Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

:🔱/ ᴡᴡ.ᴇᴘ25

Jisung membawa aku keluar dari kawasan mereka membuatkan aku semakin risau.

"Jisung, kita nak ke mana?" Tanya aku

"Nak jumpa Haechan hyung. Haechan hyung dia Sentinel. Dia ditugaskan untuk mengawal kawasan dekat sini. Dia mesti ada dekat area-area ni." Kata Jisung

Aku percayakan Jisung disebabkan Jeno turut percayakannya.

"N-Noona takut Jisung." Kata aku dan Jisung menggenggam tangan aku dengan erat

"Jisung ada dengan Noona. Kita tunggu sekejap. Nanti muncullah Haechan hyung." Kata Jisung

Dalam 5 minit kami menunggu sehingga aku nampak sekumpulan lelaki berjalan ke arah kami.

"Ha, tu dia Haechan hyung!" Kata Jisung

"Yang mana?" Tanya aku disebabkan sekumpulan lelaki ada di situ. Takkan semuanya Haechan

"HAECHAN HYUNG!!" Jerit Jisung

Seorang lelaki berkulit sawo matang, tak terlalu cerah dan tak terlalu gelap menuju ke arah kami.

"Jisung! Siapa benarkan kau ke sini! Kalau Jeno tahu, habis kau kena marah!" Marahnya

"Jisung. Nak kenalkan hyung dengan Ayoung." Katanya dengan nada lemah

"Aigoo dahla bawak Ayoung sekali, lain kali jangan buat macam ni Jisung-ah. Kalau nak ke sini bawa Mark hyung ataupun Jeno. Arasso?" Kata Haechan dan Jisung mengangguk

"Sorry Ayoung, Jisung masih Omega dan ada selok-belok dekat sini yang dia tak seberapa nak tahu. Harapnya awak tak report dekat Jeno pasal benda ni ye. Kalau tak habis Jisung dimarah." Kata Haechan

"Gwenchana. Jisung masih muda. Semua orang buat silap. Btw nice to meet you Haechan." Kata aku

"Nice to meet you too, Ayoung." Kata Haechan pula

Aku memandang Jisung yang tampak sedih.

"Dah, bawa Ayoung pergi jumpa Renjun." Arah Haechan dan Jisung mengangguk

Kami masuk semula ke dalam kawasan dan menuju ke tempat lain.

Nampaknya, aku sertai lawatan hari ini.

"Jisung-ah~ janganlah sedih. Apa yang Haechan cakap ada betulnya." Aku memujuk Jisung yang diam sejak tadi

"Noona jangan bagitahu Jeno hyung tau!" Kata Jisung dan aku tergelak

Garang sangat ke Jeno sampai ramai yang takut dengannya?

"Noona takkan bagitahu la. Jisung janganlah risau." Kata aku lalu menepuk kepalanya dengan lembut

Jisung kembali tersenyum.

"Kajja! Kita jumpa Renjun hyung! Dia mesti ada dekat hospital." Kata Jisung

Jisung membawa aku ke sebuah gua yang agak besar.

'Ni ke hospital tu?' Tanya aku di dalam hati.

Aku hanya mengikut Jisung masuk ke dalam dan seorang lelaki berbadan agak kecil sedang membelakangi kami.

"Renjun hyung, Jisung bawa Ayoung Noona ke sini." Kata Jisung

Lelaki yang bernama Renjun itu memusingkan badannya dan dia senyum ke arah aku. Tipu kalau aku kata dia tak handsome.

"Oh Ayoung, welcome." Kata Renjun

"Ni ke hospital tu?" Tanya aku

"Mungkin hospital bagi manusia lain tapi untuk kami, ni pusat rawatan." Kata Renjun dan aku mengangguk

"Renjun hyung ni salutary. Diibaratkan sebagai doktor bagi manusia." Kata Jisung dan aku mengangguk faham

"So, semua yang sakit akan dirawat di sini?" Tanya aku

"Yup and saya ketua Slutary. Kalau awak sakit, datangla jumpa saya. Jangan malu jangan segan." Kata Renjun

"Ok hyung, Jisung nak bawa Ayoung noona jumpa dengan Jaemin hyung." Kata Jisung

"Aku yang ke berapa kau bawak Ayoung jumpa ni?" Tanya Renjun

"Hyung yang second last. Jaemin hyung last." Kata Jisung

"Jaga dia elok-elok Jisung. Ada calar dekat kulit dia sikit, kau tahu la apa denda kau kena nanti." Kata Renjun

"Ish, don't treat me like a baby." Kata Jisung

"You are a baby Park Jisung!" Balas Renjun

Jisung menghentakkan kakinya keluar dari gua dan aku tergelak.

"Dia memang macam tu. Budak-budak. See you soon Ayoung." Kata Renjun sebelum aku mengikut langkah Jisung.

"NANA HYUNG!!" Jisung menjerit sehinggakan semua penduduk yang lain memandangnya

"Jisung-ah, jangan jerit." Aku menegur Jisung

Jisung menarik tangan aku menuju ke kawasan pertanian.

'Nampaknya mereka pun jalani kehidupan macam manusia.' Kata aku dalam hati

"Jaemin hyung!" Tegurnya

Seorang lelaki berbadan sama tinggi dengan Jeno memandang kami berdua.

"Oh Luna." Kata Jaemin

"Saya belum official sebagai Luna lagi." Kata aku

"Bakal Luna. Nice to meet you." Kata Jaemin

"Please, just call me Ayoung and nice to meet you too." Kata aku

"Jaemin hyung guardian dekat sini. So kawasan ni akan selamat dengan adanya Jaemin hyung" kata Jisung

"Banyak la kau. Aku jaga Omega, Pups dan elderly sahaja. Kawasan ni Jeno dengan Haechan yang jaga" kata Jaemin

"Oh ya Ayoung, tadi saya nampak Jeno dan dia arahkan saya untuk beritahu awak, lepas awak dah habis meronda sekeliling kawasan di sini, dia arahkan awak untuk terus pulang" kata Jaemin

"Ahhh ok… so Jisung, Jaemin yang terakhir kan? Lepas ni kita ke mana lagi?" Tanya aku kepada Jisung

"Lepasni dah tak ada nak ke mana dah Noona." Kata Jisung

"Hyung rasa, kau dah boleh balik Jisung,  kau tak makan lagi kan? Ayoung biar hyung yang hantar." Kata Jaemin

"Ouh ok. Bye Noona!!" Kata Jisung dengan gembira lalu beredar

Aku memandang Jaemin dan dia bersuara.

"Jom saya hantar awak balik. Saya rasa Alpha dah tunggu." Kata Jaemin dan aku sekadar mengangguk

Tbc

::/ okeh done double update for today!
Spoiler next chap : TXT & ENHYPEN
Thanks for reading guysss!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro