9♡
Hai! Ada yang rindu Jimin, Jungkook dengan Hyomin?
We're back!
--
"Dia cuma terlampau penat. Itu saja. Jangan bagi dia fikir banyak sangat." ujar Dr.Leana.
Wajah Hyomin aku pandang sayu. Bibirnya yang pucat mengukirkan senyuman kecil buatku.
"Awak jangan runsing selalu ya?" kata Dr.Leana kepada Hyomin. Hyomin hanya membalas dengan anggukkan saja.
"Bila saya boleh balik ni?" tanyanya dalam nada yang agak lemah.
"Awak boleh balik sekarang, tapi jangan lupa makan ubat ya?" Dr.Leana menjawab lalu tersenyum memandang Hyomin.
"Baik doktor. " balas Hyomin.
"Terima kasih, Kimchi. Kalau kau tak ada tadi tak tahu lah macam mana." ucapnya kepada Alex.
Alex tersenyum kecil dan mengangguk.
"Maafkan aku, tadi aku tak perasan pun yang aku terlanggar itu Jimin." katanya.
"Dah,jom balik." tuturku pendek. Tubuh genit Hyomin aku cempung, tak mahu melihat dia berjalan dalam keadaan lemah begitu.
"Apa ni,Jimin? Turunkanlah saya. Saya boleh jalan lah." bisiknya perlahan kepada aku.
Wajahnya aku pandang, terlihat mukanya bertukar warna, ia mula merona merah seperti tomato. Comel!
Blushing lah tu.
"Saya tak nak tengok sayang saya ni berjalan dalam keadaan lemah. Tak apa, saya dukung awak ya . Lagipun awak ringan lah sayang. " balasku. Dahinya aku kucup sekilas.
--
"Terima kasih,Alex. Susahkan kau je." kataku.
"Tak ada apalah. Dah,aku balik dulu. Bye!" Alex melambaikan tangannya lalu berlalu pergi.
Hyomin telah selamat aku bawa ke bilik tidur. Tertidur di dalam kereta,kepenatan seharian berjalan sakan.
Pintu rumah aku tutup dan aku kunci.
Aku bergerak ke arah sofa di ruang tamu. Sofa dihenyak lalu aku sandarkan badanku. Ah, letihnya.
Tak apa, aku tak pernah rasa letih melayan karenah Hyomin, si kesayangan aku itu.
Tapi pelik, kenapa tiba-tiba? Kenapa Hyomin tiba-tiba jadi macam tu? Kenapa dia sakit tiba-tiba?
Kalau..
Dia ingat Jungkook, macam mana?
"Yah,Jimin! Pabo! Lupakan. Benda yang bukan-bukan yang kau fikirkan." aku bermonolog sendirian lalu kepala aku gelengkan laju ke kiri dan kanan.
--
"Good morning,sunshine." suara lembut Hyomin menyapa telinga aku. Bibir kecilnya mengucup lembut dahiku.
" Bangun lah,honey bear. Mandi sekali. Matahari dah tegak atas kepala tahu tak? " Hyomin mula membebel, langsir diselak olehnya, cahaya matahari terus menusuk ke dalam mataku. Auch,silaunya.
" Iya sayang, saya bangun ni. " Hyomin memandang aku sekilas dan memberikan aku senyuman, lalu dia beredar keluar dari bilik meninggalkan aku seorang.
Aku mula bergerak dari katil. Tuala aku yang tersidai kemas di kerusi aku ambil dengan malas. Lemah longlai langkah aku aturkan ke bilik air.
Otak aku kembali ligat berfikir, kalau kalau Hyomin akan teringat semula si Jungkook tu. Macam mana?
Mungkin,aku terpaksa merelakannya sekali lagi.
--
" Sayang, dah sedia nak balik Seoul? " suara Jimin kedengaran ketika aku sedang sibuk menyiapkan sarapan.
Aku menoleh ke arahnya. Senyuman aku lemparkan.
" Mestilah saya dah sedia. Saya rindu eomma. Hm " balas aku. Aku betul betul rindukan eomma.
" Baguslah kalau macam tu. " jawabnya ringkas. Jimin menarik kerusi lalu dilabuhkan punggungnya. Aku menolak sepinggan roti bakar bersama telur hancur yang menjadi sarapan kami pada pagi ini.
Aku terfikir, aku perlu mencari jawapan mimpi aku tempoh hari. Jadi, aku mesti balik ke Seoul. Mungkin jawapannya ada di sana.
" Sayang, termenung apa lagi tu? Makanlah. " lamunan aku terhenti dek teguran Jimin. Aku tersenyum lalu mula menyuap mulut dan mengisi perut kosongku.
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro