Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

:🔱/ ᴡᴡ.ᴇᴘ30

Bunyi kicauan burung membuatkan dua pasangan ini tersedar dari tidur mereka.

"Good morning, beautiful." Kata Jeno

Ayoung yang membelakangi Jeno memusingkan badannya dan membenamkan mukanya di dada bidang Jeno.

"Look at me." Arah Jeno

Ayoung membuka matanya dan memandang anak mata Jeno.

"Your eyes…." Jeno memegang pipi Ayoung dan memandang mata Ayoung yang berubah kepada warna kuning keemasan.

"Is it bad?" Tanya Ayoung dengan kerisauan

"Beautiful." Kata Jeno dan pipi Ayoung mulai merah

Ayoung hanya diam dan membiarkan Jeno menenungnya namun lama kelamaan pipinya kian memerah menyebabkan Ayoung terlalu malu.

Ayoung terus bangun dan lari masuk ke dalam bilik air.

"Kiyowo." Kata Jeno lalu tergelak kecil

Jeno berkumpul dengan Dreamies di bilik mesyuarat.

"Ada apa Alpha?" Tanya Mark

"Ada apa-apa berita dari kelompok Yeonjun?" Tanya Jeno

"Buat masa ni mereka tak buat gerak apa-apa lagi." Kata Haechan

"Seperti mereka membuat perancangan." Kata Jaemin pula

Jeno hanya mengetukkan tangannya di atas meja dengan muka yang serius.

TOK TOK TOK

Jeno memandang ke arah pintu dan Chenle membuka pintu itu.

"Jisung?" Kata Chenle

Jisung tanpa banyak soal masuk ke dalam dan terus duduk di sebelah Jeno.

"Jisung, kau tak sepatutnya-" kata Renjun sebelum Jisung memintas

"Jisung dah besar. Jisung nak sertai juga." Kata Jisung dan dia memandang Jeno dengan penuh harapan agar Alpha itu membenarkannya

Kadang-kadang Jisung agak rimas diperlaku seperti kanak-kanak oleh hyungs-nya.

"Jeno-" kata Mark namun Jeno kemudiannya bersuara

"Kau boleh sertai Jisung. But, hyung takkan benarkan kau sertai mana-mana peperangan." Kata Jeno

Jisung senyum dengan lebar.

"Ok so, kita bincang pasal apa ni?" Tanya Jisung dengan teruja

"Dah habis bincang dah. Kau lambat." Kata Chenle

"Tipu!!" Jerit Jisung

"Apa kau!? Sedap-sedap je kata aku tipu kau. Kau tanyalah yang lain." Kata Chenle

Jeno sekadar menggelengkan kepalanya dengan perangai Jisung dan Chenle yang sama sekali tak matang.

"Korang nak gaduh, gaduh dekat luar." Kata Renjun

"Ok guys listen. Sekarang ni kita tak tahu apa yang Yeonjun rancangkan. Aku nak korang semua berjaga-jaga. Kalau dapat apa-apa maklumat terus bagi dekat aku." Kata Jeno

"Sekarang ni Ayoung dah jadi Luna. Kau kena lebih berjaga-jaga, Jeno." Pesan Mark

"I know. Sebab tu aku rancang nak lamar dia." Kata Jeno

Dreamies terdiam dan memandang Jeno dengan ekspresi muka terkejut.

"Jeno, fikir masak-masak. Kita berada dalam keadaan kritikal." Kata Jaemin

"Aku dah fikir dah, she will be mine forever. Aku akan pastikan dia selamat walau apa jua pun yang terjadi." Kata Jeno

YEONJUN~

Yeonjun membelakangi anak-anak buahnya bunyi hembusan nafasnya dapat didengar dengan sangat jelas.

"Hyung-" Beomgyu menegurnya

"Senyap." Kata Yeonjun

Buah epal di tangannya digenggam dengan kuat sehingga hancur.

Mereka faham kini, Yeonjun berada dalam keadaan marah.

"Ada apa-apa info, Niki?" Tanya Yeonjun

"U-UH….." Niki terketar-ketar akibat takut

"Kau better bagitahu aku yang kau ada info dari kelompok Jeno." Kata Yeonjun lagi dan dia mengerling ke arah Niki

"A-Ayoung, dia dah officially Luna." Kata Niki

Dinding di sebelah Yeonjun ditumbuknya dengan kuat membuatkan mereka yang lain terkejut dan menundukkan muka.

"Sunghoon, Soobin and Jay. Aku nak korang bertiga periksa keadaan askar-askar kita yang masih ada." Arah Yeonjun

"Yang lain, pastikan semua alatan masih berada dalam keadaan yang baik." Kata Yeonjun lagi

Dengan itu mereka beredar meninggalkan Yeonjun bersendirian.

"ARGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!" Yeonjun menjerit sekuat hatinya melepaskan amarah yang teramat

Tbc

::/ maaf kalau tak sweet! 😭😭😭😅
Tapi seya type pun dah cringe huaaa
Btw thanks for reading!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro