Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

:🔱/ ᴡᴡ.ᴇᴘ27

Di sebuah tempat jauh terletak di dalam hutan

"Niki, pastikan kau dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang boleh. Cari perempuan tu kalau ada. Aku nak kepastian bahawa dia masih berada di kelompok itu." Kata Yeonjun

"Nae hyung.." kata Niki lalu menukarkan dirinya kepada seekor helang lalu terbang pergi

"Hyung, lepas ni kita nak buat apa?" Tanya Taehyun

Yeonjun yang duduk di atas kerusi tersenyum sinis.

"Masa untuk balas dendam…." Kata Yeonjun

"Soobin, Jay, kumpulkan semua anak-anak buah kita. Kita akan serang mereka malam ini." Kata Yeonjun

"Serangan mengejut?" Tanya Jake dan Yeonjun mengangguk

"Ada apa-apa lagi ke hyung?" Tanya Soobin

"Korang semua boleh buat persiapan. Bila tiba di sana nanti, perempuan itu akan jadi milik aku." Kata Yeonjun

Mereka beredar meninggalkan Yeonjun bersendirian.

"Hwang Ayoung……" Ayoung menyebut nama Ayoung

"Aku nak tengok, macam mana kau boleh tahan lepas kau kehilangan orang yang kau sayang. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa." Kata Yeonjun dan dia tersenyum sinis

























Aku dan Jisung sedang bermain-main dengan Omegas dan Pups yang lain. Tiba-tiba aku nampak sekumpulan askar dan hunters berlari menuju ke pintu depan membuatkan aku tertanya-tanya.

"Kejap lagi muncul la tu Haechan hyung, Jaemin hyung dengan Jeno hyung." Jisung bersuara

"Jeno?" Tanya aku setelah nama Jeno muncul

Tak lama selepas itu, apa yang dikatakan oleh Jisung benar-benar terjadi. Aku nampak Haechan dan Jeno turut ke pintu depan.

Aku ingin memanggilnya namun dia nampak dalam sibuk dan ingin cepat jadi aku hanya mendiamkan diri dan hanya memandangnya.

"Eo? Mana Jamin hyung. Selalunya Jaemin hyung pun akan sertai pasukan askar." Kata Jisung

Tak lama selepas itu, aku dengar suara Mark dan Jaemin membuatkan aku dan Jisung menoleh.

Mereka mengarahkan semua penduduk menuju ke suatu tempat.

"Jisung, apa yang jadi?" Tanya aku dalam ketakutan

"Jisung tak tahu noona. Jisung tak pernah sertai mana-mana mesyuarat diorang." Kata Jisung

Aku menggenggam erat baju Jisung. Aku hanya mampu mengharapkan Jeno ada bersama dengan aku sekarang.

"Ayoung, penat saya cari awak. Kajja kita kena ke gua sekarang." Kata Jaemin dengan muka serius

"Hyung, apa jadi? Kenapa semua nampak huru-hara?" Tanya Jisung

"Tak ada masa nak terangkan Jisung. Kita kena gerak sekarang. Pastikan sampai di gua nanti kau selalu duduk dengan Renjun hyung. Faham?" Kata Jaemin lagi dan Jisung mengangguk

Jaemin membawa aku dan Jisung ke gua di mana semua penduduk sudah berada di dalam.

Mereka memberikan laluan dan aku ditempatkan di atas sebuah batu besar.

Chenle kembali dengan makanan dan minuman lalu diletakkan di sebelah alat-alat perubatan.

"Chenle, semua dah ada?" Tanya Mark yang masuk ke dalam gua

"Done hyung." Kata Chenle

"Renjun, Chenle, Jaemin pastikan gua dalam keadaan selamat. Apa pun terjadi jangan seseklai keluar." Kata Mark

"Tapi hyung-" kata Jaemin sebelum Mark memintas

"Arahan Alpha. Ingat tugas masing-masing." Kata Mark lalu beredar

Pintu gua ditutup dengan batu besar dan api mula dinyalakan untuk menerangi gua.

"Jaemin...mana Jeno?" Tanya aku setelah lama berdiam diri cuma memproses keadaan yang berlaku

"Jeno ada kerja kena selesaikan di luar. Jangan risau, Jeno akan ok. Dia arahkan saya untuk jaga awak." Jawab Jaemin dan aku mengangguk

Aku harap Jeno akan berada dalam keadaan selamat…

Tbc

::/ fohooooo nebes kay type. Entah kenapa 😅😅
Done double update for today!! Btw see you guys next chap!
Thanks for reading guys!! ❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro