Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

« 9 »

"Hai,Soo Hee. Saya duduk sebelah awak hari ini." sapa aku. Soo Hee yang sedang mengeluarkan alat tulisnya terus memandang aku sambil tersenyum.

"Baguslah! Ha,duduklah." suaranya seperti teruja.

Suka sangat ni dah kenapa?

Aku hanya menggaru kepala aku yang tidak gatal sambil tersenyum kelat memandangnya.

Punggung aku labuhkan di atas kerusi. Aku menjeling Hyomin dari ekor mata, mukanya nampak dingin sekali.

Harap waktu rehat nanti dia okay lah. Tak rehat,waktu balik pun takpe.

--

"Jungkook,jom rehat!" Soo Hee menarik tangan Jungkook,lalu dia tersenyum sinis memandang aku.

Sumpah!Kau gedik nak mampus.

Jungkook memandang aku sekilas,tapi dia seperti dipaksa oleh Soo Hee,jadi dia menurutkan saja.

Aku meng'roll'kan mata aku. Biarkan lah,aku tak kisah. Aku ada Jimin.

"Jimin,jom pergi kantin." aku bangun dari kerusi,tangan Jimin aku tarik. Terkejut si Jimin yang baru sahaja mahu meletakkan kepalanya di atas meja.

Waktu rehat begini,Jimin jarang sekali pergi ke kantin,dia menghabiskan masa rehat itu dengan tidur. Dia akan pergi ke kantin bila aku sahaja yang mengajak.

Aku keluar dari kelas bersama Jimin. Langkah aku laju saja berjalan,Jimin pula terkedek kedek,kadang juga tersadung dek kerana tangannya aku pegang erat.

Sungguh aku geram dengan Soo Hee. Gedik dia tak boleh bawa bincang langsung!

"Hyomin,perlahan lah sikit. Penat" Jimin mula menarik tangan aku supaya aku menukar rentak berjalan. Aku memperlahankan langkah aku,tangan Jimin aku lepaskan.

Kini,aku dan Jimin betul betul berdiri di hadapan pintu kantin. Langkah kaki terasa berat ingin menjejak kaki ke dalam sana.

Aku tidak bersama Jungkook,jadi ada orang yang akan membuli aku. Aku adalah salah seorang mangsa buli di sekolah dan Jungkook sendiri tidak pernah tahu,hanya Jimin saja.

Ada juga Jimin menyuruh aku untuk sentiasa bersama dengannya ketika ketiadaan Jungkook,tetapi kalau aku pergi ke tandas? Tak mungkinlah aku perlu membawa Jimin sekali.

"Kau tak nak masuk ke,Min?" soal Jimin mematikan lamunan aku serta merta.

"Aku takut,sebab tak ada Jungkook." kata aku dengan nada perlahan sambil kepala aku menunduk tekun memandang lantai.

Jimin memegang bahu aku. Aku memandangnya.

"Aku kan ada,jangan takut." jawab Jimin,sambil memberi senyuman manisnya yang ternyata membuatkan ramai wanita mampu jatuh tersungkur.

Oh hati,ingatlah. Kau suka Jungkook,bukan Jimin.

Jimin menarik tangan aku, lantas kaki aku akhirnya menjejak ke dalam kawasan kantin yang sesak dengan pelajar.

"Aku pergi beli makanan,kau tunggu kejap kat sini." Jimin meninggalkan aku tanpa sempat aku berkata sepatah.

BUKKK!

Tiba-tiba sahaja ada seseorang melanggar aku dan membuatkan aku jatuh terduduk.

--

tbc

Jemput baca and support sis. Sayang semua❤

Vomment banyak² ya ♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro