29♡
" Jiminnn! " aku mendengar suara Hyomin menjerit nama Jimin sebelum ada bunyi hentakan kuat terjadi dan juga bunyi hon yang terlalu kuat.
Telefon aku terlepas dari genggaman.
Aku terdiam dan terkedu. Tak mampu berkata.
Hanya air mata saja yang mengalir bagi mewakili perasaan aku ketika itu.
" Hyung, kenapa ni? " soal Yeonjun.
Aku sendiri tidak mampu menjawab soalan itu sehingga aku terduduk.
Tolonglah katakan apa yang aku dengar tadi cuma mimpi.
"Kook, kau okay? Kenapa ni? " soal Yugyeom pula.
Lidah aku masih kelu. Mulut aku masih terkunci rapat. Aku tak mampu nak berkata, apatah lagi membayang apa yang berlaku disebalik segala bunyi yang aku dengar tadi.
" J-jimin.. Hyomin.. " hanya dua nama itu yang mampu aku sebutkan sebelum aku berlari ke bilik meninggal Yugyeom dan Yeonjun.
--
" Maaf, Encik. Kedua dua mangsa tidak dapat kami selamatkan. Maafkan kami. " kata kata daripada doktor yang cuba menyelamatkan Hyomin dan Jimin itu membuatkan aku terduduk.
Hoseok, Namjoon, Yoongi dan Jin juga terkekut, mata mereka sudah mula bergenang. Masing masing seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Semuanya berlaku secara drastik.
Eomma Kim dan Puan Kim masing masing sudah jatuh terduduk mendengar berita mengejut itu.
Encik Park pula sudah tidak mampu menahan tangisannya.
Pemergian anak dan menantu kesayangannya amat sukar untuk diterima. Ia merupakan kebenaran yang amat sukar untuk ditelan kerana terlampau pahit.
Aku harapkan semua ini, cumalah mimpi.
Aku harap ini mimpi.
Ini mimpi, kan?
" Taehyung.. Apa semua ni.. ? Kenapa.. mesti jadi macam ni? " soal eomma Kim lemah membuatkan aku berasa semakin sedih.
" Maafkan Tae, eomma Kim. Tae pun terkejut sangat. Semua ni macam mimpi. Eomma Kim, Tae benci nak cakap macam ni tapi ini semua dah takdir.. " kataku menahan sebak.
Tiba tiba katil yang membawa tubuh kaku Jimin dan Hyomin di bawa keluar untuk diuruskan urusan pengebumiannya.
Eomma Kim memberhentikan katil dimana tubuh Hyomin berada.
" Anak eomma.. Sayang.. K-kenapa tinggalkan eomma?? Hiks.. Kamu tak sayang eomma? Maafkan eomma, sayang. Maafkan eomma. " eomma Kim menangis melihat tubuh kaku anak nya itu.
Di katil Jimin pula, Puan dan Encik Park menangis meratapi pemergian satu satunya anak kesayangan mereka.
" Maafkan eomma dan appa, Jimin. Kamu berehatlah di sana bersama isteri kamu. Tenanglah kamu di sana ya sayang. " kata Puan Park dengan nada perlahan sebelum mengucup lembut dahi anaknya yang sudah kaku itu.
Wajah Hyomin dan Jimin yang pucat lesi bersama sedikit luka diwajah mereka aku pandang bersilih ganti.
" Apa yang patut aku bagitahu Jungkook? " bisik aku sendiri sebelum wajah mereka berdua ditutup semula.
--
" Aku nak balik Korea macam yang korang cadangkan esok. Sesiapa teman aku boleh? " aku mengajak antara mereka bertiga.
Sama ada San, Yugyeom ataupun Yeonjun.
" Aku temankan kau, alang alang tengah cuti ni. " kata Yugyeom yang menawarkan diri untuk teman aku balik ke Korea.
" San dengan Yeonjun nak ikut juga, hyung. Boleh? " soal San .
Yugyeom tersenyum.
" Korang ada kelas, hyung cuti. Korang kan junior. " balas Yugyeom membuatkan San dan Yeonjun mencebik.
" Yelah, apa apa bagitahu kitorang okay? " kata Yeonjun dan aku membalas dengan anggukan.
Yugyeom , San dan Yeonjun sudah tahu cerita semalam kenapa aku terdiam dan menangis ketika panggilan aku dijawab oleh Jimin.
Masing masing turut berasa risau dan memberi cadangan supaya aku pulang ke Korea .
Jimin, Hyomin.. Korang betul betul buat aku risau.
Harap harap korang okay dekat sana.
--
tbc
[ Akan tamat pada chapter seterusnya ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro