluarkan sekeping gambar dia bersama ayahnya. Ketika itu dia masih berumur 10 tahun.
"pa, myeon dah jumpa anak pengkhianat tu pa, dia dah tak boleh lari dah"
Perlahan-lahan air mata suho menitis di pipi. Suho mengelap air matanya perlahan.
Dia kena kuat.
Suho melihat semua barang lama ayahnya yang masih dia simpan sehingga sekarang.
Tak sampai hati dia nak buang semua barang tu.
Barang-barang itu dah macam harta bagi dia.
Dia ternampak barang kesukaan ayahnya iaitu bola besbol.
Dulu dia selalu main besbol dengan ayah dia.
Tapi lepas ayah dia takde, takde siapa dah nak teman dia main.
Mak dia? Dah lari ikut jantan lain. Mak dia hantar duit je untuk sekolah.
Bila dia buat masalah baru nak pura pura kesah datang sekolah.
Sebabtu dia selalu buat masalah. Dia perlukan kasih sayang. Tapi tak dapat.
Adik beradik? Dia tak pernah ada satu pun.
Sedara lain? Diorang tak pernah kesah dia mati ke hidup. Janji diorang bahagia.
Suho meletakkan kembali semua barang tadi dan mengunci laci itu semula.
Suho membuka telefonnya dan melihat gambar jisoo.
"aku akan pastikan kau terseksa"
🌼🌼🌼🌼
Jisoo datang awal sekolah harini.
Dia tak nak terserempak dengan Lisa kat bus stop.
Tapi nanti duduk sebelah jugak. Aduyai.
Sampai je kelas jisoo terus membaringkan kepalanya tanpa melepaskan begnya.
Kelas dah mula dipenuhi pelajar Lisa pun dah sampai sekolah.
Tapi bila setiap kali Lisa cuba nak bercakap dengan jisoo dia akan mengelak.
Pura-pura bercakap dengan orang lain lah, tido lah, buat kerja lain lah apa lah.
Ego setinggi Klcc. Lisa mampu tengok jelah.
Lisa dah giveup so dia biarkan je Jisoo macam tu.
"bangunn!"
Chanyeol memberikan arahan.
Muncullah Saem Leehi bersama seorang pelajar perempuan dibelakangnya.
Wuuu ada pelajar baru.
Mulalah buaya-buaya berbunyi.
"peewitt!"
"lawa gila!"
"helo awak nak number"
"awak kapel jom ehek"
"awak nama apa tuuu"
Ppak!
Saem Leehi mengetuk meja guru kuat menggunakan rotan panjangnya.
"kemain kamu eh, tak payah nak gatal sangat spender pun mak beli nak ngorat orang. Kamu jangan berani berani nak kacau budak baru ni eh kalau saya tau siap kamu!"
Saem Leehi memberikan amaran sambil menjengilkan matanya.
Semua kecut.
Terdiam terus.
Terus semua duduk di tempat masing-masing.
Saem Leehi meletakkan bukunya di meja dan duduk di kerusinya.
" ok kamu boleh kenalkan diri"
Pelajar baru itu mengangguk faham.
"annyeong, jeonan Park Chaeyoung imnida. Boleh panggil Rosé je kamsahamnida"
Rosé senyum dan bow pada satu kelas.
"ok Rosé, kamu boleh duduk di sebelah Jihyo"
Saem Leehi bercakap sambil menunjuk ke arah Jihyo.
"nae"
🌼🌼🌼🌼
Rehat
Harini jisoo kena rehat soranglah nampaknya.
Jisoo saja cepat-cepat pergi rehat. Dia tinggalkan lisa yang tengah buat kerja yang Saem Henry bagi.
Buat pertama kalinya Jisoo jalan sorang-sorang pergi kantin.
Sampai sahaja di kantin, Jisoo terus membeli makanan.
Tapi nasib tak menyebelahi dia, tempat duduk takde!
Terangkat-angkat kepala Jisoo mencari tempat duduk.
Dia perasan Lisa sedang melambai-lambai ke arahnya.
Tapi dia buat-buat tak nampak.
Jihyo yang entah dari mana memeluk lengan jisoo.
Jisoo memandang jihyo yang tengah tersenyum kambing tu.
Ingat lawa ke.
"weh jom rehat dengan aku, aku nak kenalkan dekat kawan baru aku"
Tanpa sempat jisoo menjawab, jihyo dah menarik jisoo ke mejanya.
Jihyo duduk di tempatnya.
Tapi jisoo masih lagi berdiri seperti patung cendana.
Dah kenapa pulak ni.
"kau pahal, duduk la nak kena jemput jugak ke, ha jemput duduk tuan puteri"
"tch"
Jisoo berdicit dan terus duduk di sebelah yeoja yang tidak dikenalinya.
"ha kenalkan ni kau dah kenal kan Rosé"
Jihyo menunjuk ke arah Rosé yang sedang khusyuk menikmati makanannya.
Rosé terus berhenti makan bila dengar jihyo kenalkan diri dia kat jisoo.
"annyeong"
Jisoo mengangguk.
"nae annyeong"
K awkward.
Jihyo menggeleng. Dia terus menarik kedua dua tangan mereka berdua dan menyuruh mereka salam sesama sendiri.
"tu pun susah ke"
Mereka berdua tersenyum kelat.
"k yang ni pulak jennie, bff Rosé dia kelas sama dengan Suga"
Jisoo memandang jihyo.
"no one asks"
Dia menggulingkan matanya.
Jennie kecil hati.
Jisoo perasan.
"eh ani ani bukan kau, i mean someone else. Hahaha annyeong i'm jisoo"
Jennie tersenyum sehingga menunjukkan gigi arnabnya.
"nae! Annyeong"
Mereka bersalam.
"dah cukup sesi kenal kenal bagai. Aku nak makan lapar"
Ada sorang lagi yeoja di sebelah jihyo.
Dorang dah saling kenal so takdelah kenalkan diri bagai.
Yeoja itu terus makan dengan gelojohnya.
Habis makanan mereka berempat dia curi.
Nampak sangat lapar tu.
Jisoo yang berada di hadapanya bersuara.
"kau ni dah macam tak makan sebulan pulak, Saem Hyun Jae buli kau lagi ke"
Jisoo menahan ketawanya.
Yeoja itu tersedak.
Cepat - cepat Rosé menghulurkan air padanya.
Yeoja itu menyambut air daripada Rosé.
"kau ni tersedak aku tau tak! Tak payahlah sebut nama dia, nyampahlah"
Nayeon menjeling Jisoo.
Jennie dan Rosé blur dengan apa yang terjadi.
Clueless di situ.
Mereka bertiga yang perasan hanya tergelak.
Muka dorang lawak sangat.
"kalau kau nak tau, Saem Hyun Jae tu suka Nayeon ni ha"
"aaah tu yang dia selalu suruh Nayeon je buat macam macam nak jumpa dia selalu la tu"
Jihyo dan Jisoo tergelak kemudian bertepuk tangan sama-sama.
Nayeon menghentakkan sudunya di meja.
"yah!"
Nayeon menjerit.
Geram dengan mereka berdua.
Nak je dia ketuk kepala mereka dengan sudu besi ni.
Mereka semua gelak jelah.
Nak buat apa lagi.
🌼🌼🌼🌼
TBC
🖇Jangan lupa vote and comment, kerjasama anda amatlah dihargai😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro