:🔱/ ᴡᴡ.ᴇᴘ1
"Da wassda annyeong jal deul-eoga oh yeah yeah
neomajeo bogo gal tenikka eoseo deul-eoga
yeppeun dwismoseub-i salajigo naseo
dol-aseoneun geu sungan beolsseo nega geuliwo~"
Suara merdu seorang gadis dapat didengar datangnya dari dapur di sebuah rumah kecil di hujung kampung Adarlan.
"Hwang Ayoung!! Ke sini sekejap!!" Seorang wanita pertengahan usia memanggil gadis yang bernama Ayoung tadi dari depan pintu rumah
"Nae eomma? Eomma nak Ayoung bantu apa-apa ke?" Tanya Ayoung
"Appa kamu ada mesyuarat dekan dewan besar. Appa suruh eomma hantarkan makanan cuma eomma nak selesaikan anyaman eomma yang ditempah tu. Kamu hantarkan boleh?" Tanya Puan Hwang
"Oh boleh. Sekarang ke eomma?" Tanya Ayoung
"Nae, sekarang. Lepas hantar terus balik." Pesan Puan Hwang
Ayoung mengambil bakul rotan yang diletakkan oleh Puan Hwang di atas meja dan keluar menuju ke dewan besar yang berada di pekan.
Rumahnya agak jauh dengan pekan. Walaupun ayahnya, Tuan Hwang merupakan ketua kampung.
Dalam perjalanan menuju ke dewan di pekan, Ayoung menyanyi lagi.
"Bureo bwa candle light, candle light, candle light baby
Hamkkehae jun modeun nal gomapdaneun tteusiya
Ireol ttaen waenji nan waenji nan waenji nan baby
Ssukseureopgin hajiman neol saranghandan tteusiya~"
Hwang Ayoung, merupakan anak tunggal Tuan Hwang. Setelah eommanya meninggal dunia, Tuam Hwang berkahwin baru dan 'eomma' yang kini tinggal bersamanya merupakan Ibu Tiri Ayoung.
"Eo? Rusa!!" Jerit Ayoung lalu menuju ke arah seekor rusa betina yang sedang minum air di sungai.
Dia membelai kepala rusa tersebut dan tersenyum gembira.
Ayoung sangat mesra dengan semua jenis hidupan di sekelilingnya. Flora dan fauna dapat diibaratkan sebagai kawan baiknya.
Sebab itu Ayoung digelar Puteri Dongeng di mana personalitinya sama dengan Cinderella dan Snow White.
Ayoung bukan jenis gadis yang suka berhibur dan suka keluar rumah.
Ayoung seorang yang pendiam dan tidak mempunyai kawan sama sekali. Dia lagi suka duduk di rumah, menyanyi dan melukis. Kalau keluar pun, Ayoung hanya akan menuju ke hutan di kampung tersebut dan bermain dengan haiwan-haiwan jinak yang ada di situ.
Ayoung melangkah masuk ke dalam pekan yang sibuk dengan orang berniaga. Macam-macam kedai dibuka dan macam-macam barang dijual.
Ayoung menjadi agak takut namun dia menggagahkan dirinya dan menuju ke dewan besar.
Setibanya di dewan besar, Ayoung masuk ke dalam dan semua penduduk-penduduk kampung yang ada di situ memandangnya.
"Oh Ayoung, kamu bawa makanan ke?" Tanya Tuan Hwang dan Ayoung mengangguk
Tuan Hwang mengambil bakul dari tangan Ayoung dan kemudiannya Ayoung meminta izin untuk beredar.
"Jangan melencong. Terus balik." Pesan Tuan Hwang
"Baik appa…"kata Ayoung lalu keluar dari dewan itu
Baru sahaja Ayoung hendak menapak pergi, sekumpulan lelaki berdiri di depannya, menghalang laluan.
"M-maafkan saya. Awak semua menghalang laluan." Kata Ayoung dengan beraninya walaupun mukanya memandang ke tanah
"I know, and I'm sorry about that." Seorang lelaki berkata dan Ayoung mengangkat mukanya memandang lelaki itu
Dialah Lee Juyeon, merupakan ahli kumpulan The Boyz, yang merupakan kumpulan gangster di kampung ini.
Semua orang takut akan mereka namun terdapat beberapa gadis yang menggemari mereka disebabkan wajah yang tampan.
Ayoung tahu, Juyeon dah lama menyukai dirinya namun Ayoung tidak sama sekali suka akan lelaki itu.
Namun Juyeon takkan sesekali melepaskan Ayoung jatuh ke tangan lelaki lain dan dia akan mengganggu Ayoung setiap kali dia berjumpa dengannya.
"Saya nak balik Lee Juyeon." Kata Ayoung
"Saya tahu. Well saya boleh tumpangkan." Kata Juyeon lalu menepuk kudanya
"Gwenchana, saya tak suka susahkan orang. Saya boleh balik sendiri." Kata Ayoung
Juyeon merengus dengan kasar apabila Ayoung menolak pelawaannya.
"Ada saya kata awak menyusahkan ke? Tak ada kan. Kajja, saya tumpangkan awak. Tak adalah awak penat jalan kaki." Kata Juyeon lagi
Baru sahaja Ayoung hendak menolak pelawaan Juyeon buat kali kedua, ayahnya Tuan Hwang keluar dari dewan.
"Ayoung? Appa ingatkan kamu dah dalam perjalanan balik." Kata Tuan Hwang
Ayoung hanya diam dan tak bersuara.
"Saya yang halang dia. Cadangnya nak tumpangkan cuma ada orang tak sudi." Kata Juyeon
"Kenapa tolak pelawaan orang Ayoung? Tak baik. Biar Juyeon hatar kamu. Appa pun risau kamu balik sendiri ikut jalan hutan tu." Kata Tuan Hwang
"T-Tapi appa..." kata Ayoung sebelum dia berhenti akibat Tuan Hwang memandangnya dengan tajam
"N-Nae…." Kata Ayoung
Nak tak nak, terpaksalah Ayoung menunggang kuda Juyeon balik.
Juyeon tersenyum kemenangan. Tuan Hwang sememangnya percaya dan suka akan Juyeon.
"Shall we?" Kata Juyeon
Juyeon membantu Ayoung naik ke atas kudanya dan dengan itu, Juyeon menghantar Ayoung pulang tanpa kerelaannya.
Tbc
::/ well ni first chap for this FF. Harapnya ok la. Maaf kalau storyline bosan
Thank you sudi singgah, baca, vote and comment!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro