:🔱/ ᴡᴡ.ᴇᴘ3
"Ayoung..." Puan Hwang masuk ke dalam bilik Ayoung
Ayoung yang sedang membaca buku terus menoleh ke arah Puan Hwang.
"Nae eomma?" Kata Ayoung, segera menutup bukunya
"Eomma nak ke pekan, beli barang dapur. Barang dapur dah habis dah. Kamu teman eomma ye." Ajak Puan Hwang
Ayoung terdiam. Dia bukan tak nak keluar mengikuti eommanya ke pekan. Cumanya, dia ni yang jenis tak suka tempat yang ramai orang.
"Uh....." Ayoung terdiam buat seketika
Puan Hwang melepaskan keluhan berat dan keluar dari bilik Ayoung.
Baru sahaja Puan Hwang hendak menutup pintu, Ayoung bersuara.
"Eomma tunggu dekat bawah. Bagi Ayoung bersiap dalam 5 minit." Kata Ayoung
Puan Hwang kemudiannya tersenyum.
"Eomma tunggu ye." Kata Puan Hwang dengan gembira
Setelah Puan Hwang beredar, Eunmi melentokkan kepalanya di atas meja.
"Haih..demi eomma..." kata Ayoung
Ayoung menuju ke almari bajunya dan dia mengambil sehelai gaun dan memakainya.
Kemudian, dia turun ke bawah dan mereka anak beranak menuju ke pekan.
Sampai sahaja di pekan, ramai penduduk kampung yang lain menyapa kami.
Aku sekadar menundukkan muka dan memegang tangan sendiri dengan erat.
Harini hari Sabtu dan hati ini memang pasar pagi dibuka untuk poenduduk-penduduk di sini.
Keramaian penduduk yang terdiri dari kalangan wanita keluar untuk membeli barang rumah. Termasuklah eomma.
"Puan Hwang! Dah lama tak jumpa!" Kata Puan Kim, yang merupakan pelanggan tegap anyaman eomma
"Aish, kita baru jumpa minggu lepas. Apa yang dah lama tak jumpanya." Kata eomma
"Minju mana? Dah lama tak nampak anak dara tu." Kata Puan Kim
"Minju? Dia ada keluar dengan kawan-kawan dia ke sungai." Kata Puan Kim
Puan Kim kemudiannya memandang aku dan aku tunduk hormat ke arahnya.
"Dengar cerita, Minju dah ada namchin. Betul ke? Siapa?" Tanya eomma
"Betul la tu! Lee Hyunjae, ahli kumpulan The Boyz tu." Kata Puan Kim
"Untungnya! Dahla kacak, kuat bekerja. Bila nak adakan majlis?" Tanya eomma pula
Inilah satu sebab kenapa aku tak nak ikut eomma ke pekan. Eomma akan sembang sehinggalah satu ke dua jam dengan kenalannya
Kalau aku ke pekan, aku terus cari apa yang aku nak dan terus balik tanpa membuang masa. Mungkin sebab aku tak ada kawan kot dekat sini.
"Ayoung dah ada namchin ke?" Tanya Puan Kim kepada aku
Aku memandang eomma yang menyuruh aku sendiri menjawab soalan Puan Kim.
"Belum lagi Imo." Jawab aku dengan senyuman
"Sampai bila kamu nak single ni Ayoung? Takkan sampai tua?" Kata Puan Kim
"Dah penat dah cakap dengan anak dara ni. Yang dia sibuknya ke hutan main dengan haiwan-haiwan dekat sana. Tak bak bersosial." Kata eomma
"Tu ha, Juyeon. Imo dah banyak kali tengok dia cuba kejar kamu. Nampaknya dia memang suka dekat kamu. Bulala hati kamu untuk dia." Kata Puan Kim
Aku hanya membalas dengan senyuman.
"Eh rasanya macam dah lama kita sembang. Saya kena balik ni nanyi marah suami dekat rumah tu." Kata Puan Kim
"Jumpa lain kali ya. Hati-hati dalam perjalanan balik." Kata eomma
Selepas Puan Kim beredar, aku hanya ikut eomma jalan dari belakang.
Eomma pergi dari satu gerai ke gerai yang lain.
Aku perasan, ramai namja dekat sini memandang aku macam nak terkam aku membuatkan aku rasa tak selesa.
"E-eomma.. Ayoung rasa pening kepala la. Boleh Ayoung balik dulu?" Tanya aku
"Ye ke? Pergilah balik. Eomma risau pulak dengan kamu ni. Nanti rehat ya." Kata eomma
Aku mengangguk dan eomma mengusap kepala aku.
Dengan langkah yang laju, aku berjalan pulang ke rumah melalui jalan hutan.
Sebenarnya, aku bukan sakit kepala pun. Hanya alasan yang aku berikan untuk cepat balik. Tak tahan aku nak berlama-lama di pekan.
HUTAN~
Hari kelihatan mendung membuatkan aku berjalan dengan lebih laju. Kalau hujan, nasib memang tak menyebelahi aku. Haiwan-haiwan buas sememangnya gemar keluar pada waktu hujan.
"Ah! Dah rintik-rintik!" Jerit aku
Aku mempercepatkan langkah namun langkahku semakin perlahan apabila aku mendengar derapan tapak kasut di belakang.
Aku menoleh namun tiada sesiapa. Jantungku mulai berdegup dengan kencang.
"Nuguya....??" Kata aku
Aku tidak menghiraukan bunyi tadi dan aku terus memandang ke depan namun...
"Hai si cantik."
Sekumpulan pemburu kini berada di depan aku dengan senapang, parang dan pisau di tangan mereka.
Aku hanya mampu kaku dan mereka mengelilingi aku.
"Gadis cantik macam awak ni nak ke mana jalan-jalan dalam hutan?" Tanya salah seorang dari mereka
"Saya nak pulang ke rumah." Jawab aku
"Nak kami temankan? Tak elok gadis cantik macam awak ni jalan seorang diri." Katanya
"Tak mengapa. Saya boleh balik sendiri." Kata aku dan terus menapak ke depan mengambil langkah untuk beredar
Namun, tanganku ditarik membuatkan aku jatuh. Mereka semua mendekati aku membuatkan aku takut.
"T-TOLONG!!! LEPASKAN SAYA!!" Jerit aku
"Jeritlah...siapa je yang ada dalam hutan pada waktu sebegini." Kata dia
Aku menutup mata hanya mampu mengharapkan tiada apa yang buruk berlaku dan mengharapkan ada orang yang mampu menolong aku.
Tiba-tiba aku mendengar bunyi serigala yang kuat dan bunyi das-das tembakkan membuatkan aku menutup telinga dan mataku dengan kuat.
Bunyi pergaduhan makin jelas didengari dan bunyi manusia menjerit dan meraung kesakitan juga dapat aku dengar masuk ke dalam telingaku.
Tak lama selepas itu, aku dapat rasakan bunyi-bunyi tersebut kian menghilang.
"Cik...." Seseorang telah menepuk bahu aku dengan lembut
"T-tolong pergi... l-lepaskan saya..."kata aku yang masih dalam ketakutan
"Saya bukan pemburu-pemburu itu tadi.." Kata suara itu
Aku terus membuka mata dan memandang susuk tubuh seorang lelaki yang gagah melutut memandang aku.
"Cik tak apa-apa? Cik cedera?" Tanya dia
"I-I'm fine.. Awak ke yang selamatkan saya?" Tanya aku dan dia hanya tersenyum kecil.
Entah kenapa senyuman dia membuatkan jantungku berdegup dengan kencang.
Dia membantuku bangun dan kemudian dia melangkah pergi.
"Sekejap!! Boleh saya tahu nama awak?" Tanya aku
"Jeno. Lee Jeno." Katanya
"Kasahamnida Lee Jeno." Kata aku dan dia hanya membalas dengan anggukan sebelum menghilang ke dalam hutan
Aku memandangnya pergi dan kemudian terdetik sesuatu di otak aku.
"Aku...tak pernah nampak dia pun di dalam kampung ni? Dia orang baru ke?" Kata aku
"Mungkin...dia seorang ranger hutan." Aku membuat andaian sendiri dan bergerak pulang
Tbc
::/ lemme breathe...cair tengok pic Birthday Boy tuh AAAAAAAAAA
Btw, done update!! Enjoy ya! Thanks for reading, vote n comment!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro