:🔱/ ᴡᴡ.ᴇᴘ19
"Kini, Ayoung berada di kampung Adarlan yang baharu. Setelah diserang tempoh hari, semua penduduk kampung berpindah ke kawasan baru dan membina perkampungan baru di sana.
Ayoung kini duduk dengan Minju dalam satu rumah. Disebabkan kedua-duanya sudah ketiadaan ibu bapa jadi mereka berpakat untuk duduk serumah.
"Ayoung! Hari dah nak hujan! Masuk la dalam!" Jerit Minju dari dalam rumah
Ayoung yang sedang menyiram pokok bunga mendongak ke langit.
"Tak gelap pun…." Kata Ayoung
Mendengar Minju memanggil namanya lagi membuatkan Ayoung masuk ke dalam rumah.
"Tak mendung pun Minju.." kata Ayoung lalu duduk di sebelah Minju
"Aku saja je panggil kau." Kata Minju lalu gelak
Ayoung memasamkan muka.
"Alahh aku gurau jela. Aku nak ajak kau sembang." Kata Minju
"Nak sembang apa? Kau jumpa namja hot ke?" Tanya Ayoung
"Yah, mana ada. Hati aku hanya untuk Hyunjae. Walaupun dia dah tak ada dekat dunia ni." Kata Minju
"Mian…. Aku tak sengaja nak ingatkan kau pasal semua tu." Kata Ayoung dengan nada bersalah
"Ish aku tak ambil serius la!" Kata Minju lalu memukul bahu Ayoung dan Ayoung sekadar senyum
"Kau kata kau nak balik rumah lama kau. Bila?" Tanya Minju
Ayoung tertinggal set lukisannya di rumah lama dan dia hendak mengambilnya tapi entah bila.
"Cadangnya harini. Tapi aku nak pinjam kuda kau la." Kata Ayoung
"Tu aku tak kesah tapi, kau boleh ke pergi sana seorang diri? Kau kena lalu pekan dulu. Kau tahu kan pekan tu dah musnah. Aku takut ada mana-mana renjer hutan akan serang kau." Kata Minju
Sudah 3 minggu mereka berpindah ke kawasan baru dan tak ada sesiapa pun penduduk kampung Adarlan yang kembali ke kawasan lama mereka.
"Kalau tak ada renjer, aku risau kalau kau kena serang dengan serigala jadian." Kata Minju lagi
Ayoung terdiam. Tiba-tiba dia teringat akan Jeno.
"Kau janganla fikir bukan-bukan." Kata Ayoung
"Aku teman kau la!" Kata Minju
"Tak payah, aku tak nak susahkan kau. Aku boleh pergi sorang-sorang." Kata Ayoung lagi, meyakinkan Minju
Aku segera bersiap untuk balik ke rumah lama.
"Hati-hati Ayoung." Pesan Minju
"Aku balik sebelum senja." Kata aku
"Kalau kau tak balik?" Tanya Minju
"Kalau aku tak balik, kau tunggu selama tiga hari. Kalau ada apa-apa berita atau surat dari aku bermakna aku masih hidup dan aku selamat. Jangan risaukan aku." Kata aku
Aku bercadang untuk berjumpa dengan Jeno setelah sekian lama tak berjumpa dengannya. Rasa rindu terbuku di dalam hati.
Walaupun masih perit untuk menerima dia yang membunuh eomma appa tapi semuanya dah berlaku. Masa takkan boleh berpatah balik
"Kenapa kau cakap macam tu…. Kau kena balik!" Kata Minju
"Aku dah fikir jalan hidup aku Minju. Sejak kecil aku nak jadi pengembara. Aku nak mengembara dari satu kampung ke kampung yang lain." Kata aku kepada Minju
Minju terus memeluk aku erat dan aku menepuk belakangnya.
"Aku pergi dulu eh. Tunggu apa-apa berita dari aku." Kata aku
Minju tersenyum dan dia menepuk bahu aku lalu aku beredar, pulang ke rumah lama.
"Semuanya masih sama…" kata aku
Aku tersenyum lalu aku masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah masih lagi dalam keadaan yang sama.
Semua barang-barang peninggalan masih dalam keadaan yang sama.
Aku menuju ke bilik paling hujung iaitu bilik lukisan aku. Aku mengemas semua barang-barang lukisan.
TINGGGGG!!!
( sungguh teruk sound effect tu 😂😭 )
Kedengaran seperti periuk jatuh ke lantai.
Aku menoleh ke arah pintu dengan muka yang takut.
Secara perlahan-lahan aku mengambil sebuah kayu tebal dan keluar dari bilik lukisan. Aku berjalan dengan sangat perlahan dan menuju ke dapur.
"WHAT-" Satu suara kedengaran membuatkan jantungku berdegup dengan kencang
Dengan beraninya aku memunculkan diri dan menjerit.
"SIAPA KAU-" Kata aku sebelum aku kaku dan kayu di tangan aku jatuh
Tbc
::/ maaf tergantung and bosan gila!
Kay dah tak ada idea pulak. Otak kong
Tunggula next chapter ye!
Btw thanks for reading!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro