8♡
"Eomma. Zen keluar dulu. " kataku sebelum tombol pintu rumahku aku pulas.
Kakiku di bawa melangkah ke arah kereta Mercedes-Benz yang terletak di luar rumah. Punat unlock pada kunci kereta aku tekan lalu diriku diloloskan ke dalam perut kereta.
Pemanduan aku mulakan menuju ke Humbug Mall. Tujuan aku hanyalah untuk mencuci mata,bosan tak ada buat apa-apa dekat rumah.
Pergi makan ke, tengok wayang ke, pergi arcade ke seronok juga ni. Tak adalah aku bosan sepanjang hari ni. Ada lah mengisi masa sikit daripada buang masa. Tak gitu?
--
"Jimin-shii..Jom tengok wayang. Nak?" soalku kepada satu-satunya lelaki yang aku cintai.
Dia memandang aku lalu memandang ke depan semula.
"Ey,Jimin-shii. Tak nak ke? Em tak apalah. Kita balik ya?" sambungku lagi. Dalam diam aku cuba untuk merajuk.
Manalah tahu taktik ni menjadi.
"Okay,jom." jawabnya ringkas.
Ey, dia tak tahu ke ni taktik aku?
"Hm. Okay." aku cuba turutkan.
Jimin mengusap kepala aku perlahan lantas dahi aku dikucupnya sekilas.
"Sayang. " panggilnya.
Mataku tertumpu kepada wajah kacaknya. Aku diam tidak menyahut tetapi pandangan ingin tahu aku beri.
"Saranghae." ucap Jimin. Aku tersenyum kecil lalu tertawa.
"Haha, ingatkan apalah tadi. Ayy Jimin-shii, nado saranghaeee." balasku. Lengannya aku paut erat.
Kaki aku mula mengorak langkah untuk menuju ke tempat letak kereta.
"Nak pergi mana ni,sayang?" soalan Jimin membuatkan aku berhenti melangkah.
"Lah,tadi kata nak balik. Jomlah." ujarku. Jimin menggelengkan kepala perlahan.
"Saya gurau je sayang. Jom tengok wayang. " katanya membuatkan aku tersenyum lebar.
"Jinjja?Yeay!" aku berkata dalam nada riang.
Tiba-tiba kepala aku menjadi sakit, lantas lengan Jimin aku paut semula untuk menahan diriku daripada jatuh tersungkur.
"J-jimin. Jom b-balik.. S-sakit." tuturku lemah. Tiada tanda apa, tiba tiba saja kepala aku terasa amat sakit.
"Okay sayang. Jom balik. Larat tak ni nak jalan?" soal Jimin. Anggukkan sahaja sebagai jawapan.
Jimin memimpin aku, genggaman tangan dieratkan lagi. Sebelah lagi tangannya melilit kemas pinggangku agar aku tidak jatuh. Kepala aku pula disandarkan pada bahunya.
--
"Jimin dengan Hyomin?" kataku sendiri apabila ternampak susuk tubuh mereka berdua di hadapan mataku.
Mataku sakit apabila Hyomin bersandar pada bahu Jimin,dan tangan Jimin memegangnya erat.
Mengada-ngada betul!
Inilah masa aku ingin mengacau pasangan bagai pinang dibelah kapak ni.
Langkah aku berjalan ke arah Jimin lalu bahunya aku langgar secara sengaja. Biarlah kononnya aku tidak nampak dirinya di situ.
Serta merta Jimin terkejut dan Hyomin pula jatuh tersungkur ke lantai.
"Hey! Tak nampak jalan ke? Sayang! " jerit Jimin. Dia tidak langsung memandang wajahku. Dia juga tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
Aku berpura terkejut lalu menyapanya.
"Jimin?" panggilku.
Jimin tidak menghiraukan panggilan aku kerana dia sibuk menguruskan Hyomin yang jatuh tadi.
Badan Hyomin kelihatan semakin lemah, segera badannya Jimin dukung gaya brindle style.
"Jimin! Jom aku bawa korang pergi hospital." panggilku sekali lagi. Barulah Jimin perasan akan kehadiran aku.
"Eh,Alex. Kau ke yang langgar tadi? Ah! Sudahlah, jom cepat!" ujar Jimin.
Langkah kami dipercepatkan ke arah tempat letak kereta.
Kalau bukan sebab Jimin, memang taklah aku nak tolong. Aku cuma tak sanggup tengok Jimin macam tu.
Pintu belakang kereta aku buka, tubuh genit Hyomin yang didukung oleh Jimin diletakkan di belakang.
Jimin pula duduk meriba kepala Hyomin.
"Sayang. Sabar kejap ya. Nanti kita sampai hospital." Jimin bersuara lembut .
Aku segera membawa Hyomin dan Jimin ke hospital di mana Dr.Leana ditugaskan. Walaupun aku mahukan Jimin, Hyomin juga sahabat aku.
--
tbc
Hi! Sis kembali..How's your raya?
Cerita ini akan diupdate mengikut kelapangan sis okay.
iloveyouuuuuu💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro