Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26♡

2 minggu kemudian

Hari ini adalah hari bahagia aku dan Jimin. Cepatnya masa berlalu.

Aku melihat diri aku di hadapan cermin. Sudah siap didandan, sudah siap dengan pakaian baju pengantin.


" Cantiknya anak eomma. " kata eomma dari belakang membuat aku sedikit terkejut.

" Eomma.. " sepatah saja yang keluar dari mulutku sebelum air mata aku jatuh.

Eomma dengan cepat menyeka air mata aku dari terus jatuh. Eomma juga memberikan aku senyuman yang cukup manis.

" Jangan menangis, habis nanti makeup kamu. " pujuk eomma.

Aku terus memeluk tubuh eomma.

" Anak eomma dah besar, dah nak kahwin dah dia. " eomma berbisik ke telinga aku.

Eomma melepaskan pelukan. Mata eomma kelihatan merah, seperti sedang menahan tangisan.

" Hyomin sayang eomma. " lafazku.

" Eomma pun sayangkan kamu. " balas eomma.

Eomma mengusap rambut aku dengan lembut.

" Kamu jangan fikir yang bukan bukan ya sekarang. Eomma nak pesan,  Hyomin kena jadi isteri yang baik untuk Jimin ya sayang. Dengar cakap Jimin, jangan bergaduh selalu. Eomma tahu kamu boleh. Anak eomma boleh bahagia. Ini pilihan kamu, dan eomma yakin kamu boleh bahagia. " pesan eomma panjang.

Aku tak mampu untuk membalas dengan kata kata, terus saja badan eomma aku peluk erat.

--


Aku terasa gugup. Park Jimin kelihatan sangat kacak dan gembira di sana, menantikan aku berjalan ke arahnya.

Dengan suit berwarna hitam, dia kelihatan sangat kacak daripada biasa. Wajahnya dihiasi senyuman membuatkan aku semakin rasa bahagia.

Park Jimin, terima kasih kerana sayangkan saya.

" Dah sedia? " eomma bertanya kepada aku.

Jujur, aku masih gugup.

" Dah, eomma. " balas aku.

Disebabkan aku tidak mempunyai appa, eomma lah yang akan mengiringi aku kepada Park Jimin.

Aku dan eomma mula berjalan perlahan ke arah Park Jimin.

Eomma kemudiannya menyerahkan aku kepada Park Jimin dan upacara pun bermula.

--

" Awak sudi menerima Kim Hyomin sebagai isteri? " soal si Paderi.

Aku mengangguk.

" Saya sudi. " jawabku bersama senyuman.

Sekilas wajah Hyomin aku pandang. Soalan yang sama juga ditanya kepada Hyomin sama ada dia sudi atau tidak.

" Adakah awak sudi menerima Park Jimin sebagai suami?" soalnya.

Hyomin tersenyum bahagia lalu dia juga melafazkan kata sudi.

" Awak berdua dah sah menjadi suami isteri. Dipersilakan mencium pasangan masing masing" kata si Paderi.

Aku tersenyum dengan lebih lebar, terus aku membawa diri aku dekat dengan Hyomin. Bibir kecilnya aku cium.

--

" Tahniah, Hyomin dan Jimin. " bisik aku sendiri.

Aku hanya mampu melihat dari jauh. Bukannya aku tak mahu melihat dari dekat, cuma hati ini lebih terasa sakit.

Aku cuba untuk buang perasaan itu, tapi aku tak mampu.

Aku mula beredar dari situ sehingga seseorang menarik tangan aku.

" Jom masuk, Kook. Aku tahu kau mesti datang. " katanya sebelum menarik aku masuk ke dalam dewan.

Aku dibawa ke arah Jimin dan Hyomin oleh Taehyung.

" Jimin,Hyomin. " panggil Taehyung.

Serentak pasangan itu berpaling ke arah aku dan Taehyung.

Hyomin terus berlari ke arah aku.

" Jungkook. " airmata Hyomin mula bergenang.

Jimin juga mendekati aku lalu memeluk erat tubuhku.

" Maafkan aku,Kook. " kata Jimin.

Aku membalas pelukannya.

" Jangan minta maaf, Jimin. Kau lebih layak. Tak apa, kita masih kawan kan? " kata aku.

Jimin menangis kita kami berpelukan.

" Iya, Kook. Iya. Kau kawan kitorang sampai bila bila. " balas Hyomin pula.

Oh tuhan, terima kasih kerana memberi aku kawan kawan yang sangat menyayangi aku.

Terima kasih.

--

tbc

Double update
Yes | No

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro