Epilog 🔪
Sudah 2 tahun semuanya berlalu.
Pemergian mengejut Hyomin,Jimin serta Jungkook masih segar dalam ingatan aku.
Setiap detik, setiap saat aku ingat.
Lebih lebih lagi di saat saat akhir Jungkook sebelum dia pergi. Semuanya masih segar, seperti baru semalam berlaku.
" Taehyung, jom balik. Dah lewat ni. " ajak Namjoon.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
" Nanti aku datang lagi ya Jimin, Hyomin, Jungkook. " kata aku ketika melihat setiap batu batu yang tertulis nama mereka.
Setiap satu aku letakkan bunga mawar putih sebagai hadiah.
Aku mula beredar dari situ bersama Namjoon untuk pulang ke rumah.
--
" Joon, a-aku nak balik rumah aku dulu ya. " pinta aku kepada Namjoon yang sedang menonton berita di televisyen.
Namjoon hanya mengangguk.
" Baik-baik, Tae." katanya.
" Mayat seseorang telah dijumpai di dalam Sungai Han tengah malam tadi dipercayai telah dibunuh oleh seseorang . Ada saksi yang mengatakan bahawa dia mengecam wajah si pembunuh kerana dia ada di tempat kejadian ketika pembunuhan itu berlaku.
Kini, semuanya masih di dalam siasatan pihak polis. "
Mendengar berita itu membuatkan aku menjadi ketakutan.
" Tae, kata nak balik. Kau kenapa ni berpeluh-peluh? " soal Namjoon yang perasan keberadaan diriku yang masih berada di situ.
" Tak ada apa, aku balik d-dulu. " pintaku sebelum keluar dari rumah Namjoon.
--
Tangan aku menggeletar hebat. Berita yang disiarkan di televisyen tadi amat membuat aku terkejut.
Tapi, aku tidak goyah.
Itu memang kepakaran aku.
Bertahun aku tak balik Korea? Nah, aku masih berada di bumi Korea. Cuma menyembunyikan diri dan terus menerus melakukan kegiatan jenayah hebat aku.
Iaitu, menjadi pembunuh upahan.
Semuanya berubah setelah peristiwa eomma dan appaku dibunuh di hadapan mata aku sendiri.
" Maafkan Tae, eomma. Maafkan Tae, appa. "
bisik aku sendiri.
--
Haaa terkijut? Tercyduk kamu. Sambungan kisah Tae ni boleh baca dekat next story.
Dear Mr. Killer
sekian.
saya hanya dapat bagi satu epilog saja.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro