« 30 »
"Eomma,Min dengan Jimin pergi dulu tau." kata aku.
"Hati-hati memandu,Jimin." balas eomma. Senyuman manis eomma berikan.
"Oh ya Min, kejap lagi eomma nak pergi Daegu. Kamu jaga diri ya." pesan eomma sebelum aku bergerak pergi.
Senyuman aku hadiahkan kepada eomma dan hanya anggukan saja menjadi jawapan.
Pagi tadi,Jimin telah menemani aku pergi membelikan hadiah untuk Jungkook sempena hari jadinya.
Ya,hari ini hari jadi Jungkook.Aku mesti beri dia hadiah,seperti biasa aku lakukan setiap tahun.Tidak pernah sekali aku tidak lupa memberikannya hadiah.
Aku telah membelikan dia sebuah jam tangan berjenama Rolex berwarna emas. Itu adalah salah satu hadiah yang dia idamkan.
"Aku nak tho jam ni!" Jungkook menunjukkan aku sebuah jam yang berjenama Rolex berwarna emas.
Masih segar diingatan aku,itu adalah salah satu barang idamannya.
Aku nekad,duit belanja aku kumpul selama 1 tahun hanya untuk membelikan dia jam tangan idamannya. Tapi masih tidak mencukupi,nasib eomma sudi menolong.
"Aku harap kau suka,Kook." tersenyum aku sambil berbisik sendiri.Bekas jam itu aku belek belek lalu aku letakkan semula di dalam beg kertasnya.
Bukan mudah untuk menyedapkan hati sendiri apabila kawan baik sendiri menganggap kita seperti orang asing.
"Kau dah sedia nak jumpa Jungkook?" soal Jimin. Beg kertas yang berisi jam tadi aku letakkan di seat belakang. Aku membetulkan posisi duduk aku dengan selesa.
Aku menarik nafas dalam sekali,lalu aku lepaskan perlahan lahan. Wajah Jimin aku toleh.
"Aku dah ready." kata aku.
Jimin memulakan pemanduannya menuju ke Luxury Lullaby Cafe dimana disitu hari jadi Jungkook disambut.
Sepanjang perjalanan,aku dan Jimin tidak banyak berborak,lebih kepada mendiamkan diri. Mata aku saja sudah dicampak ke luar tingkap sejak dari awal.
15 minit perjalanan,sampailah aku dan Jimin di hadapan kafe tersebut.
"Kau keluar lah dulu,aku nak parking kereta." ujar Jimin. Aku mengangguk lalu beg kertas yang aku letak di belakang tadi aku capai.
Pintu kereta aku buka,kaki aku melangkah keluar.
"Masuklah jumpa diorang dulu. Nanti aku datang." aku hanya mengangguk kecil lalu menutup pintu kereta.
Aku melangkah secara perlahan menuju ke pintu utama kafe tersebut. Mata aku tertarik kepada tingkap kaca yang besar,aku terlihat Jungkook bersama sama Soo Hee juga bersama rakan² yang lain sedang bergelak ketawa.
Aku mengukirkan senyuman kecil. Kini,aku berdiri di hadapan pintu utama kafe. Nafas aku tarik dalam dan aku hembuskan perlahan lahan.
"Kau boleh. " aku cuba menenangkan diri aku sendiri. Aku menolak ke dalam pintu kafe tersebut. Kafe dipenuhi oleh ramai pengunjung memandangkan hari ini hari cuti.
Langkah kaki aku perlahan tuju ke arah meja yang diduduki oleh Jungkook dan Soo Hee serta yang lain. Aku cuba sedaya upaya menebalkan muka yang semakin membahang menahan malu.
"Eh,Hyomin." suara mendatar Soo Hee menerpa ke telingaku. Mata aku terarah memandang wajahnya yang tercorak senyuman sinis.
Jungkook memandang aku dengan pandangan malas,begitu juga dengan yang lain. Taehyung,Yoongi dan lain-lain sudah mula berbisik sesama sendiri.
"Kau nak apa datang sini?" soal Jungkook.
Aku cuba memaniskan muka,senyuman kecil aku ukirkan seraya tangan aku menghulurkan beg kertas kecil yang berisi sekotak jam tangan yang aku beli tadi.
"Selamat Hari Jadi,Jungkook." kata aku.
Riak Jungkook seperti biasa. Sama.
Senyuman sinis seperti mengejek diberikan kepada aku. Huluran beg kertas tadi dirampas kasar oleh Soo Hee.
"Awak beli apa ni?" soal Soo Hee dengan suara gediknya.
Jungkook merampas beg tersebut daripada Soo Hee lalu dicampakkan ke lantai.
Aku seakan tidak percaya dengan tindakan tersebut,mata aku mula merona merah menahan tangis. Tangan kiri dan kanan aku mengepal penumbuk dengan kemas untuk menahan geram.
"Sayang,tak payah tengok apa yang perempuan murah ni bagi. Jijik." kata Jungkook.
"Lagipun,aku tak perlukan hadiah daripada kau. Aku dah dapat hadiah aku." kata Jungkook sambil memeluk sisi Soo Hee erat sambil tersenyum sini memandang aku.
Dan aku, terdiam. Seakan tidak percaya.
Jungkook gelar aku..
Perempuan m-murah??
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro