« 4 »
"Terima kasih,Jimin teman aku balik." aku memaut lengan Jimin perlahan. Rambutnya pula aku kusutkan.
"Haha ey main rambut aku pula. Ye sama sama. Kau kawan aku. Takkan aku nak biarkan kau balik sorang-sorang. Perempuan pula tuh." jelas Jimin panjang.
Aku hanya tersenyum sebelum melangkah ke hadapan pintu rumah.
"Bye,Jimin. Elok-elok jalan." aku melambaikan tangan aku,dan Jimin membalas.
Aku terus masuk ke dalam rumah,automatik senyuman aku hilang.
Hati aku kembali membara.
Teringatkan Jungkook yang meninggalkan aku hanya untuk perempuan yang dia baru kenal tak sampai 24 jam.
Aku mendaki tangga dengan perasaan amarah mula menguasai diri. Bilik tidur aku tuju.
Pintu bilik aku hempas kuat,aku terus melompat ke atas katil.Muka aku tekup dengan bantal.
Arghhhh!
Aku menjerit di sebalik bantal.
Sakitnya hati aku.
Semua sebab Soo Hee. Baru kenal separuh hari, dah beria.
Aku sememangnya berpewatakan ceria,tetapi tiada siapa tahu sifat sebenar aku kecuali Jimin dan Jungkook.
Aku akan buat kerja gila bila aku rasa marah,sakit hati dan sedih.
Takkan Jungkook takkan terfikir pasal ni? Dia tak dapat jangka? Dia tak fikir hati aku ke?
Aku bangun dari katil,meja belajar jadi sasaran aku.
Aku memunggah laci-laci kecil yang ada untuk mencari sesuatu yang tajam.
"Jumpa.." aku memegang pisau kecil.
Aku mula mengelar tangan aku sebanyak yang mampu,namun aku hanya mencorakkan luka kecil.
Darah keluar sedikit,namun masih meleleh.
Dengan cara ini saja,aku mampu melawan rasa sakit hati,rasa sedih dan marah.
Aku membawa diri aku ke bilik air. Tuala aku capai.
--
Luka tadi aku balut perlahan. Luka kecil,tetapi pedih teramat. Darahnya juga masih kelihatan walaupun sudah disapu dengan ubat.
Peti kecemasan sentiasa berada di dalam bilik aku,kerana aku sememangnya akan melakukan kerja gila ini bila aku stress,marah,sakit hati,kecewa.
Haih,mental breakdown betul dah aku ni.
Aku kemas dan simpan semula peti kecemasan di tempat asalnya.
Lengan aku yang berbalut aku tutup dengan lengan baju yang panjang,pintu bilik aku buka perlahan-lahan.
Anak tangga satu-persatu aku turuni dengan berhati-hati. Tujuan aku adalah untuk pergi ke dapur.
Dapur aku jenguk,tiada orang. Kelibat eomma pun tak ada. Hanya makanan yang telah siap terhidang di bawah tudung saji di atas meja saja yang ada.
Peti sejuk menjadi sasaran aku.
"Eomma pergi Daegu selama 2 minggu,nenek sakit. Hyomin jaga diri. Eomma dah masak tu. Makan tau. Ramen dalam kabinet. Saranghae❤"
Sticky note berwarna kuning yang terlekat di peti sejuk aku baca. Aku mengeluh sendirian.
Ditinggalkan seorang lagi. 2 minggu.
Aku terus mencapai pinggan,dan aku senduk nasi goreng kimchi yang eomma tinggalkan untuk aku.
Susu pisang aku ambil di dalam peti sejuk.
Aku berjalan menuju ke ruang tamu bersama makanan dan susu pisang tadi. Punggung terus menyasarkan sofa empuk di hadapan TV.
Remote control TV aku capai,lantas TV aku buka.
Terasa sunyi pula bila eomma tiada. Jungkook pula mesti sibuk dengan budak baru tu.
Ting tong!
Suapan aku terhenti ketika loceng di rumah aku berbunyi. Siapa saja lah yang datang menganggu waktu aku sedang lapar ni?
Pinggan aku letak di atas meja,terus aku bangun dan menuju ke pintu.
"Nuguya?" tanya aku.
"Aku ni." balas seseorang yang ada di hadapan pintu itu.
Pintu terus aku buka,mengalukan kedatangan dia. Aku menjemputnya dirinya masuk.
"Masuklah,Kook. Nak makan,ada dekat dapur,cari sendiri." kata aku.
Aku berjalan malas ke tempat di mana aku berada tadi,Jungkook aku tinggalkan begitu saja di depan pintu.
--
tbc
Dyanaaaaa_
honeyyzz__
milkylicious_
-bangtankook
Rozyjjk
sugaseesaw
Sunshineseok_
beomji-
pearinaa-
jinachimies
cream_puff95
izzati2104
chocolataetion_
Taera02
naeoxyjeon
-wingwin
Dawoon-
aisyatulalissa
lattaecom
m1r4frzn
MIN_JKJM
nadpurple
syabunny
kkaebsongwife
Nutellappa
soloe_mae
jaenad
Miss_RoseGold
thehannaa
parkjiminiction
iamyourcupcake
syxdniyaz61
babynanaa-
Rinheartfilia1
-whoru
sarakim_
taeherba
seoulless_
jihoonie_secret
SyazwaniZahar
kdniel_
monnniiiiieeee
Hanna4156
s_adrieanna39
idgafjushutup
ElMandtador
jiyojeans-
chimmylia
nurelaneylaney
mashiholand
jaenozen
kkeuwnam
nrsrhhh_
whatsayoongi
syanyna
ell_yana13
-Yoonicorns
purplelish_mina
Aisyaholaa
ShinAeRah
aliah_15
ateyka
ChaMirae
-lypjm
nurulzeh
Shazjoon
rosesjung
Miss_FN
lyemin1310
NrAzam
chocxlatelover
ChemIppie_
S
yaf_never
flwrjin_
YuslinaLisa
aqix_hxkimix
chocolattedoo
quinnizah
kookconut-
busanguy-
kokocrush-
Jemput baca and support sis. Sayang semua❤
Vomment banyak² ya ♥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro