4♡
"Jungkook apa cerita,Min?" soal Alex. Cawan yang berisi air coklat panas itu aku letakkan perlahan. Angin yang menyapu lembut mukaku di ruang balkoni ini amat menenangkan.
Rambut aku selakkan ke belakang, lalu wajah aku diraup lembut.
"Entahlah,nampak tak okay lepas 'pemergian' Hyomin. Drastik juga lah perubahan dia. Asyik ulang yang dia menyesal, dia bodoh." jawabku seraya itu aku melepaskan keluhan kecil.
"Serius lah?" soal Alex seakan tidak percaya. Aku hanya memberi pandangan malas lalu mengangguk.
"Aku tahu apa yang aku buat ni salah,Lex. Tapi ini sebagai pengajaran buat dia." sambung aku.
--
"A-aku..tak pernah rasa macam tu dekat kau,Min. Aku anggap kau macam adik aku sendiri. M-mian. A-aku,suka Soo Hee. Maaf sekali lagi. Aku balik dulu."
Perlahan-lahan mata aku dibuka. Keadaan sekeliling tidak pernah aku lihat. Aku sendiri tidak tahu di mana keberadaan aku sekarang.
Pelbagai jenis alat dan wayar berselirat di seluruh tubuhku.
Seorang wanita separuh usia masuk ke dalam bilik yang telah aku huni.
"Eh,kamu dah sedar!" suara wanita itu memecah kesunyian setelah melihat aku.
Segera wanita itu keluar dari bilik tersebut. Aku tidak menghiraukan apa yang berlaku.
Cuma..
"Aku mimpi apa tadi? Siapa yang anggap aku macam adik? S-siapa? Arghh..sakitnya." hati aku berkata seraya itu kepala aku mula berdenyut.
--
"Alex,dia dah sedar!" kata eomma padaku.
Aku dan Jimin saling berpandangan, mata kami masing masing membulat seakan tidak percaya dengan berita ini.
"Jinjja,eomma?!" soalku. Eomma hanya mengangguk sambil tersenyum.
Jimin segera bangun dari kerusinya,langkahnya pantas diaturkan ke bilik di mana Hyomin di tempatkan.
Ya,Hyomin masih hidup. Hampir setahun dia koma, dan kini Jimin membawanya bersama ke Amsterdam untuk mendapatkan rawatan daripada pakar.
Aku membantunya mencari doktor pakar dan menjadikannya sebagai doktor peribadi untuk Hyomin.
"Eomma,telefon Doktor Leana. Bagitahu dia tentang perkara ni." kata aku sebelum aku beredar mengikut jejak Jimin ke bilik Hyomin.
--
"Hyomin?" namanya aku panggil. Aku mengambil tempat di sebelah katilnya. Tangannya aku genggam erat. Perlahan-lahan matanya terbuka .
Wajahnya dipalingkan untuk memandang aku. Sebaris senyuman manis dihadiahkan buat aku. Jujurnya, aku rindu senyuman itu.
"Jimin." panggil Alex,aku menoleh ke arahnya. Di sisinya berdiri seorang wanita yang berpakaian seperti seorang doktor.
"Inilah Dr.Leana. Doktor peribadi yang aku carikan untuk rawat Hyomin." jelas Alex. Aku bangun dari katil lantas aku menyapa doktor itu.
"Nice to meet you,Doctor." kami saling berjabat tangan.
" Let me check her condition." pamit doktor tersebut lalu langkahnya dituju ke arah Hyomin yang terlantar di atas katil itu.
"Jom,kita turun dulu." ajak Alex. Aku hanya mengangguk. Sekilas aku memandang ke arah Hyomin sebelum aku menutur langkah mengikut Alex turun ke ruang tamu.
--
"Jungkook." sapa Namjoon. Aku tidak memperdulikan panggilannya.
"Jungkook oi Jungkook." sapa si Hoseok pula dengan nada agak ceria. Kononnya mahu menghiburkan hati aku lah tu.
"Layanlah kitorang kat sini. Kitorang bukannya patung. Tadi beria ajak lepak. Aigo." sambung Hoseok lagi.
Aku memandang wajah Namjoon dan Hoseok di hadapan aku, lalu aku tersenyum sendiri.
"Maaflah. Aku terfikir sesuatu tadi. " kata aku.
Namjoon membetulkan posisi duduknya.
"Kau fikir Hyomin kan?" soalnya.
Senyuman kelat aku beri,dan anggukkan sebagai jawapan buatnya.
"Dahla, sampai bila kau nak macam ni? " sambungnya lagi. Air coke yang berada di hadapannya diteguk rakus seperti orang yang kehausan di padang pasir ha gitu.
"Tah,Kook. Hyomin dah maafkan kau kan. " Hoseok menyampuk.
"Aku rasa akulah orang paling tak guna dalam dunia ni. Sampai kawan baik aku sendiri sanggup mati daripada menahan seksa jiwa tengok aku hidup dalam kebodohan masa dengan Soo Hee dulu. " kata aku,lantas itu air mata aku mula mengalir perlahan.
"Kau menangis?" soal Hoseok membuatkan aku cepat cepat menyapu air mata bersama ketawa kecil.
"Tak adalah,mata aku masuk habuk tadi,Seok. Hehe." balas aku.
--
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro